Dalam surah Al-Baqarah, Allah menggelar umat kita sebagai ummatan wasatha. Yang bermaksud yang Terbaik. Wasatha juga bermaksud Adil seperti disebut dalam al-Asas fit Tafsir.

Ummatan Wasatha = Terbaik + Adil

Sekiranya konsep ini dipegang dalam perniagaan, perniagaan kita perlulah perniagaan yang terbaik dan adil. Keuntungan yang kita dapat juga adalah yang terbaik dan adil. Usaha yang kita lakukan juga perlu yang terbaik dan adil.

Bila dalam perniagaan, bila usaha kita terbaik, produk kita terbaik, dan perniagaan kita keseluruhan adalah terbaik, memang tiada sebab kita tak boleh dapat untung yang terbaik- sehingga boleh digelar jutawan.

  • Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlu dapatkan untung yang terbaik. Bukanlah untung yang sikit-sikit.
  • Sebaiknya jadi jutawan atau billionaire, dan bukannya sekadar “bisnes cukup-cukup makan” atau “untung sikit-sikit je” … atau ramai selalu sebut “boleh la… surviving!”
  • Sebaiknya perniagaan terus berkembang dan maju, dan bukan di takuk lama seperti 5-10 tahun yang lalu. Atau 5-10 hari yang lepas.

Itulah dianya perniagaan konsep ummatan wasatha. Terbaik dan adil.

Bagaimana caranya? Jawapannya dalam surah Al-Imran yang menyebut tentang golongan ulul albab. Iaitu golongan yang berakal + berilmu + berfikir.

*tip ni sepatutnya untuk semalam (sempena hari Jumaat), tapi terlajak pula sebab sibuk :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nama Perniagaan Anda
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?
  • Pentingnya pemasaran perniagaan
  • Warnai Perniagaan Anda