Category Archives: Tip Perniagaan

Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 1)”]

Ketika team Majalah IK berada di PWTC untuk pesta buku baru-baru ini, sambil mempromosi buku dan majalah, kami terlihat banyak produk Malaysia yang masih kurang dijual di Internet secara meluas, seperti al-Quran digital, Ensiklopedia Sains Al-Quran, CD-CD ceramah agama dan sebagainya.

Ensiklopedia Sains Al-Quran

Begitu juga dengan pelbagai barangan halal untuk kegunaan harian, seperti ubat gigi, sabun organik, pemakanan kesihatan, alat solek yang berstatus halal dan berbagai-bagai lagi. Sememangnya, masih terlalu banyak peluang untuk dipasarkan khas buat penduduk islam yang bermastautin di seluruh dunia!

Bayangkan jika semua produk islamik ini, kita pasarkan secara meluas di internet, menyeluruh ke pelusuk dunia, pasti ianya akan memberi impak yang amat baik untuk semua usahawan muslim.

“Kadangkala, peluang perniagaan di hadapan kita,

namun tidak kita nampak.”

Jika direnung sedalam-dalamnya, betapa elok dan berkatnya apabila kita menjual produk-produk berteraskan Islam ini. Apatah lagi, jika kita dapat menyalurkan dan mengedarkannya ke seluruh dunia. – Mudah-mudahan, sambil menjalankan perniagaan islamik sebegini, kita boleh berdakwah dan menunaikan fardhu kifayah.

Apa yang cuba diperkatakan di sini adalah, seboleh-bolehnya jangan kita sempitkan pemikiran kita, sebaliknya LUASKAN pemandangan agar terbuka minda kita untuk mula menjalankan perniagaan di internet secara lebih inovatif dan berbeza daripada orang lain agar apa yang kita niagakan dapat menembusi pasaran dunia, insya-Allah!

Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 1)

Sukacita dan ceria di hati terasa sebenarnya apabila melihatkan suasana pasaran di internet semenjak kebelakangan ini, berkembang pesat dengan laman-laman yang berunsur Islamik. Di facebook, sudah banyak laman tentang Islam, sejarah Islam, Al-quran, dan para ulamak serta cendekiawan islam mendekati masyarakat sedunia, sehingga berjuta-juta yang ‘like’ pages mereka.

Oleh kerana itu jugalah, terasa amat gembira melihat abang-abang, kakak-kakak bersama emak, abah pun sudah menggunakan internet secara berterusan, menyusuri laman-laman yang banyak menawarkan segala-gala tentang islam, Alhamdulillah.

Kadang-kadang, mereka kelihatan begitu asyik sehingga berjam-jam lamanya melayari internet. – Ini jelas menunjukkan, pasaran perniagaan internet semakin meluas, lebih-lebih lagi kepada Usahawan Muslim!

“Boleh dikatakan, terlalu banyak ruang-ruang kosong di pasaran (gaps in the market) untuk produk dan perkhidmatan yang berteraskan Islam di Internet.

Ini adalah kerana tidak ramai usahawan Internet Islam yang mengambil peluang tersebut. Kita di Malaysia yang mempunyai kemudahan Internet yang mencukupi patut mengambil peluang ini dalam meniagakan produk-produk berteraskan Islam untuk pasaran Malaysia ataupun pasaran dunia.

produk islamik

Ini kerana, pasaran produk Islam amat luas sekali di seluruh dunia. Cuba kita lihat pasaran tempatan sahaja dulu. Di sekeliling kita, di kedai-kedai buku Islam, banyak buku-buku, DVD, CD pendidikan islam untuk anak-anak, Audio CD Islamiah yang bagus, semuanya masih agak kurang dijual di Internet.

[Bersambung di “Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 2)”]

 

3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 2)

[Bersambung dari “3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 1)”]

#Perniagaan 2

  • Modal perniagaan: Sederhana
  • Tempoh perniagaan: 6-8 jam Setiap Hari
  • Waktu berniaga : Setiap Malam
  • Kawasan: Kebiasaan perniagaan di luar Bandar
  • Kuasa Membeli: Golongan remaja & dewasa

