Category Archives: Perniagaan Internet

Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, jadi INFORMASI adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet. Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.

produk informasi

Teringat saya suatu waktu dulu ketika mengendalikan ‘workshop perniagaan internet’ saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, “Industri membuang sampah”.

Tersentak saya seketika, kerana sering kali saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing-masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen saya seterusnya tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea. Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk informasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya sudah mempunyai idea nak jual apa di Internet!. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”

Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “Pembuangan sampah”, masih boleh menjana idea menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang perlu, adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!

[Bersambung di “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)”]

 

Blog Perniagaan vs Facebook Perniagaan (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 1)”]

Blog untuk perniagaan:

  • Tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
  • Huraikan segala maklumat produk dan perniagaan dengan menyeluruh
  • Kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
  • Tonjolkan testimoni-testimoni yang memberi keyakinan
  • Amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!

Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.

Tiada syarat yang tetap, sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun di facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.

pelawat

  • Sebaik-baiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook.

Facebook amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke laman Facebook.

Bagi anda yang belum add Irfan Khairi di Facebook, boleh “Like” di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb kerana saya memberi tip-tip pendek motivasi & kewangan setiap hari di sana. Saya akan menunggu komen anda di wall fb saya!

Blog Perniagaan vs Facebook Perniagaan (Bahagian 1)

Dalam perniagaan, manakah yang lebih penting? Mengguna Blog perniagaan atau Facebook perniagaan?

blog dan facebook

Jawapannya agak cliche, sebab kedua-duanya penting dan kedua-duanya lain fungsinya untuk sesuatu perniagaan. Kita pecahkan kegunaannya di bawah:

Facebook untuk perniagaan:

  • Berhubung dengan pelanggan lama, baru dan prospek secara santai
  • Berkongsi maklumat-maklumat menarik yang berkaitan dengan industri
  • Update pengikut dan penyokong tentang perniagaan yang dijalankan
  • Kongsi pengalaman-pengalaman lalu dan info terkini

Pamerkan gambar-gambar kejayaan perniagaan anda untuk mendapat kredibiliti.

[Bersambung di “Blog Perniagaan vs Facebook Perniagaan (Bahagian 2)”]

 

Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 2)


[Bersambung dari “Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 1)”]

4. Ketenangan

“Saya tertekan… Saya mahu pergi bercuti.” Kebanyakan usahawan akan mengalami situasi tertekan atau sudah penat melakukan bisnes dan mahu pergi bercuti menenangkan fikiran. Ketenangan adalah salah satu sifat fitrah manusia. Manusia tidak sukakan hidup yang bingit, bising, tertekan dan sebagainya.

Ketenangan adalah penawar yang paling mujarab dalam mengubati kekusutan fikiran para usahawan. Buktinya, setiap tahun usahawan biasanya ada perancangan untuk pergi bercuti di mana-mana tempat, agar kepenatan dan tekanan yang ditanggung dapat dilupai buat seketika. Ini membuktikan dalam diri manusia ada sifat semulajadi ini. Ia tidak dapat dilawan atau dihapuskan, sebaliknya harus memenuhi keperluannya (seperti percutian).

Dalam Islam, terdapat banyak cara untuk kita memiliki ketenangan diri tanpa perlu pergi bercuti. Tidak bermaksud bercuti tidak berkesan, tetapi ada banyak lagi cara lain. Anda boleh pergi bercuti, tetapi dalam masa yang sama, cara lain juga perlu diamalkan.

Antara cara untuk menenangkan diri adalah dengan mengingati Allah. Perkara ini jelas melalui satu firman Allah dalam al-Quran, “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.”, surah Al-Raad, ayat 2. Mengingati Allah mempunyai maksud yang luas, contohnya dari segi cara khusus iaitu seperti solat, beriktikaf di masjid, menghadiri majlis ilmu, bersahabat dengan ilmuan agama, membaca buku agama, mendengar audio agama, berzikir dan membaca al-Quran. Manakala dari segi umum pula kita meninggalkan perkara yang Allah larang dan melakukan kebaikan yang disuruh olehNya.

ketenangan hati

Ketenangan fikiran dan jiwa adalah faktor terpenting untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tanpa ketenangan, kita amat sukar membuat keputusan yang adil, waras dan tepat. Malah, perniagaan kita boleh hancur dan gagal, malah kita akan hidup dalam tekanan dan takut pada bayang-bayang sendiri.

