Jauh perjalanan luas pandangan!

Saya tidak tahu siapa yang mencipta pepatah “Jauh perjalanan, Luas pandangan”, tetapi ianya memang spot on! Hari ini hari terakhir di UK (dah balik dari France malam semalam).

Melancong ke luar negara (terutama negara barat) memang memakan belanja yang besar… bayangkan, pagi tadi sarapan pagi £6.97… dah RM49.00 dah tu, untuk makan pagi! 🙂 Naik teksi dari hotel ke airport (tak sampai 10 minit) dah RM70.00

Tetapi, sekiranya kita peka dengan apa yang ada di negara orang, bermacam-macam idea yang kita boleh dapat dan implementasikannya kepada perniagaan Internet dan bukan Internet.

10 hari yang lepas walaupun saya sibuk dengan pengambaran Strategy X, pelancaran buku, meeting dan sebagainya, tetapi, macam-macam saya dapat catit dalam buku nota saya untuk di implementasikan di Malaysia!

*Tip* Bawa buku nota ke mana sahaja anda pergi oleh kerana idea datang dengan tiba-tiba, dan kebiasaannya sekiranya anda tidak menulis idea anda, anda akan lupa idea tersebut selepas beberapa minit sahaja.

Tambahan, sekiranya anda menulis, anda akan letakkannya di atas kertas, dan minda anda akan berfungsi mencari idea-idea tambahan berasaskan idea yang anda tulis!

Semalam selain dari penggambaran Strategy X, saya bercuti di Disneyland Paris. Dapat la bergambar dengan Minnie Mouse 🙂 – insyaallah Isnin nanti ada la saya letak gambar di sini.

Salah satu kebaikan being financially free adalah anda bebas untuk melancong ke mana-mana dan melihat negara orang. Sebenarnya, bukan kali pertama saya ke France hari tu. Saya sudah ke France berkali-kali (tidak terkira). Setiap kali melancong, fikiran kita akan terbuka kepada berbagai-bagai idea.

Alhamdulillah, trip saya ke UK & France kali ini banyak dapat lakukan. Walaupun terdapat beberapa rintangan dalam pengambaran Strategy X (Sebenarnya hanya dapat 40% daripada apa yang dirancang), tetapi tidak mengapa… boleh improvise. Sebagai contoh, sekiranya footage/klip kurang, saya akan menulis Strategy X dalam bentuk report. Asalkan maklumat yang ingin disampaikan dapat di sampaikan, bukan?

Hari ini hari rehat. Flight ke Malaysia petang nanti… hari ni duduk di hotel sahaja. Tapi rehat-rehat pun, kena kerja juga. Saya perlu tulis artikel untuk Dewan Ekonomi keluaran Disember!

Oh ya, satu lagi berita baik. Beberapa hari lepas, saya mendapat panggilan bahawa ada satu lagi rancangan Reality TV inginkan saya sebagai juri profesional. Rancangan TV apa, belum dapat maklumat lanjut lagi, tapi, takkan rancangan reality menyanyi kut?? 🙂

*Tip* Sekiranya anda melancong ke mana, mana, pastikan anda ambil big breakfast. Makan banyak-banyak ketika breakfast (especially negara-negara Eropah) oleh kerana breakfast adalah paling murah sekali berbanding dengan lunch & dinner. Kalau simpan stock breakfast banyak2… takde cepat lapar sebab di negara sejuk, memang cepat lapar. Boleh jimat pada lunch nanti!

See you in Malaysia! 🙂

Tiba di France

Semalam selamat tiba di France! Tetapi, ni baru sempat online.

Terima kasih atas sokongan anda atas post saya sebelum ini. Saya baca kesemuanya tetapi tak sempat nak membalas setiap satu.

Sebenarnya, bagi saya untuk mencapai apa yang saya capai bukan perkara mudah. Memang perlu hard & smart work! Hendak bercerita sedikit…

Ketika di Birmingham tempoh hari, saya ada melawat 2 tempat yang agak istemewa:

  1. Rumah lama saya ketika saya masih bekerja sepenuh masa (selepas grad). Gambar rumah saya ada ambil tetapi esok lusa baru dapat post kan di sini. Rumah saya tu (flat sebenarnya) kecil sahaja… in fact, kecil sangat sehingga tiada bilik- tidur pun di ruang tamu. Flat kos rendah di Malaysia pun 2-3 kali lagi besar dari flat saya tu. Tetapi di situlah saya menjalankan perniagaan Internet saya.
  2. Rumah seorang kaya di depan flat saya. Rumahnya besar sangat- bunglow tiga tingkat… tetapi, siapa pemiliknya, saya tak pernah kenal. Saya selalu bayangkan pemiliknya seorang businessman. Tiap-tiap hari saya berangan di flat kecil saya, satu hari nanti saya pasti akan capai seperti orang ini.

