Dalam menjalankan perniagaan, tidak semestinya apa yang kita promosikan adalah apa yang membuatkan kita keuntungan yang maksima. Ini juga adalah strategi dalam perniagaan.

Sebagai contoh, kalau kita lihat iklan McDonalds, apa yang sering dipromosikan? BigMac kan?

Sebenarnya, bagi McDonalds, apa yang membuat keuntungan yang banyak adalah Fries & Minuman- dan bukannya BigMac.

Strategy ini adalah untuk anda mengetengahkan sesuatu yang menarik sebagai promosi. Dalam kes ini, BigMac yang besar dan kelihatan lazat….

Tetapi, dalam mendapat keuntungan yang maksima, adalah dengan menjual sesuatu yang mempunyai margin keuntungan besar dan permintaan tinggi! Dalam kes ini, fries & minuman.

BigMac menjadi daya penarik sahaja, walaupun orang tidak ramai yang beli, namun, keuntungan datang dari produk-produk lain (yang pastinya orang akan beli). Bagaimana anda dapat gunakan strategy ini dalam perniagaan Internet anda?

Saya juga menggunakan strategy ini untuk RahsiaInternet.com. sesiapa perasan? ;)

ps: Seminggu juga kita bercuti di Tip Satu Minit… ada yang masih lagi bercuti? :) Insyaallah esok, ada satu pelancaran produk Rahsia Internet baru! :) Tungguu… (tiada hadiah bagi yang teka betul)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?
  • Perniagaan Ummatan Wasatha
  • Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini
  • Perniagaan online, promosi offline?