Luck atau Hard work?

Kejayaan seseorang itu adakah ianya kerana luck (nasib) atau hadrwork (berusaha keras)?

Hari ni kita bincang-bincang sedikit, kerana ianya penting…

  • Contoh seperti ikon2 bilionaire saya sebut semalam, adakah mereka semuanya ber”nasib baik” kerana mencapai status kejayaan berbillion?
  • Lihat juga Bill Gates… adakah Bill Gates ber”nasib baik” kerana menciptakan software yang hampir seluruh dunia menggunakannya?
  • Kisah Donald Trump saya kongsikan post yang lepas, adakah Mr Trump bernasib buruk kerana rugi 1 billion, dan nasib baik pula kerana berjaya memperolehi berbillion billion selepas itu?

So, what is it actually? LUCK atau HARDWORK?

Ianya penting kerana ia akan memberi perspektif kepada kita. If we really think it’s luck all the way, then, itu lah yang kita akan tunggu dan harapkan. If we really think it’s hardwork, maka, itulah yang kita akan lakukan.

Atau is it memang ada orang yang betul2 lucky dalam mencapai kejayaan… macam menang lottery? Apa pendapat anda? πŸ™‚

ps: Bagi yang akan attend Workshop Jutawan Internet Ahad ni, see you soon!

Also, bagi mereka yang confirm RSVP untuk launching saya sebagai duta Impian, U-Mobile… jumpa anda esok pada jam 3.00petang!

Ada tak sesiapa yang nak juga datang ke launching esok 3.00pm @ JW Marriott, tetapi tak sempat reserve tempat? Kalau ada, email info@rahsiainternet.com and kita tengok ada tak lagi tempat kosong…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) πŸ˜‰

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

52 thoughts on “Luck atau Hard work?

  1. Mana ada kejayaan tanpa usaha. Setiap kejayaan yg dicapai mestilah dengan usaha. Kita sbg orang Islam mesti dah biasa dgn hadis yg mengatakan Nasib sesuatu kaum itu akan berubah jika mereka sanggup berubah.
    Oleh itu, setiap hasil yang kita kecapi di dunia ini mestilah didapati dari usaha kita yang dijalankan sebelum ini.
    Orang yang malas memang akan rugi. Orang yg rajin akan terus mempertingkatkan diri dan berusaha utk mencapai matlamatnya.
    Luck atau kebetulan itu hanya datang sekali-sekala shj.
    Mana ada lampu ajaib alladin yg kita boleh gosok&terus jadi kaya.
    Perompak bank pun belum tentu hidup senang sampai bila-bila kerana harta yg didapati tak berkat & mungkin habis/hilang bila-bila masa shj.

  2. Jarang Luck tapi luck yang disertai hard work ada…Dalam “The Secrets” apabila signal isyarat dinyalakan maka kita akan bergerak dibawah isyarat yang kita pancarkan…teatapi sapa yang mengerakanya dengan pantas akan dapat mencapainya lebih dulu…so luck ni selalu akan datang apabila kita bergerak dan bukan masa kita tidur…

    p/s : jumpa IKΒ  esok…just nak tgj IK buat show dengan the gang ho ho πŸ™‚

  3. Ada orang sudah beribu kali berusaha baru berjaya, ada pula beruasaha berpuluh kali dah mencapai kejayaan.

    Bagi saya lucky tu adalah pemberian tuhan.

    Jika seseorang hendak sesuatu, hendaklah ia berusaha, tak mungkin dengan lucky sahaja boleh mendatangkan hasil..

    “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya”

  4. Sesungguhnya mereka memang DILAHIRKAN kaya raya. Bill Gates, bapak dia kaya… Donald Trump… bapak dia pun dah kaya masa tu dah… so kalau rugi pun, bapak dia boleh kasi modal untuk bangkit balik.

