4 Tips mudah Mencipta Video untuk perniagaan

Adakah anda ingin jadikan perniagaan internet anda terus dikenali? Salah satu cara adalah sentiasa membina hubungan dengan prospek anda. So, entry kali ini bagaimana anda boleh menggunakan pemasaran video untuk perniagaan anda.

Bagi yang belum tahu, YouTube adalah enjin carian ke-2 terbesar di internet selepas Google. Laman Sosial untuk berkongsi video dalam penyampaian berbeza. Maksudnya, tumpuan ramai /prospek anda juga berada di laman social YouTube dan pilihan tepat untuk pemasaran perniagaan anda.

Jika anda menguasai pemasaran video, anda juga boleh dijadikan contoh  untuk niche perniagaan anda. Anda boleh menggunakan usaha pemasaran video anda dalam beberapa cara yang berbeza.

video-marketing-online

Jadi secara tidak lansung, prospek anda mengatahui promosi  khas perniagaan yang anda lakukan. Walaupun video yang disampaikan pendek tetapi bakal pelanggan anda  akan menghubungi anda jika berminat dengan produk dan perkhidmatan anda. 4 Tips mudah  Mencipta Video untuk perniagaan anda adalah:

1) Ringkas dan Padat : Sekiranya anda masih pada peringkat pemulaan, sebaiknya anda boleh mulakan dengan menghasilkan video yang ringkas tetapi padat dengan maklumat yang penting, untuk menarik minat prospek lebih mengikuti perkembangan video anda.

Asasnya, anda boleh menghasilkan video melalui  telefon anda sendiri. Contohnya ,Anda boleh merakam pelanggan anda tengah menggunakan atau memberi maklumbalas baik mengenai  produk atau perkhidmatan anda. Dari sini anda telah membina kepercayaan prospek untuk membeli produk anda.

2)Kos Rendah: Tanpa kos yang tinggi, anda sendiri boleh menghasilkan video  menggunakan lektop anda dengan syarat mempunyai recording function. Hanya menulis kandungan yang baik, berlatih, dan mula recording. Pastikan anda berada di ruang yang tenang dengan pencahayaan yang baik. Sebaik-baiknya, anda boleh kongsikan maklumat-maklumat berguna, jika diselitkan dengan unsur comedy sikit lagi best!

3)Belajar dan mengajar: Jika anda mulanya dari sekarang, anda akan belajar bagaimana nak perbaiki penghasilan video yang lebih menarik dan berkualiti. Anda sendiri akan merasai kepentingan menggunakan video untuk perniagaan anda. Anda boleh perbaiki penghasilan video melalui komen-komen yang diberikan kepada anda.Satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan adalah untuk mendidik /mengajar penonton. Anda boleh duduk di komputer anda, berkongsi skrin anda dengan penonton dengan menunjukkan pada mereka bagaimana untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh jika anda mahu menunjukkan prospek anda bagaimana mereka menggunakan produk anda , dan ini adalah cara terbaik untuk anda menggunakan video untuk perniagaan anda.

4)Kosisten: Kunci kepada pemasaran video untuk perniagaan sebaiknya adalah dengan menghasilkan video secara kosisten. Sebaiknya anda meletakkan beberapa video dalam sebulan yang akan membantu anda membina hubungan bersama prospek anda. Jangan biarkan jarak yang terlalu lama supaya anda terus mempunyai penonton setia dari laman YouTube. Kebanyakannya, ramai yang gagal untuk menyampaikan secara kosisten dan mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkannya. Tetapi bayangkan jika anda meletakkan 2 video setiap bulan. Anda mempunyai  lebih 20 video di saluran Youtube dalam masa satu tahun. Prospek anda akan terus mengikuti anda kerana maklumat lengkap dan berguna anda telah sediakan kepada penonton/prospek anda.

