Thu 6 Dec 2007
Berita baik bagi anda yang sering terlepas program bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” oleh kerana waktu siaran yang tidak sesuai (Khamis pukul 3 petang)…
Kini “JUTAWAN!” telah mendapat slot PRIME TIME baru iaitu setiap JUMAAT pukul 8 malam!
Jadi, bagi anda yang terlepas, jangan risau lagi oleh kerana, JUTAWAN kini akan keudara setiap JUMAAT 8 malam. So, tiada lagi alasan untuk lepaskan
Special untuk anda yang terlepas siaran-siaran yang lalu, malam ini akan disiarkan sedutan ulangan “The Best of Jutawan” daripada 3 ikon jutawan- Jurulatih Jutawan, Azizi Ali! Jutawan MLM, Dato Dr Azman Chin! dan juga Jutawan yang pernah gagal, Billi Lim!
Mulai minggu ini, “JUTAWAN!” tidak lagi disiarkan pada hari Khamis 3 petang, tetapi JUMAAT 8 malam… hari ini adalah hari pertama siaran.

Setiap Jumaat | 8.00pm | Radio24 | 93.9FM
Tip hari ini, sedikit berkaitan dengan berita diatas…
Ketika pengiklanan di media cetak atau media siaran, dapatkan “PRIME TIME” (waktu terbaik) atau “PRIME SPOT” (tempat terbaik) untuk iklan anda.
- Prime time di TV adalah waktu malam (waktu orang ramai di rumah). Prime time radio adalah pagi, petang dan malam (waktu orang ramai dalam kereta dan di rumah).
- Majalah dan surat khabar pula menggunakan PRIME SPOT… ia merujuk kepada muka pertama (kulit) di hadapan belah dalam majalah dan juga muka terakhir majalah. Bagi akhbar pula, iklan yang diletakkan di mukasurat pertama.
- Pengiklanan Perniagaan Internet ada tak Prime spot? Sudah tentu… banner yang terletak di bahagian atas sekali adalah Prime spot bagi perniagaan Internet
Jangan lepaskan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” bermula malam ini di PRIME TIME, Radio24 (93.9FM) atau secara streaming di www.radio24.com.my 8.00mlm setiap Jumaat!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 7th, 2007 at 9:12 am
mesti tengok!
December 7th, 2007 at 10:05 am
Salam Terima kasih banyak2. Saya mesti mendengar malam nii, tak kira macam mana sekali pun.
December 7th, 2007 at 10:09 am
Setuju dengan Memang benar banner yang terletak di bahagian atas di dalam perniagaan internet adalah “prime spot”.
Ternyata hasil dari iklan yang diletakkan dibahagian atas memberikan pulangan yang lebih!
December 7th, 2007 at 10:25 am
Baguslah dah tukar waktu siaran….memang takde alasan lagi tak dengar… tak sabar nak dengar siri jutawan lagi..
December 7th, 2007 at 10:40 am
waktu yang sesuai….wajib tengok tu..
December 7th, 2007 at 1:49 pm
Salam
Wah bestnya gambar kat konti tu… bila agaknya saya nak sampai dalam konti.. teringat zaman2 berDJ dolu
erm waktu ditukar tu memang bagus! saya dah simpan dalam phone sebab mesti dengar…
thanks Irfan untuk pengumuman ni
December 7th, 2007 at 3:02 pm
terima kasih atas makluman
December 7th, 2007 at 9:18 pm
wah dapat ulang dengar yang hari tu punya sedutan. refresh smula
best2 ..
December 8th, 2007 at 7:23 am
Salam
Teruja saya smlm dapat dengar suara jutawan.
Berbaloi saya berlari balik rumah..
The most important tips yang saya dapat..
Thanks Irfan
December 8th, 2007 at 11:46 am
slmt pg ,
saya nak tanya sikit.
knp kadang2 saya buka boleh dan kadang2 tak boleh…
bandwith tak cukup ke?
ke mslh apa?
han
December 8th, 2007 at 4:12 pm
Han, guna firefox atau ie? kalau guna firefox, saya pun tak dapat.. cuba guna IE..insyaALLAH stream laju
December 8th, 2007 at 5:40 pm
Thanks atas makluman
Macam ni baru lah senang saya nak mengikuti program ini bila masa diubah ke 8mlm.
Saya doakan program ni akan menjadi program yang terbaik di Malaysia
December 9th, 2007 at 10:10 pm
dr irfan,
kenapa eh sidebar blog ni dah terturun ke bawah? dan ada entri-entri terdahulu tulisannya jadi center. hurm..
December 10th, 2007 at 7:51 am
han> selain dari browser, bergantung pada server di bernama… kadang2 terlalu ramai yang masuk, so, tak dapat tampung.
wawA> saya tengok ok je… hmmm, siapa ada masalah sama spt wawa?
December 11th, 2007 at 9:59 pm
mungkin satu hari saudara berpeluang mengendalikan “talk show” sendiri.. pasti akan mendapat sambutan..