Tue 11 Dec 2007
Sebab sibuk, tak sedar lak dah lama tak letakkan tip kewangan daripada “Wanita & Wang” di Astro Awani! Macam mana lah boleh terlepas pandang
…
Tip Kewangan dari WW (walaupun hari ni bukan hari Khamis), khas untuk anda yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takde duit yang dijimatkan.
Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…
Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…
50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.
Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…
Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi
![]()
Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.
Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB ;)
ps: Tip ni saya beri ketika episod “Bujang Tak Berduit”. Khas untuk anda yang bujang trang-tang-tang & sedang berjimat untuk berkahwin!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 11th, 2007 at 4:43 pm
tips yg bagus.. sy nk applykan lah mulai hari ni gak
tahnks !
December 11th, 2007 at 7:40 pm
wow…
tak pernah terpikir idea ni..
memang best!!! sy akan cuba amalkan
December 11th, 2007 at 7:40 pm
Menarik tips ni. Nak cuba lah.
December 11th, 2007 at 9:53 pm
ianya juga boleh membantu peniaga2 kecil yang sentiasa memerlukan syiling yang banyak..
December 11th, 2007 at 11:21 pm
sikit2….lame2 jadi bukit ni…heheh
December 12th, 2007 at 8:18 am
Actually saya salah seorang yang dah lama mengamalkan tips ini. Dah bertahun dah.. Kesannya memang “best” sebab kat rumah saya lebih dari 3 balang duit syilling saya simpan.. hehehhe…
Yang best saya selalu tukar dengan akak cafe kedai makan kat ofis (bab-bab syilling ni diorng confirm nak) sebab kalau nak simpan kat bank (contoh bsn) kena pending 3 hari baru clear dalam akaun… mcm cek plak..
lepas dpt duit tukar tu, barulah saya masuk dlm bank.. memang berbaloi.. hari2 kira syilling… heheheh.. seronok beb..
December 12th, 2007 at 8:24 am
Memang dah lama praktik benda nie. Memang berlambak2 duit syiling. Yang paling banyak duit 1sen dgn 5sen. he he he…
December 12th, 2007 at 9:16 am
Tip yang memang practical sebab saya dah cuba.. end of the month buka tabung dah ada +-100.00.
Boleh tak tambah aplikasi kat end of tip boleh email kat orang tip tu..maybe boleh buat koleksi.Sorry kalau dah ada tapi tak perasan kat mana?
December 12th, 2007 at 9:23 am
Salam & Kawan2
Betul tu Telah diamalkan, balik kerja, selepas belanja minum pagi, makan tengahari di Ofis atau bayar parking kalau ada duit syiling lebih terus masuk tabung khas kat ruang tamu. Anak pun minta izin simpan kat tabung dia pulak sikit-sikit. Sedar tak sedar, lama-lama banyak pulak yang anak simpan lebihan duit syiling yang kita belanja.
December 12th, 2007 at 9:33 am
Sedar tak sedar, ianya merupakan salah satu cabang menyimpan wang.
December 12th, 2007 at 10:08 am
JUTAWAN SYILING?
Saya juga mengamalkan cara menyimpan dengan duit syiling. Di rumah saya sediakan tabung. Duit syiling lebihan belanja setiap hari saya akan berikan kepada anak. Saya pastikan duit syiling tadi anak-anak simpan dalam tabung yang saya sediakan
Sekarang ini bila balik dari office saja, anak-anak akan tanya, ” Abah ada duit syiling? kami nak simpan dalam tabung”
December 12th, 2007 at 10:40 am
Bagus cara ni. Kalau dilatih dan selalu buat, akan jadi satu tabiat … terus tertanam di ‘minda bawah sedar’ kita.
December 12th, 2007 at 11:18 am
saya dah apply tips ini sejak 2 tahun lalu.. memang sedar tak sedar.. satu tin biskut penuh dengan duit syiling..
December 12th, 2007 at 12:08 pm
Salam Sifu dan Sahabat Semua,
Saya dah buat sejak awal 2006. Tapi tabung tak penuh-penuh. Rupanya wife saya guna untuk buat duit belanja anak sekolah. Hehehe..Puncanya sebab tabung saya, hanya bekas air coke tu je dan letak atas meja. Lain kali kena simpan elok2 ditempat tersembunyi. Hehehe…
Tapi ia memang praktikal. Cayalahh!