Jika anda berada pada peringkat lebih advance, sebaiknya anda menggunakan software yang dapat mengubah baikkan penghasilan video anda sebelum anda menyiarkan kepada umum di YouTube, ini lebih menguatkan lagi jenama perniagaan anda walaupun pada asasnya penggunaan YouTube adalah untuk berkongsi video yang santai-santai jer..  Secara tidak langsung, anda telah membina jenama perniagaan anda dalam kos yng rendah.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

5 Tip Mudah Mendapatkan Pelanggan [Bahagian 2]

… sambungan dari artikel lepas 😉

3. Pemasaran yang efektif

Aktiviti pemasaran dan pengiklanan yang efektif adalah umpama nadi utama untuk sesebuah perniagaan. Jika kena pada cara dan tempatnya, amat mudah untuk anda mendapatkan pelanggan dalam masa yang singkat sahaja.

Apa yang perlu anda buat adalah dengan mengumpulkan kumpulan sasaran yang tepat. Jika anda menjual aiskrim kepada orang Eskimo, maka itu adalah perbuatan yang amat sukar.Tetapi jika anda menjual aiskrim kepada pengembara yang sesat di Gurun, adalah perbuatan yang amat mudah. Malah mereka ini sanggup membayar walau dengan harga RM20 bagi aiskrim yang modalnya hanya 20 sen sahaja.

Yang keduanya pula adalah semasa anda membuat promosi. Anda perlu fokus pada bagaimana anda dapat membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Anda perlu memberitahu mereka apakah keuntungan dan kelebihan kepada mereka jika mereka mendapatkan produk yang anda promosikan kepada mereka. Anda perlu kurangkan fokus pada kelebihan produk tersebut. Anda perlu lebih fokus untuk memberitahu bahawa prospek akan lebih baik, hebat, sihat, bergaya, berkuasa, kaya dan berpengaruh jika mendapatkan produk anda.

 

quality

4. Produk yang berkualiti tinggi.

Ini juga adalah salah satu aspek kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Dengan produk yang berkualiti, adalah amat mudah untuk anda menawan bakal pelanggan anda supaya mereka mendapatkan produk yang anda jual. Jika sebaliknya, produk anda mempunyai kualiti yang rendah, secara tidak langsung, kuasa word of mouth akan menjatuhkan kredibiliti pada produk anda kerana pelanggan yang tidak berpuas hati akan menyebarkan keburukan produk anda kepada calon-calon pelanggan anda yang akan datang.

Jika anda dapat menawan pelanggan anda dengan produk yang berkualiti tinggi, secara tidak langsung ia akan memberi keuntungan kepada anda untuk jangka masa yang panjang.

Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, anda hendaklah melayan mereka dengan cepat dan berikan perkhidmatan yang terbaik. Jika kita tengok sekarang ini, tidak hairanlah mengapa restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan lain-lain mendapat permintaan yang tinggi. Ini adalah kerana pelanggan sememangnya tidak suka untuk menunggu lama!

5. Penjenamaan yang hebat!

Penjenamaan juga adalah amat penting dalam apa jua perniagaan. Walaupun anda hanya menjual pisang goreng sekali pun, anda perlu mempunyai jenama yang hebat untuk berjaya dan dikenali ramai. Dengan adanya jenama yang kuat dan sentiasa diingati dalam minda pelanggan, perniagaan anda akan memberikan impak yang sangat besar dalam pasaran. Secara tidak langsung juga, jenama yang anda bina itu akan menguatkan lagi nama produk tersebut untuk lebih dikenali oleh pelanggan-pelanggan baru.

Sekiranya jenama produk tersebut berjaya untuk memenangi hati pelanggan, dengan secara tidak langsung nama produk itu juga akan sentiasa dikenali dan berada dalam minda pelanggan itu sendiri. Walaupun proses ini agak mengambil masa yang agak lama, terutama sekali jika produk tersebut adalah baru yang ingin bersaing dengan produk yang sedia ada dalam pasaran, namun masih tidak terlewat untuk anda bekerja lebih keras untuk memastikan aktiviti penjenamaan itu berlaku seiring dengan pertumbuhan perniagaaan anda.