5. Mudah Rasa Kasihan

Sejahat-jahat manusia, pasti ada sedikit “rasa mudah kasihan” dalam diri mereka. Contohnya seperti cerita Robin Hood, iaitu seorang hero yang kerjanya adalah mencuri dan merompak harta kekayaan orang lain terutama orang yang jahat. Hero itu melakukannya kerana kasihan dengan orang-orang miskin yang kelaparan. Hukum mencuri itu tetap salah, namun apa yang ingin disampaikan di sini adalah sifat fitrah tersebut, iaitu rasa kasihan terhadap manusia lain.

Dalam perniagaan, ada usahawan yang tamak dan ada usahawan yang bermurah hati. Namun yang tamak itu tidak semestinya akan terus tamak dengan hartanya. Mungkin serba sedikit akan mudah rasa tersentuh apabila melihat kesusahan hidup orang lain berbanding dirinya yang begitu senang. Lantas hadirlah niat dalam hatinya untuk melakukan kebaikan seperti melakukan sedekah dan sumbangan.

Ramai manusia berubah hasil daripada sifat semulajadi yang ada dalam diri. Bagi usahawan yang masih sedar akan kebaikan, gunalah sifat fitrah mahu membantu orang lain sebaik-baiknya sebelum sifat tamak menguasai diri. Asahlah sifat “kasihankan orang lain” dengan membantu mereka dengan ikhlas, walaupun kita mengenakan bayaran. Kita tidak perlu risau usahawan lain yang tamak haloba dan kedekut, kerana dengan kuasa fitrah yang ada dalam diri mereka, semoga mereka berubah akhirnya, dengan izin Allah.

Semoga perkongsian pada kali ini memberikan manfaat kepada anda. Sama-sama kita jadikan “Kuasa Fitrah” sebagai kuasa untuk kita berubah dan menjadi usahawan yang berjaya, kaya dan bahagia.

Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 1)

 

Ingin jadi usahawan online yang berjaya? Sudah pasti anda mahu. Tetapi, bagaimana caranya? Persoalan ini adalah perkara biasa dan ditanya oleh sesiapa pun yang ingin berjaya. Terdapat dua faktor kejayaan iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Pada kali ini, kami kongsikan dengan anda mengenai faktor dalaman.

Sempena bulan mulia ini yang dimulakan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, atau dipanggil juga sebagai Hari Raya Fitrah, kita ambil kekuatan yang ada disebaliknya. Fitrah pada asasnya bermaksud sifat-sifat fitrah yang ada dalam diri manusia sejak dari lahir lagi. Sifat-sifat ini tidak boleh dibuat-buat atau dicipta, tetapi ia sudah tercipta dalam diri manusia. Apa yang boleh kita lakukan adalah, gunakan sifat fitrah ini untuk menjana kebaikan dan kejayaan.

Untuk artikel kali ini, kami akan fokuskan kepada 5 sifat fitrah yang boleh digunakan oleh usahawan online untuk meraih kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.

1. Jujur

Sifat ini ada pada semua manusia, termasuklah kepada penjahat dan ahli maksiat sekalipun. Cuma mungkin mereka tidak menggunakan sifat fitrah ini langsung, ataupun menggunakan ia di jalan yang salah. Namun jujur yang sebenar adalah jujur dalam perkara yang benar sahaja. Dalam perniagaan, sifat jujur adalah salah satu pati kejayaan. Bahkan Rasulullah pernah mengingatkan para peniaga agar jujur dalam membuat timbangan barang.

Sejahat mana seseorang seperti menipu dalam urusan jual beli, hati dan jiwanya pasti tidak tenang. Hal Ini kerana jiwa jahat mereka itu sedang berlawan dengan sifat jujur yang ada dalam diri mereka.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan? Mudah sahaja. Gunakan sifat jujur yang sedia ada dalam diri. InsyaAllah kita akan memiliki ketenangan, rezeki sentiasa tidak putus-putus dan para pelanggan akan tetap suka berurusan dengan kita untuk tempoh yang panjang.

