Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik

Suka saya jemput pembaca blog ke sesi talk saya…

Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik

Tarikh: Sabtu, 27hb Februari 2010

Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Masa: 2.30 petang – 6.00 petang

Masuk: Percuma!

Mainkan klip YouTube di bawah untuk jemputan ringkas daripada saya 😉

Sesi talk ini ditaja oleh StormReaders2U dan saya akan memberi talk mengenai teknik dan strategi bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah dan mendapat pendapatan secara automatik sepanjang tahun.

Dengan teknologi Internet, memulakan perniagaan Internet dari rumah menjadi semakin mudah. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan boleh diautomasikan 100%!

Di sesi saya ini, saya akan dedahkan strategi yang saya sendiri telah gunakan selama 10 tahun bagaimana mendapat keuntungan secara automatik sepanjang tahun menggunakan Internet. Kaedah ini, sememangnya ramai usahawan Internet Malaysia terlepas pandang.

Oleh kerana majlis ini adalah percuma dan tempat adalah terhad kepada 200 penyertaan sahaja, diminta, untuk anda booking secara percuma untuk sesi ini. Untuk booking, mudah shj, just hantar email kepada sales@rahsiainternet.com dengan tajuk email “PERNIAGAAN AUTOMATIK” dan sertakan sekali:

  • nama
  • no phone
  • berapa tempat ingin booking

So, sekiranya anda free pada Sabtu 27hb Februari depan, apa kata join us! Saya pasti, teknik dan kaedah yang saya sampaikan sememangnya amat efektif & powerful dan boleh diaplikasikan pada apa sahaja perniagaan yang dijalankan.

ps: Booking berdasarkan first come first serve sahaja ok… kalau dah penuh 200 penyertaan, tak dapat nak dibantu dah 😉 Juga minta kerja sama kalau rasanya tak dapat datang, jangan pula booking tempat. Nanti merugikan peserta lain pulak… 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

118 thoughts on “Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik

  1. Wah! Baguslah IK tawarkan kursus bisnes dari rumah secara percuma lak tu. Memang saya teringin sangat nak pergi tapi bukan rezeki saya lagi sebab kena balik Johor masa tu.

    Mungkin lain kali jika ada rezeki. Apa pun saya salute usaha IK!

  2. Kadang2 to, rasa macam tak puas hati. Ada je ceramah kat KL. Kat JB bila lagi……
    Rasanya itu je skali kat Menara Johor tahun lepas….
    Orang JB boleh bayar… percayalah… jangan macam tu en irfan khairy… orang jb macam di anak tirilah pula…

  3. 😉

    zaki, saya pun ada buat ceramah ke jb setahun 3-4 kali juga. mungkin anda terlepas pandang.

    tapi insyaallah kami akan ke jb bulan march nanti. so, pastikan datang ok? 😉

    -ik

  4. Assalamualaikum wbk,

    Brother, thanks a lot for the opportunity given by your company. Especially in this economy crunch,most people will think to find a secure job rather than start-up their own business.

    First of all, it’s hard to find any of successful Internet Marketeer/Business Leader that will provide usefull information/their experiences for FREE!
    (Even Corey Rudl or Derek Gehl from IMC too will provide only 30 days free trial course then they need to pay for the next fee.)

    You’re a great mentor, AlhamdulilLah.. Just to let you know I lost all my money.. because start my own IT business.. Then finally, I decide to fight my business back, (I decide to find a right mentor) Insya-ALLAH!

    Insya-ALLAH! For the sake of ALLAH, this week, I try my best find another source of income (just to survive..), then for the next 2,3 months when my income statement got money pour in.. then I will ‘invest’ to attend your paid seminar/courses.. insya-ALLAH!

    May ALLAH bless you always.. Insya-ALLAH!

    Thanks for the opportunity given!

    (Please DO NOT publish my comment, TQ very much).

  5. salam.. di damansara tk buat ker? harap lepas ni dpt lah ilmu yg manfaat dari en irfan.. utk wanita2 yg bekerja tu lepas ni stay home doing bisness internet.. boleh focus kan anak2.. 😉

  6. salam.. just to know about this talk.. ni mengenai buku nota jutawan, nota motivasi ker ..sbb saya dh beli buku2 en irfan.. so blh bagi detail wats is about.. ?thx

  7. Bagus ni, boleh tuntut ilmu dgn Irfan Khairi lagi. Sy baru saja nampak rentak internet marketing selepas setahun lebih ikuti workshop Irfan Khairi pada tahun 2008. Sy dh tempah tempat.

  8. alhamdulillah… so far dah hampir 100 pendaftaran percuma. so, perlu lagi 100 sahaja. Sesiapa yang nak menyertai, harap dapat ikut cara booking di atas ok 😉

    -ik

  9. Sungguh pemurah sifu kita ni..

    Saya amat berterima kasih kepada IK kerana dengan pendedahan yang beliau kongsikan, saya sudah berjaya bebas kewangan sekarang..

    Dan saya telah menghasilkan lebih 6 ebook dalam masa setahun. dan semuanya menjadi best seller.

    Suatu hari nanti ingin bersemuka dengan IK.