    Lain la kami civil servant ni. Minyak naik banyak kali, gaji naik 10 tahun sekali. Bonus sebulan je alahai… boleh buat apa… Bonus swasta sampai 3, 4 bulan. Kawan saya kat swasta gaji dah RM 5,500 bayangkan kalau dapat 4 bulan bonus.

    Kami civil servant, gaji ciput… bila nak jadi kaya, terkena skim cepat kaya

  5. Salam…memang ada orang yg menjadi kaya (sementara) kerana luck atau nasib baik seperti durian runtuh…tapi ingatlah yg pipih takkan datang bergolek. Kebanyakkannya mereka yang mendapat durian runtuh atau wang yang banyak serta merta, ramai yang menjadi seperti sedia kala kerana tidak dapat mengawal emosi ketika berbelanja..tidak pula mereka yg berusaha, mereka tidak akan sewenang-wenangnya membelanjakan wang mereka dan akan membuat perancangan seperti menambah modal atau melabur ke arah diri-sendiri (ilmu).Ingatlah Islam juga tidak menggalakkan umatnya memeluk tubuh, tetapi sentiasa Istiqamah dalam melakukan kerja.

  6. luck or hardwork?

    biasanya hardwork dulu baru seseorang itu berjaya then baru kita tgk luck…

    tapi kalau terus cekal kard work…insyaallah Allah akan tolong

  7. Seseorang itu dianggap mempunyai ‘luck’ apabila telah merancang dengan teratur setiap gerak kerja yang akan dilakukan, mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai, team yang sesuai serta berusaha keras dalam setiap apa yang diusahakan.

    Akhirnya, melalui sikap ingin belajar setiap masa berdasarkan pengalaman dan juga kesilapan yang dilakukan serta sentiasa menigkatkan diri maka pastinya kejayaan dapat dicapai. tidak kiralah samada untuk menjadi jutawan, mencapai kebebasan kewangan dalam usia muda ataupun mempunyai kehidupan yang bahagia bersama keluarga.

    Itulah apa yang saya faham mempunyai ‘luck’ bagi seseorang yang berjaya.

  8. saya setuju dengan kawan2 yang lain, tapi pernah juga kenalan saya yang kurang bernasib baik tetapi dia telah berusaha dengan lebih keras dan saya respect sikap dia yang tak kenal erti putus asa.tetapi mungkin rezeki belum menyebelahi dia.dia telah menceburi bermacam bidang bisnes dan semua nya gagal..

    bagi saya usaha no. 1 dan lucky juga adalah priority dan sebagai tambahan kepada seseorang..

    aida6907.blogspot.com

  9. plan wat to do n work wat we plan. pastue tawakal agar usaha kiter berhasil seperti yg kiter harapkan. segala-galanya bermula dengan merancang. sbb merancang itu penting nk elakkan kiter terlupa apa yang patut kita wat n elakkn daripda perkara yg tak sepatutnya berlaku. apa-apaun, kena ade 2@3 plan. plan 1 tak jadi, leh pakai plan 2 n seterusnya.

  10. Salam;

    Petikan kata-kata dari Tan Sri Lim Goh Tong.

    Γ’β‚¬ΛœJangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya’….

    .

  11. Salam…

    Untuk berjaya dalam apa jenis perniagaanpun, kita mestilah memiliki sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam bidang perniagaaan berkenaan. Tiada jalan mudah. Setiap kejayaan pasti menuntut kerja keras, usaha, keringat dan air mata…

  12. Untuk meraih kejayaan perlu kepada usaha yang berterusan serta commitment & hard work.

    Nak beli lottery pun kena usaha…setidak-tidaknya kayuh basikal gi kedai lottery πŸ˜€

    Saya nak kongsi cerita tentang hasil kerja berterusan dan usaha keras saya develop laman web PromoProsper.Com @ P2..DotCom ;)..baru saja semalam berlaku.

    Selama 3 tahun usaha saya… semalam laman web saya dapat PR10 dari Google Page Rank. Laman web saya popular dengan keyword PROMOSI ataupun PEMASARAN πŸ™‚ (1st page dengan lebih 1 juta carian di GOOGLE)

    Semua ini berlaku bukan dengan sekelip mata… my journey:

    1. Hadiri bengkel Irfan Khairi (promo sikit.. πŸ˜‰ )

    2. Terus buat apa yang dipelajari.

    3. Develop dan try and error dari asas yang kita dapat.

    4. Usaha..hardwork…usaha hard work & usaha…hardwork

    THE END

  13. …tak caya pd nasib tuah atau nasib malang. Hanya caya pd takdir, iaitu jika buat ini maka dpt ini, jika buat itu maka dpt itu. Takdir ini spt peraturan alam yg memerlukan syarat untuk menyebabkan sesuatu. Cthnya, jika ingin berjaya maka syarat dia mesti ada usaha. Allahu’alam.

  14. Civil servant… bila gaji naik, ingatkan boleh la merasa sikit, bolehla menanam modal investment, tau-tau esok lusa harga minyak naik, harga barang naik, tiket bas ada caj 30%… minyak ni nak banyak kali turun… harga barang bila nak turun… bila minyak naik laju je naik. bila turun liat la pulak. Cuba En. Irfan Khairi kupas dalam TV kasi panas satu Malaysia.

  15. Salam IK,

    Saya rasa saya pilih keduanya, saya cuba gabungkan ‘hardwork’ dahulu lepas tu ‘luck’. Itu lebih baik… Tetapi saya sebenarnya tak suka ‘luck’. kenapa yek? Emmm… Ya betul sebab Tuhan minta kita berusaha dahulu dan doa dengan tertib yang betul baru Tuhan nak beri dan luck patut tidak ada, kerana sudah terpadam dek kerana usaha. Luck mungkin untuk warisan harta ibu dan bapa atau keturunan.
    Pada saya ianya lebih baik ada ‘smart work’. ‘Hardwork’ perlu ada tetapi perlu ‘smart’ untuk memulakannya dahulu. Kenal pasti bidang kecenderungan, isikan matlamat, fokus dalam minda untuk jadikannya kenyataan dengan perkara yang positif apa yang hendak kita dapatkan.InsyaAllah berjaya… setuju tak IK?
    http://www.glowglokal.com

  16. Assalamualaikum wbt.

    Saudara IK & Kawan-Kawan Pembaca.

    Izinkan saya menulis sedikit pandangan. Mengikut buku-buku motivasi yang pernah saya membaca, kaum-kaum lain turut percaya kepada nasib tentang untung atau rugi perniagaan mereka. Tetapi ini tidak melemahkan semangat mereka walaupun mengalami kerugian yang banyak. Mereka mempunyai semangat yang kental untuk berjaya lebih-lebih lagi situasi ekonomi global yang tidak menentu ini. Para peniaga yang tulen adalah Pahlawan yang akan ‘bertarung’ dan tidak lemah semangat sehingga berjaya tidak kira lambat atau cepat.

    Sebagai contoh jika anda buka ladang adakah anda sanggup berpanas dan berhujan, Kalau anda buka kedai tapi tiada pelanggan dan terus tutup kedai dengan cepat. Begitu juga dalam dunia perniagaan banyak ranjau dan duri yang terpaksa kita harungi.

    Berbalik kepada Luck atau Hard Work, yang penting kita mulakan perniagaan terlebih dahulu kemudian kita berdoa kepada yang Maha Esa sambil kita belajar satu persatu macam orang Cina berniaga.

    Harap-harap begitu lah pada saya dan kawan-kawan semua.

    Kepada saudara IK jutaan terima kasih rakaman audio satu jam yang saya terima melalui email yang menjadi pembakar semangat kepada saya.

    Abang Taib.

  17. Luck or Hardwork?

    Saya lebih suka guna perkataan rezeki daripada luck..

