Teknik “Squeeze page” adalah teknik yang sering digunakan dan menerima hype baru-baru ini dikalangan Internet marketers kini.

Squeeze page adalah laman web yang hanya meminta maklumat seperti nama & alamat email pelawat di mukasurat pertama. Squeeze page juga memuatkan manfaat-manfaat yang diterima oleh pelawat sekiranya mereka meninggalkan nama dan alamat email.

Contoh squeeze page: http://www.jejakjutawan.com 

Pakar perniagaan Internet berpendapat bahawa dengan mendapatkan nama dan email pelawat, mereka dapat menggunakan maklumat ini untuk promosi susulan yang lebih efektif. Ini adalah kerana, perhubungan yang berterusan melalui email akan menambahkan lagi kepercayaan pelawat untuk menjadi pembeli.

Kekuatan Squeeze page:

Menambahkan lagi jumlah subscribers kepada mailing list. Ini kerana, sekiranya pelawat melawati sesuatu laman web perlu memberi nama dan email terlebih dahulu sebelum menerima apa sahaja maklumat terkandung dalam laman web itu :)

Squeeze page yang baik dapat mengubahkan 50%-60% pelawat menjadi subscribers email (bukan pembeli!). Manakala tanpa squeeze page, laman web biasa yang baik dapat menarik 20%-30% pelawat kepada subscribers email (bukan pembeli!).

Kelemahan Squeeze page:

Terlalu sedikit informasi untuk menambahkan kepercayaan pelawat kepada pemilik laman web/perniagaan Internet. Walaupun jumlah subscribers meningkat, nilai kualiti subscribers tidak diketahui. Sesetengah orang yang berkemampuan (prospect) mungkin tidak selesa dengan meninggalkan email tanpa maklumat yang lanjut, maka, kita kehilangan prospek.

Pendapat saya:

Nanti kita tengok result squeeze page saya ni, dan saya akan laporkan di sini keberkesanan sesuatu squeeze page untuk anda pertimbangkan ;)

Lawati sqeeze page JEJAK JUTAWAN dan dapatkan akses percuma kepada laman web JEJAK JUTAWAN! Satu lagi rangkaian Irfan Khairi Sdn Bhd

Lawati http://www.jejakjutawan.com untuk melihat “squeeze page” in action sekarang ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hits - kesilapan dalam mengira pelawat
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani
  • Irfan Khairi di Berita TV9
  • Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 3: Launching!