Walaupun pada hari-hari biasa, perniagaan #2 ini dijalankan, tetapi bagi peniaga yang menjalankan perniagaan ini dalam  bulan Ramadhan adalah saat yang amat menguntungkan bagi perniagaan mereka. Perniagaan yang dimaksudkan adalah perniagaan di Bazar Lewat Malam. Perniagaan ini kebiasaannya, wujud di tempat yang agak luar dari kawasan bandar dan pengunjung  bazar lewat malam ini rata-ratanya adalah terdiri dari golongan remaja. Di sini, antara sebab utama  bazar lewat malam menjadi tumpuan golongan remaja menjadi pilihan kerana jualan barangan lebih mengikut ‘trend’ golongan muda,  bagi golongan wanita pula mereka dapat memilih pelbagai jenis barangan terutama dari jenis tudung, beg tangan  sehingga pakaian-pakaian yang agak ‘trendy’ dengan harga yang berpatutan serta kualiti yang dijual. Begitu juga dengan golongan ramaja lelaki,  mereka juga tidak melepaskan peluang memilih pakaian dan barangan yang diminati mereka. Di sini,anda juga boleh tawar-menawar harga untuk membeli sesuatu barangan.

baju raya

Jika anda ingin  mengambil kesempatan berniaga di bulan Ramadan dan ingin menjual barangan ‘trendy’dan pakaian untuk hari raya, disini adalah pilihan agak tepat dengan hanya perlu  memberi fokus kepada golongan remaja terhadap produk yang anda ingin jualkan. Kebiasaannya, jualan pakaian hari raya sangat laris dan sesuai untuk golongan remaja ini, biasanya mereka akan membeli seluar dan pakaian untuk hari raya nanti. Keuntungan anda berniaga disini adalah anda dapat memberi lebih tumpuan terhadap golongan remaja dan golongan tertentu sahaja.

 

#Perniagaan 3

  • Modal perniagaan : Besar
  • Tempoh perniagaan:8-12 jam Setiap Hari
  • Waktu berniaga : Pagi hingga Malam
  • Kawasan: Bandar
  • Kuasa membeli: Golongan Bekeluarga

Jika anda sudah bekeluarga, semestinya pilihan anda berada di bahagian terakhir ini dan menjadi pilihan seisi keluarga yang mementingkan keselesaan dan keselamatan ahli keluarga iaitu dengan mengunjung ke pusat membeli belah. Di sini, anda boleh  mendapatkan pelbagai barangan pilihan untuk persediaan Hari Raya. Barangan yang dapat dibeli lengkap untuk persiapan diri sendiri, apa yang hendak dicari semuanya ada disini, dalam erti kata lain ‘dari hujung rambut sehingga hujung kaki’ apa yang nak beli pastinya ada di kompleks  membeli belah ini . Sewaktu hari raya, pasti ada di antara kita bukan sekadar menyiapkan diri sahaja untuk nampak kemas dan cantik, tetapi juga persiapan kelengkapan di dalam dan di luar rumah juga pasti ada yang tengah sibuk mencantikkan rumah, jika golongan bapa, mereka lebih suka membuat persediaan bagi kawasan di luar rumah, dan bagi golongan ibu pula akan cenderung di dalam rumah sahaja, ada yang sibuk menukar langsir baru, perabot baru, perkakasan dapur yang baru dan juga permaidani yang baru. Kelengkapan ini semua hanya dapat diperoleh di pusat-pusat membeli belah semuanya.

Pusat membeli-belah ini wujud di kawasan-kawasan bandar besar. Di sini juga adalah peluang yang terbaik jika anda ingin memulakan perniagaan disini. Modal perniagaan diperlukan agak besar, akan tetapi, pulangan keuntungan juga adalah jauh lebih besar. Orang yang datang sememangnya yang ingin berbelanja dan mendapatkan barangan yang dicari. Di sini juga anda boleh menyediakan jualan borong untuk peniaga-peniaga. Jadi bagi anda yang ingin menjalankan perniagaan dan juga perniagaan di bulan Ramadhan ini khususnya, anda boleh fikirkan jenis perniagaan yang boleh anda jalankan. Salam Ramadhan untuk semua!!

 

3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 1)

Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan ini, anda boleh melihat dari 3 aspek perniagaan yang berbeza dari kategori yang akan saya berikan dibawah.

