Tue 15 Jul 2008
Ramai yang tertunggu-tunggu sejak awal minggu ini lagi tentang “Mentor Jutawan”, tak perlu tunggu lagi kerana kali ini, Mentor Jutawan boleh didapatkan sempena soft launch
Mengapa soft launch dan bukan full launch? Nanti saya cerita kan… sebelum tu, saya nak kongsikan kisah “Mentor Jutawan” terlebih dahulu…

Mentor Jutawan adalah produk digital, atau e-book. Ianya adalah koleksi transkripsi terpilih temubual saya dengan 8 ikon-ikon jutawan Malaysia.
Idea ini datang daripada sebuah buku yang pernah saya baca bertajuk “Conversation with Millionaires” oleh Mike Litman. “Conversation with Millionaires” telah menjadi buku best seller.
Sedikit mengenai Mike Litman, beliau adalah pakar motivasi jutawan yang mempunyai rancangan radionya tersendiri bernama “The Mike Litman Show” di mana Mike menemubual ikon-ikon jutawan USA termasuk Robert Kiyosaki, Jack Canfield, Mark Victor Hanson, Robert Allen, Jim Rohn, Jim McCan, Jay Conrad Levinson dan ramai lagi.
Sounds familiar? Ya betul… itu lah cetusan idea program radio saya “Jutawan Bersama Irfan Khairi” di Radio24 daripada tahun lepas sehingga beberapa bulan lepas yang kini tamat musim pertama (menunggu musim kedua sekiranya ada rezeki).
Jadi, “Mentor Jutawan” adalah transkripsi temubual bersama 8 ikon jutawan Malaysia termasuk:
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
- Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
- Chef Li (Jutawan Senyap)
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Billi Lim (Jutawan Berani Gagal)
- Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf)
- Abang Abu (Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapore)
- IK (Jutawan Internet ) ditemubual oleh Nizal Mohammad
Ebook ini memuatkan motivasi, inspirasi, strategi, yang terbukti untuk mempercepatkan anda menuju jalan kebebasan kewangan. Bayangkan hanya satu idea dan mutiara daripada mereka dapat melipat kali gandakan kewangan anda!
Sejak awal minggu ini, ramai yang tertunggu-tunggu program affiliate, tetapi bagi saya, informasi yang dikongsikan oleh jutawan-jutawan ini nilainya jauh lebih tinggi daripada program affiliatenya!
![]()
So, kini tiba masanya untuk “soft launch” dan anda boleh jadi antara yang pertama mendapatkan strategi ikon-ikon jutawan ini. Mengapa soft launch dan tak terus launch je?
- Kami memerlukan testimonial untuk ebook ini. Sebab belum ada pembaca, maka, tiadalah testimonial. Pembeli terawal ketika soft launch akan diberi peluang untuk menulis testimonial. So, testimonial yang terpilih akan dimasukkan di muka surat jualan nanti. Saya expect “Mentor Jutawan’ akan jadi hot (maklumlah, nama-nama hebat terlibat), so, bagi yang memberi testimonial, dapat lah mempromosikan laman mereka melalui link di muka surat Mentor Jutawan. Testimonial terpilih sahaja!
= - Kami memberi peluang kepada yang berminat untuk menyertai program affiliate terawal untuk mendapatkan ebook ini, dan baca terlebih dahulu. Untuk membuat “good review” memakan masa sedikit. Seperti saya sebutkan dalam posting sebelum ini, cara terbaik untuk promosikan program affiliate adalah melalui review. So, dengan memiliki ebook ini awal, anda boleh baca and review siap-siap dulu dan menyusun strategi untuk menjadi affiliate. Bila program affiliate ini launch 100% insyaallah hujung minggu ini, anda boleh terus promote dengan review yang dah siap! Maknanya, lepas beli, jangan promote lagi… sebab program affiliate hanya akan diaktifkan dalam 2-3 hari lagi.
= - Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan ilmu daripada mentor-mentor jutawan ini, dan tidak berniat untuk menyertai program affiliate atau memberi testimonial, kami tak mahu melengahkan lagi keluarkan ebook ini. Time is money, jadi, sekiranya anda inginkan maklumat hebat secepat mungkin dan tak mahu menunggu program affiliate dan laman siap dibina, maka, anda boleh dapatkan sekarang!
So, itulah 3 sebab soft launch ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, pesanan untuk ebook “Mentor Jutawan” kini dibuka. Jadilah antara pembaca terawal mengetahui MINDA, STRATEGI dan RAHSIA MENTOR JUTAWAN anda!
Updated: Dapatkan di sini (full launch)
Pendapat Anda?
Tip Satu Minit yang berkaitan:

July 16th, 2008 at 10:29 am
Salam IK,
Alhamdulillah Mentor Jutawan telah dilancarkan walaupun hanya sekadar soft launch.
Saya dah buat pesanan ebook tadi, harap-harap dapat jadi antara yang paling awal memiliki ebook Mentor Jutawan ini.
Tq IK.
Azmi
July 16th, 2008 at 10:31 am
Congrats!Nampak sangat menarik…tak sabar nak membaca kandungannya dan menyertai program affiliate!Nak jadi orang pertama yang dapatkan Mentor Jutawan!
