Program affiliate “Mentor Jutawan” hampir sedia

Melihat dari posting hari Jumaat, ramai juga yang berminat! Mana taknya… peluang buat duit, ye tak? πŸ™‚ Kami pun tak sabar nak lancarkan ni… cuma beberapa update terkini:

  1. Produk “Mentor Jutawan” sudah 100% siap!
  2. Program affiliate juga sudah 100% installed… kami menggunakan Post Affiliate Pro untuk memastikan semua affiliate akan menerima komisyen sepenuhnya.
  3. Laman web je belum siap lagi πŸ™‚

Insyaallah tak lama lagi… mungkin posting saya lepas ini, semua dah ready!

Ada beberapa tip yang saya nak kongsikan hari ini:

money.jpg1: Program affiliate “Mentor Jutawan” ini adalah “program affiliate 2-tier”. 2-tier maksudnya, katalah anda, signup sebagai affiliate secara percuma. Anda akan mendapat link. Contoh: www.irfankhairi.com/ID12345

Apabila anda letakkan link tersebut di laman web anda, atau dalam email kepada kenalan anda, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan anda membeli produk “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen. Ini dipanggil 1st-tier.

Sebagai tambahan, sekiranya pelawat/kenalan anda itu pula menyertai program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, mereka juga akan mendapat link. Contoh www.irfankhairi.com/ID67890.

Apabila mereka letakkan link tersebut di laman web mereka, atau dalam email kepada kenalan mereka, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan mereka pula membeli produk “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat dapat komisyen sebagai 1st-tier. Tetapi, yang bestnya… anda juga akan mendapat komisyen sebagai 2nd-tier!

Ini baru goyang kaki dapat duit!

2: Oleh sebab konsep 2-tier ini, sebab itulah siapa yang menyertai awal dan mendapat ramai rakan mereka juga signup sebagai affiliate “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat untung extra. So, take note… dan bersiap sedia untuk daftar as soon as kami lancarkan ok? πŸ™‚

3: Daripada pengalaman saya, untuk maksimakan pendapatan melalui affiliate, strategi yang paling berkesan sekali adalah dengan memberi review/recommendation ikhlas mengenai sesuatu produk. Meletakkan banner sahaja di laman anda, tidak berkesan.

Sebaiknya, anda dapatkan sesuatu produk itu, dan beri pandangan dan review. Review/recommendation yang positifΒ dan ikhlas dari anda akan menarik sesiapa sahaja membaca review anda untuk turut membeli produk tersebut.

Dan anda akan mendapat komisyen daripada memberi pandangan yang ikhlas. Bukan sahaja dapat duit, dapat pahala lagi kerana membantu orang πŸ˜‰

So, in other words, sebaiknya, kena beli lah Mentor Jutawan πŸ™‚

Berapa harganya?

Oleh kerana saya fikir ingin memudahkan lagi ramai pembaca Tip Satu Minit menjalankan perniagaan secara affiliate, boleh dikatakan “Mentor Jutawan” diletakkan pada harga yang agak rendah, berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang.

Ini akan memudahkan anda mempromosi “Mentor Jutawan” untuk mendapatkan pulangan/komisyen.Β Tapi, content dia… memang umph. Mana taknya… ramai ikon jutawan terlibat! Oleh kerana itu juga, “Mentor Jutawan” mempunyai tarikannya tersendiri untuk memudahkan anda mendapat komisyen!

Pertama kalinya ikon-ikon jutawan Malaysia digabungkan dalam satu produk…

Ok… cukup lah teaser untuk hari ini. Mudahan, next posting saya adalah pelancaran “Mentor Jutawan”!

=============== Pengumuman ===============

Hari Selasa ini 15 hb July, saya & team GoMibo akan berada di Cititel, Midvalley untuk taklimat percuma MIBO. Mungkin Dato Dr Azman Ching pun akan turut serta. Saya & Dr Azman akan memberi tip dan strategy jutawan kepada anda. So, bagi anda yang belum lagi hadir taklimat percuma MIBO, sertai kami. Bawa kawan-kawan, saudaramara dan kenalan (FREE je):

Selasa 15hb July 2008
Cititel, Midvalley, Bangsar
8.00malam-10.30malam

Yang join berpeluang makan malam dengan saya & Azman Ching minggu depan :).

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

59 thoughts on “Program affiliate “Mentor Jutawan” hampir sedia

  1. Salam IK,

    Wah, lebarkanlah sayapmu… Baguslah IK dah buat program affiliate. Telah ramai jutawan yang menjadikan program affiliate menambahkan wang mereka, begitu juga untuk orang awam yang menjadikan program affiliate sumber wang dari komisyen yang mereka terima.
    Saya juga membuat program seperti itu cuma dalam bentuk manual sahaja. Saya masih belum berkesempatan untuk canggihkan lagi program affiliate itu dan kini laman web saya dalam proses pembaikan dari masa kesemasa.
    Ok tahniah IK! Bye…
    http://www.glowglokal.com

  2. Salam IK,

    Harap-harap semuanya berjalan lancar…mmg rasa tak sabar nak jadi antara org yang terawal join program ni.

    Azmi

  3. Salam Ik,
    Saya ada terima newsletter dari krew rahsiainternet dan dalam tu ada link untuk join affiliate ni tapi…link tu takleh open la..Ish..ish…

  4. Salam IK,

    Harapan saya semoga saya berpeluang untuk mengikuti program affiliate nie. Saya nak sangat pergi ke workshop Jutawan Internet tapi sampai sekarang tak berpeluang lagi. Saya orang melaka, kerja makan gaji, anak 4 (umur 8bln ke 11thn). Doakanlah saya mudah-mudahan satu hari nanti suami izinkan saya hadiri kursus nie….

  5. Assalamualaikum ik…
    wah!!!! tak sabar sgt2 nak jadi antara merka yg terlibat…

    nak tanya adakah “program affiliate 2tier” sama macam multi level??? sebab konsep die mcm sama lah…cume caranya aje yg agak berbeza, sebab gune intrnet…nak tau just sebab “2tier” tu tak pernah dgr…unik jer word tu..hehehehe

    nnti kalau dah lancar, dah boleh join… ik hantar lah emel newslatter yer…
    takdelah saya ketinggalan…
    tq ik….

    Assalamualaikum…

  6. Salam IK,
    Program affliate ni memang hebat, cuma x ramai orang yang tahu. So, good luck kepada IK kerana tak lama lagi semua orang akan mendapat faedah daripada program affiliate ni. Bayangkan..goyang kaki je pun boleh dapat duit. (memang betul)

  7. beberapa Q & A:

    1: Ya. insyaallah esok lusa siap lah tu… kalau siap hari ni, hari ni jugak online πŸ˜‰

    2: Sebenarnya ini bukan kali pertama kami menegndalikan program affiliate. Beberapa tahun lalu pernah menjalankan juga (tertutup), tetapi, dikendalikan oleh orang lain. Jadi, susah pula nak control, dan alami pelbagai masalah.

    Kali ini, 100% IKSB handle program affiliate ini. should be tiada masalah.

    3: Ya, “Mentor Jutawan” adalah produk digital berbentuk informasi. Informasi adalah produk yang paling laris di jual online. Tambahan produk informasi berkenaan dengan kekayaan.

    Jadi, di situ agak mudah untuk affiliates mendapat RM.

    4: Affiliate 2-tier concept dia boleh la di sama kan dengan MLM. Tapi, sekadar konsep sahaja. Ini kerana, affiliate, anda sertai tak perlu masukkan wang pun. Free je. Juga, ianya seperti anda mempromosi + dapat komisyen. Kalau MLM, anda lakukan jualan.

    Personally, saya amat-amat berharap program affiliate ini dapat memberi pulangan kepada anda (walaupun sedikit). So, lebih ramai dapat mencuba antara cara buat duit melalui Internet. p>

    -IK

  8. Salam IF,

    Semoga berjaya dengan program affliate, dan saya akan sentiasa menyokong…

    Tahniah..

  9. Salam semua,
    Fisrt of all tahniah buat IK..saya org baru dlm dunia internet ni..hopefully dpt belajar dr anda semua..
    Seronok ari2 tgk u all sembang psl buat duit di internet ni wpun byk lg benda yg saya masih belum fhm..(baru bjinak2 le katakan)..
    At least saya dh mulakan langkah ptama hari ni..

  10. IK,

    dengan brand, reputasi, dan promosi yang berkesan saya yakin produk digital mentor jutawan ini pasti ‘malatop’ punye…!

    Lagi ‘malatop’ kalau harganya berpatutan dan mampu milik…

  11. secara jujurnya, untuk kebanyakan kita, program affiliate is ok untuk pendapatan sampingan. nak dapat beribu daripada affiliate, memang agak payah- melainkan anda punya laman web mendapat beribu pelawat sehari.

    untuk memaksimakan pendapatan melalui internet, sebaiknya menjual produk atau perkhidmatan.

    program affiliate adalah untuk side income.

    -IK

  12. Rasanya boleh juga kalau dapat ribi-ribu kalau mailing list besar..:)

    Agak-agak bila keluar ya?Agak-agak boleh tak di cloak kan link tu, IK? hehe

    Sebab ade program affiliate yg tak benarkan..