 *Artikel oleh Amim Najmie, trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

5 Tip Mudah Mendapatkan Pelanggan [Bahagian 1]

Pengunjung dan pelanggan adalah sesuatu yang berbeza. Setiap pelawat yang datang mengunjungi laman web perniagaan anda dipanggil sebagai pengunjung anda tetapi belum tentu lagi mereka akan membeli dan mendapatkan produk anda. Manakala mereka yang membeli produk anda barulah dipanggil sebagai pelanggan.

Yang mana satukah paling penting anda perlu jaga dan hargai? Sudah pastilah kedua-duanya anda perlu jaga dan hargai dengan sebaik-baiknya. Tetapi anda perlu lebih utamakan kepada pelanggan. Ada beberapa tip untuk mendapatkan dan menawan hati pelanggan untuk mendapatkan produk anda. Antaranya ialah :

Steps-To-Get-More-Customers

1. Harga yang munasabah.

Ini adalah antara sebab utama bagaimana untuk anda dapatkan pelanggan dengan mudah. Pengguna masa kini adalah pengguna yang bijak dan kebanyakan daripada mereka akan membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Oleh itu, anda perlu tawan bakal pelanggan anda dengan memberikan produk anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk tersebut.

2. Beri sesuatu yang lebih.

Anda perlu berikan sesuatu yang lebih daripada apa yang sepatutnya pelanggan anda dapat. Dengan cara ini pelanggan anda akan berasa lebih gembira kerana mereka rasa berbaloi kerana mendapat lebih dari apa yang mereka sangkakan. Secara tidak langsung anda dapat meluaskan pasaran anda dengan lebih luas lagi kerana pelanggan tersebut berkongsi pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan dan ahli keluargamereka.

Dengan promosi mulut ke mulut ini, bakal pelanggan anda akan lebih mempercayai untuk membeli produk anda kerana mereka telah dikenalkan dengan produk tersebut oleh rakan mereka sendiri. Selain itu, anda boleh memberikan kupon diskaun kepada pelanggan anda untuk mereka membuat pembelian di masa akan datang. Ia juga amat memberi kesan dan impak yang sangat besar.

… bersambung dalam artikel akan datang!

 *Artikel oleh Amim Najmie, trainer “Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial”. Lawati www.OpenEducation.com.my

 

3 tip mengurus kritikan dalam perniagaan anda

Social Media telah mengubah dinamik interaksi pelanggan. Suka atau tidak, semakin banyak jenama yang menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Google+ untuk berinteraksi dengan pelanggan. Ia adalah langkah yang mudah untuk mengetahui keadaan sebenar pendapat pelanggan/prospek  mengenai produk atau perkhidmatan yang anda jalankan. Dengan wujudnya perbincangan di laman sosial forum media, anda lebih mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan anda mengenai perniagaan anda.

Pengurusan berkaitan jenama perniagaan anda  akan mewujudkan interaksi dan hubungan rapat dengan pelanggan melalui laman peminat anda dan akaun jenama di Facebook dan Twitter. Tidak syak lagi bahawa penggunaan platform yang betul  ini boleh membantu dalam membina jenama perniagaan anda, akan tetapi bagaimana dengan keadaan anda menghadapi situasi kritikan yang tidak membina? Suka atau tidak, anda perlu menghadapinya dalam keadaan yang bersedia.

dont-listen

Kewujudan kritikan terhadap anda akan berlaku dalam keadaan langsung mahupun secara tersembunyi. Jika ada orang yang asyik membebel mengenai perkara yang negatif  tentang jenama anda, ini satu perkara yang boleh memberi  persepsi yang negatif bagi bakal pelanggan anda yang baru ingin mendekati perniagaan anda.