    Jodoh, Rezeki dan Maut dah ditetapkan Allah..

    tapi kita mmg masih kena berusaha dlm bab rezeki… kalau tak berusaha..masakan dapat hasilnya..dan kita harus bersyukur dgn rezeki yg diterima..sikit atau banyak hanya Allah yang tahu apa yg terbaik buat kita..
    wallahualam…

  18. Luck atau Hard work?

    Dua2 perlu ada. Luck dtg dlu kemudian hard work n luck dtg kemudian…

    Cth dlm kehidupan sy…
    Sy lucky trlbh dhulu kerana terjumpa mereka2 yang mencetuskan ilham kpd sy… Mereka2 tu cthnye IK ler… kembang idong ke??

    Setelah itu terus berusaha. Sy masih dalam tahap work dan bukannya work hard lg. Sy x mengharapkan luck lg selagi mana sy x work hard…

    Sedang membina laman web komuniti, tapi tak siap lg. Takkan time nie nak mengharapakan luck yg laman tu siap sendiri. tak munasabah kan….

    gambate…

  19. Hard work kene jugak tapi smart work lagi better. Luck pun kalau ada peluang grab saja. Contoh Bill Gates dpt royalti dari penjualan program yang dilesenkan oleh IBM dengan satu phone call sbb orang IBM dah call another person yang nak masukkan program dalam komputer IBM tapi x jawab. So dia dpt luck dari situ baru dia menapak jadi billionaire sampai la ni.. πŸ™‚

  20. Luck atau lucky atau tuah..bagi saya itu sekadar ucapan untuk membakar semangat sahaja tetapi tidak sekadar kesan biasa kepada setiap individu, kesan hebat..Tuhan pun suruh kita pilih nama baik,panggilan baik,gelaran yang baik,agar menjadi doa dan termakbul..tapi kena usaha dahulu lah jangan dok mengharapkan doa itu sahaja. kena tambat lembu dulu baru boleh nak tawakal,kan tak pasal-pasal dirampas majlis bandaran pulak. sama jugak macam orang tua melarang budak-budak kecik,contohnya jangan panjat pokok betik nanti jadi anu begini-begini..padahal dia tak nak budak tu panjat pokok takut jatuh,dia sayang kat budak tu. konsepnya sama saja, cuma itu pendekatan mencegah budak kecik.. tetapi luck,lucky,atau tuah ni pendekatan menyuruh orang besar panjang yang dah berbulu bertindak dengan yakin.. yakin boleh!
    ohhh…posting IK di atas berkaitan KEPERCAYAAN kepada luck,tetapi saya huraikan MENGAPA pilih luck. pada kulitnya nampak sudah tak ,tapi Masih lagi ada relevan dan ada kaitannya kalau kita fikir PUNCA mengapa selalu timbulnya isu ini di mana-mana..
    Peace Up!
    Cuma pendapat peribadi

  21. Pada I, samada luck or hardwork, yg paling penting adalah semangat.

    Tapi, kebanyakan billionair semue bekerja keras dari bawah. Dorg berasal dari keluarga yang susah. Last time I ade cite pasal sorg billionair, die memang kerja keras.

    Kalu dorg jatuh hari ni, besok pg bgn dorg akan mulakan balik dgn motivasi yg tinggi & kerjakeras.

    Cube kite fikirkan, Allah bagi kite 24jam. 8jam keje, 8jam malam relaks, 8jam lagi kite tdo. Tak rase rugi ker?

    Dalam buku jutawan senyap seorg kiya’i nie bgun pukul 3 pagi sembahyang tahjud sampai subuh. Lepas tu trus kerja. Hasilnya dia ade restoran & sykt carigali minyak sendiri.