July 16th, 2008 at 11:33 am
wah… baru sejam online, dah dekat 10 order dah terima. hebat… hebat
Satu perkara yang best melalui ebook ini adalah, temubual yang dilakukan adalah LIVE. so, semua jawapan jutawan-jutawan adalah spontan dan telus / ikhlas. so, saya put them on the spot dengan soalan-soalan cepu emas, bagaimana hendak menjadi kaya!
Bayangkan, Dato Dr Fadzilah Kamsah pun mendedahkan strategi perniagaannya, bagaimana beliau berjaya dalam perniagaan motivasi!
-IK
ps: bagi yang dah order, sila beri 24 jam untuk menerima ebook melalui email
July 16th, 2008 at 12:28 pm
Salam, IK
Tahniah.
Harap dapat jadi orang terawal memberi respons pada ebook tersebut.
Thanks.
July 16th, 2008 at 12:34 pm
WAHHHH!!! Dalam 1 jam dah 10 order?? SO AMAZING! Must be a hot product ni Sifu.
Congrats to all yang dah order tu. Ishh…brother love pun nak jugak jadi dalam group orang2 pertama yang membaca ebook ni!!! Tunggguuuu…
July 16th, 2008 at 2:22 pm
Bagus ni,memang tertunggu tunggu minggu ni pelancaran ni.Mesti kecoh satu Malaysia ni.
July 16th, 2008 at 2:35 pm
assalamualaikum
hi,we met at MIBO program.
just to drop by to say keep up a good work
July 16th, 2008 at 3:27 pm
dah order dah tadi.Cuma sekarang tengah nak tunggu buku sampai.
July 16th, 2008 at 4:31 pm
tahniak IK! menarik sungguh peluang nih!
nak tanyer:
- adakah selepas full launch, sistem affiliate akan dibuka lagi? atau ianya hanya kepada pembeli?
July 16th, 2008 at 4:52 pm
Tahniah IK,
Malam tadi tak sempat pergi Mid Valley , nak jumpa IK dan Dr Azman ,sebab ada debat hangat di TV9. Anyway Congrats for great e-book!
July 16th, 2008 at 5:56 pm
thanks for your support
affiliate Mentor Jutawan terbuka untuk semua. bukan sekadr pembeli sahaja. insyaallah akan buka jumaat ini kalau tiada aral melintang.
-ik
July 16th, 2008 at 6:26 pm
Tahniah IK,
Dah oder……….tak sabar rasanya nak memiliki dan membacanya……..
Harap dapat jadi orang terawal memberi respons pada ebook tersebut.
Thanks.
July 16th, 2008 at 6:26 pm
Hi IK.. Tak sabar nk membacany, dh order td
.. Cuma nk bgtau IK, detail pmbayaran tu sy letak “Nota Motivasi”.. Sbb ms pagi td, klu x silap sy dlm blog ni tulis “Nota Motivasi”..
July 16th, 2008 at 7:01 pm
dalam proses nk meng”order”… =p
July 16th, 2008 at 7:30 pm
Alhamdullilah… dasyat lah u all people.
Bagaimana pula kalau saya yang berada di UAE nak
order?
July 16th, 2008 at 9:09 pm
Nampaknya kena pergi CIMB utk bank-in RM40. Kalau maybank, boleh online transfer je..
Boleh tau tak, berapa komisen untuk affiliate ni..?
July 16th, 2008 at 9:48 pm
Assalamualaikum IK…
tak sabar sangat2 rasanya…hehehehe
balik kelas pagi tadi terus buka kompter, tau jebku tu dah boleh beli, balik kelas petang terus g bank CIMB bank in duet…
so now, tunggu dapat je lah…
tp saya tak scan slip “bank in” tu aci tak???
sebab scanner saya buat hal lah…
butiran lain bagi dah…
thanks ya ik sebab buka peluang ni…
Assalamualaikum…….
July 17th, 2008 at 12:41 am
Salam semua..
Baru sempat online..sekali nak buat payment, bank online dah tutup daa.. Esok pagi la jawabnya..aisehhh!
* Sibuk jaga new born..tp dah 30 hari..
Tokey Printing :::
July 17th, 2008 at 9:32 am
TAHNIAH2, MELETOP PRODUK TERBARU IK, CEPAT2 JGN TERLAMBAT. SEKARANG JUGA BANK-IN RM40. APALAH SANGAT RM40 TU DENGAN ILMU MENJADI JUTAWAN, YE TAK..!!!
RAKAN PENDOA ANDA,
July 17th, 2008 at 9:43 am
Salam,
Tahniah atas perlancaran mentor jutawan!
Bila nak buat hardcopy/buku utk ‘mentor jutawan’
tak puas baca kat ebook.
July 17th, 2008 at 9:46 am
kalau ada link affiliate.. boleh saya promote dalam mailing list saya.
July 17th, 2008 at 9:53 am
tak puas baca ebook, boleh print.
semua pesanan semalam telah di hantar (check your email), jadi, kami mengalu2 testimonial di sini ok. nanti boleh kami transferkan testimonial terpilih ke laman utama Mentor Jutawan untuk Full Launch selewat-lewatnya esok. bersama program affiliate pun akan online.
jangan lupa, yang beli akan juga menerima beberapa pemberian percuma yang hanya akan diketahui esok bila full launch.