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, banyak berubah sejak 8 tahun lalu!

*tip* Fikirkan keadaan anda kini, dan fikirkan apa yang ingin anda capai pada masa hadapan. Fikirkan hidup anda kini dan hidup ideal anda. Lebih banyak anda berfikir, lebih mudah untuk anda motivasikan diri anda untuk mencapai hidup ideal anda tidak kira apa keadaan anda sekarang!

ps: kadang kala kita akan rasa malu untuk fikir hidup yang ideal sekiranya hidup kita amat kebelakang. Tetapi, malu jenis inilah yang merugikan. 🙂

Pelancaran buku yang lancar…

Alhamdulillah, malam semalam bersamaan 31hb Oktober menyaksikan pelancaran buku “Secrets of Millionaires Revealed”- pertama kali buku Malaysia di lancarkan di UK.

Pelancaran di hadiri oleh Tan Sri Elyas Omar dan Datuk Abdul Rahman (Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia). Juga turut hadir, Mayor of Oxford (Datuk bandar Oxford) dan ramai lagi termasuk Professor-professor dari Oxford. Juga ramai kenalan dari OXIM yang turut memberi sokongan. Tan Sri Lim Kok Wing tidak dapat hadir oleh kerana last minute sebab-sebab kesihatan (takde rezeki). Ada juga orang kenamaan yang lain dari Malaysia dan negara lain termasuk Bahrain tetapi saya sendiri tak ingat… nanti saya kasi tau bila dapat full list.

Gambar pelancaran buku belum dapat lagi sebab perlu minta dari cameraman… kalau dapat, nanti saya letak. Di bawah adalah gambar di luar tempat pelancaran di Eynsham Hall, Oxford. Macam James Bond.

car.jpg

Siang semalam pula telah berjumpa dengan Dr. Hassan presiden Oxford Islamic Center untuk memberi sumbangan buku kepada perpustakaan Oxford. Gambar di bawah adalah bersama Dato Abdul Rahman & Dr Hassan.

islamic.jpg

Perjumpaan yang amat bermakna dan menyuntik semangat saya untuk teruskan usaha dalam mendidik dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet & motivasi. Juga alhamdulillah, terbuka peluang untuk menjalankan kursus perniagaan Internet di negara-negara Islam yang lain menerusi perjumpaan ini. Inilah hightlight saya hari ini… sokongan yang diberikan amat bermakna dan saya akan usahakan untuk ke peringkat global khususnya negara-negara Islam. Harapkan doa anda semua!

Pelancaran semalam juga agak menyeronokkan oleh kerana dapat bergaul dengan Mayor Oxford. Memang kelakar orangnya, tak henti-henti saya gelak bersembang dengannya. Dia kata dia pernah ke Malaysia (zaman british) tahun 60-an dulu… kemudian, dalam tahun 2000 dia ada datang kembali dan terkejut melihat perubahan Kuala Lumpur. An honor dapat kenal dengan Mr Mayor kelakar ni (gambar bersama Mayor Oxford)

mayor.jpg

Pagi ini akan shooting “strategy X” sekejap, kemudian akan drive ke destinasi seterusnya… France! Perjalanan dalam 5 jam… kita jumpa lagi & terima kasih atas sokongan anda 🙂

Shooting “Strategy X” di University of Oxford

Pagi tadi pengambaran Strategy X dilakukan di Oxford. Dibawah adalah beberapa screenshot.

Secara total, pengambaran adalah amat mencabar dengan cuaca yang tidak menentu disamping kesuntukan masa (saya mengejar masa selain dari project Strategy X, pelancaran buku, serta meeting dengan pihak-pihak tertentu untuk E-commerce Academy yang diceritakan sebelum ini)

oxf1.jpg

Bila tengok kembali footage yang di ambil, ada yang tak dapat digunakan untuk format akhir… nak re-shoot, takde masa 🙁

Sekiranya anda pernah terlibat dalam production penggambaran, anda akan tahu betapa sukarnya especially sekiranya mengejar masa.

oxf2.jpg

Harapnya, final productnya menjadi (perlu improvise!). Ada yang tanya sama ada Strategy X akan jadi VCD? DVD?… dari sekali imbas, memang nampak macam VCD… DVD kalau ikutkan pengambaran. Tetapi, Strategy X tidak akan jadi VCD atau DVD.