  13. Salam IK,

    Rasanya, produk Mentor Jutawan ni
    mesti dapat sambutan yang hangat. πŸ™‚

    Saya pun bercadang nak dapatkannya
    juga sebab nak tahu apa yang ikon
    jutawan kongsikan di dalamnya. πŸ˜€

  14. Tq IK . oleh kerana ramai yang berminat sertai program ni termasuk yang baru kenal penggunaan internet dengan lebih mendalam, harapan kita semua moga penerangan IK tentang cara mendaftar dan cara penerimaan komisen kpd para peserta dlm program ini dijelaskan dengan lebih detail. moga bermanfaat untuk semua drpd mrk yg baru mengenali program ini dan mrk yg ingin join program dan ingin mendapat side income. Apa pun tahniah kpd IK atas program ini. Syukran….semoga program ini di berkati Allah dan insyallah akan sukses semuanya.

  15. Waaa…Sifu, I ingat I je yang teruja dan bersungguh. Rupa-rupanya hampir semua orang pun sama. Cantiklah tu..

    JOMLAH kawan-kawan semua, kita signup dan tambah sikit duit poket ye tak?! Whatever pun, kena beli gak tu…barulah supportived! πŸ˜‰

    p/s : Bro understand, you must be really packed tho’

  16. Salam Irfan and all,
    Lepas attended workshop jutawan internet bulan june. Semangat memang tinggi. Tapi..kerja banyak sangat. Project terbengkalai. Hari ni baca newsletter pasal ‘fikiran negatif’. Yuupp…sedar..byk sangat alasan. Doakan lah kita semua berjaya.

    ps: tak ada affiliate pun..saya promote workshop dr irfan kat investor saya. Ada yg teruja..and mcm biasalah..ramai yang negatif. Yg rugi…diaorang

  17. Tahniah untuk produk Mentor Jutawan!

    Walaupun tak tahu macam mana kualiti produk ni lagi, saya akan sebarkan maklumat mengenai produk ini kepada mailing list saya apabila ianya dah ready.

    Sejak kebelakangan ni, dah nampak trend yang beberapa internet marketer Malaysia dah mampu mendapat RM1,000-RM2,000 daripada program affiliate (pada masa pelancaran produk). Jadi, tak mustahil kita sendiri akan ada ramai super affiliate dalam masa beberapa tahun lagi…

    Dan pastinya Mentor Jutawan boleh jadi produk kegemaran ramai super affiliate. πŸ™‚

    Zamri Nanyan

  18. Salam semua,

    Terima kasih IK krn memberi peluang untuk semua menjalankan program ini. Semoga ia berjalan dengan baik dan berjaya.

    Amin..

  19. tahniah..
    sudah lama saya menunggu untuk sifu melancarkan nya… wah.. tak sabar nak join. kalau boleh nak jadi orang yang pertama.. πŸ™‚

  20. askm IK,

    saya mmg bersemangat nak sertai program affiliate nih…saya rasa saya dah boleh mula tulis sedikit tentang program affiliate IK ni di blog saya http://www.rosyanti.blogspot.com – bolehkan IK? ..Ini sebagai intro dan mudah untuk saya mempromosikan kan program affiliate untuk dapat lebih network bila program ni dah bermula nanti hahhahha…bijak2 ..tq IK chayooooo!!

  21. Wahh!
    Sejak mula membaca web IK ni saya memang tertungguΒ² ‘buah tangan’ dari IK. Tak sabar nak jadi yang terawal untuk sign up program ni!

  22. wah nak join!nak joina! macam best je? mahal tak pakej tu?macamana ek program affiliate ni berfungsi n camene program ni bagi duit????? tolong jawab !!!! silakan menjawab… nak tau sangat nih!! extited

  23. Kalau benar abang Irfan buat affiliate saya akan promote habis habisan affiliate abang lebih 10 000 visitor kunjung link affiliate saya saya yakin program affiliate abang akan jadi No 1 di Malaysia jangan lupa open market kat Indonesia Brunei dan Singapura saya nak promote juga kat sana

  24. Salam semua, Shueqry here ..

    Oh, terlambat sedikit saya ke blog ni.

    Gembira tul bila saya tahu IK akan lancarkan produk digital, siap ngan affiliate.

    Bukan sekadar menjana pendapatan, tetapi berkongsi maklumat dengan ramai orang.

    -Shueqry-

  25. Yes IK..mmg kita dah tak sabar nih.Terutamanya bg newbie mcm saya nih yg baru ‘setahun jagung’ dlm dunia internet ini.Amat mengharap akan mendapat hasil pertama dr internet melalui prog affiliate doc nanti..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.