Irfan Khairi – duta MIBO

dutamibo.jpgSemalam berlangsungnya majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta MIBO! Tentu anda tertanya-tanya… apa tu MIBO? MIBO maksudnya “Malaysian Independent Business Ownership”. Sebuah produk/perkhidmatan syarikat J & C Pacific!

Rakaman daripada berita Bernama di Astro Ria semalam boleh didapati di http://www.youtube.com/irfanTV

Pendek kata, MIBO adalah peluang keusahawan sederhana besar. Saya kategorikan MIBO ini sebagai peluang perniagaan sederhana besar di mana untuk usahawan yang benar-benar serious dalam perniagaan ICT secara offline- mungkin juga bagi mereka yang sudah sedia mempunyai pengalaman membuka kedai offline.

Saya diberitahu, kini sudah ada 150 usahawan MIBO!

Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, lawati keratan akhbar mengenai MIBO sebelum ini di…

Ini beberapa gambar daripada majlis tersebut…

 

ikmibo1.jpg
Saya bersama COO J & C Pacific, Mr Allen menandatangani poster!
ikmibo2.jpg
Sidang media menjawab soalan wartawan… terima kasih kepada wartawan yang snetiasa memberi sokongan!
ikmibo3.jpg
Terima kasih Nizal Mohammad kerana menjadi emcee majlis! I owe you millions!
ikmibo4.jpg
Persembahan Razzi Rahman “Rembulan kesiangan” bersama IK… nantikan album kami
Satu kejutan surprise semalam, rugi sapa yang tak tengok! Saya mengundang Razzi Rahman untuk mendendangkan lagu favourite saya suatu masa dulu, “Rembulan Kesiangan”!

Dan yang lagi mengejutkan, saya mengiringinya dengan bermain guitar! haaa… jangan terkejut. Saya boleh bermain guitar sebenarnya. Usahawan-usahawan juga… tapi rock 90-an memang saya layan 😉

Actually, saya request special performance dari Razzi Rahman untuk nyanyikan lagu “Rembulan Kesiangan” sebab antara liriknya yang dari dulu hingga kini yang saya sering ingat-ingatkan diri saya (dan kini ingin sampaikan kepada anda…)

Apakah lumrah manusia,
Bila terang, ramailah yang datang,
Dan bila, gelap gelita,
Hilang kasih hilanglah saudara…

Namun musim bertukar ganti,
Turun hujan, kemarau pun pergi,
Yang layu kan tumbuh kembali,
Bulan terang datang memuji…

Terima kasih banyak-banyak kepada kenalan wartawan yang hadir serta tetamu-tetamu. Walaupun tak sempat beramah mesra dengan tetamu- harap maaf… saya terpaksa rush ke Melaka oleh kerana ada majlis pada pukul 2pm!

Seronok dapat main guitar & Razzi Rahman menyanyi sebab masa form 4 form 5 dulu saya minat lagu Rembulan kesiangan! Memang dulu tak pernah termimpi saya akan mengiringi Razzi dalam persembahan!

Tetapi, mimpi/impian saya untuk menjadi duta produk/perkhidmatan telah dimakbulkan dengan menjadi duta MIBO.

Malam tadi, di berita Astro Ria, disiarkan coverage majlis tersebut 😉 Nak tengok? Lawati YouTube saya di http://www.youtube.com/irfanTV

See you there!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

78 thoughts on “Irfan Khairi – duta MIBO

  1. Salam,

    Nampak menarik.
    Saya dah 5 tahun ++ buka cc, jika ada peluang berkaitan ict … harap dapat hubungi saya.

    TQ

  2. Syabas, .IRFAN, Formula Luar Biasa ini memberi impak kepada bakal-bakal eUsahawan seperti saya dan yg lain tu. . menjadi ikon dan rolemodel kepada semua bakal eUsahawan.

  3. assalamualaikum !! Saya sbg remaja yg brkecimpung dlm dunia IT amat brbangga memiliki ikon yg mampu mnjadi perangsang kpd ank muda utk brjaya

  4. congratz abg irfan..Hope u’ll be happy..especially in 2008..HAPPY NEW Year..you are the good example for me =)..