Strategy X akan menggunakan format baru bertujuan mendidik tentang strategi perniagaan & perniagaan Internet yang amat hebat. Ia akan menjadi gabungan audio, visual, multimedia + format ebook dan juga workbook untuk lebih banyak informasi.

oxf3.jpg

Satu clue… saya sendiri menggunakan strategy ini sejak tahun lepas untuk memperkenalkan diri saya di Malaysia! Dan tempat-tempat pengambaran adalah clue ke-dua.

Makan malam seperti Mat Salleh

Malam tadi dinner bersama Tan Sri Elyas Omar. A very nice man & friendly. Dinner ala-ala masakan Jamie Oliver. Memang tak berselera makan sebab kita boleh makan ikan… ubi… salad je… lagi best kalau pekena teh tarik & roti pisang!

Everything was ok, tetapi saya terpaksa meminta diri awal dari majlis tersebut sebab mengantuk! Bangun pagi buat rakaman “Strategy X”, oleh sebab pukul 7 pagi sudah terang, pukul 7 pagi sudah bergerak untuk rakaman.

Cuma, hari ini rakaman kurang menarik sebab cuaca mendung. Di UK sebenarnya, kebanyakan masa adalah mendung. Sekarang winter, memang kalau nasib baik, baru la nampak matahari. Kalau tidak, mendung + hujan renyai-renyai. Kalau nak snow, kena tunggu bulan 12… bulan 1.

Harapnya, esok hari terang sedikit sebab esok hari terakhir shooting di Oxford. Lusa, akan bertolak ke France pula untuk rakaman Strategy X di sana…

Esok juga akan diadakan majlis kecil pemberian buku saya “Secrets of Internet Millionaires Revealed” kepada perpustakaan Oxford Islamic Center, selaku orang Islam yang berjaya dalam bidang perniagaan Internet.

*tip* sekiranya anda berada di dalam suatu majlis di mana anda terasa agak “malu” untuk berbicara, dan menegur sesiapa, dalam communication skill sebenarnya, untuk menjadi seorang comunicator yang bijak, anda hanya perlu mendengar.

Be a good listener. Fahami dan minati apa yang pihak lain ingin berbicarakan dan beri response untuk menandakan anda juga turut meminati topik yang diceritakan dan memahaminya. Usaha untuk meminati apa sahaja yang diceritakan oleh pihak yang lain, dan pihak tersebut akan merasa senang dengan anda.”

Pelancaran buku perniagaan Internet

Hanya sedikit update, pelancaran buku perniagaan Internet “Secrets of Internet Millionaires Revealed” akan dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya termasuk Datuk Abdul Rahman Bakar (Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia), Tan Sri Prof Dr Lim Kok Wing (Pengasas Lim Kok Wing University College) dan Tan Sri Elyas Omar (bekas datuk bandar Kuala Lumpur).

Pelancaran akan berlangsung pada hari Selasa 31 hb. Ia merupakan kali pertama buku tulisan tempatan dilancarkan di UK.

Pada hari pelancaran juga, saya & Lim Kok Wing juga akan menerima anugerah kecemerlangan. 😉

Insyaallah, tak lama lagi saya akan letak gambar. Gambar2 ketika shooting sudah saya terima…

ps: bagi mereka yang ingin menyertai kursus perniagaan Internet “Workshop Jutawan Internet”, sila daftar di http://www.rahsiainternet.com/workshop .

Screenshot Strategy X

Kini saya berada di Oxford. Sebentar nanti akan menjalankan sedikit pengambaran di sini pula. Petang nanti ada jemputan makan malam. Di sini gelap cepat sebab dah masuk musim winter. Pukul 4.30 petang dah masuk Maghrib. Kalau puasa di sini memang bst sebab buka awal 🙂

Oxford memang cantik tempatnya. Nanti saya ambil gambar.

ik1.jpg

Beberapa gambar dari rakaman “Strategy X” yang diambil semalam seperti yang diminta khas untuk pembaca Tip Satu Minit…

screenshots.jpg

Jumpa lagi!

*harap maaf, posting ini bersama semua komen anda saya terdelete dengan tidak sengaja. Jadi, sesiapa yang tinggalkan komen, harap boleh komen kembali sebab saya tak sempat membaca komen-komen anda!

Ke Oxford untuk pelancaran buku…

Waktu tempatan kini pukul 4.30. Apa la pagi-pagi buta saya buat depan Internet? Tak dapat tidur… masih lagi jet lag dan tak dapat sesuaikan waktu Malaysia vs waktu UK. Sini dan sana dalam 8 jam berbeza…

Jadi, turun sebentar ke business center dan login Internet sekejap. Ada yang tanya mana gambar2 uk? Masalahnya, PC di business center ni ada masalah dengan USB port… jadi, tak dapat lah saya transfer gambar lagi.

Insyaallah hari ni akan berpindah ke lokasi lain, dapat transfer gambar.

Semalam shooting berjalan lancar. Dapat selesaikan satu bahagian daripada “Pengenalan”. Pagi ini, shooting seterusnya di lokasi yang lain pula yang berkaitan dengan Strategy X ni (masih lagi di Birmingham).

Tengah hari nanti saya akan berangkat ke Oxford pula. Oxford terletak lebih kurang 1 jam drive selatan kepada Birmingham. Buku Secrets of Internet Millionaires Revealed akan di lancarkan di Oxford pada malam esok. Petang ni ada perbincangan dengan event organisers. Malam ni juga ada dinner, insyaallah ada la gambar-gambar nanti 🙂

Di Birmingham saya kurang juga ambil gambar sebab segan :)… nanti macam tourist pula. saya pernah bekerja di sini lebih kurang 3 tahun (sebelum perniagaan Internet berjaya)

Strategy X – Strategi perniagaan Internet & bukan Internet

Hi, kini saya berada di Birmingham UK. Waktu tempatan 7.00 pagi. Semalam alhamdulillah selamat tiba London Heathrow Airport. Perjalanan 13 jam flight dari KLIA to London dan dari London ke Birmingham drive selama 2 jam. Memenatkan 🙂

Di Birmingham bertujuan untuk pengambaran pertama dokumentari. Ada yang tanya apakah “strategi” yang nak diceritakan sampai jauh ke UK? Buat masa ni, kita panggil dia Strategy X sahaja dulu :). Startegy ini digunakan oleh perniagaan Internet dan juga bukan Internet.

Semalam juga ada meeting dengan pihak yang terlibat dan insyaallah saya akan berpeluang menemuramah seorang Professor beberapa hari lagi yang merupakan pakar dalam strategy ini.

Ada juga kemungkinan saya dapat melakukan interview dengan seorang pakar Strategy X Malaysia yang namanya sudah tidak asing lagi. Tetapi, yang ni perlu futher confirmation hari Isnin nanti 😉

Strategy perniagaan ini telah digunakan oleh perniagaan-perniagaan yang berjaya di dunia. Saya sendiri pun menggunakannya dalam semua perniagaan termasuk perniagaan Internet. Cuma masalahnya, strategy ini kurang diceritakan dan di jelaskan untuk perniagaan Internet. Serta, strategy ini amat kurang digunakan di Malaysia.

Pengambaran akan dilakukan di beberapa lokasi di UK & France (pendek2 sahaja), dan interview juga akan dilakukan. Saya pula akan mengolahkan bagaimana strategy ini dapat digunakan untuk perniagaan Internet dengan berjaya.

Saya amat teruja dengan projek ini… harapnya cuaca baik untuk pengambaran! Pengambaran dilakukan oleh team “semi-professional” (bukan professional) untuk mengurangkan kos. Jadi, tip kali ini adalah…

*tip* dalam menjalankan perniagaan, cari ruang-ruang dimana anda dapat mengurangkan kos. Caranya adalah mengurangkan kos pada perkara-perkara yang tidak berapa penting (bukan matlamat utama).

Dalam keadaan ini, kami menggunakan perkhidmatan semi-pro untuk mengurangkan kos oleh kerana project ini, yang penting dan matlamatnya adalah maklumat & info  yang ingin disampaikan dan bukannya pengambaran yang cantik-cantik ala-ala National Georgraphics 🙂