Kritikan ada yang berkaitan untuk penambah baikkan, dan ada yang  memberi kritikan sebagai hobi harian , jadi suka atau tidak anda akan melalui keadaan sebegini. So, apa anda perlu buat untuk mengurus kritikan sebegini:

1)Jangan panik:  Anda mesti bersedia untuk menangani kritikan dari pelanggan. Sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Elakkan diri anda dalam keadaan panik . Sekiranyanya keputusan yang dibuat dalam keaadaan panic, ini akan memberi kesan yang kurang baik. Ini penting untuk mengekalkan maruah jenama perniagaan anda pada prospek anda yang lain. Respon kepada kritikan dengan sikap profesional.

2)Pelan pemulihan: Ia adalah penting jika anda mempunyai pelan pemulihan melalui media sosial untuk menjelaskan keadaan kritikan yang boleh menggugatkan perniagaan anda.  Anda boleh menyelesaikan kritikan  mereka melalui media social dengan memberi keterangan yang sebenar melalui secara peribadi mahupun secara umum. Melalui kaedah ini, ia membantu anda dalam menyelesaikan masalah mereka sebagai pengkritik dari laman media sosial dengan berkesan. Anda juga boleh meminta pelanggan untuk menghantar mesej terus dan bekerjasama mengendalikan rungutan dan memaklumkan kepada pengkritik dengan lebih cepat dan  efektif lagi. Cara ini sangat berkesan untuk perniagaan anda. Kerana respon baik dari pelanggan anda juga banyak membantu untuk penjenamaan perniagaan anda.

3)Segera Menjawab: Anda tidak mahu berada dalam keadaan, di mana anda tidak sedar tentang jenama anda sedang dibelasah oleh pelanggan-pelanggan dalam talian. Ia adalah penting bahawa anda memantau maklum balas pelanggan untuk jenama perniagaan anda. Jika anda perasan bahawa tindak balas pelanggan beralih negatif, anda mesti bertindak balas dengan segera. Beri penjelasan bergantung kepada kesediaan anda mengurus perniagaan anda.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

5 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Internet [Bahagian 2]

… Sambungan dari artikel lepas 😉

3. Bina blog. Setelah anda mendapatkan produk dan mengambil produk tersebut, anda perlu membina blog untuk produk tersebut. Kenapa perlu membina blog? Kerana ia adalah sangat penting supaya blog yang dibina akan muncul di enjin carian google. Sering kali pengguna di internet suka mencari sesuatu dengan membuat carian di google. Jadi, anda perlu ada blog supaya blog tersebut akan keluar di enjin carian google. Berbanding jika menggunakan facebook pula, carian di google sangat jarang memaparkan link facebook. Untuk membuat blog, tidaklah susah. Anda boleh mulakan dulu dengan membina blog di blogspot dan jika anda ada budget lebih, anda boleh membina blog yang berbayar.

Jika anda tidak mahir dalam pembikinan blog, anda boleh upah orang lain untuk buatkan. Anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk pembinaan blog supaya blog anda Nampak lebih menarik dan cantik. Ini adalah penting kerana kita perlu menarik minat pengunjung yang melawat ke blog tersebut. Jika blog tersebut suram dan serabut, mood pelawat kita akan menurun dan kemungkinan besar mereka akan terus keluar dari blog anda. Sama juga jika kita pergi ke kedai. Jika kedai tersebut menarik, sudah tentu kita akan berasa seronok untuk membeli dan akan lama dalam kedai tersebut. Manakala jika kedai tersebut suram dan bersepah, agak-agaknya kita akan duduk lama tak dalam kedai tersebut? 😉

fb

4. Buka akaun facebook. Anda perlu membina satu fanpage khas untuk menjual produk tersebut. Anda tidak boleh menjual di personal profile anda kerana kemungkinan besar akaun anda akan ditutup serta merta oleh facebook. Ini kerana facebook mempunyai terma dan syarat dimana anda hanya boleh menjual menggunakan fanpage sahaja dan bukan personal profile anda.

