Kenapa tidak ada keyakinan diri?

Soalan favourite yang sering orang ramai tanya saya ketika buat talks (atau jumpa tepi jalan!) adalah…

Masalah utama saya adalah tidak mempunyai keyakinan diri…

Memang itulah soalan yang PALING RAMAI tanya. Kadang-kadang sekali buat talk, 4-5 peserta lepas talk akan sebut tentang mereka tidak yakin dengan diri sendiri kepada saya. Saya pun beri kan beberapa tip (nanti saya kongsikan di sini) 🙂

Tak yakin dengan diri sendiri, low self esteem, tidak percayakan diri sendiri dan sebagainya. Semuanya lebih kurang sama sahaja.

Hari ini saya nak tanya pendapat anda pula. Mengapa kita tidak punyai keyakinan diri berbanding dengan orang lain yang berjaya? Apa yang buat kita tak yakin dengan diri sendiri? Sekiranya anda dulu tak yakin dengan diri sendiri, kini dah yakin dengan diri sendiri… apa kata anda kongsikan pengalaman. Apa yang anda lakukan untuk membina keyakinan diri anda?

Mari bincang-bincang  🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

114 thoughts on “Kenapa tidak ada keyakinan diri?

  1. salam……

    sy stuju….sy sndiri t’golong dlm glongn ‘PALING RAMAI’ tu (less confident)…
    self esteem sy sgt2 rendah especially when it comes to bisnez….
    sy bg 1 contoh; dlm mase 4-5 thn ni sy bnyk jugak (4kali) join MLM, tp susah sgt sy nak approach prospek2, wlaupn dah ade depan mata…
    sbb paling utama = takut dgn kritikan yg mungkin org bagi….
    but i have start wif some initiative, by joining society (actively)….
    outcomes = self esteem yg makin tinggi + network yg makin besar…..
    so, need ur guide IK…. ;p

  2. Saudara Irfan,
    Pada pandangan saya, sesaorang akan hilang keyakinan diri apabila pertama kali gagal setelah sesuatu yang dirancang tidak berjaya. Apatah lagi sekiranya ia meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap usahanya itu.

    Ini pernah terjadi pada diri saya dahulu. Apa yang saya lakukan untuk membina keyakinan diri adalah melihat dan mengkaji, bagaimana orang lain yang lebih malang dari saya tetapi boleh lebih berjayadari saya.

    ARB Dagang.Com
    http://www.informasi.arbdagang.com

  3. Assalamualaikum
    Saya salah seorg drpnya.takut sebenarnya x menjadi. mcm2 yg bermain di fikiran.

  4. saya kurang yakin sbb
    i)kurang pendedahan
    ii)tidak cukup ilmu
    iii)kurang usaha
    iv)malu tidak bertempat

    sampai sekarang pun masih kurang yakin tapi tidak terlalu teruk mcm dulu. cara saya
    i)paksa diri
    ii)kadangkala berlakon mcm konfiden cthnya dalam temuduga. habis temuduga hehe kembali la menjadi sy yg asal
    iii)luaskan pergaulan

  5. Hi Abg Irfan dan pembaca2 blog sekalian~

    Abg pekabar? Lama dah x jumpa.

    Anyway bagi saya masalah kurang keyakinan diri ni ada banyak puncanya. Antaranya ialah:

    1. Pengalaman yang kurang baik
    2. Didikan yang salah
    3. Takut dengan apa yang orang akan kata.
    4. Dan lain2

    Selalunya kurang keyakinin diri ni berlaku sebab kita tak biasa lagi dengan sesuatu yang baru. Bila nak buat something new rasa malu2 sebab x biasa.

    So mcm mana ek nak mengatasi masalah ni? Senang saja. Biasakan lah diri anda! Kalo dah biasa buat sesuatu mesti x rasa malu kan. Contohnya kalo kita pergi makan kat restoran sesetengah dari kita selamba je makan pakai tangan walaupun ada sudu ngan garpu. Kenape ek? Sebab kita dah biasa sejak kecik lagi mkn dgn tangan.

    Tapi selalunya langkah pertama lah yang paling susah. Tapi percayalah bila kita dah buat langkah pertama,80% dari apa yang kita inginkan dah siap.