Hayat Nazir
December 12th, 2007 at 12:19 pm
Memang best simpan duit dalam tabung..tambah pulak tabung yang tak boleh nak buka. Bila dah penuh kena pecahkan…lepas tu baru adventure kira duit….hehe…
December 12th, 2007 at 1:19 pm
Hi semua.
tip mudah, tapi maut! ini adalah antara konsep pengurusan kewangan peribadi yang amat menarik dan berkesan! resepinya: sedikit-sedikit, lama-lama boleh masuk ke akaun simpanan!
selain itu juga, duit syiling ini dapat juga digunakan untuk membayar parking, ketika menggunakan puclic telefon, atau mesin-mesin yang memerlukan penggunaan duit syiling. oh ya, mesin minuman bergas juga!
amalkan rakan-rakan! pasti tiada apa pun yang rugi!
PS: jangan sesekali memandang enteng dengan hal ini, adanya syiling adalah amat berguna. pernah satu ketika saya kehabisan kredit telefon, terpaksa menggunakan public telefon, dan, saya tiada syiling langsung! sekarang, saya menggunakan pascabayar. tiada masalah lagi, heheh…
PPS: Sifu Irfan, boleh saya gunakan artikel ini untuk tatapan bersama rakan-rakan di laman blog saya? blog saya adalah memfokuskan akan hal WANG dan BISNES. bertepatan dengan isu kali ini.
PPPS: COACH Azizi pernah berpesan, jika sesuatu yang mudah itu adalah yang terbaik, tiada sebab untuk kita tidak melakukannya.
= www.AzamWahid.wordpress.com =
December 12th, 2007 at 4:03 pm
Waduh… ramai sungguh jutawan syiling yang sama minat dengan jutawan internet. (Menabung duit syiling)
Kaedah simpan duit syiling ni sebenarnya dah lama diamalkan oleh orang tua kita. Setiap kali dapat duit gaji atau duit upah, paling tidak 5 sen mesti masuk dalam tabung buluh atau tabung ayam - setiap hari kalau boleh.
Tapi kita, di zaman internet pula setiap kali keluar kad kredit baru, berebut yang mohon…
Cuba lihat, anak-anak zaman kini kalau diberi duit belanja atau dapat banyak duit raya… habis dibelanjakan (jika ibu bapa leka dan tak ambil tahu)
Sungguh bertepatan tips ini diberi perhatian oleh Irfan kerana amalan menabung amat bermanfaat dan mendidik siasah diri sebenarnya .
December 12th, 2007 at 4:31 pm
Saya cukup setuju dengan cara ini kerana saya telah aplikasinya selapas saya pegi seminar “millionare path” tempohari cara yang lain pula yang boleh anda buat siapkan satu tabung disebelah tempat tidur anda. Setiap pagi sebaik anda bangun isikan tabung tadi dengan duit berapa yang anda masukkan bukan ukuran yang penting anda masukkan setiap hari, supaya ianya dapat dijadikan habit. Ajak isteri atau anak lakukan perkara yang sama.
p/s : Oh ya anda boleh namakan tabung itu “Financial Freedom” dan duit itu anda tidak kan gunakan untuk tujuaan lain.
December 13th, 2007 at 11:01 am
kadang2 kita harus memikirkan untuk memudahkan para peniaga bagi membalikkan duit. soal simpanan syiling @ kertas bukan menjadi soal pokok untuk menyimpan tetapi di mulakan dengan sedikit demi sedikit …
misal contoh harga majalah RM5.60, untuk memudahkan para peniaga kita sediakanlah wang kecil dan cube membantu para peniaga untuk memudahkan untuk memulangkan wang baki…
bukan tidak boleh di praktikkan … tetapi ianya harus berterusan pada perkara pokok iaitu berbelanja apa yang perlu dan bukan ade duit syiling harus menyimpan …
titipkan dalam diri sebenarnya untuk menyimpan atas jaminan mase hadapan … barulah soal kekurangan duit @ tidak ade duit menjadi persoalan …
amalkan sikap berpada2… jangan ikut nafsu untuk berbelanja … kita bukan nak hidup sehari dua … tetapi terutamanya anak-anak kita nanti …
renung2kan la yerk dan selamat beramal…
December 13th, 2007 at 12:01 pm
Jutawan syiling? Hehe. Bolehla. Kekadang dapatlah dalam RM50 setiap bulan. Adik aku kemas bilik semalam. Dia dok bising jumpa duit syiling bersepah2. Habis penuh tabung aku..Dia suruh kasi pecah sebab memang takleh bukak. Aiya..kene pecah ke tabung kalau dah penuh? atau beli tabung baru??
