Bila cari duit, duit cari kita

Ramai yang nak cari duit dan jadi kaya. Siapa tak nak cari duit bukan?

money-management.jpg

Tetapi apa yang kita perlu ingatkan juga adalah, cari duit adalah hanya sebahagian daripada mengumpul kekayaan. Apa yang ramai juga terlepas pandang adalah untuk simpan duit yang sedia ada dan kembangkannya!

Sekiranya kita pandai cari duit macam mana pun, tetapi, pengurusan kewangan kita mengalami kebocoran, maka, tak guna pun cari duit untuk kaya… duit tetap akan mengalir keluar.

Berikut adalah keadaan kebocoran wang yang sering terjadi ketika musim perayaan:

  • Time bulan tak puasa, makan minum sekeluarga RM40 sehari… tapi time bulan Ramadhan, makan minum sekeluarga sehari sampai RM60. Maklumlah, berselera melihat makanan di pasar Ramadhan πŸ˜‰
  • Bila dekat nak raya, berbagai-bagai Sale akan di jalankan di pusat membeli belah. Time ni juga emosi membeli semakin meningkat- sehingga membeli barangan/perhiasan/pakaian yang murah… tetapi mungkin hanya untuk kegunaan sekali sahaja. Jaga-jaga emosi belian kita ketika Sale sana sini…
  • Tidak mempunya budget ketika puasa dan hari raya. Bila tidak ada budget, maka, lagi mudah wang mengalir keluar dari dompet kita. Penat je kita mencari duit kalau tiada budget diperuntukkan untuk musim perayaan. Sedar-sedar, lepas raya pun puasa sunat sebulan dua lagi… πŸ˜‰

Kita perlu tahu cara-cara untuk menghalang segala kebocoran wang kita. Penat-penat kita cari duit, time-time musim perayaan ni, beringat-ingat lah juga untuk kurang berbelanja. Tampalkan segala kebocoran wang kita. Kita bukan sekadar puasa perut sahaja, apa kata puasa dompet juga πŸ˜‰

Selamat cari duit & simpan duit yang telah di cari. Kongsikan tip-tip anda untuk berjimat ketika musim perayaan di sini!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) πŸ˜‰

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

24 thoughts on “Bila cari duit, duit cari kita

  1. Aduhhh.. artikel IK ni perli ke apa nih..??
    Memang terasa pedasnya… πŸ˜‰

    Hari raya ni memang pasti perbelanjaan agak tinggi berbanding bulan biasa.. Tapi AlhamdulilLah, jarang2 saya beli di bazar Ramadhan, kecuali di kedai makan yang selalu saya singgah sejak dulu..

    Insya-ALLAH, budget by percent sentiasa ada..

    p/s: Hajat nak beli dan kumpul dinar masih tak kesampaian.. mudah2an lepas raya ni berhasil, insya-ALLAH, Ameen..

  2. askm..n salam sejatera..
    betul sgt la IK.. disini sy nak kongsi sedikit cara berjimat di bulan mulia ni..

    1* Makan apa yang ada. Tak payah susah-susah, beli siap-siap bahan mentah untuk seminggu. Balik kerja masak atau masak siap-siap masa sahur. Waktu balik kerja panaskan jer.

    2* bawak rm5 ke pasar ramadhan. Kalau nak menyinggah jugak ke pasar ramadhan, bawak rm5 jer.. hihihiih pepandai la beli, kalo beli banyak tu semua sebab nafsu jer..

    3* Tak payah singgah pasar ramadhan. Jimat banyak woooo! seyes!

    4* Berbuka kat masjid. Gerenti kenyang. Cari masjid yang besar-besar atau ramai orang kaya duduk. hihkihi

    5* Bawak orang yg kenyang pegi pasar ramadhan. Sure dia tak selera tengok apa-apa makanan sebab dah kenyang. (bawak la orang yang tak puasa) hihihihiih

    SELAMAT MEMCUBA TIP NI…HEHE…

  3. Ohh…di bulan puasa ni, kalau tiada kawalan nafsu berbelanja, mesti bajet terlebih…huhuhu..semoga saja diberi kekuatan untuk mengawal diri πŸ˜›

  4. Faham sangat apa yang dimaksudkan oleh IK tu. Azam tahun ini memang untuk masuk chapter kedua, ‘duit cari kita’. Insyallah…

  5. Bulan puasa ni kalau boleh semua perkara nak jimat… tapi time ni lah member minta belanja… sedekah katanya…:)

    Apa yang penting bersederhana dalam berbelanja…

    Dah simpan kemudian nak kembangkan aset kita tu pun satu skill yang berbeza…

    So… kawal lah nafsu berbelanja.. Renung2 kan… Selamat beramal…:)

  6. bagi saya yang penting membuat tabungan secara konsisten..musim perayaan atau tak, budget untuk tabungan tetap berjalan seperti biasa..itu mesti!

  7. Salam IK,

    teringat zaman belajar di shah alam dulu2..
    berbuka n bersahur di masjid shah alam..
    mmg save byk..mknan pun sedap2 kalah masak sendiri hehe..paling best bila sultan bertandang..mcm2 dihidangkan..

    dari byk berbelanja bykkan la bersedekah hehe..
    ORA! ORA!

  8. dalam musim perayaan dan musim puasa sepatutnya ditumpukan amal ibadah berbanding persediaan raya…persiapan biarlah ala kadar tetapi meriah..dan tidak membazir..contohnya langsir yang digunakan tahun-tahun lepas pasti masih cantik dan gunakanlah semula…

  9. Bagi saya pula kerja mesti kuat untuk dapat duit banyak lepas tu apasalahnya kalau kita belanja ikut kemahuan kita tapi yg penting kita mampu…alhamdullilah dapat bisnes baru n dapat tukar kereta baru untuk hari raya ni……

  10. Setuju tu. Kadang2 kita tidak berfikir panjang dlm berbelanja. Kadang2 perkara tidak perlu pun kita beli dek terpengaruh dengan emosi. Kita perlu ada strategi dan rancang perbelanjaan bg mengelak banyak kebocoran. Nak berbelanja kita senang je, nak menyimpan tu satu tugas yg berat walaupun utk benefit sendiri. IK ada tip tak tentang tip saving ni?

  11. kebocoran tunai adalah perkara yg sering berlaku terutama di bulan puasa nie.Antara tips dari saya

    1)semasa mengunjungi baza@kedai,pastikan kita bawa duit cukup2 untuk beli juadah/baju raya mengikut bajet yg ditetapkan.Elakkan juga kerap mengunjungi bazar dan kedai berulang kali..pendek kata limitkan wang tunai ditangan dan ad bank semasa membeli belah..

  12. tapi rasenye sebab ikut nafsu la yang jadi over budget…kalu ikutkan mase time puase ni la nak jimat n blajar kawal nafsu…tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..so kene tanye diri masing2 lah..;-)

  13. Bersetuju dan sangat sangat bersetuju pernah dapat experiance sebegitu bila dibuat jejak baru saya tahu kalo kita tak der pengurusan kewangan yang betul ada duit banyak macamana sekalipun pasti tak cukup juga…

  14. Belanja jangan sampai boros,
    Berjimat jangan sampai kedekut.
    Itulah pegangan saya dari dulu,kini dan harap-harap untuk selamanya…

  15. teman ni cari duit kurang pandai..tapi perabis cepat je…
    tak tau la bila boleh berubah…
    org kata kalu nak bermula memang payah tapi kalu dah mula baru tahu nikmatnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.