Bertemu Adi Putra- Genius Malaysia

adiputra.jpgHari ini agak istemewa sekali oleh kerana saya berpeluang bertemu salah seorang insan yang dari dulu lagi saya ingin berjumpa- Adik Adi Putra.

Lahir pada Januari 27hb 1999, Adi mempunyai anugerah kebijaksanaan yang amat luar biasa. Perjumpaan bersama Adi di Bandar Utama, di rumah Yayasan Ilham Budi.

Tip hari ini, bagi saya, setiap insan di dunia mempunyai keistemewaan tersendiri. Insan seperti Adi, dapat mencungkil keistemewaannya pada umur yang amat muda.

Dalami diri sendiri dan cuba cari dimanakah keistemewaan yang ada pada anda. Percaya bahawa anda mempunyai kekuatan yang istemewa yang hanya menunggu masa untuk anda menjumpainya!

Perjumpaan dengan Adi, terasa sedikit sebak oleh kerana dapat melihat anugerah kebijaksanaannya. Selepas solat Maghrib, Adi sendiri meminta Imam untuk menjalankan solat sunat syukur secara berjemaah.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

111 thoughts on “Bertemu Adi Putra- Genius Malaysia

  1. Hi

    Sy selalu mendengar bahawa semua org ada keistimewaan sdr sptmana yg katakn..malangnya sy tak penah tahu apa keistimewaan saya terutamanya di alam pekerjaan..
    Dan skrg sy ingin menceburi dlm internet business,walaupun sy maseh tak mengenali apa keistimewaan sy,namun sy akan berusaha & yakin..
    Kadang2,sy terpikir apakah sy ini tidak berguna sbb tidak pasti apa sebenarnya yg sy mahukn..

    Sekian utk waktu ini..Terima kaseh..hehehe

  2. Salam sahabat semua…

    Sekadar berkongsi pengalaman..

    Kawan2 yang menyedarkan saya ttg kreativiti yang saya miliki dari budak2 lagi. Pada asasnya, hanyalah dari lorekan lukisan dan ilustrasi..

    Bila masuk alam bekerja, majikan saya (seorang ustaz dan motivator) menyedarkan saya bahawa kreativiti bukan hanya untuk sudut seni sahaja (spt yg saya faham sebelum ini)..

    Dari situ (dibantu dengan pembacaan tambahan) saya mula sedar, kreativiti itu.. dalam semua bidang dan ia mampu menjadikan apa yang kita lakukan lebih ceria dan berkualiti..

    Kembangkan kreativiti kita.. positif dan tambahkan ilmu…insyaAllah berjaya!

  3. selalunye.. keistimewaan kite.. org lain yg nampak..so cube tanye insan2 yg selalu dgn kite.. minta diorg nilaikan diri kita..then we will know 🙂

  4. pepatah melayu berkata,

    kita hanya nampak semut di seberang sungai sana,
    tapi
    kita tak nampak gajah di depan mata kita sendiri.

    hingga saat ini pun, saya masih tercari2 keistimewaan diri saya. mcm mana nak buat yer? plz help me?

  5. bagi saya setiap orang memang telah dipakejkan dengan keistimewaan dan kegeniusan. cuma ada yang mengeluarkan pakej tu lebih awal dan ada yang terkemudian. tapi malang juga bagi orang yang belum mengeluarkan pakejnya itu.

    untuk sesuatu pakej itu keluar sebenarnya ia perlukan ransangan tertentu. kes adi putra misalnya. oleh sebab ibu bapanya percaya dari peringkat awal anaknya istimewa maka pelbagai perkara telah dilakukan ke atas anaknya untuk menguji keistimewaan itu. ujian itulah yang telah meransang anaknya mengeluarkan pakej yang istimewa itu.

    kawan2 sekalian, jangan susah hati sekiranya sekarang kita rasa kita tidak ada anugerah. sebenarnya ada usahakan dengan cara mencuba bidang yang kita sukai sehingga berjaya.

    saya sendiri pun sebelum ini merupakan seorang kaki tangan awam yang sering terfikirkan diri ini tiada kelebihan. namun selepas saya mencuba pelbagai bidang lain untuk diusahakan, akhirnya saya dapat membebaskan diri saya daripada belenggu kerja.

    jadi carilah pakej anda.

    pls “saya tidak nafikan memang ada manusia genius”.