+also, untuk berlaku adil kepada yang menunggu program affiliate, saya sendiri tidak akan announce pada mailing list kami mengenai pelancaran Mentor Jutawan (full launch) minggu ini & minggu depan.
kami nak kasi can anda buat duit melalui affiliate link anda dulu dan dapatkan 2-tier affiliates ramai-ramai
kemudian baru kami promosi kat mailing list kami, so, anda dapat extra komisyen.
-IK
July 17th, 2008 at 10:37 am
Wah… cantik juga strategi IK ek.. salah satu dari teknik marketing yang patut di pelajari dan diaplikasikan..
July 17th, 2008 at 12:22 pm
Assalamualaikum IK…
dah bukak emel…tak ada pun…
pasal ik sendiri tidak akan announce pada mailing list???
apa tu????
tak berapa nak faham lah…
past “kami nak kasi can anda buat duit melalui affiliate link anda dulu dan dapatkan 2-tier affiliates ramai-ramai” pun kureng nak faham…
boleh more details tak???
sorry…saya ni memang slow sket benda2 macam ni…
Assalamualaikum…
July 17th, 2008 at 12:52 pm
Salam
Saya dah register dan buat bayaran. Tak sabar rasanya untuk baca ebook dan sebarkan kepada kawan2. Mintak tunjuk ajar daripada Irfan.
July 17th, 2008 at 1:20 pm
wah… nak beli lah… tapi kalau ada sifu mybank2u kan best.. boleh sekarang jaga saya online beli… ni cimb pulak.. ke tunggu besok lah beli dapat beli…
kalau boleh saya cadangkan sifu bukalah akaun mybank2u pulak, n senang lah orang cam saya beli.. hehehe…
http://www.buatebook.com/
July 17th, 2008 at 2:03 pm
Salam IK,
Saya dah pun bank-in pagi tadi. Masih tunggu jawapan la… dah tak sabar nak tengok ni…
July 17th, 2008 at 4:19 pm
kalau guna maybank2u, masih boleh bayar ke CIMB. ini caranya:
======
1. Sesudah login ke akaun maybank2u, klik Funds Transfer
2. Klik Open Interbank (GIRO) Transfer
3. Klik Request TAC
4. Pilih CIMB dan klik Next
5. Masukkan jumlah yang mengikut order- RM40 untuk Mentor Jutawan
6. Payment Type - pilih funds transfer
7. Masukkan akaun no iaitu 1253 0013 642 057
8. Beneficiary Name - Irfan Khairi Sdn Bhd
9. Beneficiary ID - 719344P
10. Klik Next
11. Masukkan TAC No yang diberikan ke telefon anda
12. Klik confirm
13. Reference Number akan diberikan sesudah payment tersebut confirm
14. Emailkan kami nama, alamat, no tel, dan reference no dari maybank2u, jumlah bayaran.
Terima kasih,
-krew rahsia internet
July 17th, 2008 at 4:27 pm
Sekadar berkongsi cerita saya bersama kawan-kawan.
Pada mulanya saya teragak-agak untuk membeli buku Mentor Jutawan. Saya fikir, mungkin isi kandungannya tidak jauh berbeza daripada buku-buku lain yang pernah saya baca.
Tetapi sebaik sahaja membaca buku ini, persepsi saya mula berubah. Buku ini memang berbeza. Mungkin kerana disebabkan ia adalah transkripsi interview, saya dapat rasakan seolah-olah buku ini “hidup”. Sebagai contoh, sewaktu membaca Bicarawara Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Terngiang-ngiang suara Dato’ sehinggakan beberapa kali saya ketawa
sendirian.(Nasib baik orang tak nampak! Kalau tidak, mungkin saya di cap
gila sebab ketawa sorang-sorang)
Selain itu, ada banyak (sebenarnya terlalu banyak) mutiara kata, azimat dan highlights daripada mereka, yang perlu kita ambil iktibar dan boleh diaplikasikan dalam perniagaan. Adakalanya saya rasa benda yang
disebutkan itu macam perkara biasa sahaja. Tapi, rupa-rupanya..perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan.
Apa yang boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan nilai yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah, anda tidak akan rugi
kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin akan rugi, jika anda tidak memilikinya.
Ikhlas,
Amalia Ruslan
http://www.MajlisImpian.com
July 17th, 2008 at 5:09 pm
Salam IK,
Semalam saya dah order, transfer guna maybank2u. Tapi setakat petang nie masih blum dapat confirmation….semangat nak baca dah nie…
July 17th, 2008 at 8:55 pm
Pesanan luar(UAE) dari Malaysia ,harga rm40 juga.Kalau begitu saya akan order skrg.
Terima Kasih
July 17th, 2008 at 11:21 pm
Saya dah baca ebook ni.Byk tips dan nasihat juga pengalaman mentor2 jutawan ni yg blh dijadikan panduan utk sesiapa shj yg ingin berubah.Baca ebook ni mcm sedang bersemuka dengan mereka sendiri,sangat santai.Ebook ni blh dijadikan sebagai mentor atau guru atau idola kepada sesiapa yg ingin menjadi jutawan.Enjoy sgt membacanya…rugi kalau tak dptkn ebook ni.