    Another thing is kita kena ubah mentality kita. Kena didik diri kita dengan satu sikap yang suka mencuba sesuatu yang baru. Experience something new. Biarlah rasa malu ke ape ke tapi percaya lah di akhirnya nanti kita yang lebih untung. Contohnya kalo naik rollercoster mesti takut kan. Bila dah naik perghh mesti nak naik lagi. haha umpamanya mcm tu la.

    So bila kita dah biasa buat sesuatu, mcm public speaking, salesmanship, dan lain lain mesti dan pasti akan ada keyakinan diri. Pengalaman saya sendiri masa saya 1st time involve buat MIBO ni saya malu nak jumpa ngan client. Ye la saya ni kira mcm budak2 lagi la kan. Tapi bile dah biasa ber-nego ngan client setiap hari mesti nak jumpa. Sampaikan saya lupa yang saya ni masih remaja lagi.

    Alamak panjang la pulak mcm buat blog sendiri je. Wahh terlebih sudah! haha.

    Anyway just nak share sikit2 ngan abg dan rakan2 yang lain. Semoga tips saya yang x seberapa ini dapat membantu anda semua untuk terus maju ke depan.

    Orait k thx take care and have a nice day ^^

  6. salam IK…

    Perbincangan yang menarik untuk kali ini.Orang yang tidak ada keyakinan diri tidak akan berjaya, tol tak? Bagi pu3 keyakinan diri itu penting dalam mencabar diri sendiri sama ada kita boleh lakukan atau tidak. Bila keyakinan itu ada kita sanggup hadapi apa semua kemungkinan yang akan berlaku apabila kita melakukan sesuatu perkara.Tanpa keyakinan kita akan terus takut untuk mencuba dan asyik memikirkan yang kita tidak boleh sedangkan diri kita sebenarnya boleh melakukannya.Jangan biarkan kita tidak percaya pada diri sendiri.Apabila kita berkeyakinan akan nampakla keterampilan diri kita sebagai pemimpin dan orang yang berada disekeliling kita pun akan turut berkeyakinan bila bersama dengan kita..tak gitu..tq…pu3fiona

  7. Hello Kengkawan!

    Untuk berjaya keyakinan diri (Self-Confidence) amatlah penting. Kalau takde keyakinan diri kita akan takut hendak melalukan sesuatu yang baru. Contohnya, nak ada perniagaan sendiri. Kalau tak yakin, sure tak akan buat. Even kalau buat pon sure tak berjaya. Itulah pengalaman Chetz.

    Salah satu cara untuk mendapatkan keyakinan diri adalah dengan berada bersama rakan2 yg berkeyakinan dan belajar daripada mereka. Kita perlu ada mentor dan kengkawan yg memberi sokongan. Marilah join Chetz di outLOUDer – No.1 Confident Community.

    Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi ke blog Chetz…

    http://www.ChetzTV.com

    Chetz Yusof

  8. saya dulu pun seorang yang tiada keyakinan diri. Apa yang saya lakukan ialah pertama, saya buat penyelidikan mengenai motivasi di internet dan saya amalkan. Kedua, saya catitkan matlamat yang saya inginkan di kertas.Contoh, nak membeli buku motivasi. Ketiga, lakukan apa yang tercatit didalam matlamat itu dan akhirnya keyakinan diri akan terbina. Kekuatan didalam keyakinan diri ialah “Bermula dengan langkah pertama dan tindakan”. Tanpa langkah pertama dan tindakan keyakinan diri tidak akan terbina dengan sendirinya.

  9. Assalamualaikum…

    sy pun dlm proses nak memantapkan keyakinan diri. satu tip yg sy baca, bila nak buat sesuatu kerja atau tindakan yg pertama kali(benda baru), buat biasa saja dan anggap tidak ada apa2 yg luar biasa, kemudian terus fokus pada kerja kita tesebut. Tgh cuba2 jugak ni…emmm

  10. Salam Semua,

    Elok topic kali ni!nak kongsi cerita sikit lah.

    Beberapa tahun dulu akak ni memang pendiam dan pemalu orangnya. Bila mula kerja dalam bidang penjualan dan customer service, akak terpaksa jadi peramah dan selamba. Sebab nak kerja betul2 jadi kenalah buang perasaan yang boleh halang kerjaya.

