Program TV “Menjana Impian”

Semalam agak menarik bagi saya- saya dijemput sebagai motivator untuk satu sesi program TV baru “Menjana Impian” terbitan TV9 yang akan disiarkan bulan hadapan. Ucapan tahniah saya kepada TV9 oleh kerana menghasilkan program yang berteraskan kejayaan & motivasi yang amat kurang di TV kini.

Menjana Impian adalah reality TV di mana 16 peserta muda (dari serata Malaysia termasuk luar bandar) di ambil untuk bertanding merebut biasiswa bernilai RM50,000. According to the producer Mr Jafni, program ni macam “The Scholar”, cuma the scholar test IQ, Menjana Impian test pada “soft skills” pelajar-pelajar.

Gambar kenangan: baju merah – peserta, baju orange – producer Bro Jafni, dua di belakang – host, baju biru – hero 🙂

Saya berpeluang bersama pelajar-pelajar (tinggal 8 sahaja tadi) selama 1 jam memberi  beberapa tip (Tip Satu Jam… bukan satu minit 🙂 ) berkaitan dengan kejayaan dan perniagaan.

Antara soalan saya kepada pelajar-pelajar adalah…

“Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

Soalan ini saya tujukan kepada pembaca tip satu minit juga. Klik pada comment, dan berikan pendapat. Esok saya akan berikan jawapan saya (dan pelajar) dan juga beberapa tip bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan pada usia yang muda!

Bagi mereka yang tidak pernah tinggalkan comment, atau dah lama tak tinggalkan comment, digalakkan turut serta supaya sama-sama dapat manfaat!

Seronok dapat jumpa anak2 muda yang bercita-cita tinggi! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

57 thoughts on “Program TV “Menjana Impian”

  1. bg sy org muda krg pengalaman,kalo nak start bisnes pn maybe ambil masa sket sbb kene kmpl modal dlu and tiada jalan mudah untuk berjaya lebih lebih lagi nak capai status JUTAWAN.Hanya insan yang bersabar,bercita cita tinggi dan berusaha je insyaallah akan berjaya.

  2. saya 15 tahun. pertama kali saya baca artikel anda dalam majalah e@siswa, saya kagumi anda sebagai seorang jutawan islam dalam usia muda dan telah memiliki perniagaan yang luas ke serata dunia. apatah lagi, dalam bidang pernigaan yang luar biasa yakni internet. saya jua seseorang yang meminati bidang reka cipta seperti anda. satu bidang yang saya rasa sangat luas, dan luar biasa hebat kerana menggunakan kehebatan akal kita dan menghasilkan keuntungan segera. baiklah, saya kekurangan masa. saya harap dapat terus mengenali kamu dan belajar drpd kamu utk mengangkat martabat malayu

  3. sy minat dalam bidang perniagaan,tapi sejak sy mendapat sijil pelajaran malaysia(spm) teruk sekali, saya hilang keyakinan untuk mencapai cita2 sy sebagai bisneswoman..boleh tak bantu sya?

  4. Kekadang orang muda, cepat putus asa. Mereka tidak memikirkan masa depan mereka dan tdak berapa ambil peduli… mereka hanya tau senang sja… sebab tu lah… tak bnyak jutawan muda sekarang ini…tp bgi pendpat saya.. kalau mereka benar2 ingin berjaya dan mampu menitiskan titik peluh mereka utk kejayaan… jadi tak dinafikn lagi.. mereka akan berjaya.. dan juga jgn lupa utk sentiasa berdoa dan solat.. kerana itulah diantara perkara yg dpt membantu diri dlm mlakukn hal2 seharian… just say to yourself “I believe I can do it!! Because I CAN”. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.