  5. Tahniah gak kat doc… Saya dah mendaftar kat Mibo.com tuh… tgah tunggu respon dari doc or mibo.com

  6. asalamualaikum..terima kasih dengan irfan khairi kerana telah menunjuk setiap langkahdidalam bisness internet.sekarang saya dapat berdiri dengan kukuh untuk web site saya yang sterusnya..di blog e_Malaysia iaitu di malaysia99.blogspot.com merupakan example website untuk saya terus maju kedepan untuk membuat website yang lebih maju,dan tahniah juga untuk irfan khairi kerana telah menjadi MIBO yang dipandang tinggi oleh orang ramai.
    Taniah

  7. Saya sangat teruja bila membaca sebahagian teks ucapan Irfan. I hope suatu hari nanti saya bolih mengikuti jejak beliau itu pun sekiranya masih belum terlambat. Thanks

  8. Tahniah,
    Irfan membantu anak bangsa melayu dalam perniagan Internet,dan yang kurang berkemampuan, syabas,

  9. congrats irfan. memang hebat jadi duta MIBO! kawan saya dah dengar taklimat. pinjaman dari bank dgn kadar bunga tinggi tapi sykt J&C akan offer MIBO “private” pinjaman tanpa bunga. saya dah daftar dan tunggu respon.

    Nasihat bagaimana nak buat perniagaan kerana produk ICT seperti celcom / streamyx – dah ramai dealers buat promosi di serata tempat, mesti saingan hebat.

  10. tahniah irfan.tapi…malu nak cakap.sebenarnya saya tak tau langsung cara nak buat laman web ni.ada buku,tapi susah nak faham.ada sesiapa bole bantu tak?

    p/s
    bangga dengan kejayaan anak muda macam irfan.

  11. Salam… sy berminat nak join MIBO, no phone yang en irfan suruh call tu dah sy call tapi tak berjawab langsung. Sy dalam kesempitan dan ingin mencari peluang buat duit. Taraf gaji saya dan tanggungan sy melayakkan sy masuk program bersamamu tv3. Harap en irfan boleh guide sy selain dari call en SHAH. Semoga Allah membalas jasa baik en irfan. terima kasih

  12. Assalamualaikum..d0c IK,salam sejahtera!!
    1st,y nkmtk maaf c0z sy bkn nk b’ckp tntang MIB0,but ape2pun tahniah utk d0c!!D0c merupakan ik0n sy sjak sy mula mngenali d0c 3yhn yg lps di akhbar.Waktu itu sy sdang mnunggu utk smbung blja di fm6.Shgga skang sy msih lg mnyimpan keratan akhbar tersebut n swktu kit0rang kena public spking masa mula2 msuk l0wer6,sy b’ckap tntang d0c sbg ik0n sy.Sy m’jadikn d0c sbg sumber inspirasi sy krn d0c ade mngatakan dlm akhbar t’sebut,juz d0 it apa yg kita minat n then secara xlgsung pulangan daripadanya akn kmbalai kpd kita semula.Sy juga m’jadikan d0c ik0n sy krn sy m’miliki bbrpa p’samaan dgn d0c spt selalu lemas dlm subjek matematik n kira mngira..isk3 =(
    Sy juga dtg drp fmili yg sderhana n sy juga s0rg yg sdrhana.Skang sy tlah mlnjutkan pelajaran di UUM,bru smggu lbih.Msih t’lalu byk yg perlu dipljari.Sy mngmbil jurusan Teknologi Media wlpun pd hakikatnya sy tidaklh t’lalu b’minatpd k0s ini ttapi sy ttapkn tnamkn minat krn sy s0rg yg positif.Emel2 yg d0c kirimkn byk m’bntu m’motivasikn diri sy n skang tmbah2 lg jurusan sy sdkit sbnyak ada kaitan dgn krjaya d0c.Hmm..ok r d0c,sy perlu b’siap utk ke kls jap lg.Thanks a lots..

  13. hi, i ingin memulakan bisnes melalui internet, tetapi tidak tahu cara, nak promotkan barangan… tolong saya, bagaimana hendak memulakan, saya telah baca maklumat saudara di internet, very interesting… buat masa ini saya bekerja, dan mungkin nak buat dirumah sahaja,pls advise me.

    thk u.

  14. Terima Kasih kerana menjadi idola saya dan ramai lagi di luar sana. Teruskan dengan usaha-usaha supaya kami terus berjuang dalam mengharungi liku-liku perniagaan internet ini. Thanks again bro…

  15. tahniah la bro irfan..
    seronoknya dengar ttg kejayaan org Melayu..lagi2 dlm dunia internet biz ni..hrp2 semakin ramai la yang mengikut jejak langkah bro IK ye..termasuk saya la tu..
    Doakan kami…

  16. Tahniah buat bro Irfan..bangga ada anak melayu jadi jutawan.saye ni baru nak berjinak-jinak perniagaan internet.Harap bro Irfan dapat bimbing..saye suke baca motivasi bro Irfan tu..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.