2. Memaafkan dan Meminta Maaf

mohon keampunan

Manusia tidak maksum, termasuklah para pelanggan, peniaga dan usahawan. Kita tidak mampu mengelak kesilapan terutama yang di luar kawalan kita. Sebagai usahawan, andai kata kita dimarahi oleh pelanggan, dikritik oleh pesaing dan ataupun mendapat pelanggan yang cerewet, maafkan sahaja mereka. Ia lebih baik daripada terlalu memikirkan mereka atau membalas balik perbuatan mereka. Memaafkan adalah sifat fitrah yang ada dalam diri manusia. Rasa mahu memaafkan orang lain tetap ada walaupun diri amat marah, benci dan berdendam.

Selain daripada itu, rasa bersalah juga pasti akan menyusul apabila kita cuba ‘menegakkan benang yang basah’, memfitnah, berkata dusta dan sebagainya. Ia membuktikan sifat mahu meminta maaf juga adalah sifat semulajadi manusia. Sebagai usahawan, andai kata kita melakukan kesilapan, kita tidak perlu mempertahankan diri yang jelas bersalah, sebaliknya terus meminta maaf kepada pihak yang berkaitan.

Kesimpulannya, dalam perniagaan kita perlu “give and take”. Ada masa kita perlu memaafkan, dan ada masa kita perlu meminta maaf. Inilah sikap seorang usahawan sejati.

3. Perlunya Tuhan

Pernahkah anda mendengar kata-kata sebegini, “Oh my god…”? Pernah bukan? Walaupun yang mengucapkannya tidak mempunyai agama, namun secara spontan kata-kata itu terpacul keluar dari lidah mereka. Hal Ini membuktikan dalam diri setiap manusia, rasa bertuhan itu wujud. Satu lagi bukti mudah adalah, semua manusia tidak kira agama akan berdoa sambil melihat ke langit. Malah terkadang yang tidak beragama pun apabila berhajat sesuatu, mereka melakukan perkara yang sama. Jadi ada apa dengan langit? Ia mengisyaratkan seperti ada satu kuasa besar di atas sana.

Itulah sifat fitrah manusia. Sehebat-hebat manusia, mereka tetap berdoa dan mengharapkan sesuatu yang ajaib dari atas sana. Bagi yang beragama Islam, Tuhan kita adalah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Sejahat-jahat penganut agama Islam, pasti akan tertutur jua nama-nama Allah yang suci. Ini membuktikan dalam diri manusia ada sifat fitrah, iaitu adanya Allah walaupun diri cuba menafikan.

Sebagai usahawan, kita boleh gunakan sifat fitrah ini dalam segenap segi usaha perniagaan kita. Contohnya apabila kita dilanda sesuatu masalah, kita terus berdoa dan berkomunikasi denganNya untuk meminta bantuan. Sentiasalah berkomunikasi dengan Allah dengan memujiNya, berdoa kepadaNya dan memohon ampun daripadaNya. Sesungguhnya, jiwa kita akan ‘kehausan’ apabila kita melupai Allah dan dari situ bermulalah detik hitam dalam hidup kita seperti gagal dalam perniagaan dan mudah hilang perhitungan. Jangan biarkan jiwa kita yang mahu ‘bersambung terus’ dengan Allah dibiarkan begitu saja.

[Bersambung di “Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan  Kuasa Fitrah (Bahagian 2)”]

 

Penipuan di Internet (Bahagian 2)

 

[Bersambung dari “Penipuan di Internet (Bahagian 1)”]

SKIM-SKIM penipuan pula sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai WARNING untuk be ALERT!

amaran

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan SCAM, atau SKIM-SKIM ini, banyakkan bertanya- be curious!

  1. Adakah individu atau syarikat tersebut mempunyai kredibiliti dan reputasi? Ataupun dirinya menyorok di sebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.
  2. Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang? Percayalah kata saya… hendak menjadi jutawan amat susah. Tetapi, seringkali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.
  3. Adakah bukti-bukti ditunjukkan? Di sini dengan kehadiran teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di’scan,’ screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu ketika anda menyelidiki mencari jawapan- berhati-hatilah, ianya mungkin scam.