#Perniagaan  1

  • Modal  perniagaan: Kecil
  • Tempoh perniagaan: 4 jam Setiap Hari
  • Waktu berniaga : 1 Ramadhan-30 Ramadhan
  • Kawasan: Penempatan di setiap pekan
  • Kuasa Membeli: Semua peringkat umur

Rasa-rasanya, apa perniagaan yang pertama ni ya? Perniagaan yang betul-betul mendapat sambutan di bulan Ramadhan. Modal perniagaan yang diperlukan agak kecil, waktu sesuai untuk menjalankan perniagaan agak singkat dalam lingkungan 4 jam setiap hari, dan majoriti pembeli  terdiri dari semua  peringkat umur dan golongan lelaki dan wanita.

bazar ramadhan

Jika anda perasan kan? Perniagaan #1 adalah perniagaan yang dijalankan di bazar Ramadhan, pastinya bagi yang sibuk bekerja dan tidak sempat menyediakan juadah berbuka, bazar Ramadhan menjadi pilihan pertama bagi mendapatkan pilihan makanan dan minuman untuk waktu berbuka. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan, anda akan dapat lihat bukan sekadar pembeli yang beragama Islam sahaja  yang datang ke bazar Ramadhan tetapi juga dari pelbagai kaum dan agama turut serta merebut peluang ini untuk mencuba juadah makanan dan minuman yang  dijual sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagi yang belum pernah ke bazar Ramadhan, jika ingin mencuba dan merasai juadah berbuka yang dijual di bazar ramadhan, anda digalakkan pergi lebih awal  sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal dari waktu berbuka puasa  untuk mengelakkan dari kesesakan orang ramai dan beratur untuk membeli dan juga untuk mengelakkan dari habisnya  juadah pilihan  dimana perniagaan bazar Ramadhan wujud di penempatan yang agak ramai penduduk dan juga  kebiasaannya ada disetiap pekan-pekan kecil.

Jika anda ingin menjinakkan diri dalam perniagaan yang hanya memerlukan modal perniagaan kecil, perniagaan di bazar Ramadhan adalah pilihan yang agak tepat,  anda  boleh memulakan perniagaan seperti menjual air minuman dimana anda boleh menyediakan pelbagai pilihan air minuman untuk pengunjung yang datang ke  bazar Ramadhan. Walaupun modalnya kecil, tetapi keuntungan perniagaan agak lumayan, dimana anda perlu rebut peluang ini dengan membina kelainan dari peniaga-peniaga lain.

[Bersambung di “3 Perniagaan Paling Laris dan Menguntungkan Sepanjang Ramadhan (Bahagian 2)”]

 

Ramai yang bertanyakan pada saya cara saya (Alhamdulillah!) berjaya jadi jutawan dalam perniagaan Internet. Jawapannya saya rakamkan dalam kapal terbang!

Klik pada video do bawah untuk menontonnya…

Sekiranya anda memerlukan bantuan dan bimbingan dari saya untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah (tidak kira perniagaan apa pun mengikut minat dan pilihan anda), sertai program Intensif perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya dan juga pelatih-pelatih IKSB untuk membantu anda. Lawati http://www.OpenEdu.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Kesalahan UTAMA perniagaan Internet!

Ketika saya memulakan perniagaan Internet lebih kurang 12 tahun lalu, zaman itu dikenali sebagai web 1.0. Web 1.0 adalah laman web statik, yang mungkin mengandungi gambar-gambar sahaja. Kini, Internet dikenali sebagai web 2.0, yang merupakan laman web interaktif – di mana pemilik laman boleh mengemaskini laman dengan mudah dan pelawat laman web juga boleh melakukan interaksi di sesuatu laman web.

Contoh-contoh laman web, web 2.0 yang popular adalah seperti blog, facebook, twitter, youtube, myspace dan friendster. Atau lebih dikenali sebagai social networking.

 

Kini, usahawan Internet, mahupun usahawan konvensional tidak boleh lagi mengabaikan kehadiran laman-laman sosial ini. Tengok sahaja syarikat gergasi seperti Toys R Us, mereka mempunyai saluran YouTube. Lihat sahaja Coca-cola, mereka mempunyai berjuta pengikut di laman Facebook mereka. Dan kini, berbagai-bagai perniagaan menggunakan blog sebagai wadah untuk mengemaskini maklumat kepada pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan.

kesilapan utama

Tak kira sama ada perniagaan anda kecil-kecilan, sederhana ataupun besar, pemasaran menggunakan laman web sosial adalah dimestikan supaya kita tidak tertinggal oleh pesaing-pesaing kita.

Namun begitu, ramai yang menyalahgunakan kaedah pemasaran sosial ini. Yang paling jelas adalah kelakuan SPAMMING di Internet, yang bermaksud mempromosikan perniagaan secara membuta di laman-laman sosial akaun milik orang lain. Sering kali, gambar kita di’tag’ dengan mesej pengiklanan atau seseorang meletakkan iklan perniagaan di ruang komen Facebook atau blog kita, ada juga yang menghantar email yang mempromosikan perniagaan mereka ke inbox kita tanpa kebenaran. Semua ini dikenali sebagai SPAMMING dan ianya JANGAN DIAMALKAN!