July 17th, 2008 at 11:43 pm
En. Irfan..Boleh tanya skit..boleh x saya buka ebook yang saya beli tu kat 2 PC.1 Ofis punya 1 kat rumah
July 17th, 2008 at 11:47 pm
Salam Dr Irfan,
8 Mentor kesemua hebat2 belaka! A ‘2008 Must Buy Book’!. Akan saya promote di Blog saya http://abuhazmy.blogspot.com
Salam,
Abu Hazmy Helmy
http://abuhazmy.blogspot.com - Blog Keusahawanan
July 18th, 2008 at 12:10 am
alamak…saya dah order hari rabu hari tu eBook ni…tapi sampai sekarang blom dapat apa-apa reply lagi…tak sabar nak baca dah ni…
July 18th, 2008 at 12:20 am
bagi yang tak dapat lagi, saya diberitahu my krew bahawa dah di hantar:
-IK
July 18th, 2008 at 12:38 am
Salam…
Saya tak pernah percaya tentang internet biz nie…tak nampak depan mata, tapi lepas tengok IK kat astro rasa cam menarik..so nak try nih!!…tapi memang tak tau sgt pasal internet…nak try baca mane tau klu bleh berjaya
July 18th, 2008 at 1:11 am
Assalamualikum dr.ik…
Alhamdulillah saya dah dapat n dah baca pun ebook tu…
apa yang dapat saya katakan,
WOW!!!! really amazing…
memang hebat…
saya seorang hamba Allah yang paling susah untuk membaca buku2 ilmiah ni…
melainkan betul2 ada ransangan lain yang membuat saya nak baca…macam buku2 dr.ik…dr.fadhilah khamsah…
tp ebook ni memang buat saya teruja sangat2…
order semalam, sehari sampai 6 7 kali bukak emel tp still tak ada…sgt kecewa, hantar emel kat krew dr.ik n dapat taw ebook tu sesat kat spam…hehehehe
bukak je spam, terus download, register n baca non stop,sedar2 dah azan magrib…
berhenti sembahyang sampai isyak sambung baca balik…heheheh
1st time baca buku siap ada buku catatan dan pen yang langsung tak lepas tangn…ikut hati nak catat setiap word…sebab setiap perkataan memberi makna yg sangat2 hebat…(kata2 yg keluar dari mulut berduet..hehehehe..just kidding)
rugi sangat2 pada mereka yang tak beli…
sedangkan saya yang malas baca buku2 ilmiah ni pun sanggup keluar duit untuk beli, apatah lagi korang yang memang minat membaca…kan???
bukan senang tau nak dapat pendapat/pandangan peribadi daripada mereka2 yang dah sangat2 berjaya…
senang cerita memang rugi lah kalau tak beli…
kepada dr.ik,krew & 7 lagi jutawan hebat…saya seikhlas hati ucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih…seronok baca cerita dan pengalaman anda…terima kasih sangat2…
Assalamualikum…
July 18th, 2008 at 1:17 am
Nak beli tapi credit Debit Card tak cukup. Dalam bank pun dah kering sebab 3 bulan gaji tak masukkk
. Saya harap dapat joint affiliate program Mentor Jutawan dan harap dapat komisen sikit.
Kesempitan wang bukan alasan untuk tak berusaha - Hidup perlu diteruskan.
OOOya!!! saya baru lancarkan program Affiliate saya dan saya berharap kawan2 dapat sertai program affiliate saya. Anda DIJEMPUT ke: http://promoprosperaffiliate.blinkweb.com
Hanya dengan mendaftar sebagai affiliate anda akan dapat insentif RM5.00 yang dikredit terus ke akaun affiliate anda.
Anda akan dapat control panel sendiri untuk membuat promosi dan menyemak pelawat yabg masuk dan komisen yang akan diterima.
Saya sangat berharap pertolongan anda semua.
TQ;
)
P2..DotCom
http://www.newaffiliateproducts.blogspot.com
(harap dapat beberapa KLIK untuk Adsense saya dari kengkawan
July 18th, 2008 at 1:29 am
Setelah saya membaca Ebook ni, Saya merasakan Ebook ini adalah wajib bagi anda yang mahu berjaya dan menjadi Jutawan kerana ingatlah resepi untuk berjaya menjadi jutawan adalah berguru dengan jutawan itu sendiri, jadi dapatkan Ebook ini yang sarat dengan info,tips dan strategi secara terus daripada bukan 1 tapi 8 mentor jutawan dalam ebook ini. Ebook ini ibarat gedung ilmu jutawan-jutawan Malaysia yang tidak ternilai harganya dan boleh dijadikan panduan buat kita pada setiap masa. Saya merasakan Irfan telah meletakkan harga yang terlalu murah jika dibandingkan dengan ilmu yang ada dalam ebook ini,mungkin disebabkan Irfan sememangnya hendak berkongsi dengan anda semua. Jadi pintu ke arah kejayaan sudah berada di depan anda, cuma anda yang tentukan sama ada untuk membuka atau tidak pintu tersebut. Jadi “anda fikirlah sendiri”. Terima kasih kepada Irfan Khairi kerana menghasilkan ebook ini.
Hapiz Rajali
http:hapizrajali.com
July 18th, 2008 at 2:00 am
Assalamualikum dr.ik…
saya dah try copy ebook percuma yg dr.ik bg tu…
2 dapat reply emel daripa mereka tp bila nak copy, buka url yg diberi tak ada apa pun…blank…
1 lg lngsung tak boleh buka…knp ye???