Ada juga di antara skim-skim ni menggunakan nama saya contoh “Dr Irfan Khairi jutawan muda telah memperolehi berjuta melalui Internet, anda bila lagi? sertai skim-skim ini amat mudah menjadi jutawan Internet… “

Ingin saya mengingatkan pembaca Majalah IK, saya tidak pernah pun menyertai skim-skim di atas untuk memperolehi pendapatan. Nak memperolehi pendapatan lumayan di Internet, caranya adalah ‘consistent hard work.” Jalankan perniagaan secara sah dan jujur. Kerja bersungguh-sungguh dan dengan tekun, Insya-Allah boleh berjaya!

PERINGATAN

To make a million, tiada short cut. Sering ingat-mengingati rakan-rakan takut ramai yang terjerat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Sebab ramai yang nak kaya dengan mudah dan cepat, maka bertambahlah skim dan scam untuk take advantage of the situation. Namun, saya yakin… para pengguna internet di zaman ini secara rata-ratanya adalah lebih bijak, peka dan lebih sophisticated. Semakin bijak anda sebagai pembeli, maka, lebih mudah anda menghidu SCAM.

Penipuan di Internet (Bahagian 1)

Kes-kes kena tipu di Internet, malangnya ada juga terjadi. Selalu ketika saya memberi ceramah-ceramah tentang perniagaan atau workshop, saya sering mendapat soalan-soalan seperti “Boleh percaya ke perniagaan Internet ni?”

Jawapan yang boleh saya berikan adalah, bukan hanya perniagaan Internet sahaja yang selalu berlaku penipuan. Perniagaan bukan Internet pun ada juga yang kena tipu malah lebih lagi. Sampai berpuluh dan beratus-ratus ribu hangus begitu saja apabila ditipu oleh si penyeleweng!

penipuan di internet

Sementelahanlah pula dengan perniagaan seperti projek-projek perumahan atau penjualan hartanah? Perniagaan MLM? Mail order? Malah perniagaan trading pun semuanya tidak dapat lari daripada berlakunya penipuan. Setiap apa perniagaan yang mempunyai keluar masuk wang ringgi, pasti akan ada, ‘hantu’ yang akan cuba memperdayakan kita.

Ianya bergantung kepada individu (perniagaan) itu sendiri sama ada nak tipu atau tidak. Internet tidak boleh disalahkan. Selain daripada peniaga, pengguna juga perlu berhati-hati agar tidak ditipu. Selalu juga pengguna Internet datang kepada saya dan bertanya “Betul ke skim ni?” atau “Boleh jadi kaya ke kalau buat macam ni?” atau “E-mel yang saya terima ni betul ke boleh jadi kaya?”.

Kebanyakannya adalah TIPU semata-mata. Di sini saya ingin memberi peringatan kepada anda semua agar berhati-hatilah bila…

  • Anda menerima e-mel mengatakan, ada pakcik dari Nigeria meninggal dunia dan perlu ‘bank account number’ anda di Malaysia untuk menyimpan dana bermillion-million ke bank akaun anda. – INI TIPU!
  • Pelaburan yang tidak mempunyai backup atau bukti yang nyata. Ada yang hilang beribu ringgit. – TIPU!
  • Hantar e-mel kepada banyak orang dan ubah kedudukan nombor bank akaun peserta pertama, menjadi kedua dan sebagainya. Kadangkala digunakan istilah “sumbangan ikhlas” – TIPU
  • Tiba-tiba dapat e-mel dari Spain menyatakan anda  memenangi lottery, dan mereka perlukan nombor akaun anda untuk memasukkan wang yang dimenangi. – …hati-hati TAK ADA orang menang lottery dibayar melalui akaun bank!

[Bersambung di “Penipuan di Internet (Bahagian 2)”]

 

Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial

Kita sedia tahu networking memang penting dalam perniagaan. Dan kebanyakan masanya, bila sebut networking, kita fikir offline punya network.