  6. Cube orang lain buat penilaian ke atas diri kita…dari situ kita boleh improve…kaizen seperti yang sarankan boleh diaplikasikan…improve 1%

  7. salam perjuangan!…sesungguhnya hari itu pertemuan hebat, antara Pakar IT & Adi Putra anak kecil anugerah Ilahi.Yang masih tak bertemu Adi, mereka hanya menonton kehebatannya..tetapi yg tersiratnya banyak..Adi dilahirkan dlm keluaga tak pandai ilmu matematik..kerja kami mengutip kaedah & formula yg adi cipta setiap tgh mlm.. Anihnya kami merasa sebagai Prof. matematik & mampu menyampaikan kpd odion yg ramai.Sesungguhnya, matematik Adi unik..kerna Adi mampu menyelesaikan soalan matematik berbagai kaedah..Falsafah Adi ” matematik itu jawapan betul dgn kaedah pengiraan berbagai..Matematik seronok, senang & mudah .SIFIR ITU KUNCI MATEMATIK & MATEMATIK ITU TUNJANG ILMU”…Sesungguhnya Adi Putra akan bersama untuk memimpin ummah..semoga bertemu lagi..wasallam.

  8. Salam Perjuangan!!
    Tips dari Adi:
    Hebatnya kita kalau punya “CITA-CITA YANG TINGGI”…”IDOLA YANG HEBAT” ..& “IMPIAN”
    sejak berusia 4 thn lagi, Adi Putra bercita-cita ingin menjadi Prof. Matematik Islam (Prof.Tahfiz)..Idolanya ialah Prof. Dato. Ismail Md. Salleh(buta)…Adi kata”Prof.Dato buta tetapi beliau hebat ( pakar ekonomi dunia,punyai universiti sendiri & Dato bayar gaji kpd orang celik).
    Impiannya, Adi ingin mencipta sebuah komputer canggih yg boleh bercakap dan Adi akan hadiahkan kpd Idola Adi.
    SEMOGA . SUDI MEMBANTU ADI UNTUK MENYAMPAIKAN SIFIR YG DICIPTA UNTUK UMMAH..terima kasih.

  9. insyaallah, sekiranya ada rezeki, kita akan bertemu lagi untuk sama-sama membantu ummah seperti yang abang cadangkan!

    Terima kasih tip dari adi- 1: Cita-cita tinggi 2: Idola yang hebat 3: Impian.

  10. Salam Perjuangan. ,Abang bangga kebolehan .punya ilmu & berkongsi bersama dlm IT.Pengalaman kami punya Adi Putra, berkongsi bersama ilmu matematik dan menyampaikan kpd pelajar dan ibu bapa..Setakat ini sudah di 5 IPT, 42 Seh.Men & lebih 100 Sek.Rendah..+ Dewan Orang Ramai..habuannya, Allah menambah/menggantikan pula dgn kaedah & formula baru kepada kami.
    Kami tetap bersabar walaupun mereka hanya menonton kehebatan Adi..biarlah suatu hari kehebatan Adi tidak di sensasikan terus dan ilmu yg ada pada Adi dpt digunapakai kpd rakyat Msia keseluruhannya dlm bidang matematik.
    Kepada yg belum bertemu Adi, kami parent sentiasa berdoa agar diketemukan juga .Yang penting disini ialah Wajah Adi, Suara Adi, Doa dari Adi…dan akhirnya berbagai kaedah matematik Adi Putra.
    Adi Putra sorang anak genius yg boleh dikongsi ilmunya..Adi Putra sorang anak “Gifted”
    akan dapat sesuatu seseorang itu bila menilai melalui mata hati mereka…& jgn menonton kehebatannya saja..APA YANG PATUT ABANG LAKUKAN UNTUK MENOLONG UMMAH KEARAH BERILMU BERMULA DGN SIFIR ADI PUTRA ( 10jam sjh)..Insyaallah hebat & kreatiflah otak, bila mempelajari ilmu Adi..ABANG NAK!! ANAK ORANG LAIN PUN PANDAI MACAM ADI!!Ada tips sikit buat dari Adi ” BANYAK PERKARA KITA BELAJAR..BANYAKLAH PERKARA KITA TAK TAHU & KITA INGIN TAHU!!HEBATNYA ORANG ITU!!!!”sekian terima kasih.

  11. Assalamualaikum…
    Memang benar sepertimana yang di kata. Tak terkeluar bait kata untuk ditanya…bila bersemuka dengan ADI PUTRA. Jauh dalam hati hanya Tasbih yang diucap berkali-kali…SubhanaAllah…Maha Suci Allah…Air mata mengalir bukan kerana sedih… tetapi teruja dengan Kebesaran yang Allah SWT kongsikan kepada kita.
    Lihatlah dengan mata hati…anda juga pasti akan merasai…Sama-sama kita doakan agar ADI PUTRA cepat HAFIZ….selamat sejahtera…
    JAZAKALLAHUKHAIRAN KASIRA….- 27 Mei 2007-anies/ILK Sri Iskandar

  12. seseorang tidak mustahil dikurniakan keistimewaan.yang penting kita kembalikan semuanya pada allah.janganlah kita ditipu syaitan ke lubuk ketaksuban yang melampau.amin.
    tq…

  13. Adi mmg genius. saya sdh bertmu dgn adi. Dia mmg genius. sya doakn adi berjya dunia & akhirat.Allah mmg kurniakan kebijaksanaan pd Adi. All the best utk adi.gud luck

  14. Assalam-mualaikum,

    Marilah kita sama-sama merafakkan shukur kepada Allah, dengan diberikan kepintaran yang amat luar biasa kepada Adi Putra. Pada saya anugerah itu adalah juga kepada seluruh orang Melayu dan orang Islam amnya. Mungkin ini merupakan anugerah kepada kebangkitan orang Islam samada di Malaysia dan Dunia seluruhnay. Kepintaran seperti ini juga telah dikurniakan kepada Imam Bokhari, dimana ingatannya amat luar biasa. Oleh itu jangan kita sia-siakan pemberian Allah ini, setiap intan itu perlu digilap dan diletakkan ditempat yang sesuai. Mungkin beliau bakal menjadi intelektual Islam yang tiada tolok bandingnya. Semua pehak samada Ibubapa beliau ataupun Kerajaan seharusnya memikirkan perkara ini supaya kurniaan Allah kepada orang Melayu dan Islam tidak disia-siakan. Kelak kita akan ditanya dimanakah kita meletakkan permata anugerah Allah itu. Kita tidak mahu kes-kes yang lampau anak Melayu Genius dibiar begitu sahaja sehingga akhirnya menjadi penagih dadah. Siapakah yang hendak menjawab di akhirat kelak.

  15. hallo adik adi boleh ajar abang putra matematik name penuh abang hamad.adi.putra bin nordin umur 15 thn duduk kl

  16. askum…
    sya kagum sngt ngan kelebihan yg adi putra ada…tapi x bermakna adi putra is the perfect person in this world…ingat 2…nasihat 2 adi putra….gud luck..wish u the best…n lastly jgn slh gunakan kelebihan yg ada pada diri adik…ucapkan alhamdullilah terhadap kelebihan yg allah berikan…semoga adik sentiasa sukses sentiasa…wsalam…

  17. saya kakak adi putra berasa hampa dengan keperluan di malaysia. TENGOK LAH SEMUA BADAK GENIUS DI MALAYSIA DI HANTAR KE LUAR NEGARA untuk belajar…padahal disana mereka merosakkan agama mereka…merosak kan iman mereka…kaji otak..bagi makan ubat dan macam macam lagi..macam ni ke menteri pelajaran?
    menteri pelajaran sepatutnya membina sebuah sekolah khas untuk budak genius…nasib baik adiputra tidak dihantar disana…sebenarnya sudah berpuluh kali orang dtg rumah kami dan memberitahu adiputra supaya mengikut mereka disana..semua keperluan ditanggung…tapi adi jawab ADI NAK TAHFIZ DAHULU baru nak balajar disana…tetapi x nak tinggal di sna…

  18. comelnye adi!!! suke kat orang bijak maths!! math is da best~ mudah2an dunia akan berubah dengan adenye formula baru adi..emm, boleh tunjukkan sikit contoh adi buat kalkulus gune rumus sendiri?? tajuk Pembezaan..hehe

  19. adik adi awk cute dan pandai dlm mata pelajaran mathematis. shbas adi kerana awak buat beratus syajat-syajat.ambil lah mail saye Advancecafekelate.awk memang cute dan comel.cita-cita saye profese mathematis.dan insyaallah saya akan mencip duabuah setelip. satu setelip angkasa dua setelip bumi untuk negara-negara islam.syabas adi awak nak mencip te dua buah setelip. satu setelip angkasa dan dua setelip bumi untuk negara-negara islam.adi tak suke.ke org kapir mengjianat negara islam?

  20. Assalamualaikum adik adi,Abang nak tanya , macam mana nak jadi pandai

  21. salam, baru 2 hari lepas saya bertemu dengan adik adi putra..rasa rindu yang teramat sangat..saya betul2 kagum dengan kehebatan yang tuhan anugerahkan terhadap adik adi, erm,adik adi,akak tak tau kenapa setiap kali terfikir tentang adik, akak mesti rasa sebak and then menagis. hari tu masa dalam dewan tengok adik, akak mengangis..kenapa ye? ia bukan sengaja,tapi datang dengan sendiri..

  22. hi adik adi putra awk pandai dan jujur. awk lah seseorang peminat sy. ingin bercita-cita kepada awk seseorang professor mathemetics insyaallah sy akan belajar sungguh2. sy ingin idola sy mereka ciptaan sendiri iaitu sebuah computer yg boleh bercakap. sy janji sy akan belajar sungguh2 tapi sy tak boleh lawan awk dlm bahasa mathematics ambik e-mail sy YM Advancecafekelate tulis camni je

  23. ASSALAMUALAIKUM ADI.APA KHABAR,SIHAT?SEKARANG BUAT APA?KAK SEORANG PELAJAR DI UNISEL KAT BATANG BERJUNTAI.KAK MEMANG MINAT DENGAN MATHEMATIK NI.KAK NOW BELAJAR DALAM BIDANG BUSINESS MANAGEMENT DALAM DIPLOMA.KAK TERINGIN NAK JUMPA ADI DAN NAK TAHU DAN NAK BELAJAR TENTANG MATH YANG ADI CIPTA TU.KAK MEMANG MINAT SANGAT MATH NI SEMENJAK KAK MASUK FORM 4 KAK TIBA-TIBA MINAT MATH.TAK TAU NAPE.ORANG CAKAP PASAL MATH JE KAK MEMANG SUKA.MANA-MANA PERGI MESTI MATH KAK BAWAK SEKALI.LECTURE BELUM AJAR LAGI,KAK DAH CUBA BELAJAR SENDIRI.TU SAJE LAH KATA-KATA KAK.ADI JAGA DIRI BAIK-BAIK TAU.JANGAN STUDY SANGAT,SEKALI SEKALA REHAT KAN FIKIRAN TU BILA RASA TENSION.SELALU BUAT LATIHAN SUPAYA ADI BOLEH INGAT SEMUA MATH TU.OK BYE….

  24. Adakah Adi Putra seorang ‘savants’ atau ‘child pridogy’ yang berkemampuan menyelesaikan soalan matematik yang amat sukar dalam masa yang singkat dan apakah kelebihan Adi Putra.

  25. assalamualaku adi saya budak th 5 saya bercita
    cita ingin menjadi pereka cermin unt orang buta .saya minat dalam perlajaran matematik dulu saya dapat 85A dalam bidang mt macam mana saya nak dapat 100peratus

  26. hai adi..
    saye harap adik adi sihat.
    sejahtera.. boleh tak saye nak tanye sesuatu??
    kenape adik adi bace doa perlahan-lahan?? kite tak boleh makan ape untuk kebaikan otak kite?? n last skali kite kene makan ape untuk otak kite sihat??
    sekian..

  27. hai ady???pe khbar????akak hrap ady ley bg taw smue formule2 adk kat kakak eksssssssss…………………………..

  28. alhamdulillah saya telah mencipta lagu sifir yang sangat di gemari kanak-kanak
    You-tube bijak sifir aliff- sila dengarkan lagu sifir saya
    Formula Menguasai
    Sifir Asas Terbongkar !
    Hadiahkan harta paling berharga ini
    Untuk anak anda tersayang
    Melalui teknik Nyanyian dan â€Power of Pattern” ini anak anda akan tersenyum puas apabila mengikuti
    Motivasi ini
    Lebih dari 3000 murid-murid telah mendapat faedah dari klinik sehari ini.

    Untuk keterangan lanjut
    Layari laman web
    http//:sopiramaju.blogspot.com.
    Hubungi Ab.Rahim bin Ab.Samad
    0136202009

    Bengkel â€Rahsia kuasai sifir asas”
    Adalah anjurn bersama Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Nasiolal (MAPEN) Melaka Tengah dan Maljis Guru Cemerlang Melaka
    Apa janji kami kepada anak anda!
    1)membina sifir 8 sepantas sifir 2(10 saat)
    2)membina sifir 3,7, dan 9 dibawah10 saat tiap Satu
    3)membina sifir 4 dan 6 bibawah20 saat.
    4)membina sifir 12-99 teknik mudah
    5)mendapatkan jawapan sifir sifir seperti berikut dengan mudah
    6×7= 7×6= 7×9= 8×7= semua sifir 9
    6×8 7×7= 8×5= 8×8=
    6×9 7×8 8×6= 8×9=
    Kurang dari 6 saat setiap satu!..
    6) Dapat membaca jawapan seperti dibawah kurang dari 5 saat!..
    49÷7= 56÷7= 63÷7= 70÷7= 48÷6= 54÷6=7 2÷8=
    48÷8= 56÷8= 64÷8= 72÷8= 36÷4= 27÷3=
    18÷2= 18÷9= 36÷9= 45÷9= 54÷9= 63÷9=
    81÷9=
    Apa hadiah anak anda kepada anda?
    1) Boleh membina sifir 2-9 kurang dari 2 minit.
    2) Boleh membina sifir 12-99 dengan mudah!.

  29. adi putra….. bole aku jadi macam kau kaa…???????…..x tahan uda aku kena mara terus oleh cikgu…x perna lulus add math….

  30. adakah si genius ni mampu menghadapi cabaran dunia luar apabila dewasa kelak dan berfikir melangkaui batasan masyarakat setempat?? saya sering tertanya.

  31. Assalamualaikum..

    Adi, tempuhi alam ini dengan keazaman yang kukuh. kukuhkan iman! kukuhkan segala-galanya!

    adi, di luar sana terlalu banyak cabaran yang menanti.

    adi, mustahil untuk memuaskan hati semua pihak, tolong bawa diri berlandaskan Al-Quran wa Sunnah, maklum sahajalah,sesetengah pihak Tidak Pernah Berpuas hati dengan Kelebihan yang adi punyai sejak azali.mereka cemburu!mereka ketandusan segalanya atas kebijaksanaan adi!bawa diri baik-baik ya adik..amin..

    saya sayang adik. sayangkan ilmu adik.

    Allahuakbar!

  32. aq pown nak jdy cam ko jugak..pndai bijak…and whatever lagy ar…aq asyik kne marah ngan cikgu jaaa…cuz add math slalu x luluss…..

  33. Bolehkah saya dapatkan alamat perhubungan Ananda Adi Putra ? Saya ingin bertemu secara peribadi dengan dirinya dan ahli keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.