Category Archives: Tip Perniagaan

Promosi mesej yang sama

Satu kesilapan dalam mempromosi kan sesuatu perniagaan (perniagaan Internet dan juga bukan Internet) adalah kekerapan menukarkan mesej promosi yang di sampaikan.

Sebagai contoh, minggu ini dalam mesej promosi, menekankan mesej A. Minggu kedua menekankan mesej B. Minggu ketiga menekankan mesej C. Dengan harapan, bertukar-tukar mesej sebegini kerap dapat memberi prospek lebih banyak maklumat.

Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada apa sahaja mesej promosi akan dilupakan oleh prospect dalam masa 2 minggu yang pertama!

Oleh sebab itulah, dalam mempromosikan perniagaan anda, anda perlu berulang kali menyampaikan mesej yang sama supaya dapat menanam mesej tersebut di dalam fikiran prospect anda.

Bila ada masalah… terdapat penyelesaian

Perniagaan adalah memberi “penyelesaian”.

Tidak kira apa perniagaan yang ada di sekeliling kita, ianya adalah untuk menyelesaikan masalah. Sebagai tambahan, apabila terdapat “masalah” ia akan menjadi suatu isu yang sering diwar-warkan.

Sebagai contoh, lihat keadaan jerebu kini di merata-rata. Ianya adalah masalah.

jerebu

Masalah ini membawa kepada isu kesihatan yang menjadi bahan bualan yang diwar-warkan (word of mouth). Di sini menjadi peluang usahawan mengambil kesempatan sesuatu masalah menjadi perniagaan. Daripada masalah ini, usahawan dapat ketengahkan produk seperti:

  • Topeng jerebu
  • Air filter
  • Water filter
  • Vitamin / Food suppliment
  • … dan sebagainya

Salah satu cara efektif mempromosikan produk anda adalah dengan mengetengahkan masalah (sebutkan statistik yang menghiraukan sekiranya boleh!), kemudian berikan cara penyelesain- cara ini boleh digunakan untuk iklan, brochure, poster, laman web perniagaan Internet dan lain-lain.

Hanya promosi kepada…

Jawapan dari soalan pop quiz semalam…

Untuk melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda, tidak kira perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet, anda perlu beri tumpuan promosi kepada mereka yang MUNGKIN MAHU ATAU TIDAK produk dan perkhidmatan anda (jawapan:2) – ramai dapat betul.

Sebenarnya, tidak sampai 10% daripada pasaran anda yang akan membeli daripada anda. Ini bermakna, lebih 90% daripada pasaran anda sudah sedia TIDAK MAHU produk anda (kategori 3). Kategori ini adlaah yang paling ramai!. Sebab itu dalam perniagaan, terdapat lebih banyak rejection daripada mereka menerima produk anda. Dalam perniagaan, perlu tabah hati menghadapi rejection tersebut.

Bagi kategori 1 pula, mereka yang sedia MAHU produk anda, tidak perlu memberi tumpuan promosi di sini. Oleh kerana, dengan hanya promosi satu atau dua kali sahaja, mereka akan membeli produk anda.

Beri tumpuan promosi kepada mereka yang MUNGKIN MAHU ATAU TIDAK untuk maksimakan keuntungan perniagaan anda. Soalannya, bagaimana hendak mengenal pasti kategori ini?

Sekiranya perniagaan Internet, mereka adalah yang subscribe kepada Newsletter anda.Sebab itulah newsletter adalah penting dalam perniagaan Internet. Sekiranya anda belum menyertai Newsletter RahsiaInternet.com, klik di sini!

Sekiranya perniagaan bukan Internet, anda perlu menyediakan “loyalty program” seperti yang disediakan oleh perniagaan-perniagaan besar, POPULAR CARD, MPH MEMBER, JUSCO CARD, ENRICH MALAYSIAN AIRLINES, dan sebagainya… loyalty program seperti ini adalah untuk mengketegorikan pengguna kepada mereka yang mungkin mahu dan mungkin tidak mahu. Dengan memperolehi maklumat ini, perniagaan berkenaan dapat memberi tumpuan promosi untuk mendapat pulangan berganda!