    Mula2 belajar senyum dulu dan kemudian baru tegur orang tu. Tak kira siapa, prospect ke, jiran ke, pekedai atau orang2 masa jumpa dalam seminar. Kalau nampak sesuai akak akan tegur. Buat small talk dulu pasal kerja, cuaca, ekonomi, cuti umum etc. Apa saja subjek yang sesuai buat masa tu lah.

    Pada masa yang sama akak pelajari juga ilmu2 yang boleh membina diri. Baca buku, majalah dan ikuti seminar2 yang relevant. Bila kena buat presentation, memang nervous habis tapi cekalkan hati. Pandang audience sebagai teman. Ibarat bercerita dengan orang yang kita kenal tentu rasa lebih selesa kan.

    Kemudian buat pula plan untuk capai kejayaan dan lakukan perlahan2 ikut tahap kemampuan sendiri. Bila sudah nampak hasil, keyakinan bertambah dari hari ke hari.

    Moral of the story is mula2 tekadkan dalam hati untuk capai keyakinan tu, kemudian latih diri. Disamping itu tingkatkan pengetahuan sebab kalau kita bijak dalam ilmu tentu lebih berkeyakinan. Lama2 ia akan jadi sebati dan kita nampak yakin naturally (macam natural beauty gitu). Kadang-kala slipped juga tapi cepat2 lah bangun semula.

    Semuga cerita diatas boleh digunakan!.dan maaf lah sebab long story hari ni 🙂

  11. Assalamualaikum ik..

    keyakinan diri..self confident….
    ramai sangat orang kat luar sana tak ada keyakinan diri…saya sendiri tengok kawan2 saya dalam kelas, kalau ada je time pembentangan projek, mesti yang berani2 je bercakap(saya)..d rest akan senyap atau tukang pegang kertas majong atau tukang klik komputer…

    kadang2 tu ada antara mereka yang menggigil sambil bercakap..yang sampai tak telan air liur pun ada…sebab terlalu takut…

    saya pernah cuba tanya…kebnyakannya cakap, diorang rasa ada je mata yang pandang serong kat diorang waktu diaorang berucap..kekadang tu rasa macam apa yang dicakap tu macam salah (walaupun ada fakta kat tangan)dan orang akan gelakkan…

    sebenarnya, diorang yg tak ada keyakinan diri ni bermain dengan ilusi sendiri…
    sentiasa bayangkan negatif..
    *aku salah cakap ke???
    **kenapa mereka pandang aku semacam je ni???
    ***betul ke ni, nanti orang gelak pulak???
    ****kenapa mereka pandang aku je???tak pandang orang lain???

    semua ni antara yang bermain kat fikiran mereka…tu sebab saya cakap mereka bermain dengan ilusi sendiri…

    mereke berfikir dalam zon negatif…takut nak keluar darpd zon tu..sebab takut akan ilusi sendiri…

    semua ni saya tanya sendiri dgn kawan2 saya yang takut nak berucap kat depan….bukan sorang dua…tapi boleh kata 70% kawan saya dalam kelas alami benda ni…

    ****macam saya pulak dah terlebih confident..tu kekadang main belasah jer…betul salah belakang cerita…yang penting apa nak dicakap dah keluar…hehehehehe..

  12. Sebabnya yang buat kita tiada keyakinan diri adalah TAKUT pada kegagalan. Kita takut apabila kita buat sesuatu tidak mendapat perhatian atau nampak sia-sia sahaja. :O

    Nak bina keyakianan diri dengan BERANI gagal. Dari situ, keyakinan dapat dibina sedikit demi sedikit dan akhirnya keyakinan diri terpapar jelas. 😉

  13. Salam IK adn semua,

    Dulu, saya rasa sangat pemalu,sampai satu tahap, nak tanya kat orang di kaunter pertanyaan pun, asyik suruh orang lain je tolong tanya,padahal..bukan orang tu kenal saya pun ;P