Kenapa anda perlu membina facebook sedangkan anda sudah membina blog untuk menjual? Dengan adanya blog, kemungkinan besar blog anda akan dapat dilihat di enjin carian kerana rata-rata pengguna internet akan menggunakan google untuk mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja. Facebook pula, jika kita sudah ada fanpage menjual tudung sebagai contoh, maka kebarangkalian LIKE yang kita dapat di fanpage tersebut adalah mereka yang berminat dengan tudung. Jadinya anda sudah anda pembeli yang targeted untuk tudung yang anda jual di facebook.

Jika digabungkan kedua-dua cara ini, produk anda akan laku dengan pantas. Pastikan anda letakkan badge facebook anda di dalam blog dan jangan lupa juga meletakkan link blog anda didalam fanpage anda.

 

5. Promosi. Yang ini adalah perkara paling penting dalam perniagaan online. Bagus mana pun produk anda, secantik dan sehebat mana pun produk tersebut, jika salah cara promosinya, produk anda tidak akan terjual. Di online, kita perlu iklankan supaya orang tahu akan kewujudan blog dan facebook yang kita bina tadi. Lain jika anda mempunyai kedai yang nyata. Orang yang lalu lalang di kawasan sekitar, dapat melihat kedai anda. Jika di online, orang tak kan tahu jika kita tidak membuat promosi. Untuk membuat pengiklanan, ada cara yang berbayar dan percuma. Untuk pengiklanan percuma, anda boleh letakkan di lamanweb pengiklanan percuma seperti Mudah.my dan lain-lain. Untuk pengiklanan berbayar, anda boleh gunakan pengiklanan di facebook, pengiklanan di google dan menyewa slot iklan dimana-mana blog atau forum.

 

Apa yang paling penting adalah anda perlu berani untuk mencuba. Jika anda takut untuk bermula, sampai bila pun anda tidak akan memulakan langkah pertama anda.

*Artikel oleh Amim Najmie, trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

5 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Internet [Bahagian 1]

Untuk artikel kali ini, saya akan menunjukkan cara mudah bagaimana untuk anda memulakan perniagaan di internet. Sering kali soalan-soalan seperti ini akan ditanyakan kepada saya. “Bagaimana nak jual produk kita di internet?” , “bagaimana  awak berniaga di internet?” , dan banyak lagi soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai perniagaan internet.

Ramai orang tahu perniagaan internet sangat menguntungkan tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk memulakan perniagaan di internet. Dalam artikel ini, saya akan memberikan anda 5 cara mudah untuk anda memulakan perniagaan di internet.

pic-internet_business

1. Produk. Perkara pertama untuk memulakan perniagaan di internet adalah dengan mencari produk. Tidak kira sama ada anda berniaga online atau offline, anda perlu ada produk untuk dijual. Anda perlu cari produk yang unik dan disukai ramai. Cuba jual barang yang orang nak sangat beli tapi segan nak beli di kedai biasa. Barang macam tu lah yang sesuai dijual secara online. Barang yang susah dapat di kedai biasa akan menjadi sesuai dijual secara online. Sebagai contoh, cuba anda jual durian crepe online kerana sekarang ni durian crepe menjadi pilihan ramai rakyat di Malaysia. Walaupun dah ramai yang menjual durian crepe, tapi masih lagi laku. Contoh yang tidak sesuai pula adalah Pisang Goreng. Bila beli pisang goreng orang tak mahu tunggu lama. Mereka mahu makan on the spot masa tengah panas-panas tu. Tapi kalau anda boleh buat Pisang Goreng delivery macam pizza , maka ia boleh difikirkan.