    RadinSulaimanKassim (RSK)

  22. kdg2 tu, ada gak luck..mmg xdpt dinafikan lg..tp, kita xleh la just bergantung kt luck je kn..luck tu just beberapa percent je..yg selebihnya adalah usaha kita. tak ke gitu?? πŸ™‚

  23. kepada bps..
    jangan salah kan kerja civil servant..pokok pangkalnya diri kita sendiri..kita manusia sentiasa menyalahkan sekeliling kita..sebenarnya apa yang terjadi kita yang tentukan..kamu berikan yang terbaik maka kamu akan dapat yang terbaik(dadam khoo)saya pun civil servant cuma saya sedar gaji yang xseberape maka saya berusaha lebih baik dari sivil servant yang lain.ketika member2 lain lepak2 kedai makan keluar dgn girlfriend im do part time job!ketika org lain sedap tengok tv.saya pula berniaga pasar mlm!jadi alhamdulilah income saya lagi banyak dari diorg dan apabila barang2 keperluan naik seperti biasa diorang pun akan merungut ‘kenapala gaji sivil servant ni sikit..’change ur mind and then ur can choose ur destiny..sekadar pendapat peribadi:)

  24. Salams,

    Sebenarnya saya tidak percaya pasal luck. Apa yang baik datangnya dari Allah swt dan apa yang tidak baik datangnya dari kita.

    Selagi kita berusaha dan selalu berdoa, di situlah pintu kejayaan akan dibuka..

    When we think positive, act positive and live positively that is what we will attract to us.

    Donald Trump dapat kembali Berbillionnya bukan pasal luck tetapi dengan ilmunya dan kecekapannya..

    Tanpa ilmu itu, saya tak rasa dia dapat lihat the opportunity untuk bangunkan the down town street of New York yang amat buruk sekali..

    Jadi saya sarankan supaya menimba ilmu sedemikian dan melihat opportunities yang orang lain tak nampak…itulah akan membuka pintu kekayaan anda… Jangan hanya ikut orang sahaja. πŸ™‚

    Dari Singapore
    Fadzuli
    http://www.fadzuli.com

  25. Salam IK..
    Yesterday i coming u’r workshop,saya berdoa agar ilmu yg diberi memberi makna yg bsar pd saya.HArdwork + semangat yg kuat = LUCK =)

  26. Salam IK n mbr..
    Saya rasakan semangat ini membuak-buak apabila setiap orang ada hujah-hujah tersendiri dari tajuk dan cerita yang IK sampaikan..
    HARDWORK & LUCK
    Semua orang boleh hardwork tapi hardwork yang bagaimana?
    BERTERUSAN
    Tapi berterusan bagaimana..
    LANGKAH DEMI LANGKAH
    Gagal lagi?
    CIPTA!CIPTA!CIPTA..
    Hari demi hari bersama Tip 1 minit serta komen-komen bernas, memberi rangsangan yang berterusan untuk capai IMPIAN.
    Salam perkenalan, Salam tidak membenci, dan Salam Kemuliaan…..
    Salam

  27. Assalamualaikum

    D = Doa
    U = Usaha
    I = Iktiar
    T = Tawakal

    Berdoa bermaksud kita memohon keizinan dan berkehendak kepada sesuatu yang kita suarakan kepada Allah. Pastikan doa anda jelas, jika ingin mencapai kejayaan menjadi Jutawan, sebutkan tarikh tepat bila anda ingin menjadi Jutawan, berapa jumlah tabungan yg perlu anda lakukan sebulan dan apa usaha anda dalam mencapai keinginan anda itu

    Berusaha pula mengerjakan apa yang anda kehendaki dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa

    Iktiar ialah mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dari perancangan awal anda dalam mencapai misi anda. Maksudnya anda bersungguh-sungguh memastikan apa yang anda rancangkan menjadi.

    Tawakal ialah berserah diri kepada Allah setelah melalui proses berdoa,berusaha,iktiar. Insyaallah direstui misi dan matlamat anda jika ia dilandasi dengan niat dan pelaksanaan yg betul dan diredhai.