Spamming adalah satu kesalahan etika di Internet. Bukan sahaja itu, ia juga menjatuhkan kredibiliti seseorang usahawan. Di Internet, sekiranya kredibiliti kita jatuh, maka ianya adalah lebih sukar untuk ditingkatkan semula- dan promosi anda seterusnya akan menjadi sia-sia.

Oleh kerana spamming adalah dilarang di laman-laman sosial di atas (anda juga mungkin akan kena BANNED oleh pemilik laman tersebut) Jadi, apakah cara terbaik untuk promosi dan pemasaran di media sosial?

Cara promosi dan pemasaran sosial terbaik adalah dengan menggunakan wadah laman sosial sebagai tempat membina jenama perniagaan anda. Zaman ini di kalangan pesaing yang amat sengit, jenama memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenama perniagaan.

Anggap laman sosial sebagai platform membina jenama perniagaan anda. Apabila jenama terbina, dan kredibiliti anda tercipta, di situlah akan memudahkan anda mendapat jualan. Melalukan promosi membuta di Internet jelas sudaj tidak efektif lagi pada zaman Internet 2.0 kini. Oleh itu, strategi perlu diubah untuk memenuhi keadaan pasaran semasa.

Dengan adanya laman web sosial, tidak lagi mustahil untuk perniagaan kecil-kecilan membina jenama dengan mudah dan murah. Sekiranya anda merancang untuk memulakan perniagaan di Internet melalui media sosial, apa kata program intensif *baru* saya, iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di mana selama 6 bulan, saya dan juga pelatih/trainers bertauliah kami akan membantu dan membimbing anda dalam memulakan perniagaan anda yang pertama melalui Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

6 Cara Menggunakan Internet Untuk Menambahkan Pelanggan

Mungkin sebelum ini, usahawan bila berniaga hanya fokus kepada 1-2 cara sahaja dalam menambahkan pelanggan. Sebenarnya, lagi banyak cara yang digunakan, maka lebih ramai pelanggan boleh kita dapat. Cuba lihat 6 senarai ini… adakah anda sudah melakukannya untuk menambahkan pelanggan?

Sekiranya belum, maka, pastikan anda tidak lepas daripada menggunakan teknik dan strategi ini untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda.

yangmana

Cara 1 : Gunakan BLOG seperti blogTip Satu minit IrfanKhairi.com. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog yang profesional dengan nama domain yang juga profesional adalah dimestikan! Blog juga disukai oleh enjin pencari dan lebih mudah dibawa kehadapan enjin pencari.

Cara 2 : Gunakan FACEBOOK, paparkan gambar-gambar menarik mengenai produk anda, kongsikan ilmu, kongsikan informasi berguna, tetapi hati-hati, jangan asyik promosi sahaja di facebook anda, tetapi kena selang-seli dengan info penting.

Cara 3 : Gunakan YOUTUBE, uploadkan video-video informatif yang berguna ke youtube. Sampaikan mesej dan berbagai pengetahuan tentang produk anda. Muatkan juga testimoni-testimoni yang REAL. Interview secara live tentang produk atau servis anda.

Cara 4 : Gunakan NEWSLETTER, atau lebih dikenali sebagai E-MEL yang dihantar melalui data base anda di mana pelanggan telah signup untuk menerimanya daripada anda. Berikan penjelasan dan penerangan secara detail.

Cara 5 : Gunakan E-BOOK percuma, atau lebih dikenali PDF FILE. Muatkan segala-gala info berguna dan promosi produk anda. Berikannya secara percuma agar semua orang boleh mendapatkan info anda dengan mudah. Galakkan mereka berkongsi dengan kawan-kawan mereka.

Cara 6 : Gunakan ARTIKEL percuma. Tulis berbagai-bagai artikel berkenaan dengan industri anda dan submit ke ezinearticles.com, pastikan anda memuatkan alamat website anda, email, dan info-info yang banyak memberi manfaat serta rujukan yang utama agar pengunjung dengan mudah berminat untuk berkongsi dengan kenalan mereka.

Ada berbagai jenis cara dan kaedah serta strategi perniagaan Internet tentang bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk anda. Yang penting, anda harus gunakan kaedah-kaedah ini.

Lakukan sekurang-kurangnya enam kali atau lebih banyak lagi bagus, agar segala yang ingin disampaikan melekat di hati, terbenam di minda pelanggan dan bakal pelanggan anda- pastinya ia akan menambahkan lagi ramai pelaggan. Barulah ianya berkesan. Jangan beri alasan sukar mendapat pelanggan sekiranya belum mencuba. Selamat mencuba!

