Bagaimana usahawan berjaya berfikir?

Dalam perniagaan perlukah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?

Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!

Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah “keberanian”. Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It’s not about being brave, it’s about just doing it!

usahawan-berjaya

PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah mendapat sambutan yang amat hebat. Pengambilan terbaru dibuka kini atas permintaan ramai. Klik untuk maklumat lanjut oleh kerana tempat sering dipenuhi dengan pantas.

Usahawan tak takut gagal? 100% positif…. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi “back-up” juga disediakan… bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not… sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.

Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! 🙂

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja 😉

*****
Sekiranya anda ingin menjadi usahawan yang berjaya, bukan sahaja cara pemikiran, tetapi, teknik dan strategi perniagaan adalah amat penting untuk membawa perniagaan anda bersaing di kalangan pesaing-pesaing yang muncul bak cendawan selepas hujan kini.

Untuk teknik, strategi, bantuan dan bimbingan selama 6 bulan dalam memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk pengambilan terdekat. Tempat adalah amat terhad.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

58 thoughts on “Bagaimana usahawan berjaya berfikir?

  1. Salam;
    Petikan kata-kata Bill Gates semasa ditanya bagaimana beliau boleh menjadi manusia terkaya didunia, beliau menjawab…

    “Pertama, saya berada pada tempat dan masa yang betul. Kedua, saya bersemangat untuk maju ke hadapan. Ketiga dan yang paling penting, SAYA BERTINDAK”..

  2. Di sebabkan silap tafsir ni lah ramai orang yang terjebak dengan skim cepat kaya.Dalam fikiran mereka buat apa pun mesti ada risiko.So,apa salahnya mencuba dengan pelaburan cepat kaya.Akhirnya terduduk sendiri.So,sebaiknya minimakan risiko dan juga maksimakan keuntungan anda 🙂

  3. Just do it!
    Ayat yang paling tepat untuk menggambarkan sikap yang perlu ada dalam diri usahawan. Belajar daripada kesilapan merupakan cara yang paling berguna dan berkesan untuk berjaya.

    Ramai yang telah membuktikannya seperti Warren buffett, donald trump dan ramai lagi usahawan dunia yang berjaya setelah gagal dalam percubaan yang pertama. Termasuk juga ingatan untuk diri saya sendiri.

    Bak kata pepatah, “While you earn you learn, while you learn, you earn”.

    Apa yang penting ialah dapatkan education dan experience, barulah datangnya excessive cash!

  4. Saya suka ayat ini:

    “..Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja..”

    Nak jadi usahawan ni..jalan mesti ke depan, jangan toleh ke belakang. Just Do It! Yeah! 🙂

  5. Memang tak di nafikan menjadi usahawan bukanlah mudah.

    Ramai usahawan mengalami kerugian pada tahun pertama dan kedua. Tahun ketiga baru mencapai kejayaan.

    Usahawan perlu mempunyai beberapa plan, agar ia tidak mati akal di tengah jalan.

    Usahawan juga perlu bijak mempelbagaikan kebolehan dan kemahiran yg ada selain melihat peluang-peluang yang datang.

    Try and error adalah satu perkara yang boleh mengajar kita secara tidak langsung.

  6. Usahawan perlulah sentiasa berfikiran positif dan perlu ingat dlm perniagaan mmg ada resiko dan paling penting sedia hadapi cabaran.

    htto://www.tiebatik.com
    ~Hand Drawn Batik Necktie~

  7. Yup! tak dinafikan semua perasaan tu ada. Takut, bimbang tak berjaya nanti, bagaimana? Belum buat kerja, dah fikirkan kegagalan. Tapi, kalau tak mulakan, mana nak tahu boleh atau tidak & sampai tualah kat takuk ni.

    Pembetulan tarikh tu, 8/11/8 (takut kawan-kawan “confuse”lah)

  8. …”Usahawan tak takut gagal? 100% positif!. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan”.

    …setuju betul dgn IK. sebelum berperang kena sediakan senjata, hehehe.

  9. Yup betul saya sendiri kadang kadang rasa takut nak promote produk yang kengkadang macam terasa kekurangan diri tapi dengan konseo “just do it” ni hasilnya memang memberangsangkan. Cuma bagi diri kita sendiri peluang untuk mencuba dan ketepikan rasa takut..

  10. usahawan juga manusia biasa…yang penting kita mesti berilmu.Selalu belajar dari sumber yang betul…dan yang paling penting ialah “bertindak!”

  11. Salam,
    Saya ingin memetik ayat yang yang terdapat dalam buku nota jutawan nota motivasi oleh IK sendiri,

    “jangan takut kegagalan kerana takut kegagalan bermakna menghindari kejayaan”,

    “kegagalan mengajar kita kekuatan,takut kepada kegagalan mengajar kita untuk terus gagal” 🙂

    MIJI
    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

  12. Saya sempat mendapat tip daripada usahawa training, pengasas Waiz Malaysia (www.waizmalaysia.com) ketika menghadiri bengkel editing video Adobe Premier dua hari lalu.

    Katanya, “Beza usahawan yang ada potensi dan sebaliknya ialah. Usahawan yang ada potensi tidak memikirkan bagaimana menjalankan bisnes sahaja tetapi mereka yang berfikir untuk mengembangkan bisnesnya.”

    Contohnya orang yang sekadar berniaga seperti penjual karipap yang hanya menjual karipap semata-mata dari tepung yang sama. Tetapi penjual karipap yang mengembangkan bisnes pula menghasilkan satu atau dua jenis kuih daripada tepung yang sama.

    Jadi kita ini terdiri daripada penjual karipap yang mana ya?

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis buku sepenuh masa di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  13. Walaubagaimanapun… Selepas gagal pastikan kita tahu punca kegagalan kita. Jangan ulangi kesilapan yang sama berulang kali 🙂

    Belajar + Perbaiki = Hasil

  14. Memang betul, usahawan yang berjaya berani bertindak dan sanggup menghadapi risiko. Kadangkala faktor persekitaran seperti sahabat dan kaum keluarga juga banyak membantu.

  15. Apa yang bermain dalam kepala usahawan berjaya?

    Sebenarnya mcm2 yang bermain dalam kepala usahawan ni. Banyak nak buat business itu ini pun ada. Namun apa yang penting kena hadapi try and error and just do it.

  16. Salam IK!
    Seorang usahawan akan selalu berfikir untuk membuat kajian apabila nak mulakam suatu bisnes baru.
    Suatu strategi dengan rangka plan jangka panjang serta mengkaji risiko yang tak di jangka juga akan berada mainan fikiran mereka.
    Sudah pasti dalam fikiran mereka sudah tersemat inginkan kejayaan yang di semat dalam minda.

    jai
    http://www.glowglokal.com
    Daya Glokal Enterprise

  17. Yup strategi tu penting untuk menjadi usahawan berjaya…jangan main buat tanpa perancangan..pasti anda gagal

  18. Memang bukan mudah untuk menjadi usahawan berjaya. Banyak rintangan dan halangan yang perlu di hadapi tambahan dengan kegawatan ekonomi di waktu ini.

    Nak jadi usahawan kita kenalah berkawan dgn usahawan dimana kita boleh berkongsi masalah atau secara tidak langsung untuk mendapatkan dorongan dan kata2 semangat.

    IMHO, disini jugak adalah tempat untuk mendapatkan kata2 dorongan selain ebook Mentor Jutawan…..

    http://www.asasteguh.com

  19. Kenapa ramai jutawan kebanyakan tidak berpelajaran tinggi? Kerana mereka mencuba dengan tidak sesekali menyangka akan ada risiko. Dan akhirnya mereka terpaksa menyelesaikan risko dan sesetengahnya bernasib baik kerana tidak langsung menemui apa-apa risiko semasa berada dipertengahan jalan. Akhirnya mereka terus maju dan terus maju. Kenapa orang yang educated hanya sikit sahaja yang menjadi jutawan? Kerana sesetengahnya dapat menjangka apa risiko dan terus tidak mahu mencuba kerana telah tahu risikonya. Tetapi seorang yang positif dan educated tetap terus melakukanya dengan segala persiapan untuk menghadapi risiko tersebut. Malangnya hanya sedikit sahaja golongan ini. Kebanyakan mereka yang berkelulusan perniagaan tanpa kita sedari kini kebanyakannya sedang bekerja dengan jutawan yang langsung tidak pernah menghadiri kuliah,membuat assignment, kuiz dan final exam. Jawapannya senang sahaja ini kerana mereka hanya banyak belajar mencari risiko tetapi hanya sedikit sahaja pelajaran tentang menghadapi risiko(menyelesaikan masalah). HBOCONS OIL AND GAS PARTNER (SUPPLY LABOUR AND EQUIPMENT)

  20. Jarak antara bodoh dan cerdik hanya boleh diukur dengan kejayaan. Tidak ada kayu pengukur lain yang dapat mengukurnya.(HBOCONS).

  21. Dalam mastika pernah saya terbaca dimana seseorang wartawan bertanya kepada seorang jutawan apakah cara untuk menjadi seorang jutawan? Jawapan jutawan tersebut ialah, tiga patah perkataan. Apakan tiga perkataan itu? Tanya wartawan. TEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN, Jawap jutawan tersebut. Macam mana kita hendak membuat keputusan yang tepat? Tanya wartawan. Pengalaman, jawap jutawan tersebut. Pengalaman daripada apa? Tanya wartawan tersebut. Tiga patah perkataan jawap jutawan tersebut iaitu TEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN. So sama-sama kita fikirkan.(HBOCONS)

  22. Emmm…seronok betul baca kata-kata semangat dari kawan-kawan semua.

    Betul lah orang kata, jika kita bergaul di kalangan orang yang berilmu, sedikit sebanyak kita akan dapat ilmu tu..betul tak?