    Saya sekadar berkongsi dan mengingati diri sendiri.Bukan berniat mengajar atau menjadi cikgu..hehe

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com
    ~Jadikan Mimpi Satu Realiti~

  28. semestinya HARD WORK!!

    siapa yg berusaha pasti akan dapat hasilnya..cuma hasilnya tu sama ada cepat atau lambat,sikit atau banyak… tapi apa yang penting..KEBERKATAN

  29. Salam…
    Bagi saya kita harus memahami makna perkataan “LUCK”itu sendiri,maksud LUCK ialah Learn under correct knowledge(dalam buku jutawan senyap tulisan chef li ada cerita bab ni),kalu tidak silap,rumusannya ialh kita harus berada di tempat yang betul,pengetahuan yng betul untuk mendapat luck/nasib baik.Menurut Chef Li lagi,tiada istilah nasib baik kerana ini hanya merupakan alasan seseorang yang gagal πŸ™‚
    Jadi jawapan saya semestinya HARDWORK!!!

    Wasalam..

  30. You impress me by being a successful person at such a young age. Kudos!

    the thing about luck and hard work is how you see it. I believe luck as “rezeki” not a sheer coincidence. so in a way, the formula work side by side. even if you pile up the whole effort yet the luck or ‘rezeki” is not there, well, it still wont work, right?

  31. Step nak start sesuatu bisnes:

    1 tetapkan matlamat/hardwork,
    2 cari ilmu/hardwork,
    3 usaha@modal/hardwork,
    4 up and down/hardwork,
    5 invest
    6 …/hardwork.
    . …/hardwork.
    . …/berdoa.
    . …/berdoa.
    . …/berdoa.
    . …/tawakal
    1001. /successful

    So untuk successful memang kena jadikan hardwork sbgai teman..

    Just pendapat saya..

  32. kadang2 nasib baik betul juga. kadang-kadang nasib baik tu datang selepas kita hardwork. klu hardwork membabi buta xde perancangan xbenasib baik plak. so kesimpulannya, bnasib baik n hardwork kdg2 xde kaitan langsung,kdg2 berkaitan. kdg2 nasib baik dtg dulu kmdian hardwork, kdg2 hardwork dtg dulu kmdn nasib baik
    jom jadi jutawan bersama aurabiru .com

  33. Luck? Hardwork?, penting ke semua tu, memang ramai yang hardwork tetapi berapa perstus 10%, 30%, atau 100%, tepuk dada tanya diri berapa banyak income yang anda inginkan. Well good luck.

  34. Pada pandangan saya, selain daripada hardwork, luck atau tuah juga penting pada seseorang. Sebagai contoh saya lah, saya join banyak MLM, saya follow exactly macam mana upline buat, buat demo & sebagainya, tapi dia berjaya & saya tak…

    Banyak bidang yang saya lakukan, akhirnya kecundang di tgh jalan… kekadang saya tertanya2 kenapa orang lain boleh buat & berjaya, tetapi saya tidak… Disini saya selalu kata, agaknya they all have luck… Akhirnya kerja makan gaji je sampai ke hari ini.. Itu yang saya kata Tuah juga memainkan peranan penting..

    Saadah Badrus, seorang agent jualan Langsung Revell (MLM), dulu dia bermula sebagai dealer biasa sahaja, but with hardwork & Luck sekarang dia dah tahap tertinggi & berjaya as a millionaire kat Malaysia… Revell adalah syarikat MLM yang ke 13 beliau.. Menurut beliau, selepas memasuki banyak syarikat MLM, Revell yang memberi Tuah padanya…

    So bagi saya, Hardwork + Luck = Success

    Sekadar pendapat peribadi..

    Wallahualam…

  35. LUCK = happen when preparation meet opportunity πŸ™‚

    PREPARATION = no other words better than “HARDWORK @ SMARTWORK”

Leave a Reply

Your email address will not be published.