Mon 16 Oct 2006
Mr.A: Berapa pelawat laman kau dapat sehari?
Mr.B: Laman web aku sehari sampai 1,000 hits!
Mr.A: Wow… banyak tu…
Ni contoh kesilapan yang sering berlaku pada mereka yang masih baru dalam perniagaan Internet. Kedua Mr.A dan Mr.B tersalah konsep.
Hits bukan bermakna jumlah pelawat. Hits dikira sebagai berapa kali web hosting anda menjalankan aktiviti untuk memaparkan laman anda kepada seorang pelawat.
Sebagai contoh, sekiranya satu laman anda hanya teks sahaja dan tiada gambar, sekali pelawat masuk, ia akan di kira sebagai 1 hit.
Tetapi, sekiranya satu laman anda mempunyai teks dan 19 gambar, apabila seorang melawat laman anda, web hosting akan menjalankan aktiviti untuk mendapatkan kesemua file sebanyak 20 kali (1 teks 19 gambar). Ini akan dikira sebagai 20 hits, walaupun hanya seorang melawat laman anda.
Ini bermaksud sekiranya 50 orang melawat laman anda sehari, ianya akan dikira sebagai 1,000 hits sehari!
Oleh itu, pengiraan yang lebih tepat adalah UNIQUE VISITORS atau PAGE VIEWS (unique visitors + pelawat yang datang berulang kali). Jangan mengira HITS.
Untuk menjejak pelawat laman web perniagaan Internet, kami menggunakan StatCounter.com. Free je…
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

October 16th, 2006 at 11:24 am
pada mulanya, saya pun agak dengan term mcm ni..tapi lama-kelamaan paham gak la…tp saya selalu meneliti webstat yg disediakan oleh webhosting company…semua referal dan ip pelawat boleh dilihat disitu..so, daripada situ kita leh tau siapa yg dah visit website kita dan yg paling best, dari negara mana..
October 16th, 2006 at 2:06 pm
ASM.
Apa kata sikit “hits” tapi berkualiti. Sikit-sikit tapi lama-lama banyak .Betul tak ?
October 16th, 2006 at 2:58 pm
Assalamualaikum.
Saya ada soalan. cakap gunakan StatCounter.com, tapi letak kat mana ye?
saya dah cari kat hompej , tak jumpa pon.
Boleh sembunyikan ke?
ps: Beraya kat mana tahun ni ?
Wassalam.
October 16th, 2006 at 6:25 pm
untuk mendapat hits yg berkualiti, kata kunci laman web haruslah tepat dan bersesuaian. Dan promosi web ditujukan pada khalayak yg tepat.
saya pernah menggunakan counter di Bravenet.com
kelebihannya, ia tidak mengira kalau kita sendiri (webmaster) yg melawat
October 16th, 2006 at 9:44 pm
yes. jumlah pelawat sedikit, tapi berkualiti adalah terbaik.
cuma, tip ni mengatakan salah guna istilah “hits”. di mana ia bukan bermaksud bilangan pelawat. ramai yang ingat “hits” adalah unit mengira bilangan pelawat.
istilah yang sebenar adalah “unique visitors” atau “page views”.
hidet, statcounter boleh sorok. gunakan options dan set counter to invincible… hilang lah ia dari pandangan
statcounter juga boleh set tidak mengira lawatan webmaster seperti bravenet.
promosi statcounter hari ni… nasib baik free!
October 16th, 2006 at 11:19 pm
Saya tak ada laman web lagi Tengah belajar buat sendiri dari program NVU yang beri semasa worksyop dulu.Tapi faham juga apa yang sampaikan tips hari ini.
October 17th, 2006 at 5:48 am
hidet, saja invisiblekan sbb malu kerana ramai sangat yang masuk.. Hehehe..
October 17th, 2006 at 7:33 am
Saya pun menggunakan statcounter.Kalau yang ada fixed IP tu boleh la disable ip kita yang melawat sendiri tu…best jugak boleh tengok dari mana org tu datang.Yang paling seronok bila ada returning visitor.Masa mula-mula saya buat website takde lagi returning visitor ni.Tapi makin hari makin bertambah.Saya akan cuba cara yang sebutkan dalam buku tu nak maintain customer selalu lawat website kita
Salam Usahawan!
October 17th, 2006 at 8:13 am
Ohh..begitu rupanya..
terima kasih Irfan di atas tunjuk ajar anda.
October 17th, 2006 at 8:37 am
hehehe saya pun guna statscounter.. stats dia tak sama dengan stats lain..
memang boleh sorok. setting hidden
October 17th, 2006 at 8:47 am
Mungkin kita boleh estimate berapa kali website kita dilawat dengan melihat hits.
Jika website kita hanya ada text, 1 hit maknanya sekali lawat.
Jika ada text dan 19 gambar, 20 hit bermakna 1 pelawat dan 40 hit pula 2 pelawat (atau 2 lawatan oleh orang yang sama).
PS: Janganlah buat kerja susah ni. Saya cuma nak terangkan maksud hit dengan kata yang lain.
October 17th, 2006 at 12:33 pm
Thanks .tips yang cukup bagus…
October 30th, 2007 at 11:36 am
erm..memang dah pakai lama statcounter..tapi sejak ade hosting sendiri ni lebih senang pakai Awsats..lebih detail nampak..apa pun thanks for the good tips..:)
February 19th, 2009 at 10:25 pm
Saya pon dulu silap..ingatkan hit tu hits la…hahahah
April 10th, 2009 at 2:03 pm
Salam!
Baru saya tau, begitu mathematics untuk kira hits. Ok sangat info ni. Kalau hits tinggi dapat apa yeh? Ada hadiah ke? (Just kidding!) Saya ni memang tak pandai bab-bab ni.
Wassalam.
June 10th, 2009 at 11:39 am
Salam,
Infor yang sangat berguna, terima kasih!
August 6th, 2009 at 12:15 am
terima kasih untuk info diatas
August 7th, 2009 at 11:27 pm
sapa boleh tolong kt sini mcm mana nak buat 1 dunia klik kita punya website?
March 3rd, 2010 at 1:08 pm
ooo…gitu…patutla rasa dah ramai masuk dalam website,produk tak terjualpun…..kalau pakai geo leh tak??sapa yg tau??