savemoney.jpgDalam memulakan perniagaan, tak perlu bermegah sangat – tak perlu semuanya hebat dan besar. Memulakan perniagaan memerlukan banyak modal pusingan. Modal permulaan adalah hanya untuk permulaan.

Ada perniagaan yang bermula terus dengan membeli kereta mewah, pejabat hebat & class, banggunan boleh tahan ;) dan juga perbelanjan-perbelanjaan awal yang amat tinggi.

Dalam memulakan perniagaan, fikirkan modal pusingan. Ada banyak lagi modal yang perlu dikeluarkan dalam perniagaan dan kalau semuanya di salurkan pada modal permulaan, pastinya nanti akan tersangkut perniagaan di tengah jalan.

Fikirkan cara menjimat kos-kos permulaan. Fikirkan untuk meminimakan overhead. Berjimat cermat dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan.

Bila perniagaan hebat, baru dapatkan kereta hebat & pejabat hebat! (tu pun kalau perlu)

Terlalu banyak perniagaan yang saya lihat berbelanja besar ketika permulaan, cuma sehingga tidak memikirkan running cost dan overhead. Perniagaan terpaksa ditutup. Jauhkan dari anda ok!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis anda, hubungi 03-77292277.
Pendapat Anda? [10] Comments