Pelajari lagi cara melipatkali gandakan perniagaan Internet anda di Workshop Jutawan Internet.

Promosi kepada siapa?

Pop Quiz…

Terdapat 3 kategori pasaran untuk perniagaan anda.

  1. Mereka yang MAHU produk atau perkhidmatan anda
  2. Mereka yang MUNGKIN MAHU ATAU TIDAK produk dan perkhidmatan anda
  3. Mereka yang TIDAK MAHU produk atau perkhidmatan anda

Kategori yang mana patut anda beri fokus dalam promosi produk anda untuk melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda? Berikan 1 jawapan sahaja dan mengapa itu pilihan anda?

Siapa sebenarnya pesaing anda?

Soalan ini mudah sahaja, tetapi, anda perlu benar-benar memahami pasaran anda untuk megetahui siapa sebenarnya pesaing anda?Cuba fikirkan…

Mc Donalds dan Burger King menjual makanan fast food yang sama. Adakah mereka pesaing?

Tetapi, Mc Donalds dan KFC pula menjual makanan fast food yang berbeza. Adakah mereka pesaing?

Bagaimana pula McDonalds, KFC, Pizza Hut dan A&W yang merupakan restoran fast food yang berlainan. Adakah kesmuanya merupakan pesaingan?

Ataupun, kesemua yang disebut di atas telah mewujudkan industri “fast food”. Lagi besar industri “fast food”, lagi banyak keuntungan yang di miliki oleh kesemua restoran tersebut oleh kerana kesedaran dan permintaan industri fastfood bertambah secara keseluruhan.

Bayangkan pula sekiranya dunia ini tiada restoran-restoran fast food langsung. Cuma yang ada, hanya McDonalds. Adakah ini akan mewujudkan kesedaran industri tersebut? Sudah pasti McDonalds juga tidak dapat tersebar dengan luas.

Bagaimana pula dengan industri “fast food” dan industri “healthy food” (restoran bukan fast food) seperti restoran nasi kandar, restoran seafood, chicken rice shop dan lain lain. Adakah ini pesaing?

Siapa sebenarnya pesaing anda? Soalan ini adalah penting untuk mengatur strategi pemasaran anda dalam mendapat keuntngan yang tinggi.

(Tip berat sedikit hari ini) 

Tip Satu Minit… menjadi program TV?

Lambat sedikit menulis tip satu minit hari ini , tetapi, ada berita baik untuk dikongsikan bersama komuniti tip satu minit.

Semalam saya ada menghadiri satu meeting ni (a very good one!) dengan (nama syarikat “biarlah rahsia”) 🙂

Terdapat ura-ura yang Tip Satu Minit akan menjadi program TV!

Untuk TV mana? “biarlah rahsia” sekali lagi. 🙂

Siapa host? “biarlah rahsia” juga… tapi jawapannya senang je.

Insyaallah, sekiranya semua berjalan lancar, ia merupakan berita baik kepada komuniti Internet Malaysia secara keseluruhan…

Wow… saya amat teruja. Harap anda juga teruja…

Mungkin anda dapat membantu. Soalannya… sekiranya Tip Satu Minit menjadi program TV, apa yang anda ingin lihat? Apa yang akan menarik minat anda untuk menontonnya?

Beri jaminan @ guarantee

Memberi jaminan atau guarantee adalah satu cara untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda. Jaminan merupakan satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pembeli.

Katakan,sehari, anda berjaya menjual 5 produk anda (tidak memberi jaminan).

Tetapi, sekiranya anda memberi jaminan (mungkin money back guarantee, atau tukar produk yang rosak), jualan produk anda meningkat kepada 7 produk sehari.

Sebulan, jualan produk anda meningkat kepada 60 produk tambahan dengan memberi jaminan (7-5)x30.

