Dalam perniagaan, sememangnya perlu menjual produk atau perkhidmatan yang berkualiti.

qualiti.jpg

Sering kali juga, produk atau perkhidmatan kita dah cukup berkualiti sebaik-baiknya. Pada harga yang amat berpatutan. TETAPI, jualan tetap tidak memberangsangkan! Mengapa ini terjadi?

Jawapannya kembali kepada STRATEGI & PROMOSI

Sebenarnya, sesuatu produk perniagaan walaupun berkualiti sederhana, tetap boleh kalahkan produk yang lebih bagus daripadanya dengan mempunyai STRATEGI & PROMOSI yang lebih berkesan.

YA, bottom line is, produk berkualiti hebat, masih boleh gagal.

Zaman ini, kualiti produk atau perkhidmatan sahaja tidak akan menjaminkan kejayaan sesuatu perniagaan oleh kerana terlalu banyak persaingan yang melakukan strategi dan promosi yang lebih berkesan. So, WALAUPUN anda mempunyai idea perniagaan yang hebat, produk yang hebat, kualiti yang hebat… pemikiran sebenarnya yang perlu ada…

BUKAN lah…

Perniagaan ini pasti berjaya sebab produknya berkualiti tinggi dari pesaing!

TETAPI…

Apakah STRATEGI dan PROMOSI untuk menjayakan perniagaan ini berbanding pesaing?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?
  • Beri jaminan @ guarantee
  • Lihat pada kecantikan
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim