Malam tadi selamat tiba di KL selepas talk di Brunei dan workshop di Sabah. Seronok betul dapat jumpa orang-rang Brunei- mereka memang peramah. Begitu juga seronok menjalankan Workshop Jutawan Internet Sabah peserta very friendly & sporting.

Berita baiknya- insyaallah atas permintaan ramai, Workshop Jutawan Internet akan dijalankan di BRUNEI pula!

ikfaris.jpgSelepas setahun Workshop Jutawan Internet memasuki pasaran Singapura, kami akan melebarkan sayap ke Brunei pula pada bulan Ogos ini. Hari tu dah survey dah hotel bersama organizer (yang memberi kepercayaan kepada kami), dan memilih Empire Hotel, Brunei untuk menjalankan workshop.

Gambar sebelah bersama Mr.Faris, organizer Workshop Jutawan Internet, Brunei. Ketika melawat Empire Hotel… 7 star hotel lagi tu!

So lepas ini, bagi mereka yang ingin mengikuti Workshop Jutawan Internet, boleh mengikuti di…

KUALA LUMPUR - SINGAPORE - BRUNEI

Tip hari ini:

Teringat saya first time menjalankan workshop jutawan Internet di KL pada tahun 2005. Malam sebelum talk, memang tak dapat tidur kerana “takut” & “nervous”. Tetapi, saya paksakan juga.

Dalam melakukan apa sahaja untuk pertama kali, sememangnya anda perlu PAKSA diri anda. Apabila kita memaksakan diri, kita memaksa keluar dari zon selesa kita (comfort zone). Memang tiada cara lain untuk keluar dari comfort zone melainkan MEMAKSA DIRI.

Alhamdulillah, bermula tahun 2005 saya takut hendak mengendalikan my first workshop, kini Workshop Jutawan Internet mendapat tempat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Singapura & Brunei.

So, next time bila anda melakukan sesuatu untuk pertama kali, PAKSA DIRI! :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Wealth, Success & Love
  • Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda
  • Kebarangkalian berjaya dalam promosi…
  • Upah atau beri hadiah kepada diri sendiri