Lazimnya, sekiranya memberi jaminan, terdapat pelanggan yang memulangkan produk anda (selalunya kecil sekiranya apa yang anda janjikan pada produk anda ditunaikan). Mungkin sebulan 15 pulangan barang diterima. Maka, secara kasar dilihat, jualan anda bertambah melalui memberi jaminan adalah 45 produk sebulan.

Sekiranya satu produk anda menerima keuntungan RM50, ini bererti dalam senario ini, sebulan penambahan keuntungan anda adalah RM2,250. Setahun, anda akan dapat meningkatkan keuntungan perniagaan anda kepada RM27,000!

Dengan memberi jaminan, anda berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan anda oleh kerana bilangan pembeli turut bertambah. Dengan mempunyai produk yang berkualiti, pulangan yang diterima adalah kurang berbanding dengan penambahan jualan. Perbezaan disinilah terdapatnya peluang untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda.

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia

Ingin mengambil peluang hari ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca tip satu minit dan juga peserta-peserta Workshop Jutawan Internet.

Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Saya akan sentiasa doakan kejayaan anda, mudah-mudahan anda juga mendoakan kejayaan saya. Sama-sama doakan kejayaan kita semua dan dimurahkan rezeki.

Semoga kita semua menjadi usahawan yang beriman.

Selamat bercuti! 🙂

Francais… bagaimana hendak melakukannya?

Ingat tak hari tu kita ada bincang bagaimana McDonalds mempunyai satu “system” menjual burgernya yang boleh diduplikasikan dalam bentuk francais?

Sistem francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan sebegini untuk melipatkali gandakan keuntungan mereka. Ini termasuk Hot Dog 1901, Kedai kasut Bata, KFC, Pizza Hut, Popular dan lain-lain…

Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang mempunyai satu sistem untuk difrancaiskan (kedai runcit pun boleh francais!), hubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk pelbagai bantuan yang mereka sediakan.

Apakah contoh-contoh industri yang boleh difrancaiskan? Berikut adalah industri-industri dan peratusan (%) francais tempatan mengikut industri tersebut:

Makanan (30%)
Pakaian dan aksesori (15%)
Pusat pembelajaran dan latihan (12%)
Perkhidmatan (10%)
Pusat kecantikan/kesihatan (4%)
Automotif (3%)
Pasar raya/mini (3%)
Dekorasi/cenderamata (3%)
Perhotelan/pelancongan (3%)
Kedai buku/alat tulis (3%)
Kosmetik/penjagaan kesihatan (3%)
Barang kemas (2%)
Optometrist (2%)
Pusat telekomunikasi (2%)
Farmasi (2%)
Pakar runding (1%)
Komputer (1%)

Untuk menghubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA), sila ke http://www.mfa.org.my

Oh ya… terdapat 260 francais tempatan yang didaftar dibawah Akta Francais, di mana 197 francais milik bukan bumiputra, dan cuma 63 francais milik bumiputra.

Kepada usahawan-usahawan tempatan, apa kata kita naikkan lagi jumlah tersebut untuk mewujudkan persaingan yang sihat.

Beri pilihan… murah & mahal

Beri pilihan kepada pelanggan anda.

Sekiranya produk anda adalah mahal, beri pilihan versi produk anda yang murah.

Sekiranya produk anda adalah murah, beri pilihan produk anda di pakejkan dengan produk yang lain untuk menjadikannya mahal.

Di internet, sering menggunakan teknik ini di mana sesuatu perkhidmatan diberikan dalam beberapa ruang harga, contoh: Bronze package (murah), Silver package (sederhana) dan Gold package (mahal).

Teknik ini juga sering di gunakan pada perniagaan bukan Internet, contoh- pakej bayaran handphone “talk time” dari syarikat seperti Maxis, Digi & Celcom.

Memberi pilihan sebegini, bukan sahaja dapat menarik mereka yang tidak mampu membeli produk dengan menyediakan versi yang lebihy murah, tetapi, anda juga dapat menarik golongan yang berkemampuan “upgrade” kan perkhidmatan mereka pada ruang harga yang lebih tinggi.

Satu lagi cara menduplikasikan keuntungan perniagaan anda!