    Cuma lama-lama lepas selalu kena buat project presentation masa belajar dulu, dah kurang la sikit malu.Sebab, sebelum saya memalukan diri sendiri, saya dah buat preparation secukupnya, seperti buat research dan tanya pengalaman / pendapat orang yg berpengalaman sikit.So, bila facing the public,rasa confident tu ada, cuma nak tak nak,kena teruskan juga habiskan presentation,biar ayat berterabur ntah ke mana,speaking english pun betul tak betul je…lama-lama, rasa ok pulak.Cuma ada la sikit kurang yakin, kalau topik yang baru kenal.Tapi, rasanya saya lebih yakin kalau topik yang nak dibincangkan tu,saya agak arif.Macam IK pernah cakap dulu..”be an expert,fokus dalam satu bidang je”…

    So, the positif pressure here is, bila tak yakin,kita akan cuba sehabis baik,sepenuh jiwa raga untuk cover rasa kurang yakin tu..:).Sama la macam mula2 sorang pakwe nak tackle sorang awek, kan? 😉

    Lagi satu,saya suka berangan ‘bercakap depan orang ramai dengan berani dan selamba’ di depan cermin,atau masa duduk sorang2…hehe.Alah, dalam fikiran kita, bukan orang nampak pun.Berangan itu penting kan?Kan?kan?

    ————————{@
    barangan kiutmiut untuk baby
    http://www.mymamalovesme.blogspot.com
    hanis_kamis@mibo.com.my

  14. Assalamualaikum IK n semua pembaca..

    Sy merupakan antara org yg amat memerlukan bantuan kalau bincang psl bab kurang keyakinan ni.

    Sy harap kawan2 di sini dpt membantu sy dlm meningkatkan keyakinan diri.. Adios..

  15. Salam IK dan semua pelawat setia Tip 1 Minit..

    Berdasarkan pengalaman saya dalam mengkaji tabiat dan perilaku individu di persekitaran saya, masalah tidak yakin pada diri sendiri atau kurang yakin adalah berpunca daripada perkara berikut:-

    1) Terlalu memikirkan apa yang akan dikatakan oleh orang lain pada diri sendiri

    2) menilai atau mengukur keupayaan diri dengan orang lain…walhal Kita sepatutnya menilai dengan keupayaan diri sendiri bukannya dengan orang lain.

    Saranan saya JADILAH DIRI SENDIRI !

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  16. Kebiasaannya menanam keyakinan ke dalam diri akan memaksa kita membuat sesuatu sehingga menjadi kenyataan..

  17. Kenapa tidak ada keyakinan diri?

    perlu tgk bagaimana kita menanyakan soalan pd dr sendiri.

    contoh pertama:-

    ish…orang lain boleh buat..nape aku tak boleh buat?..nampak mcm senang je..argh..aku tak boleh buatlah..buang masa je aku buat..dah tentu2 perkara yg nak buat 2 susah..baik aku buat benda lain..

    contoh kedua:-

    ish…orang lain boleh buat..nape aku tak boleh buat?..apa kelebihan orang 2 sehingga dia boleh berjaya..kalau dia bolah, aku pun boleh lakukan juga..

    nak tahu macam mana nak lakukan:-

    1)katakan aku boleh buat,walaupun susah.
    2)tiru orang yg berjaya
    3)tanya pd diri kalau aku tak buat sekarang, nnt kena jg atau aku nak hidup senang di kemudian hari, aku kena susah dahulu..

  18. saya dulu pun masa muda2 tidak mempunyai keyakinan diri 🙂 nak cakap dengan orang pun tak berani, apatah lagi depan crowd.

    kalau anda tanya sesiapa yang kenal saya ketika di BBBS (Bukit Bintang Boys School), pasti merka mengiyakan! 😉

    -IK

  19. betul. Perkara pertama memang kita tak yakin. Tapi mulakan langkah pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Insya-Allah, keyakinan tu akan datang..

  20. Keyakinan itu Kejayaan. Saya pun masih kurang yakin dengan kemampuan sendiri. Masih mencuba untuk lebih beryakinan melakukan apa jua di masa akan datang.

    Irfan Khairi semoga terus berjaya.

    Salam untuk semua.

  21. Salam!

    Saya melihat konsep keyakinan itu sama dengan konsep keimanan. Pernah saya dengar bahawa iman itu ada ‘cycle’ atau naik turunnya begitulah keyakinan kita.