  23. Just do it and success.. itu yg kita mahukan.
    Jangan jadi orang berniaga tetapi tidak tahu apa yg diniagakan.

    Just do it pada erti tersiratnya ialah

    1. berani mengambil risiko (gagal dan berjaya)
    2. lakukan tanpa rasa takut
    3. mulakan dengan segera (bukan tergesa-gesa)
    4. langkah pertama dahulu.. jangan buat semuanya sekaligus
    5. start smart and work hard.

    *Petikan diatas dibuat oleh saudara Didiz melalui forum BJ.

    *********************************************

    Biarpun pelbagai rintangan yang melanda, saya akan terus berusaha dan lakukan apa yg ingin saya lakukan sehinggalah saya berjaya.

    Mulakan dengan angan2, tukarkan kepada impian & laksanakan supaya menjadi kenyataan.

    Just do it !!!!!!! Itulah yang sedang saya lakukan sekarang ini.

    Semoga kita semua berjaya dalam mengejar cita2 demi kebahagiaan hidup di dunia & di akhirat. Amin.

  24. saya dulu pun trasa takut untuk terlibat dengan perniagaan internet,walaupun nmpak potensi produk yg ingin dijual….tapi bila selalu baca kisah-kisah orang yang berjaya contohnya mcm IK,saya beranikan diri…alhamdulillah,mmg betul langkah diambil…trasa rugi je lambat melihat peluang perniagaan internet….semoga IK terus memberi panduan &galakan kepada usahawan2 baru di luar sana…

  25. Biasanya, usahawan yang berjaya ada mempunyai ” the sixth sense “, yang membuatkan ianya seorang yang unique sebagai seorang usahawan yang berjaya. Tidak dinafikan setiap orang adalah unique tetapi keunikannya itu dari segi apa?

  26. Seorang usahawan yang berjaya mempunyai sifat malu. Malu untuk gagal yang akan menyebabkan dia berusaha sedaya-upaya dan tidak mudah menyerah kalah. Jika pun pada mulanya dia gagal,kegagalan itu adalah titik permulaan untuk kejayaan.

  27. “bertindak seperti mane yg kamu fikir…berkata seperti ape yg kamu buat….berusaha seperti mana yg kamu nmpk..bertawakal setelah ia dilakukan…pasti berjaya “

  28. salam…

    diri seperti meronta berlari untuk mengejar cita-cita bebas masalah duit yang di mahu bukan kaya tapi minda yang tenang, keluarga yang hebat, dan dapat menolong orang. namun acapkali mau berlari ada saja yang menguji cuma ku pasti itulah seruannya dan kepada yang di sana udah di atas jangan lupa meniup bayu diminda aku dan orang sepertiku.

  29. “Jika kita mengejar kekayaan dunia semata..Kekayaan itu semakin pantas berlari…namun jika kita mengejar kekayaan Akhirat dan dunia…dunia akan berada di tapak kaki kita akhirnya”

  30. Ideas & kata-kata semangat anda semua sangat berguna. Sesiapa yg membacanya pasti merangsang semangat keusahawanan seperti saya.

  31. nak berniaga biarlah bersungguh2,
    cari idola yang betul2 berjaya dan buat apa yang dia buat dalam perniagaan.
    kerja kuat sepanjang masa.
    jgn lupa allah.

  32. Salam,

    haha.. kata2 abg2 n akak2 kat post nie sumenye sangat membantu utk sesiapa yg mahu memulakan kariernya sbgi usahawan. saye baru berumur 18 n masih belajar di PUO (Politeknik Ungku Omar)nie brase berkobar kobar smangat didada utk menjadi seorang usahawan. thanks for ur Comment 😉

    Ferd_unlimitedly@y.c

  33. Terima kasih kepada semua usahawan yang telah berkongsi kata-kata semangat,perkongsian kalain inyaallah diberkatinya…sy baru mula berniaga…., bukan di malaysia sahaja org mahu menjadi usahawan, di serata dunia.. Semua mahu kesenangan,kebahagian,bebas masalah kewangan.. Ayuh bangun, bertindak, jangan hanya berfikir, tanpa bertindak,kita masih di takuk itu juga, “Bukan Susah Nak Jadi Susah & Bukan Senang Nak Jadi Senang” semoga berjaya… Dan jangan lupa pada yang Maha Esa, segalanya dia yang menentukan…..

  34. salam..
    Ada kalanya seseorang itu mendapat jalan mudah untuk menjadi seorang usahawan yg berjaya tetapi ramai juga yang menempuh berbagai rintangan dengan hasil yang sedikit meskipun berbagai teknik & ilmu telah dicuba.

  35. Mgkn kekuatan bg seorang usahawan brjya itu terletak pd hati & minda , & bknnya pd fizikal…..mekasih smuaaa..kata2 anda amat b’guna pd sy..

Leave a Reply

Your email address will not be published.