1 lg sy ada hantar comment d sini tntng ebook Mentor Jutawan…
tp tak ada pun….
comment2 sebelum ni pun ada hantar, tp tak ada pun…nak kata apa yg saya hantar d larang, tak kot, sebab saya cuma ucap terima kasih dan tanya pendapat jer…
k lah..
Assalamualikum..
July 18th, 2008 at 9:06 am
Salam,
Alhamdulillah saya baru saja memesan ebook mentor jutawan ni. Tak sabar rasanya. Baca testimonial dari kengkawan nih rasa lebih bersemangat.
Tahniah Irfan Khairi.
July 18th, 2008 at 9:15 am
alamak…saya dah delete email dalam span file..macamana nie? Belum dapat lagi sampai hari ni….org lain dah baca…saya belum lagi…..sedih…
July 18th, 2008 at 9:26 am
Mentor Jutawan sememangnya harus dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap bebas kewangan. Pengalaman 8 jutawan yang terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan kegagalan yang berbeza sebelum berjaya dan bergelar jutawan harus dijadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Pelbagai tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan oleh 8 jutawan adalah tidak ternilai harganya dan saya pasti harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga RM40.00. Tanamkan tekad dan kuatkan semangat, Insyallah kita juga boleh mencapai cita-cita untuk berjaya seperti mereka suatu hari nanti.
Azmi
www.wavecommunications.com.my
July 18th, 2008 at 10:39 am
Saya baru sahaja selesai membaca buku ini. Apa yang hendak saya katakan bahawa buku ini bernilai. Pada mulanya saya sangkakan hanya sedikit input sahaja dikongsi kerana ianya berbentuk temuramah berbanding cara kebiasaan sesebuah buku ditulis. Tetapi jangkaan saya meleset. Memang banyak input dikongsi.Jika anda membeli buku ini, pastikan sebuah nota ringkas bersama anda. Saya jamin, sekurang-kurangnya anda akan menjumpai satu idea yang bernilai daripada setiap personaliti untuk diimplementasikan.
www.drinspirasi.com
July 18th, 2008 at 12:57 pm
Wau! Tidak pernah terfikir kita akan jadi jutawan dengan menjual pau atau kacang goreng.
Saya teruja pada formula “banyak baca buku, kita akan bertambah kaya” dan tip “doktor dalam perang”.
Syabas kepada yang membeli ebook ini!
Yang pastinya, Mentor Jutawan akan melahirkan lebih ramai jutawan dalam masa 7-10 tahun dari sekarang.
Selamat berusaha dan semoga kita sama-sama berjaya.
ps: Kenapa tiada gambar Irfan bersama Chef Li, Dato’ Hussamuddin dan Abang Abu?
Rohaizan Khamis
http://gempurhpa.blogspot.com/
July 18th, 2008 at 1:17 pm
MENTOR JUTAWAN adalah Ebook yang harus dimiliki oleh semua peringkat umur yang dahagakan kejayaan atau yang ingin melipatkali gandakan kejayaan yang sedia ada. Padat dengan info menarik dan tips menakjubkan daripada jutawan-jutawan tanah air berdasarkan kepada pengalaman mereka yang bermula “FROM ZERO TO A HERO”! Untuk menjadi jutawan perlulah mendapatkan panduan daripada jutawan dan inilah dia! MENTOR JUTAWAN!
July 18th, 2008 at 2:20 pm
Sebenarnya saya sudah berjanji pada diri tidak mahu membeli sebarang ebook lagi sebelum saya berjaya sebab sudah terlalu banyak ebook saya beli tetapi ‘belum rezeki’ saya untuk berjaya. Tetapi ebook ‘Mentor Jutawan’ ne berjaya mengamit dan mengetuk pintu hati saya untuk memiliki dan mencari rahsia bukan satu tetapi lapan orang jutawan dalam bidang masing-masing.
Akhirnya saya tewas, ‘Mentor Jutawan’ memang benar-benar satu ebook yang mesti dimiliki oleh setiap orang! Ianya tidak ternilai dengan wang ringgit berbanding ilmu yang dikongsi oleh lapan jutawan ini. ebook ini bukan sahaja sebagai pencetus semangat tetapi banyak ilmu, rahsia dan aktibar yang boleh dicontohi.
Jangan fikir dua kali, saya amat mengesyorkan anda memiliki ebook ini. Anda tidak akan rugi satu senpun bahkan anda boleh meraih pendapatan sampingan dengan program ‘affiliate’nya. Hebatkan!
Tq Irfan.