Sekiranya anda merancang untuk memulakan perniagaan di Internet melalui media sosial, apa kata program intensif *baru* saya, iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di mana selama 6 bulan, saya dan juga pelatih/trainers bertauliah kami akan membantu dan membimbing anda dalam memulakan perniagaan anda yang pertama melalui Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Pelbagai teknik termasuk 6 teknik di atas juga akan diberikan untuk digunakan oleh perniagaan anda!

 

6 Hingga Terbenam! (Bahagian 1)

Sekiranya anda ingin berjaya menyampaikan mesej anda, atau anda ingin mempromosi produk anda, setiap usaha anda itu seharusnya sampai kepada pelanggan dengan mudah, terang dan terpahat di fikiran mereka.

Lebih-lebih lagi jika perniagaan anda itu adalah berbentuk ONLINE atau mesej yang ingin disampaikan adalah melalui internet,  ianya perlu diulangi berkali-kali sehingga sesuatu mesej itu terbenam dalam minda prospek anda.

Six until it sticks

Atau versi melayunya saya sebutkan sebagai “Enam sehingga terbenam!” – maksudnya cukup terang dan jelas, ulang dan ulang lagi sekurang-kurangnya enam kali agar apa yang hendak disampaikan itu terbenam di minda pelanggan.

Disebabkan terdapat pelbagai jenis perniagaan Internet, dan berbagai-bagai mesej perniagaan di Internet jadi, kita perlu mengulangi mesej perniagaan kita berkali-kali supaya kita dapat stand out from the crowd.

promosi

Kesilapan yang sering berlaku adalah apabila kita membuat iklan hanya 1 kali sahaja, tetapi kita berharap beribu-ribu orang sudah mengetahuinya. Jangan fikir bila kita sampaikan mesej perniagaan kita satu kali sahaja, terus orang akan membeli apa yang kita hendak jual.

Kerana, mesej tersebut belum lagi terbenam dalam minda bakal pelanggan. Ulang mesej perniagaan sekurang-kurangnya enam kali, barulah makin dekat pelanggan itu menjadi pembeli.

[Bersambung di “6 Hingga Terbenam! (Bahagian 2)”]

Pesanan IK dari Hollywood, Los Angeles!

Ucapan terima kasih kepada followers Facebook saya yang kini mencecah 400,000! Sokongan anda selama ini amat-amat dihargai. Berjalan-jalan di Hollywood Walk of Fame, sempat saya rakamkan sedikit ucapan kepada anda. Saksikan ya….

Sekiranya anda pemilik perniagaan yang ingin tahu cara menjadikan perniagaan anda POPULAR untuk tahun 2015 ini, isikan nama dan alamat email anda di bawah dan saya akan hubungi anda apabila tiba waktunya nanti!

flashing gif

Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet (Bahagian 1)”]

YOUTUBE

Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selamat datang kepada youtube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan You Tube sendiri berbunyi “Broadcast Yourself!”

Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di You Tube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan You Tube untuk memaparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupakan seorang motivator? Gunakan You Tube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda. Gunakan kreativiti anda!

 

FACEBOOK

facebook

Facebook.com adalah rangkaian kenalan sosial di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubungi teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web Facebook. Malah Facebook juga telah menyediakan ‘Pages for business’ – Di mana anda boleh mempromosi barangan jualan anda di page khas untuk perniagaan anda. Anda juga boleh memaparkan gambar-gambar produk anda serta peta ke kedai anda.

Pages Facebook terbaru kini, boleh memaparkan dengan jelas dan nyata apa sahaja gambar yang anda ingin tonjolkan. Setiap produk yang anda mahu niagakan juga agak mudah untuk anda war-warkan di pages anda untuk mendapatkan feedback dan pertanyaan. Anda juga boleh menerima pesanan terus dari pelanggan melalui inbox peribadi anda.

Facebook juga menyediakan ruangan video yang mana anda boleh upload dan postkan di wall page anda segala-gala tentang kedai anda. Dengan cara itu, anda boleh mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda dengan lebih mudah.

Melalui laman Facebook juga, anda boleh memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan dan juga rakan-rakan kepada kenalan anda!

Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan namun dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mendapatkan  pelanggan di seluruh Malaysia, bahkan juga untuk  pelanggan sedunia.

Sebagai contoh, Halalgelatine.com pemiliknya memiliki sebuah kedai di Kota Bharu, Kelantan. Tetapi dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia! Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?

 

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan.