Kekayaan vs Kesihatan

Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:

  • Jaga pemakanan kita – jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).
  • Bersenam selalu – lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
  • Cukupkan rehat – Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita. Contoh seperti air sarang burung Litness. Klip video kesihatan di bawah di taja oleh Litness, minuman sarang burung plus kolegen.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

12 thoughts on “Kekayaan vs Kesihatan

  1. Salam IK 😉

    Dah nak penghujung raya ni makin banyak open house…. lepas bersenam…makan lagi sebab hadir rumah terbuka…

    Makan….bersenam…makan lagi…bersenam lagi… 😉

  2. Tips lain untuk mengekalkan kesihatan jasmani dan untungnya rohani juga sihat ialah PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT. Kerana pergerakkan solat juga adalah satu senaman.

    Badan sihat. Rohani sihat.

  3. kalau kaya tapi x sihat nak wat apa. duit simpanan di bank pun kena keluarkan untuk rawatan kesihatan. jadi, ambillah medical card sebagai persediaan…

  4. kesihatan sgt2 penting tapi ramai antara kita mengabaikannya di sebabkan sibuk dengan mencari rezeki dan bermacam2 urusan lagi..wal hal badan perlu untuk sihat untuk kita dapat melaksanakan tugasan kita harian..dan senaman juga merupakan ‘pelaburan jangka panjang insyaallah’..

Leave a Reply

Your email address will not be published.