July 18th, 2008 at 3:07 pm
Buku yang hebat untuk pembaca yang hebat. Syabas Irfan Khairi. Mentor Jutawan memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu memulakan peniagaan sendiri. Mentor Jutawan telah berjaya mencungkil rahsia-rahsia jutawan yang berjaya untuk dijadikan fomula atau pembakar semangat untuk mereka yang ingin berjaya. Semua Jutawan yang dipaparkan telah berkongsi jatuh bangunnya mereka di dalam dunia perniagaan. Kejayaan tidak datang bergolek tapi dengan usaha yang gigih. Mungkin sebelum ini ramai yang kurang berkeyakinan dalam memulakan perniagaan mereka sendiri. Saya percaya dan menjamin setelah membaca buku ini mereka akan lebih yakin dan tidak melakukan kesilapan yang telah mereka lalui. Semua yang berjaya telah melakukannya from “scratch” dan tidak ada jalan mudah melainkan kita menjadikan cerita mereka sebagai sumber idea atau fomula untuk berjaya. Pastikan anda merebut peluang keemasan untuk mendapat buku ini.
www.izzulbabygift.com
July 18th, 2008 at 3:53 pm
assalamualaikum…
saya dah order pun ebook….harap2 IK dapat membantu saya…saya budak baru belajar…x tau pe2 pun…harap IK dapat memberitahu aper proses slepasnya…
t.kasih….
July 18th, 2008 at 3:57 pm
erm… lagi 1 pasal affiliate…lps dapat ebook proses affiliate tu mcm ner pulak..harap IK dapat bantu yer…hehehehehe
July 18th, 2008 at 5:20 pm
Menakjubkan,setelah membaca ebook Metor Jutawan saya amat teruja dengan isi kandungannya padat dan lengkap,yang boleh dianggap rahsia terbongkar.
Ebook Metor Jutawan ini mengetengahkan maklumat dan rahsia kejayaan pakar-pakar usahawan tempatan dan luar untuk sama-sama kita jadikan panduan mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Metor Jutawan merupakan produk terbaik dan saya bangga dengan kualiti dan penampilan produk ini.
Saya mengesyorkan anda mendapatkan ebook ini pada hari ini juga untuk mengetahuinya.
Ikhlas,
lankub
(roslan yaakub)
July 18th, 2008 at 5:55 pm
terima kasih banyak2 atas kesemua testimonial yang diberi!
-ik
July 18th, 2008 at 9:25 pm
Tak sampai 5 minit membaca laman web mengenai Mentor Jutawan, saya terus buat pesanan tanpa ragu-ragu.
Kenapa?
Saya tahu betapa besarnya ilmu yang bakal diperolehi daripada ikon-ikon jutawan Malaysia yang semestinya juga menjadi mentor kepada saya secara senyap-senyap. Bukannya senang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang berdasarkan pengalaman dan pengorbanan seseorang jutawan. Lagipun, bukan setakat seorang, malah 8 orang jutawan mendedahkan rahsia, tips dan strategi kejayaan mereka.
Pastinya saya tak mahu ketinggalan mempelajari sebanyak mana yang mungkin.
Di dalam setiap bicarawara yang diberikan, ada sahaja perkara baru yang saya pelajari - ada sahaja yang akan menjadi titik tolak kepada usaha saya untuk terus berjaya.
Terima kasih kepada semua mentor jutawan -Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li, Dato’ Dr Azman Ching, Billi Lim, Datuk Hussamuddin Yaacob, Abang Abu dan Irfan Khairi.
Setinggi tahniah diucapkan kepada Irfan Khairi kerana mencipta sebuah ebook yang padat berisi dan semestinya ada ummph!
Kata orang putih “Success Leave Clues” (Kejayaan Ada Petunjuknya)… ebook Mentor Jutawan ini adalah petunjuknya.
Oleh itu, jadikan ebook Mentor Jutawan sebagai panduan dan inspirasi anda untuk maju ke hadapan.
Jika anda belum mendapatkan ebook ini lagi, pastikan anda buat pesanan pada hari ini juga.
Zamri Nanyan
Usahawan Internet dan
Penulis bersama buku
“Rahsia Bisnes MLM Di Internet”
www.BisnesDigital.com
July 19th, 2008 at 4:16 pm
Syabas dan tahniah saudara Irfan kerana memberi peluang kepada para usahawan untuk memantapkan diri, menimba ilmu dan seterusnya berjaya seperti mentor-mentor jutawan.
Sesungguhnya membaca e-book mentor jutawan adalah satu tindakan yang bijak dan mendorong saya agar lebih bersungguh-sungguh dan lebih kreatif untuk memajukan perniagaan saya.
Terima kasih
www.anggunkidscolours.com
July 21st, 2008 at 7:37 pm
Tanpa ragu-ragu saya terus order walaupun kad Kredit dah sampai penghujung. Baru baca mukadimah Mentor Jutawan dalam hati saya berkata ” Memang Berbaloi Aku Order”.
Terima Kasih sdr Irfan..tak sia-sia saja ikuti “Tip satu minit setiap hari!” sdr.
Tahniah sdr Irfan atas usaha sdr supaya ramai lagi bangun dan maju sebagai usahawan.
cdeq
http://mayabiz.bazaarlot.com
July 22nd, 2008 at 11:41 am
Tahniah Irfan Khairi telah berjaya menerbitkan sebuah buku Mentor Jutawan. Tidak rugi sesiapa yang membeli buku ini kerana isi kandungannya penuh dengan mutiara kata, azimat dan highlights serta tips untuk berjaya dalam perniagaan dari pengalaman 8 Mentor Jutawan.
Buku ini memang berbeza dari keluaran sebelum ini. Isi kandungannya berdasarkan interview beliau dengan 8 mentor jutawan. Memang beruntung saya kerana hanya membeli sebuah buku Mentor Jutawan ini seperti membeli lapan buah buku. Macam orang kata “8 in 1″!Buku ini memang berbaloi untuk dijadikan panduan untuk memulakan perniagaan.