    Pada waktu-waktu tertentu kita berasa sangat pasti, teguh, kukuh, sepadu dan tekad kita membulat untuk mendapatkan keinginan kita, maka kita pun gembelingkan semua masa, tenaga, kudrat dan usaha ke arahnya. Masa ni yang yang lemah akan kuat. Sebab tu si penyegan akan jadi peramah. Waktu ni kenali dan maksimakan semua kelebihan dan baiki kekurangan. Ibaratkan kita sebagai gunung berapi yang tunggu masa nak meletus memuntahkan lahar KEJAYAAN.

    Ada pada waktu-waktu tertentu juga kita akan merasai kurang yakin, lemah, goyah dan semacam hilang punca dan serba tidak kena dan berserabai. Ini lumrah insani. Perasaan ni pasti akan berselang seli. Cuma kawalan itu amat perlu. Ibarat membawa kereta, laju atau perlahan kena TETAP berada dijalanraya. Jangan TERBABAS. Tetaplah berpaksikan MATALAMAT iaitu untuk tiba ke destinasi jaya dengan SELAMAT.

    ps: Teringat waktu kecil dulu selalu rasa rendah diri kerana kerap dibanding-bandingkan dengan saudara terdekat. So, setuju sangat jadilah diri sendiri, kerana bagaimana Allah menjadikan manusia unik dgn cop jari yang berbeza, begitulah seluruh diri kita. Kenali diri dan bermuhasabah itu lebih mustahak.

    Wassalam.

  22. Assalamualaikum ik..

    hehehehehehe….tak payah tunggu nak tanye studnt BBBS…tengok aje utube dr.ik 2005 n now…gila berbeza….hehehehehehhe…..

    congratulation ik….

  23. eh, tak tahu la 2005 ke tahun bila, tapi dalam selamat pagi malaysia…
    memang berbeza lah….
    beza sangat2….
    hehehehehehehehehehehehehhe

  24. good point. kalau nak tengok betapa TIDAK YAKIN nya saya, boleh lihat

    http://www.youtube.com/watch?v=v3NXXpgLu5k

    klip TV 2005… 🙂

    Sekarang ni pun sedang berbincang dengan pihak Astro untuk slot baru dalam sebuah rancangan ‘PRIME TIME’ baru. shhh… masih “rahsia”. cuba lihat perubahan saya sejak 2005. so, sama sama lah kena sebut “YES I CAN” macam dalam klip di atas 😉

    Terima kasih atas input semua di sini. pastinya ramai dapat manfaat dari pengalaman yang tertulis. also, the best thing would be mungkin ramai akan kata “eh… bukan aku sorang je tak yakin dengan diri. ramai lagi!”.

    So, sama, sama lah berubah untuk bina keyakinan diri.

    saya setuju dengan tip ramai di sini. caranya adalah, dengan paksa diri anda dalam situasi di mana memerlukan keyakinan diri. tak perlu risau kegagalan / outcome. saja-saja test the grounds dulu.

    -ik

  25. orang yang belum bermula memang merasakan keyakinan tidak ada dalam diri..mcm kebanyakan orang termasuk saya..

    bila kita dah bermula melakukan sesuatu..baru kita akan tahu apa cabaran dan keseronokan yang akan diperolehi..

    bila kita menghadapi kegagalan…itu adalah ujian keyakinan diri kita, mesti ada yang silap dan kita perlu untuk memperbaikinya.

  26. Dulu pun saya mcm tu. kalu ckp dgn org. mesti tunduk je.tapi saya paksa diri utk kluar dr comfort zone,try buat keje3 sales;MLM & insurance partime.walaupun x succeed monetarily,saya dpt experience berhadapan dgn ramai org & buang rasa x yakindiri.mula2 mmg susah,lama2 akan ok.cuma prob. saya skrg,msh krg yakin bila nak approach managerial levels & above.ada tips x kwn2 utk approach org2 higher std ni?

  27. Salam semua…bercakap pasal masalah keyakinan diri ni memang perkara biasa pasal manusia ni tak sempurna. Pada pendapat saya, antara cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri adalah banyakkan pengalaman tak kire pahit atau manis disamping dorongan motivasi yang tinggi. Sebagai contoh, let say kalau join MLM, kalau asyik kena kritik lama2 jadi biasala…tapi kena ingat ramai usahawan2 yang muncul hasil daripada MLM dan diorang pun kena kritik dulu. Cume mungkin diorang berjaya disebabkan faktor kecekalan dan strategi disamping keyakinan diri yang semakin meningkat ketika berhadapan dengan prospek…saya pun selalu tiada keyakinan diri namun saye cube sebaik mungkin untuk memperbaikinya…chaiyok!