Kini, dengan kehadiran web2.0, networking di bawa to a different level dengan kekuatan Internet. Dan pastinya ramai telah sedia mengetahui tentang laman web “social networking” seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya…

Tip kali ini untuk perniagaan Internet adalah untuk kita take advantage of these social networking sites untuk perkembangkan perniagaan. Cuma, perlu ingat, di social networking sites juga mempunyai etika yang perlu dipatuhi terutamanya mengenai spamming.

Bayangkan, dengan kekuatan Internet, lamanweb social networking ni boleh mengembangkan jaringan kenalan kita exponentially. Contoh, kawan kita akan perkenalkan kita pada kawan mereka, dan kawan mereka akan perkenalkan pada kawan yang lain… dan seterusnya. Dengan kenalan network yang besar, maka lebih ramai orang mengenali anda, dan lebih ramai mengetahui tentang perniagaan anda.

Cuma, satu tip dari saya… di laman web social networking ni, tujuan utama adalah untuk mengenali orang dan orang mengenali kita sebagai “usahawan”. Maka, tujuan utama social networking sites ni bukan untuk promosi perniagaan! Tetapi, ia akan menjadikan kita lebih dikenali, jenama kita lebih dikenali dan secara tak langsung, perniagaan juga akan dikenali.

Irfan Khairi's Facebook profileSo, bagi anda yang mempunyai account FACEBOOK, boleh la page saya “Irfan Khairi” atau klik icon di sebelah

Bagi yang mempunyai account TWITTER, boleh “follow” saya untuk mengetahui update-update saya. http://www.twitter.com/irfankhairi

Selamat ber-social network!

PS: Kini, saya menjalankan program Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial melalui Open University Malaysia – IPD. Untuk maklumat lanjut lawati www.OpenEdu.com.my sekarang!

Kelebihan Mencari Niche atau Pengkhususan Perniagaan Anda

Mencari  niche ataupun pengkhususan dalam perniagaan internet  adalah pilihan paling popular di kalangan peniaga-peniaga internet. Dalam entry kali ini, anda akan mengetahui  tiga kelebihan menjadikan perniagaan anda lebih khusus/niche  daripada memilih  kelompok industri yang terlalu umum.

niche perniagaan internet

Kelebihan #1:  Kelebihan utama mecari niche perniagaan adalah kerana anda boleh fokus kepada kumpulan lebih kecil dan lebih spesifik, anda akan lebih mudah memahami  kehendak pasaran anda. Anda juga akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai niche perniagaan anda.

Contohnya, jika anda menjual produk kuruskan badan, niche dalam produk kuruskan badan, anda boleh memilih untuk produk ‘ kuruskan badan untuk wanita selepas mengandung’. Dari sini anda dapat beri keutamaan pada target prospek perniagaan anda.

Kelebihan #2: Jika anda berada dalam niche perniagaan anda; anda akan mudah berada dalam kelompok yang tepat dalam perniagaan anda. Kerana setiap pengkhususan  perniagaan,  urusan pekerjaan anda menjadi lebih efektif kerana anda mengetahui pengkhususan bagi setiap perniagaan yang dijalankan.

Walaupun pada masa yang sama anda sedang menjalankan pelbagai perniagaan, anda dapat memberi fokus pada perniagaan-perniagaan yang lebih menguntungkan mengikut niche perniagaan yang anda rancangkan. Sekiranya anda memberikan tumpuan lebih dalam setiap niche perniagaan anda, sebenarnya anda telah menghadirkan diri anda sebagai penyelamat kepada pemasalahan-pemasalahan yang dihadapi oleh mereka yang dalam target niche perniagaan anda.

Disinilah, anda dapat membina perniagaan anda disamping jenama perniagaan anda dibina. Sebaik sahaja anda berada di tahap itu, pemasaran anda akan menjadi lebih berkesan. Kerana  apabila anda diiktiraf sebagai seorang pakar dalam niche perniagaan anda. Orang akan mula mengesyorkan produk/perkhidmatan anda kepada orang lain kerana kepercayaan mereka terhadap kepakaran anda.

Kelebihan #3: Niche perniagaan yang  anda lakukan akan lebih disukai oleh ramai  enjin pencari  yang wujud seperti Google , Yahoo , dan sebagainya . Apabila anda berada dalam pemasaran khusus, anda akan mengoptimumkan laman web anda untuk  menggunakan  keywords tertentu. Enjin carian sangat suka pada laman web khusus yang  mempunyai banyak maklumat yang berkualiti.

Dengan sasaran pada  pasaran khusus, ia adalah lebih mudah untuk berada pada kedudukan yang lebih tinggi pada halaman carian dan menjana lalu lintas carian yang lebih tinggi. Ini mungkin boleh membawa kepada peningkatan pengunjung laman web, lebih ramai pelanggan, dan akhirnya lebih banyak wang.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

5 Idea Produk Perniagaan Sempena Bulan Ramadhan [Bahagian 2]

… bersambung dari artikel lepas 😉

#3 Kad Raya

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah releven untuk menggunakan kad raya pada masa kini dimana internet hanya dihujung jari sahaja. Malah, dengan adanya teknologi masa kini, ucapan raya boleh terus dihantar dalam masa hanya beberapa saat sahaja dengan menggunakan sms, mms dan juga emel. Namun, ada juga yang lebih menyukai kad raya yang berbentul fizikal kerana ia Nampak lebih bermakna jika dihantar kerana penerima boleh menyimpannya atau menggantungnya sebagai hiasan di waktu hari raya nanti.

Bagi mereka yang bergelar sebagai grafik designer, atau mereka yang mempunyai kemahiran design, inilah masanya untuk anda mencari pendapatan tambahan dengan  mengambil tempahan daripada syarikat-syarikat yang mahu membuat custom design kad raya untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka. Anda juga boleh menghubungi dan membuat deal dengan mana-mana syarikat percetakan untuk mendapatkan harga yang murah untuk mencetak kad raya yang telah anda design tersebut. Cuba anda bayangkan jika syarikat tersebut membuat tempahan sebanyak 500 keping kad raya daripada anda dan anda mark-up keuntungan RM0.20 untuk setiap satu kad ditambah lagi dengan RM100 bagi custom-made design yang anda buat, agak-agaknya berapakah jumlah keuntungan akan anda dapat?

 

#4 Baju Raya

Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang sahaja bulan ramadhan, orang ramai sudah mula menempah dan membeli baju raya untuk dipakai di pagi syawal nanti. Malah, tidak hairan juga ada yang sanggup berbelanja sakan untuk mendapatkan baju raya pilihan mereka sendiri. Pembelian mereka boleh diibaratkan seperti 30 hari raya mesti memakai 30 pasang baju raya. Bagi si teruna dan si dara, masa inilah untuk mereka berpakaian cantik dan kemas untuk menonjolkan kehenseman dan kecantikan masing-masing.

Sangat rugi jika anda abaikan untuk menjual baju raya pada waktu ini kerana rata-rata mereka akan mencari baju raya untuk dipakai di hari raya nanti. Anda boleh mencari pemborong dan dapatkan baju raya dengan harga yang lebih murah dan jualkan ianya semula dengan harga pasaran.

 

#5 Kuih Raya

Kuih raya juga adalah antara produk utama sempena musim hari raya. Kebanyakn tempat, kita dapat lihat sudah ramai penjual yang menjual kuih raya semasa bulan ramadhan. Jika anda kurang mahir atau tidak berkesempatan untuk membuat kuih raya, semestinya anda akan membeli sahaja terus dikedai. Di sini sudah nampak betapa besarnya peluang untuk pasaran kuih raya ini. Anda sepatutnya menjadi sebahagian daripada mereka yang menjual kuih raya ini. Antara kuih yang selalu mendapat permintaan tinggi adalah Almond London, biskut, kekacang rangup kerana ianya digemari oleh semua peringkat umur. Dan jika anda lihat, rata-rata penjual akan menjual kuih-kuih jenis ini.

 

Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi perniagaan yang boleh anda lakukan sepanjang bulan ramadan ini. 5 idea perniagaan yang saya nyatakan disini adalah antara perniagaan yang memerlukan modal yang rendah untuk bermula. Jadi, anda boleh cuba gunakan idea perniagaan ini. Anda juga boleh lakukan perniagaan dengan idea anda sendiri.

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan dari kami di Irfan Khairi Sdn Bhd!

*Artikel oleh Amim Najmietrainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my