Wed 15 Jul 2009
Pagi tadi di segmen saya di Awani Pagi, Astro Awani (ch 501), saya kongsikan 4 strategi meletakkan harga dalam perniagaan. Berikut adalah stratgei tersebut bagi yang terlepas:

Premium Pricing
Merujuk kepada meletakkan produk atau perkhidmatan kita pada harga yang tinggi. Ini adalah strategi yang baik apabila produk dan perkhidmatan kita mempunyai keunikan yang tersendiri serta mempunyai daya saing yang hebat dibandingkan dengan pesaing.
Premium pricing adalah baik apabila ia boleh memberi tanggapan kualiti yang amat hebat. Dengan menggunakan premium pricing, marjin keuntungan adalah lebih tinggi, dan ini akan menambahkan keuntungan sesuatu perniagaan dan memudahkan promosi seterusnya mengembangkan perniagaan tersebut. Premium pricing seringkali menambahkan kekuatan jenama sesuatu perniagaan…
Contoh: Mercedes…
Penetration Pricing
Merujuk kepada srategi meletakkan harga rendah pada permulaan untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar, kemudia secara perlahan-lahan menaikkan harga. Tujuan meletakkan pada harga yang rendah adalah untuk meramaikan pelanggan di sesuatu pasaran. Apabila telah mendapat market share yang tinggi, harga mula dinaikkan perlahan-lahan…
Contoh: Astro…
Economy Pricing
Favorite bagai ramai usahawan
meletakkan pada harga yang rendah untuk bersaing. Untuk menggunakan kaedah ini, kos pemasaran serta pembinaan/manufacturing perlu di turunkan.
Contoh: Air Asia…
Price Skimming
Meletakkan pada harga tinggi pada awal-awal pelancaran oleh kerana mempunyai daya saingan yang hebat dan keunikan yang hebat. Kemudian, secara perlahan-lahan menurunkan harga. Dengan kaedah ini, usahawan dapat memaksimakan keuntungan perniagaan pada awal-awal pelancaran. Harga dan keuntungan yang tinggi pada awal-awal biasanya akan menarik pesaingan, dan untuk bersaing, harga diturunkan pula…
Contoh: Handphone…
4 strategi meletakkan harga di atas adalah asas kepada kaedah meletakkan harga bagi produk atau perkhidmatan anda. Lepas ni, kalau anda takde idea nak letak harga produk atau perkhidmatan anda, anda boleh rujuk kepada 4 strategi ini…
Semalam juga, host, Dangsuria tanya saya… daripada 4 kaedah ini, kaedah mana yang saya paling suka. Jawapan saya: Premium Pricing!
Sedikit latihan untuk anda (dah lama saya tak beri latihan)…
Boleh tak anda berikan contoh yang lain, selain daripada contoh yang saya berikan di atas? Untuk mengasah minda anda tentang strategi meletakkan harga… have fun!
ps: Jangan lupa setiap Rabu jam 9.30am, saya kongsikan tip2 perniagaan di Astro Awani
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


July 16th, 2009 at 9:47 am
Contoh : Pasaraya…
Naikkan harga barang, pastuh bagi diskaun untuk tempoh masa tertentu. Abis tempoh, harga barang naik…kekeke…
July 16th, 2009 at 10:56 am
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Tq Irfan,
Tip yg amat bermanfaat. Meletakkan harga pun ada strateginya ye… bukan suka2.
Ape2 pun tetap bergantung kpd matlamatnya, utk jangka pendek atau jangka panjang.
Saya suka buat yg mudah cpt tapi utk jangka panjang…..
July 16th, 2009 at 11:42 am
Thanks IK.. Memang saya sendiri mengalami perkara ini…
That’s whay masih merujuk pakar-2 yg meletakkan harga pada pra pelancaran…
Thanks Tuan IK…
July 16th, 2009 at 12:16 pm
Telekomunikasi - eko pricing, letak mcm2 pakej pada harga rendah koz bersaing.
E-book - Price Skimming, letak harga tinggi dulu…lama-lama bagi free…
Hanya asah idea aku pagi-pagi
July 16th, 2009 at 12:40 pm
Memang strategi yang amat menarik. Jadi tidak heranlah kenapa kereta Mercedes sangat ramai yang guna. Bagaimana pula dengan pemasaran produk digital? adakah kita boleh menggunakan kaedah di atas?
July 16th, 2009 at 2:09 pm
salam IK,bro razzzi kata IK dah sibuk sampai FB pun dah tak aktif, tp radio24 still mcm biasa ker…anyway tip pricing salah satu faktor penting, saya setuju bergantung sasaran pelanggan kita dan permintaan…yg penting kualiti dan service utk jangka masa panjang dan harga yang berbaloi-baloi…;)
July 16th, 2009 at 9:12 pm
Terima kasih IK
Baru saya faham mcmana nak meletakkan harga produk. Tips ni membantu meningkatkan pendapatan dan jualan
July 16th, 2009 at 9:32 pm
It is a very nice strategic for money making..I believe people out there will do the same too…Just like when you selling a t-shirt and things like shoes and handbag…Thanks for the tips..
July 16th, 2009 at 11:21 pm
Saya lebih suka menggunakan kaedah “penetration pricing” kerana jika kita mempunyai produk berbentuk creative design, pada awalnya mestilah produk yg dihasilkan tidak begitu kreatif hasilnya, jadi meletakkan harga yg rendah bg menarik pelanggan. Lama-lama naikkan sedikit demi sedikit sehingga satu tahap “Premium pricing”, pada masa ini sudah tentu produk yg kita hasilkan lebih kreatif & cantik berbanding pesaing. Ini memberikan satu branding kepada produk kita.