  28. Salam untuk semua.

    Sebenarnya, apa yang membuatkan kita tidak yakin kepada diri sendiri ini adalah kerana kita sendirilah yang MENGUJUDKAN PERSEPSI (andaian-andaian) yang tidak SEPATUTNYA ujud dikala kita ingin melakukan sesuatu perkara.

    Apabila kita telah membuat PERSEPSI yg BURUK atau yg tidak BETUL, maka dgn sendirinya Minda Separa Sedar kita mengakuinya akan perkara, situasi,orang perseorangan disekeliling kita itu.

    Kadang-kala kita perlu meng’hypnosis’ diri kita sendiri sebelum kita meng’hypnosis’ orang lain.

    Dalam apa jua keadaan sebenarnya kita saling ‘hypnosis’ meng’hypnosis’ antara satu sama dgn lain jikalau anda menyedari hakikat kehidupan ini..

    Lihat sahaja bagaimana para perniaga yang mempromosi produk mereka. Tidakkah kita menyedari bahawa disitu adanya ilmu ‘menyakinkan pelanggan’ utk membeli produk mereka?

    Kesimpulannya bagi meyakinkan diri sendiri kita perlu mempunyai ilmu bagaimana untuk meningkatkan pengetahuan serta memprogram minda kita supaya keluar dari ‘penjara’ yg dibina oleh minda kita sendiri..

    Bebaskan diri anda dari sebarang PERSEPSi Anda pasti BERJAYA..Insya Allah.

    Salam.

  29. Salam semua,
    Hilang keyakinan diri adalah disebabkan kita terlalu takut pada sesuatu mungkin disebabkan oleh pengalaman sendiri atau dari orang lain. Contohnya, kenapa perasaan kita menjadi takut apabila melalui sesuatu tempat setelah rakan kita bagitahu bahawa tempat itu ada hantu…heeheee , padahal sebelum ini kita selalu melaluinya tak ada pun perasaan itu. Jadi kita jangan dengar benda-benda yang negatif ni masuk kedalam minda kita. Satu lagi biasanya otak kita akan berbisik “apa akan jadi sekiranya…” apabila kita hendak melakukan sesuatu. Itu yang selalu menjadikan kita hilang keyakinan diri.
    Wasalam

  30. salam

    saya mula bina keyakinan diri selepas ‘o’ level, bila masuk kolej buat dip. hampir setiap hari ada presentataion, itu yang membuat saya mahir berkomunikasi dan boleh approach org. apatah lagi saya sekarang ni berkerja di ‘frontline’ & banyak memerlukan interaksi

    so by now dah ada lah self confidence tu, cuma kalu nak kena appear kat tv belum pasti lagi..hehe

    p/s:
    anak2 sekarang (termasuk anak2 saya) untung, dari pre school lagi dah diberi pendedahan “public speaking” aka speech & drama.

  31. Mungkin disebabkan oleh kekurangan ilmu atau pengalaman. Atau pengalaman lampau yang membuatkan kita down sangat.

    Saya pernah jumpa orang yang pernah kerugian hampir RM50,000 dalam perniagaan.

    Sampai sekarang tak yakin dengan perniagaan.

    Bagi saya, kita buat je dulu. Jalan je!

    Dah tau salah, kita perbaiki. Lebih banyak salah kita buat, lebih sempurna hasilnya maka meningkat keyakinan kita

    Kan orang ada kata, lebih banyak kita buat salah, lebih banyak cara yang kita terokai untuk melakukan sesuatu dengan betul!

    Practice makes perfect!

  32. Salam, dah lama tak menyumbang komen. Saya pun nak berkongsi pengalaman :
    1. Yakin apa yg kita nak lakukan tu betul
    2. Jangan peduli apa orang kata
    3. Just Do It …..

  33. ok..1 benda saya rasa boleh tolong org yg low self confident ni..apa kata mulai saat ini, korang tekan button reset kat diri korg…fikirkan yg korg adalah insan yg baru..lupakan semua masalah2 yg lepas..tanam benih yg korg ni sebenarnya ada confident yg setinggi gunung, and pape prob yg jadi pun, korg mampu atasinya..cube lah:)

    http://odie-suhaidi.blogspot.com/

  34. Cara saya nak ada keyakinan diri ialah fikir positif dan paksa diri untuk atasi rasa takut. Bila dah cuba beberapa kali keyakinan diri akan bertambah..

  35. Salam!

    Menonton IK 2005 dan 2008 itu mengingatkan saya bahawa keyakinan itu sesuatu yang perlu digilap. Semua kita dilahirkan bersama-sama perasaan yakin. Semakin usia bertambah, semakin luas bergaul, semakin jauh berjalan menambah pengalaman dan disokong dengan kedudukan baik dalam masyarakat mampu menambahnilai yakin itu. Bila keyakinan di puncak, ‘utilise’ sepenuhnya sebab lawannya mungkin mengambilalih bila masa mengizinkan.

    Keyakinan itu jodohnya adalah kebenaran. Kita sewajarnya hanya yakin pada yang benar/hak. Matalamat yang baik dan luhur membawa keyakinan yang mutlak positifnya. Jangan pula yakin dalam bermaksiat. Perompak juga seorang yang yakin. Jika tidak – tak jadilah merompak.

    Wassalam.

  36. idea 20 sen dari saya.

    Kita tak boleh manjakan diri sangat kalau nak dapatkan keyakinan. Nak manjakan diri boleh tapi selepas kita paksa diri kita untuk berjaya.

  37. Salam..

    dulu pun saya mmg kurang berkeyakinan pada diri sendiri juga.. tp sekarang alhamdulillah.. rasanya ok sikit.. tp still ada la kurang confident tu..

    dlu kalau nak cakap depan org ramai even depan rakan2 sekelas pun mmg kecut perut.. tp, every time ada presentation mmg saya yg kena present. kwn2 1 group semua tak nak.. last2 skali sebab malas nak layan karenah diaorang, saya juga yang kena present.. masa tu memang cakap main redah jer.. tapi saya beranikan diri jugak.. tapi alhamdulillah, lepas banyak kali present, saya rasa macam bertambah ok bila nak bercakap depan org ramai..

    masa saya form 4, kawan saya suggestkan nama utk pertandingan debat. masa tu, hati mmg rasa nak, tapi still kurang yakin.. so, utk menambahkan keyakinan dlm diri saya, saya banyak cakap sorang2 (ckp sorang bukan bererti biul ek.. hehe).. ckp sorang2 depan cermin, n try to motivate myself.. blatih depan cermin n yg paling penting, masa tu saya pun cakap pd diri sendiri yg sy boleh buat!! (mcm dr. irfan punyer nasihatla plak).. but believe me, it works!!!

    and as the result, sy telah terpilih untuk menjadi peserta terbaik pada masa tu.. lepas pertandingan tu, saya rasa my confident level dh naik, n skrg, saya dh kurang sikit gemuruh bila nak bercakap dpn crowd..

  38. Salam yang kedua…

    pada pendapat saya, keyakinan diri ni juga bergantung pada tahap persiapan diri dan juga ilmu yang kita ada..

    saya ambil contoh diri saya sendiri masa presentation proposal final year project saya.. mmg boleh dikatakan bagus juga la.. why?? because saya mmg bersedia, and saya tahu apa yg saya akan katakan pada hari tersebut…

    tapi, bila time final presentation for the same project, saya jadi kurang confident because saya tak betul2 bersedia.. slide sy siap tgh malam b4 presentation.. as the result, ckp pun tergagap-gagap and terlebih masa.. bila time Q n A pun mcm blur.. itula effectnye kalau tak bersedia n tak confident..

    So, as a conclusion, bagi diri saya sendiri, untuk tingkatkan keyakinan diri kita mesti:
    1. motivate diri sendiri.
    2. believe in ourselves
    3. prepared
    4. mesti ada ilmu
    5. berani
    6. compare diri kt dgn org yg lebih bagus, jgn compare dgn org yg x confident pd diri sendiri. kalo dia boleh buat, kita juga boleh buat..

    wassalam..

  39. Memang rugi besar kalau xde atau kurang keyakinan diri. Seumur hidup rugi, based on my experiance.

  40. kalau nak buat je,tak payah fikir yakin ke tak.Yakin atau tidak itu hanya alasan.buat apa nak cakap dgn org kita yakin atau tak,buat malu je.semua org ada rasa tu,cuma bagaimana kita sendiri mengatasinya.Yakinlah pada Allah…

  41. Untuk membina keyakinan diri pada hemat saya adalah bergantung kepada keberanian mencuba, saya sendiri la.. saya ini dari gulungan orang lama dan hanya menerima pendidikan sekolah menengah,pada peringkat awal dulu tahun70an,pengunaan computer ini sangat terbatas
    segala penulisan dipejabat hanya mengunakan mesin taip, teknologi berubah dari masa ke masa,pengunaan komputer dan bermacam perisian yang canggih sangat meluas disegala bidang,saya melalui peralihan teknologi ini,pada peringkat awal saya takut untuk mengunakan komputer dan akhirnya saya membeli komputer sendiri dan membuat latihan sendiri, saya tidak tahu berapa kali komputer saya dibaiki.Tetapi sekarang ini saya boleh pasang komputer sendiri, format sendiri,dan menjual komputer dan sebagai hobi membuat kerja kerja photograpy dan video semuanya dilakukan sendiri,hai..panjang pulak cerita..itulah kena yakin dan berani mencuba..jangan takut gagal..gagal itu adalah bermulanya kejayaan,kemudian berserah kepada allah .

  42. Salam,sebelum saya join wrkshop saya rasa kurang yakin dengan diri saya sendiri untuk saya mulakan perniagaan ini, bila saya lihat cara Dr kendalikan wrkshop ini secara friendly saya rasa yakin, dan kini saya berpegang kepada satu prinsip iaitu, Kalau nak berjaya,Jangan Bertuankan Alasan.

    Thanks
    Talib Ali
    http://www.hormonelife.com

  43. salam semua..
    saya ni memang kurang sangat keyakinan dalam diri saya.kenapa saya cakap mcm 2 sbbnye setiap kali saya pegi interview keje mesti tak dapat. nk tahu kenapa? sbbnye sy xpandai speaking so sy jd rendah diri sgt. saya guguo bila disuruh speakin. kekawan tlg la sy tuk yakin ngan diri sendiri. sy dah cuba belajar bhs inggeris ckit2 tuk tmbh keyakinan diri tapi still sy xconfident. tlg la sy. sy tgh cr pekerjaan skrg ni..

  44. faktor yang paling kuat sekali tentang kurangnya keyakinan diri ini adalah kerana BLUEPRINT seseorang itu. ini adalah pengaruh dari kecil hingga hari ini, pengaruh dari ibu bapa,teman,keadaan sekelilingnya dan bermacam macam lagi. dia sentiasa melihat dan merasakan dirinya itu seorang yang gagal, ini adalah antara salah satu penyebab mengapa kita kurang mempunyai keyakinan diri. so mulai sekarang tukar blueprint kita dari negative kepada blueprint yang positive insyallah kita berjaya..

  45. salam…
    sy pun terkategori individu yg kurang yakin diri tapi sedikit demi sedikit sy cuba hilangkan rasa tersebut.sy skrg sdg praktikum (guru), ajar plak IT and MATH, subjek yang perlu di ajar dalam BI. firstday mula mengajar mmg sy sendiri pun tak faham ape yang sy cakap kan, gabra punyer pasal, rojak BI-BM..cket2 saya blajar balik untuk mantapkan BI sy, insyallah..OK cket. macam pensyarah saya bgtau, semasa speaking, jangan kisahkan sgt grammer betui ke tak coz kita pun tgh bljr kan? cakap jer apa yang nak dicakapkan..janji orang faham apa yang kita nak sampaikan. kalo dah biasa, kesalahan grammer tu orang takkan perasan sgt sbb kita dah fluence. dalam karangan mmg la kene alert benda2 cam tu…tapi sekurang2 nya komunikasi kita leh kuasai.dalam masa yang sama bljr juga untuk kuasi BI yang betul… adios amigos 🙂

  46. Setelah i baca yang kau orang paparkan dah ada rasa % gak tinggi untuk teruskan sesuatu dengan lebih confidence. Sori ..ringkas je

Leave a Reply

Your email address will not be published.