Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat…

  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!

Kalau buat perkara yang kita TAK minat…

  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan…
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh…
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelaka akan gagal…

Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat… ataupun tak minat? ;)

**********
Seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal
Sabtu, 21hb Ogos, Vistana Hotel, Kuala Lumpur
9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Memulakan perniagaan seringkali tidak kesampaian oleh kerana kekurangan modal. Modal juga sering menjadi alasan tidak dapat memulakan perniagaan. Tahukah anda, melalui Internet, anda boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang modal?

Di seminar *terbaru* Perniagaan Internet Tanpa Modal, pakar perniagaan Internet Irfan Khairi akan mendedahkan strategi dan kaedah memulakan perniagaan Internet dari rumah tanpa anda mengeluarkan sebarang modal!

Lawati http://www.RahsiaInternet.com/tanpamodal untuk keterangan lanjut atau hubungi En Azran di 016-6966644

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Antara minat, passion dan wang
  • Perniagaan yang menguntungkan
  • Susah ke nak jadi jutawan??
  • Bagaiamana nak tahu passion?