 

2. Ambil gambar produk. Ini adalah perkara yang paling penting sekali. Anda perlu berusaha untuk mengambil gambar produk anda sendiri dan pastikan ianya diambil dengan professional. Jika anda mahu menjual tudung, sebaiknya anda mendapatkan seorang model untuk memakai tudung tersebut. Dan ambil gambar tersebut dengan cara yang professional. Elakkan dan jangan sesekali untuk mengambil gambar tudung orang lain kerana itu sudah dikira sebagai mencuri. Apa yang kita jual, pastikan gambar yang diambil adalah hasil daripada usaha kita sendiri dan bukan daripada gambar hasil orang lain. Pada permulaan ia mungkin akan mengeluarkan modal yang banyak untuk mengambil gambar yang professional, tapi yakinlah insyaAllah anda akan mendapat pulangan modal kembali dari hasil yang bersih tersebut. Jika anda mencuri gambar orang lain, ia sudah dianggap anda mencuri dan tidak jujur dalam perniagaan.

Bersambung…

*Artikel oleh Amim Najmie, trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

5 idea memilih domain perniagaan internet

Nama domain yang sesuai sedikit sebanyak mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan internet yang dijalankan. Nama yang baik,menarik,ringkas yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang dijalankan adalah sangat digalakkan. Ia juga akan memberikan kesan yang positif kepada strategi pemasaran perniagaan anda.

Kita boleh lihat contoh pada syarikat penerbangan seperti AirAsia , FireFly , mereka menggunakan nama perniagaan dengan melibatkan elemen dalam industri mereka. Begitu juga dengan domain name yang akan dipilih oleh anda, sebaiknya ada kaitan dengan industri perniagaan internet anda. Ia memudahkan bakal pelawat web anda mengetahui  dan berminat untuk melihat laman web anda berulang kali, kerana nama domain yang dipilih dapat menambah minat untuk prospek anda mengetahui lebih mendalam apa yang anda ingin sampaikan.

Pemilihan Nama domain boleh berdasarkan 5 kaedah  yang berbeza:

1. Nama produk
2. Jenama bisnes
3. Nama peribadi
4. Nama bisnes
yang didaftarkan di SSM. 
5
. atau Guna ‘keyword’ yang  berkaitan.

Contoh:
www.irfankhairi.com -> nama peribadi
www.rahsiainternet.com -> jenama bisnes
www.myabadi.com -> nama syarikat/perniagaan

Selain itu, sebalik nama domain yang dipilih, Setelah ada idea yang jelas dan serius untuk membeli, sebaik-baiknya anda boleh dapatkan dengan membayar di mana-mana syarikat yang sah untuk perkhidmatan  menjual nama domain. Proses ini adalah untuk memastikan anda mendapatkan nama domain perniagaan internet pilihan anda.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

Idea nama domain

10 tip untuk capai impian perniagaan internet

Sedar ataupun tidak, kini kita di pertengahan 2013. Bagi mereka yang berazam untuk memulakan perniagaan Internet pada tahun2013, sudah terlaksana atau belum?

impian perniagaan internet

Kali ini, saya kongsikan10 tips untuk capai impian dalam bidang internet… masih belum terlewat untuk mencapai azam tahun ini!

  1. Menulis Impian anda : Sebaik-baiknya ulangi menulis impian anda dan jika nak lagi best boleh tulis pada whiteboard supaya anda jadikan sebagai rujukan walaupun anda baru bangun dari tidur.
  2. Jelas dengan impian yang dirancang : Mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya kecapi impian anda.
  3. Perniagaan internet yang ingin dijalankan : Buat permulaan,Tetapkan bidang/industri yang ingin diceburi, contohnya dalam bidang kesihatan
  4. Research: Mulakan mencari info berkenaan minat dan tumpuan orang ramai dalam industri yang kita pilih.
  5. Produk dan Perkhidmatan : Ambil berat pada dua perkara ini ketika anda research info
  6. Niche market: Beri fokus pada skop yang lebih kecil dalam bidang yang dipilih pada (tip no.3)
  7. Minat dan pengalaman : Satu kelebihan sekiranya anda berlatar belakangkan dari industri yang anda pilih. 
  8. Supplier : Hubungi syarikat yang dapat menyediakan produk ataupun perkhidmatan dalam industri yang anda ingin ceburi.
  9. Media sosial : Jadikan laman social yang wujud sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, kebiasaannya tidak dikenakan cas untuk pendaftaran.
  10. Pengiklanan : Kenalkan prospek dengan Mulakan pemasaran pada pengunjung internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara peiklanan.