December 13th, 2007 at 7:49 pm
Mai, apabila cakap-cakap akan budak-budak beraya ni, terfikir pula saya. kalau dulu, syiling masih ada ertinya lagi. masih diterima. tapi, sekarang, kalau diberi syiling, enteng dipandangnya…
taza, boleh saya tahu sedikit sebanyak tentang hal-hal seminar ‘millionaire path’ tu? tajuknya menarik la…
saya bersetuju dengan MOFAN AD. dalam hal pengurusan kewangan, antara konsep terpenting adalah, bijak menyimpan dan bijak berbelanja. rahsia ‘4 step’ bijak berbelanja COACH Azizi Ali amatlah berkesan jika diamalkan sebaiknya. the bottom line is, ada perancangan. jangan ‘rajakan’ kehendak dan nafsu. kelak, ia akan ‘hambakan’ kita pula!
December 15th, 2007 at 6:46 pm
Cadangan seperti ini, memang dah lama saya lakukan.. Tabung pun da tak muat lagi nak masukkan duit.
December 16th, 2007 at 3:34 pm
tips yg menarik..
patut cuba..:)
December 17th, 2007 at 8:32 am
heheh
tips ni sy dah amalkan..
memang tak perasan…
tahu- tahu jer dah penuh…
sy lebih suka simpan di bekas yang lutsinar
sebab rasa tak sabar-sabar nak penuhkan.
December 18th, 2007 at 12:30 pm
tak pernah penuh tabuung walaupun dah setahun menyimpan maybe bocor lapisan bawahnya!!!
February 12th, 2008 at 2:42 pm
Dah biasa saya amalkan cam tips bagi..mase study penah kumpul syiling.. sampai RM100 4 one semester..skang pun masih amalkan..hehe.Thanks
February 17th, 2008 at 10:01 pm
x sangka saya…
memang saya sudah lama buat cara ni…
memang sangat berguna time2 bajet lari…
tiba2 tengok ada lg duit ku tabung…
memang bagus anda leh kongsikan kat sini…hehe
www.rindok.com
February 19th, 2008 at 2:25 pm
Saya memang sudah lama mengamalkan konsep menyimpan syiling ini. Setiap hari duit syiling yang berbaki saya bahagikan sama rata kepada 4 orang anak saya dan saya suruh mereka masukkan ke dalam tabung masing-masing. Semuanya seronok menyimpan dan sentiasa tertunggu-tunggu kepulangan saya. Secara tidak langsung menerapkan sikap berjimat cermat di dalam diri mereka.
February 20th, 2008 at 11:21 am
emm…cr yg bgus….tp kdg2 klu dh ’sesak’ sngt terpakai jugak duit syilig tu….hehe
February 20th, 2008 at 3:25 pm
Bagusnya tip ni! Saya pernah cuba cara ni, ada sekali tu tengah sesak, dapat juga bayar sewa rumah. Terkejut kerani bank tu, bila saya hulur syiling dekat seratus ringgit. Alhamdulillah, lepas juga bayar sewa rumah bulan tu.
February 29th, 2008 at 11:58 am
Dah lama laksanakan…dapat saved RM150 setahun n disimpan dalam akaun yg khas…
March 12th, 2008 at 12:35 pm
emmmmm.sy baru jer amalkan cara ni…….sunggunh senang dan mengembirakan saya pada hujung bulan
April 19th, 2008 at 8:31 pm
saya ni lain sikit,kalau bawak duit syiling mesti dua atau tiga beg.juruwang kat bank misti muka asam.tauke tel awam. faham faham je lah
August 27th, 2008 at 11:17 pm
Selalunya duit syiling lebih2 belanja, saya letakkan atas meja dalam bilik tidor, hilang entah kemana…aleh2 baru-baru saya dapat tau isteri saya keluarkan,hampir 30 biji tabung simpanannya untuk dikira! barulah saya tau ceritanya.