Kepada sesiapa yang belum memilikinya, beli buku Mentor jutawan sekarang kerana pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya berpatutan jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Anda tidak akan rugi memilikinya.. “lebih banyak membaca, bertambah kaya”
Mohd Nazrien A.R
Kota Kinabalu, Sabah
July 22nd, 2008 at 12:26 pm
Salam IK, nak tanya kalau org luar misal dari Indonesia, Brunei dan Singapura nak beli or join affiliate boleh tak?
July 22nd, 2008 at 3:02 pm
Salam IK,
Tahniah kerana berjaya mencetuskan idea utk mengumpulkan pengalaman 8 jutawan.
Saya memang tidak pernah beli ebook tapi teruja dgn ‘mentor jutawan’ walaupun was-was utk membelinya.
Bagi saya memang berbaloi beli dan rasanya ilmu yg ada dlm buku nie lebih nilainya dari RM40.Muga apa yg ada dlm buku nie dapat dilaksanakan!
July 22nd, 2008 at 8:26 pm
Testimonial:
Selama ini para pembaca tempatan tidak mempunyai pilihan buku-buku bisnes yang merujuk kepada profil sukses usahawan tempatan.
Dahulu dunia buku tempatan lebih banyak diperkenalkan dengan jutawan Barat dan Asia di luar sempadan negara.
Ia menyukarkan para pembaca tempatan mengadaptasi pengalaman-pengalaman sukses ikon jutawan luar negara dengan budaya dan suasana tempatan yang mereka alami.
Terdapat jurang budaya yang menjadikan buku-buku luar negara tidak begitu mesra pembaca.
Namun kini ia bukan alasan lagi. Kejayaan mengikut acuan tempatan kini didokumentasi dengan begitu terperinci melalui e-buku Mentor Jutawan.
Mentor Jutawan merupakan e-buku wajib milik bagi mana-mana bakal usahawan tempatan dan pembaca yang mencari inspirasi daripada ikon jutawan dalam negara ini.
Ia bukan sekadar e-buku, Mentor Jutawan adalah senarai semak dan manual bertindak untuk mencapai kebebasan kewangan, mencapai cita-cita peribadi dan membina impian sebagaimana ikon-ikon jutawan yang sudah membongkar rahsia mereka buat pertama kali.
Selaku penulis buku nasional sepenuh masa, saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Tuan Irfan Khairi atas inisiatif beliau mendokumentasi pemikiran ikon-ikon jutawan tempatan.
Ini adalah satu lagi penulisan berharga yang akan memandaikan masyarakat yang wajib menjadi koleksi peribadi!
Zamri Mohamad
www.zamrimohamad.com
July 24th, 2008 at 1:17 am
Salam semua.
Menakjubkan! Walaupn saya tak habis baca lg ebook n tgh print ne. Memang sesuai sgt bagi saya coz saya memang minat 4 mentor jutawan dr 8 jutawan yg disenaraikan ‘Irfan Khairi, Dr.Fadzilah, Dr.Rusly n Azizi Ali’ n saya sentiasa memburu buku-buku mereka.
Semoga impian menjadi kenyataan itulah matlamat saya menjejaki mentor-mentor jutawan n bersama IK secara tak langsung menyertai ‘program affiliate’.Heeee…Program yg boleh menambahkan pendampatan.
Thanks.
July 25th, 2008 at 5:07 pm
Salam semua…
Pendekatan yang baik tentang ilmu dan inspirasi golongan jutawan…jiwa dan minda masyarakat kita perlu dipupuk kearah ini…seperti kata DR Rusly:-
Kekayaan = Peningkatan Nilai Tambah Sumber Milik Umat Islam + Leverage(jaringan Strategik)+ Hubungan kerjasama ummah
Terima kasih Irfan Khairi
July 28th, 2008 at 10:42 am
Salam Semua,
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Irfan Khairi kerana mengeluarkan e-book tentang mentor jutawan dr 8 jutawan.
Buku ini memang berbaloi untuk dijadikan panduan untuk memulakan perniagaan and boleh digunakan semua orang yg ingin berjaya dalam kehidupan mereka.
Guna
July 29th, 2008 at 12:12 pm
Saya baru je dapat E-Book mentor jutawan. Tak sabar nak membaca. Walau mase mencemburui.Harap dapat bagi testimonial secepat mungkin. Tunggu…
July 30th, 2008 at 4:00 am
Saya baru order kerana nak motivasikan diri sendiri.Saya juga telah hadir ke workshop Jutawan Internet baru-baru ni dan still working on my website. Insyaallah akan siap dlm minggu ni.dah 4bulan tak dak income ni…harap-harap segala ilmu yang telah di pelajari akan membawa berkat dan rezeki dlm hidup saya….insyaallah
July 30th, 2008 at 11:02 am
Thanks for IK,
Great books. Is a wake up call for most of us, to realize there are many ways to improve and to motivate ourselves no matter who we are.
