Sebelum ni, saya ada sebut mengenai penggunaan warna yang pelbagai di dalam laman web akan memberi gambaran kurang profesional di sesebuah laman web.

Begitu juga dengan penggunaan huruf atau font yang pelbagai. Mengguna terlalu banyak font style akan memberi gambaran yang kurang profesional bagi sesuatu laman web.

Contoh, penggunaan font size yang pelbagai- size 3, size 4, size 5, size 6 dalam satu laman web. Juga, penggunaan font yang berbagai seperti Times New Roman, Arial, Helvetica, Script, Futura, dan sebagainya dalam satu laman web.

Sebaiknya, hadkan font style yang anda gunakan bagi size, tidak lebih dari 3 saiz. Bagi font juga, tidak lebih dari 2 jenis font. Ini akan memberi consistency kepada keseluruhan laman anda.

Kalau kita ingat kembali beberapa tip laman web yang pernah ditulis di sini:

  • Jangan guna terlalu banyak font syle
  • Jangan guna terlalu banyak warna
  • Jangan letak terlalu banyak iklan

ianya adalah asas kepada laman web yang simple. Sepertimana yang sering kita dengar konsep KISS- “Keep It Simple” :)

ps: Worshop Jutawan Internet akan diadakan di KL pada 16hb Jun dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July. Tempat kedua-duanya semakin terhad.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tiada lagi animasi
  • Hits - kesilapan dalam mengira pelawat
  • Gandakan pelawat - dapatkan recommendation dari pelawat anda
  • Tidak terlalu banyak warna