Mindset Kerja Dari Rumah

Memulakan perniagaan dan kerja dari rumah bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yang dijalankan.

kerja-dari-rumah

[PENGUMUMAN: Ingin kerja dari rumah? Mulakan perniagaan Internet anda sendiri bersama kami di OpenEdu.com.my. Program 6 bulan separuh masa bersama Pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi]

Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kitaΒ  untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

  1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk mendapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.
  2. Kerja dari rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik!Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! πŸ˜‰
  3. Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.

Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak kerja di rumah bersama keluarga tercinta!

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Mindset Kerja Dari Rumah

  1. Terima kasih atas penerangan tentang pengurusan masa dan perancangan jadual. Saya bersetuju memang tanpa disiplin dan minat tegar dalam perniaggan kita mungkin akan gulung tikar… oleh itu kita perlu mengambil pelbagai langkah betul.

  2. Saya dh buat bisnes kat rumah lebih kurg setahun lebih. Cabaran paling besar apabila parent tak percaya duduk rumah pun boleh masuk duit. Huhu

  3. Memang banyak dugaannya bila kerja dari rumah. Takkan ada sesiapa yang akan memotivasi bila usaha kita gagal. Daya survival kena betul2 tinggi.

  4. Saya amat bersetuju dengan pendapat Saudara Irfan Khairi.

    Sebagai seorang penasihat kewangan yang berkerja sendiri, disiplin yang tinggi amatlah diperlukan…

    Saya akan menyediakan jadual harian, bagi minggu yang akan datang, pada setiap hujung minggu. Saya harus memastikan bahawa, jadual harian saya dipenuhi dengan temujanji dengan pelanggan, dan sedikit masa terluang untuk beriadah dengan keluarga.

    Masa itu emas, dan setiap masa harus diisikan dengan kegiatan yang berfaedah… πŸ™‚

  5. Saya tak berapa selesa tengok ilustrasi yang digunakan oleh Dr Irfan. Seorang model Asing yang menggunakan KASUT di dalam rumah dan menjalankan bines dari laptop. Warna semua ok. Budaya yang bertentangan dengan falsafah timur. Tolong peka dan kreatif memilih imej yang sesuai bagi tajuk. kan ramai MOdel Malaysia yang boleh digunting dan majalah atau copy paste jer kat “G”

  6. saya juga bekerja dari rumah, dan pada awalnya memang susah nak mendisiplinkan diri, tapi alhamdulillah kalau kita ada misi dan matlamat, insyaAllah boleh berubah menjadi lebih disiplin

  7. sy berminat nak mulakan perniagaan sendiri,,,tp sy xtau lgsung dari mane nak mulakan…tlong la sy

  8. saya seperti eby dan peja…berminat dgn biz begini tapi tak tahu bagaimana nk mulakan. Boleh ajarkan. 10Q

  9. Saya mmg brmnt dlm peniagaan internet tp Blum ckup ilmu utk berkecipung dlm dunia peniagaan trsbt. Artikal dari pakar Irfan Khairi adlh sgt beharga utk dikgsi.

  10. Saya sangat setuju dgn apa yg dikata oleh IK.. Sebenarnya apa pun yg kita buat tidak seperti apa yg kita fikir. Tp berkat usaha InsyaAllah pasti akan berjaya.. πŸ˜‰

  11. Betul kata ik tu… Bukan sahaja katil yg memanggil, macam2 lagi, anak panggil , suami panggil hehehe… Anyway if kita dah berazam nak buat betul-betul, takkan jadi seperti angan-angan mat jenin.. maka jadual spt yg ik ckp tu mmg akan bantu kita untuk berjaya dlm perniagaan online…. No more excuse… Thank ik coz keep remind us… My sifu, my idol…

Leave a Reply

Your email address will not be published.