August 3rd, 2008 at 11:04 pm
salam,
saya sudah membaca ebook mentor jutawan ni,sebelum ni sebenarnye saya kurang minat tentang ebook2 ni cz adik saya banyak kene tipu dengan ebook2 seperti ni tetapi setelah baca ringkasan dalam web ni juga setelah tengok testimoni2 yang memberangsangkan,lantas tanpa membuang masa saya terus membeli ebook ni.wow!!belum habis baca lagi saya merasakan harga ebook ni terlalu tidak setimpal dengan isi di dalamnya kerana saya merasakan bilamana membaca ebook ni seolah2 sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan bilamana memperatikkan ape yang ade di dalamnya x kire bidang ape sahaje yang diceburinya.semangat saya bertambah membuak2 untuk mengikuti jejak langkah mereka terutamanya dato dr azman ching.mintak maaf saudara irfan. ini bukanlah bodekan saya tetapi apa yang ikhlas lahir dari sudut hati saya.x rugi langsung saya membelinye!!!
August 3rd, 2008 at 11:11 pm
salam
terima kasih ik
ebook ni lain dari yang lain,saye sebelum ni x percaye lansung dengan ebook2 ni tapi…….bila mana beli ebook ni rasenye amat2 berbaloi.saye syor kepada semua yang bercita2 nak jadi jutawan serta sanggup menghadapi sebarang risiko dalam nak bergelar jutawan anda mesti! memiliki ebook ni untuk motivasi serta inspirasi anda.
August 4th, 2008 at 10:54 pm
Salam semua, saya dah download ebook tapi belum dapat baca sebab tak tahu di mana nak daftar username dan password. Puas cari tak jumpa tempatnya. Harap dapat bantu kerana saya sudah menghantar emel kepada rahsia internet kerana panggilan telefon tidak dijawab, mungkin sebab dah malam. Tak apalah saya akan terus bersabar hingga esok…Sebenarnya Dato’ Hussamuddin adalah bos saya. Jadi, saya beli ebook ini sebagai sokongan saya padanya dan semoga saya dapat manfaat yang berguna untuk diri sendiri dan generasi saya seterusnya. Jika bukan saya yang jadi jutawan, saya berharap anak saya akan mewarisi keazaman saya seperti Dato’ mewarisi kegigigihan ayahnya, Hj Yaacob. Untuk makluman semua, kedai buku di Karangkraf dinamakan sempena nama ayah beliau iaitu Toko Buku Hj Yaacob. Kalau sesiapa yang berkesempatan, datanglah ke sana untuk dapatkan diskaun istimewa.
August 8th, 2008 at 1:31 am
Salam..
Yeay! Alhamdulillah, syukur.. dah dapat ebook-nya..
terima kasih buat pihak krew atas bantuan, selesaikan masalah hari tu..
dan, of course, terima kasih dan tAhNiah! buat IK kerana telah berjaya menerbitkan satu lagi bahan bacaan yang bermanfaat untuk ramai orang..
syabas.. moga terus berkongsi ilmu yg ada.. & moga bertambah ilmunya..
wassalam..
“give, n we shall get.. insyaAllah..”
RuhanaRazak
http://www.ruhanarazak.co.cc
August 22nd, 2008 at 9:47 pm
Terima kasih kepada saudari Irfan kerana begitu banyak memberikan idea dan motivasi. Saya dah dapat ebook Mentor Jutawan. Memang fantastic.Walaupun saya dah memperolehi beberapa buah buku yang ditulis oleh Chef Li, Dr Fadhilah Kamsah, Billi Lim, Azizi Ali dan saudara Irfan sendiri tetapi saya tak akan berhenti membeli buku-buku yang ditulis oleh mereka. Anda semua memang hebat dan sanggup berkongsi ilmu untuk semua. Itulah sifat seorang mukmin sejati. Allah bantu mereka mendapat kejayaan mereka pula membantu orang lain untuk berjaya bersama. Tahniah dan syabas.
August 23rd, 2008 at 6:47 pm
setelah membaca ebook mentor 8 jutawan,sy amat teruja dan memperolehi ilmu yg selama ini sy impi2kan..setiap individu tidak mengira kedudukan sangat2 perlu memiliki buku ini kerana buku ini lain dari yg lain..percayalah setiap ilmu yg kita dapat perlu dipraktikkan supaya impian akan menjadi kenyataan..terima kasih IK.
August 24th, 2008 at 2:27 pm
Titik permulaan saya menceburi bidang perniagaan internet adalah buku rahsia jutawan internet terbongkar, sebaik selesai membaca buku tersebut (habis baca dalam sehari sahaja!) saya mengubah suai laman web asal (web personal) kepada web perkhidmatan & jualan. dan ternyata berkat tunjuk ajar IK dalam buku dan CD manual membina web, laman web tersebut berjaya menjana pendapatan jualan produk CD melebihi 5K dalam tempoh setahun, walaupun tidak selaris produk lain tapi ia telah mengubah persepsi negatif saya dan orang sekitar saya terhadap perniagaan internet sebelum ini.
Kini, ebook Jutawan Mentor pula saya miliki, bukan sahaja mendapat ilmu malah meledakkan lagi motivasi saya untuk terus maju dalam bidang ini.
ps: Saya ada mohon ‘facelift’ laman web http://www.dodon.org. Harap dapat perhatian daripada a.s.a.p.
pss: Thank you very much for revelling the hidden story of ‘internet cashflow’, may GOD bless you and your family
Dr. Dodon
http://www.dodon.org