Tak dapat sokongan orang sekeliling berniaga… macam mana?

Dalam memulakan perniagaan, sememangnya sokongan orang disekeliling kita amat diperlukan. Lagi orang sekeliling sokong usaha kita, lagi kita akan bersemangat untuk mencapai kejayaan.

Namun adakalanya keadaan kita tidak mendapat sokongan orang sekeliling, tak kira, keluarga, suami, isteri, atau kawan-kawan pula yang memberi kata-kata negatif dan tidak menyokong usaha kita.

sokongan

Apa yang perlu dilakukan?

Pertama sekali, sokongan yang paling penting dan paling utama sekali perlu datang daripadadiri anda sendiri- iaitu sokongan mental. Tidak semestinya kita memerlukan sokongan orang lain untuk berjaya. Kejayaan diri kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

Sekiranya jiwa, semangat dan motivasi dalaman diri kita sendiri adalah kuat, maka itu sahaja sokongan yang diperlukan tidak kira apa sahaja cabaran kata-kata negatif yang dilemparkan oleh orang lain.

Sebaiknya juga cari kenalan-kenalan baru yang mempunyai matlamat sama seperti anda dalam memulakan perniagaan. Terdapat pelbagai perjumpaan sesi network, kursus, seminar, acara perniagaan yang dikendalikan yang boleh menjadi platform yang bagus untuk membesarkan lagi bulatan kenalan kita yang menyokong apa yang kita lakukan.

Namun, saya faham, sekiranya rakan-rakan yang tidak menyokong ianya agak mudah. Kita boleh je buat tak tahu je, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Apa yang menjadi lebih sulit adalah sekiranya mereka yang tidak menyokong usaha kita memulakan dan menjalankan perniagaan terdiri daripada ahli keluarga, ibu, ayah, atau orang suami ataupun isteri.
Mahu tidak mahu, perlu berbincang dengan keluarga. Berbincang sesama sendiri dengan baik dan bertolak ansur.

Ketahui sebab utama mengapa mereka tidak menyokong anda menjalankan perniagaan, mungkin risau melihat anda mengalami kegagalan. Pastinya niat orang tersayang adalah untuk melindungi kita. Oleh yang demikian, berbincang untuk cari jalan penyelesaian bagaimana caranya sama-sama dapat menangani dan mengadaptasikan keadaan tersebut.

Adakalanya juga ia merupakan idea yang baik untuk melibatkan keluarga, suami atau isteri untuk turut sama dalam perniagaan. Mungkin sekiranya mereka turut disertakan dalam perancangan perniagaan bersama, ia juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas untuk sama-sama berusaha membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan bukan pada anda sahaja.

Bukan itu sahaja, bersama menjalankan perniagaan dan faham memahi boleh juga merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Bak kata “tak kenal, maka tak cinta”, mungkin keluarga anda perlu tahu lebih banyak lagi mengenai selok belok perniagaan. Belajar bersama-sama dan mungkin juga hadiri kursus perniagaan berdua. Mana tahu, nanti mereka pula yang meminati perniagaan dan ingin memulakan perniagaan juga!

PS: Sekiranya anda memerlukan bantuan dan sokongan dalam memulakan perniagaan di Internet, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial membei bantuan dan sokongan selama 6 bulan bukan sahaja dari kami di IKSB tetapi juga bersama rakan-rakan sekelas yang turut sama mempunyai matlamat yang sama dengan anda. Umpama satu keluarga besar yang sama-sama menyokong usaha masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03 77292277.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Tak dapat sokongan orang sekeliling berniaga… macam mana?

  1. Salam Encik Irfan. Artikel yg sgt bagus untuk berkongsi bersama. Sokongan org sekeliling adalah penting juga untuk diri kita; apabila kita ingin memulakan perniagaan mahupun bidang yg kita ingin ceburi.

    Apapun diri kita perlukan pendirian yg kukuh sekiranya sokongan tidak kita terima dari org lain ,lagi2 org yg terdekat dgn kita. Cabaran nya agak kuat jika kita seorang diri sahaja yg memahami matlamat yg kita lakukan terutama sekali dlm perniagaan..

    Mungkin masa yg diperlukan lebih lama untuk kita kecapi matlamat tersebut.. Berbanding dgn mereka yg mmg sudah dpt sedia ada orang2 yg boleh menyokong mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.