July 16th, 2009 at 11:25 pm
salam IK,
selamat berkenalan, sy attend talk IK di Cititel semalam.
Pada pendapat saya, penentuan perletakan harga banyak faktor kena ketahui. Saya kongsi 1 pandangan iaitu, sasaran pasaran.
Dalam menentukan harga yang sewajarnya, anda kena tentukan pasaran sasaran anda terlebih dulu atau menentukan ‘niche market’. Analisis pasaran anda. Analisis termasuk analisis demografi.
Di sini, anda boleh mengetahui keupayaan ‘kuasa beli’ mereka. Dengan ini mudah untuk anda meletakkan harga produk/servis anda.
Harap saya dapat berkongsi sikit pandangan saya.
Terima Kasih
amendvinfo
July 17th, 2009 at 8:27 am
Premium pricing memg berkesan jika kita ada produk yg lebih berkualiti drpd pesaing kita..lg satu jika kita tiada pesaing or monopoly mcm astro, boleh naikkan harga anytime..
July 17th, 2009 at 8:31 am
Rasa2 pakcik ada lagi kot…
- meletakkan harga lagi tinggi daripada biasa semasa mengadakan tawaran harga diskaun besar-besaran. Untuk psiko pembeli.
- meletakkan harga murah pada sesetengah produk tetapi dalam masa yang sama menaikkan harga lagi tinggi daripada biasa pada produk yg lain. Biasa berlaku pada pasaraya2 besar.
- meletakkan harga yang tidak munasabah. Berkali ganda daripada kebiasaan tapi ada juga yang beli. Biasa terdapat dalam perniagaan MLM. Bayangkan sekotak kopi yang ada 12 peket dalamnya RM 100++. Giler ke apa.
July 17th, 2009 at 9:44 am
nice info…
selepas practice memerah otak sikit,
ni la jawapan saya
Premium pricing: BONIA
Penetration pricing: eBook
Economy pricing: AMD Processor
Price skimming: MP3
July 17th, 2009 at 10:05 am
Ada satu lagi strategi yg selalu dibuat oleh usahawan luar. Mereka bagi produk percuma spt cd atau dvd dulu. Ataupun majalah edisi pengenalan.
Kemudian, kalau kita mahukan rahsia yang lebih advance, barulah dikenakan bayaran tertentu. Biasanya, harga yang ditawarkan agak tinggi.
Saya rasa ianya termasuk dalam kategori “premium pricing”.
p.s: Kalau salah, tolong betulkan.
July 17th, 2009 at 4:51 pm
Confuse sket dengan Contoh Penetration Pricing, iaitu Astro.
Bukankah Astro bermula dengan harga yag mahal dan kemudian semakin murah sekarang?
July 17th, 2009 at 7:31 pm
Enticing Pricing - meletakkan harga rendah/menarik untuk ‘entice’ pembelian kedua atau produk pelengkap.
Sebagai contoh - shower foam and refill shower foam.
Thank for the tips IK. Lame dah tak tinggal komen di sini. Kena pulak soalan mengasah minda
July 17th, 2009 at 11:49 pm
Salam
saya minat dengan strategi cik Naziehah. strategi ini pernah saya saya present time sy blaja marketing di U dulu.
Ianya adalah salah satu strategi memperkenalkan produk baru dan menghabiskan stok lama.
biasanya akan datang bundle 2 @ 3 produk.
July 18th, 2009 at 6:04 pm
Hmmm… saya suka gunakan penetration & economy pricing…ianya lebih Menyengat!
July 20th, 2009 at 4:49 pm
terima kasih atas info dan tip2 yang cukup bermanfaat di laman web ini,saya merasakan,pasti banyak lagi yang boleh kita dapatkan dari en.Irfan sendiri..
July 21st, 2009 at 2:55 am
one time offer dan time limit pricing..
saya rasa ni dua lagi kaedah yang selalu digunakan kt internet ni.
tawarkan produk pada harga istimewa untuk tempoh tertentu..
(^_^)
July 21st, 2009 at 12:12 pm
best tips ni. lepas ni boleh guna tips ni untuk letak harga. thanks IK.
July 21st, 2009 at 1:44 pm
saya dalam dilema nak letak harga utk rumah sewa. Saya sedang buat iklan utk sewakan rumah teres saya yg baru siap. Nak letak mahal ke nk letak murah..! Kalau murah sgt, byk yg saya kena cover loan bank, kalau mahal, takut nanti org taknak sewa!
macam mana ya?
July 22nd, 2009 at 6:15 pm
Memang info berguna untuk saya dalam meletakkan harga sesuatu produk ciptaan yang bakal dicipta. Segala ilmu yang diberikan harus dimanfaatkan oleh semua orang.
Terima kasih byk-byk yer….
July 24th, 2009 at 11:34 pm
ok ni.cara ni terbaik .
July 26th, 2009 at 11:48 am
untuk tarik pelanggan, pada fikiran saya adalah harga pada pertengahan dan memberi sesuatu yang percuma kemudian baru penetapan harga teratas namun pemberian percuma dikekalkan
August 20th, 2009 at 3:07 pm
saya suka pemberian barang percuma tu
August 9th, 2010 at 9:12 pm
Thanks, nice tips !!!!!!
February 19th, 2012 at 5:17 pm
erm…
sama mcm sy telah belajar di kampus dlu