Tip-tip yang dikongsi adalah asas perniagaan di internet dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk anda capai impian dalam bidang internet dengan mulakannya pada hari ini juga.  Teruskan melakukannya, untuk mengekalkan momentum untuk mencapai impian anda yang akan terhasil tidak lama lagi dalam bidang internet.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

Sekiranya anda inginkan bantuan tambahan, apa kata sertai kami di Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di Open University Malaysia! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Perniagaan anak muda – 7 cara berjaya

Ramai anak muda kini mula berjinak-jinak dalam perniagaan. Ada yang berjaya, tak kurang juga yang gagal. Berikut adalah beberapa peringatan khas bagi anak muda yang ingin berjaya dalam perniagaan.

  1. Kejujuran : Dalam konteks jujur amat penting dalam perniagaan, dari sini anda akan membina credibility anda pada usia yang muda lagi. 
  2. Masa : Kurangkan pembaziran masa pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Biasanya dalam usia muda ramai yang ingin dan ingin menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
  3. Pemilihan Kawan : Bukan sombong atau berlagak untuk memilih kawan, Cuma untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu biasakan diri berada dalam bulatan kawan yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun pada usia muda anda perlu biasakan diri bersama mereka yang memang dalam bidang yang anda ceburi, dari sini anda dapat kongsikan idea-idea perniagaan.
  4. Tujuan dalam perniagaan: Mengetahui dan jelas kenapa anda memilih untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
  5. Cabaran : Dalam setiap bidang yang diceburi ada cabaran dan dugaan, contohnya, jika anda melakukan perniagaan dirumah, cabaran yang akan anda hadapi adalah seronok tidur dan lewat bangun, biasakan diri dengan medisplinkan diri dengan menyediakan jadual bekerja anda dirumah.
  6. Kekuatan dan kelemahan : Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda dalam bidang yang anda ceburi dan yang mana yang kurang tu, boleh belajar dan bertanya pada orang yang arif dalam bidang itu. 
  7. Nilai-nilai murni: Bersopan-santun macam ni memang perlu digilap terutama melayan pelanggan, sebenarnya memang leceh nak layan pelanggan yang cerewet, sebenarnya pelanggan ingin mengetahui kepastian dan keyakinan pada perniagaan yang kita jalankan, sekali pelanggan kita suka, dia akan terus beli dan membeli dari perniagaan kita.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

 

memberi alasan

Artikel Kewangan: Masa untuk jadi KAYA – Bahagian 2

[Sambungan dari bahagaian 1]
Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Walaupun Lili menyimpan hanya RM400 sebulan, manakala kembarnya Didi menyimpan RM700 sebulan, oleh kerana Lili mula menyimpan 5 tahun lebih awal, jumlah yang dimiliki adalah lebih tinggi lagi apabila keduanya berumur 45 tahun walaupun simpanan bulanannya adalah jauh kurang.

Masa memainkan peranan yang amat penting dalam pulangan pelaburan. Lebih lama wang disimpan dan dibiarkan mengembang oleh pulangan pelaburan, kenaikannya akan menjadi mendadak. Konsep ini dikenali sebagai pulangan kompaun (compound returns).

time-is-money.jpg

Pastinya anda pernah dengar istilah “yang kaya semakin kaya” bukan? Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10% setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun. Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali pun!

Tidak kira, jutawan atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih baik untuk anda mulakan sekarang!