Pernah tengok tak cerita “You Don’t Mess With The Zohan”? Well, kali ni, versi lain pula: “You Don’t Mess With The Irfan” :)

Susulan kes mengenai SPAMMERS menggunakan nama saya dalam email mempromosikan skim buat duit di Internet…

Laporan kepada polis telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan. Dalam kes sebegini, pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.


Metro Ahad Hari ini 28hb Disember 2008. Page 2.

Berita terkini: Identiti dan maklumat peribadi seperti lokasi dan tempat pekerjaan pihak terbabit telah dikenalpasti. Tindakan akan dijalankan.

Pihak media juga mengambil berat kes ini, bagi yang membeli Metro Ahad hari ini, buka mukasurat 2. Bagi yang tak beli, klik di sini untuk versi online…

Berikut adalah antara sebab mengapa tindakan undang-undang mesti saya lakukan:-

  1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.
  2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.
  3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
  4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan korporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
  5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
  6. Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
  7. Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
  8. Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!

Perkara sebegini telah terjadi pada saya sejak tahun 2005 lagi dan setiap kali ia terjadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

Nanti, insyaallah saya akan jelaskan di sini kepada anda bagaimana hendak melakukan tindakan undang-undang sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi pada anda pula. Tak kiralah sama ada nama digunakan, orang ciplak ebook anda, or orang lakukan fitnah keatas anda di Internet. Semua ini adalah penting untuk melindungi kredibiliti sesiapa sahaja terutamanya dalam bidang perniagaan.


Biarlah ini menjadi amaran bukan sahaja kepada mereka yang saja ingin mengambil kesempatan atas nama saya sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang mengendalikan tipu helah di Internet. Jangan fikirkan pihak berkuasa tidak dapat mencari anda.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

DON’T MESS WITH THE IRFAN :)

ps: Apa pendapat anda mengenai tindakan undang-undang ini

pps: Sesiapa yang mendapat email spam yang menggunakan nama saya, kalau masih tersimpan dalam trash/spam/inbox masing-masing, boleh forwardkan kepada info@rahsiainternet.com  :)
ppps: Sekiranya anda mempunyai blog, tersangat dialu-alukan untuk anda link ke posting ini supaya lebih ramai akan tahu apa akan terjadi dan akibatnya sekiranya menyalahgunakan Internet! :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Sabar + Redha = Hikmah! :)
  • Email SPAM menggunakan nama “Irfan Khairi”
  • Apa itu perlesenan (licensing)? Bahagian II
  • Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional