Berani lantang bersuara

“Speak your mind!”

Dalam perniagaan (dan juga hidup) adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau pendapat kita. Sekiranya dalam meeting, atau perjumpaan, sesetngah daripada kita lebih suka berdiam sahaja dan tidak bercakap langsung.

Walaupun ada sesuatu hendak dikatakan, tetapi, biar sahaja terbuku di hati… simpan dalam 🙂

Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.

Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:

  1. Ketahui apa yang anda hendak cakap
  2. Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin
  3. Ketahui bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing

Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik- untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.

Masalahnya adalah apabila kita TIDAK berkata dan bercakap kerana TAKUT kena kritik! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

18 thoughts on “Berani lantang bersuara

  1. Lantang bersuara,tip yang baru di pelajari,tapi bagaimana pula nak berhentikan orang yg lantang bersuara tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk bersuara =)

  2. Assalamualaikum untuk anda semua.

    Bagi saya ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya ;

    1) Faktor asuhan yg diterima sewaktu kecil. Kita dididik untuk tidak “masuk campur urusan orang tua” sampai terbawa hingga umur dewasa.
    2) Takut. Takut tersilap, then kena balik kat “batang hidung” sendiri atau takut nanti mengecilkan hati orang lain.
    3) Malu atau segan nak luahkan pendapat sendiri. Nanti kena gelak pulak macam yg  IK tulis tadi dan tak bersedia menerima kritikan.
    4) Terlalu merendah diri. Fikir orang lain lebih bijak dari kita.

    Jadi, kita mulakan asuhan yang terbaik untuk generasi akan datang supaya berani memberi/menerima kritikan. Memberi/menerima kritikan itu pula biarlah kritikan yang membina.

  3. Assalamualaikum IK. Sepertimana yang dr.irfan katakan lantang bersuara tu adalah yang penting untuk kita bersuara dan menyuarakan pendapat untuk dikongsikan.

    Namun saya ada melihat beberapa orang disekeliling saya pandai bersuara dan memberi idea. Mereka ini saya lihat hanya mampu memberikan contoh dan tidak mampu menjadi contoh? Saya juga hairan melihat orang2 sebegini dan kadang kala orang lain melihat mereka seperti hanya pandai bercakap tetapi tidak melakukakannya dan tidak menjadi contoh membuat orang lain ketawa gelak kepada mereka?

    ”Perkongsian pengalaman dari sekeliling ”

  4. bagus juga tip hari ni.
    saya ni pemalu juga dan jarang lantang bersuara.Tetapi bidang yang saya ceburi membuatkan saya kena ubah sikap kepada seorang yang lantang dan bijak berkata-kata

    Tq irfan

  5. Salam,

    Memang setuju pada pendapat IK, tapi ada masanya kita kena menjadi pendengar yang baik contoh dalam laman Blog ni :).
    Ya mungkin persepsi dp Ms Sapiah ada betulnya dan masa menentukannya.
    Tapi tak semua orang boleh menerima kritikan, yg ada pun mungkin 20% daripada 100%, dan orang yang boleh menerima kritikan dan pendapat merupakan orang yang berjaya pada hari ini.

  6. Sometime utk memupuk kepimpinan dlm diri kita, kita harus memberanikan diri untuk memberi sebarang pendapat terutamanya dlm bidang perniagaan.

    Sikap mendiam diri & cuma memerhati tidak dapat memberikan apa2 kepada pembangunan diri kita.

    Tips dari IK ni sememangnya penting utk kita praktikkan. Thanks IK !!

  7. yes….thats correct…jangan takut untuk bercakap walaupun idea kite ntahapeape…
    yg penting kite speak out…..

  8. salam semua,
    bagi pendapat saya, untuk membolehkan kita bersuara dan memberi pendapat adalah bergantung kepada suasana dan keadaan tempat untuk kita bersuara. sebab tak ada gunanya kita bersuara sedangkan kita sudah mengetahui jawapannya.

    tidak bersuara langsung pun tak boleh juga tapi tidak terlalu lantang dek kerana nak menjaga hati orang lain.

    saya memberi pendapat berdasarkan apa yang berlaku pada saya sekarang ni. buat masa ni lebih baik saya berani bersuara tapi tidak lantang.
    terima kasih atas tunuk ajar yang diberi.

  9. kita seharusnya praktikkan tips ni.lantang bersuara.bukan ikut je.or alasan yg biasa kita dengar..”nak jaga hati orang”

    kalau kita buat benda yg betul,tak salah kalau kita lantang bersuara.

  10. Salam semua,

    Kalau compare dgn orang barat, mereka lebih lantang bersuara kalau dibandingkan dengan orang Asia terutama sekali di Malaysia. Melalui pengalaman saya berkerja dengan American & British, memang mereka ini lebih banyak lantang bercakap disebabkan cara mereka dibesarkan dimana mereka sejak kecil diasuh untuk berani bercakap. Bagi sesetengah dari kita, cara kita dibesarkan (sebagai contoh:kanak-kanak tidak dibenarkan bercakap banyak,dianggap kurang ajar) di menyebabkan kita takut untuk bercakap dikelayak ramai. Bukan nak salahkan ibu bapa kita, tapi beginilah caranya kebanyakan dari kita dibesarkan. Tapi sekarang, alhamduliah, perubahan mula berlaku dimana bukan sahaja kepada kanak-kanak tapi jugak peluang diberikan kepada orang dewasa untuk lebih lantang bercakap tapi kenalah bercakap mengenai perkara yang benar dan mempunyai pengetahuan dalam apa yang hendak dicakapkan itu. Janganlah pulak salah guna kelantangan untuk bercakap sehingga menyebabkan perbalahan antara kita.

    Sekadar berkongsi pengalaman.
    http://www.resumeweassist.com
    We can help you attain your career goals!

  11. lantang bukan kurang ajar,lihat ex-prime minister tun dr mahathir…dia lantang dan ramai yg respect dia…kita kena jadi macam tu lantang dan at the same time orang lain respect kita….

  12. Lagi satu, jika kita takut utk berhadapan dgn org. Kita tulis melalui blog idea kita tersebut. Taklah kita menanggung malu jika idea kita kurang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.