  10. Salam…
    Saya baru sahaja book 2 tempat.
    Harap masih ada kekosongan sebab dah lama kami tunggu peluang ni…

  11. salam en.irfan,

    sekiranya saya ingin join program ini, bolehkah saya membawa anak saya sekali yg umurnya dalam 6thn?

  12. harap dapat booking untuk saya dan suami serta rakan saya kesemuanya 4 tempat duduk sebab kebetulan kami berada di k.l. pada tarikh 27.2.2010 menghadiri perkahwinan anak saudara saya pada 28.2.2010

  13. alhamdulillah, saya baru sahaja booking 2 tempat. sudah banyak kali terlepas pandang mingikuti jadual workshop ni. harap kali ini dapat manfaat dari IK..

  14. Salam saudara irfan… rujuk kepada email saudara irfan mengenai sesi

    Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik

    Tarikh: Sabtu, 27hb Februari 2010

    Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur

    Masa: 2.30 petang – 6.00 petang

    saya ingin mengesahakan kehadiran saya pada sesi tersebut bersama saudara irfan. semoga pihak saudara irfan dapat memberi ruang kepada saya dia atas hasrat tersebut.

    sekian, terima kasih

    Ramli
    +60134450763

  15. saya dah hantar e-mail utk booking tapi takde reply pun. mcmana kita nak tahu samada kita dapat tempat duduk ke tak?

  16. Salam,

    Saya sudah tempah 2 tempat dan harap2 masih ada tempat utk saya dan lgi. Sgt teruja utk mengikuti sesi talk ni. Sehingga berjumpa!.. Terima Kasih IK!

  17. asalamualaikum. boleh tak irfan hubungi saya. saya buta it dan ingin mengubah perjalanan hidup dan ingin membalas jasa orang tua. mahukan ilmu yang nyata. maaf jika menyusahkan

  18. Saya pun baru je booking untuk sorang je..Harap dapat masuk kelas ni bersama-sama dgn warga yang berwawasan utk masa depan yang lebih terjamin demi bangsa and diri sendiri..En.Irfan..make sure saya punya tempat ya! TQ

  19. wow bagusnya kursus percuma cara bisnes internet di rumah dah bagi. lagi bagus website percuma. klik untuk more info “jana duit dengan web percuma”

  20. Salam
    ..dari email tuan kepada saya Quote{“mini tour” ke Alor Setar, Johor Bahru dan juga Kota Bharu}

    Singgah-singgahlah juga ke Penang,rangkaian tuan di Penang pun ramai juga…

  21. Salam

    Saya berminat untuk ikut serta bersama isteri.. Saya mohon untuk book untuk 2 tempat. Terima kasih

  22. Salam.
    bila nak buat seminar usahawan di kuantan pulak? rasanya ramai yg berminat. kalo KL, kdg2 susah sgt nk attend.

  23. alhamdulillah:)
    dapat gak peluang nak ikut workshop sifu kita ni..saya da booked da 1 tmpt,harap saya dapat masuk dlm 200 org tu.

  24. Assalamualikum,
    Harap harap dpt join kali nie. Saya dah booking. Mcmana nak tau dapat ke tak tempat ke tidak ye?

    Excited nie

  25. Salam IK, saya duduk dipenang…mungkin 27hb ni saya tidak berkesempatan memandangkan jauh dan saya mengajar diwaktu malam dimasjid.Bila IK nak buat ceramah di Pulau Pinang? kalau ada plan jgn lupa contact me.ok syukran.

  26. kami akan hantar confirmation awal minggu depan kepada yang dah booking. insyaallah kami juga akan perbesarkan dewan memandangkan permintaan agak tinggi… so, masih boleh daftar buat masa ini 😉

    -ik

  27. ALHAMDULLILLAH…IK sudi berkongsi ilmu dengan percuma. Walaupun dunia sekarang tidak ada yang free.Namun fitrah manusia tidak puas dengan apa yang diberi jadi kalau boleh buatlah di kawasan utara ok.TQ

  28. Salaam, saudara Irfan. Saya telah cuba register nama untuk sertai workshop pada Sabtu ini, 27 Feb 2010, tapi “tiada respon”. Saya dari Singapura, dan akan mengambil cuti untuk sertai workshop ini bersama lagi satu peserta. Insya-Allah.
    Harap saudara dapat booking kan tempat.
    Saya sudah lama teringin untuk sertai workshop saudara, tapi keadaan tidak mengizinkan. Terima kasih. Saya sentisa doakan saudara dan mentor2 yang lain, sentiasa dirahmati Allah kerana tujuan murni membantu masyarakat. Amin.

  29. saya baru je book tempat,
    ini kali pertama saya join program dari irfan khairi.
    harap dapat tempat!!!tq

  30. Sama ngan BigFish Ingin sangat nak sertai IK punya sessi…Tapi hari tu nak kena balik Johor lak…Urusan Keluarga..Tak de rezeki
    Harap ade rezeki lain masa..Syabas usaha IK.

  31. assalamualaikum, saya nk book 2 tempat untuk me and my sister marina zainal.. really hope we can attend this program..tks.

Leave a Reply

Your email address will not be published.