Duit sen vs duit kertas

Sebab sibuk, tak sedar lak dah lama tak letakkan tip kewangan daripada “Wanita & Wang” di Astro Awani! Macam mana lah boleh terlepas pandang :)…

Tip Kewangan dari WW (walaupun hari ni bukan hari Khamis), khas untuk anda yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takde duit yang dijimatkan.

Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…

Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…

50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…

Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi 🙂

Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.

Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB 😉

ps: Tip ni saya beri ketika episod “Bujang Tak Berduit”. Khas untuk anda yang bujang trang-tang-tang & sedang berjimat untuk berkahwin! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

53 thoughts on “Duit sen vs duit kertas

  1. salam…
    saya mmg dah lama guna kaedah ini. setiap sen yang ada pada saya dan suami saya masukkan dalam tabung anak-anak. skarang ni, simpanan asb anak-anak saya hasil simpanan duit syiling.Setiap bulan bila dikira syiling ni cecah rm 200 ke Rm300 sebulan. apa tidaknya saya pantang jumpa syiling…ada jer terus masuk dalam tabung.kalau tak ada satu sen masakan ada sepuluh sen…..

  2. Terima kasih Irfan Khairi, tip ini antara tip yg paling sya suka. Tabungan syiling setahun sya masukkan dlm akaun anak, dptlah dlm rm400-500 setahun.. Alhamdulillah, mmg berbaloi..

    Sya hanya bergaji kecik, bg yg berduit rasanya boleh menabung lg byk syiling.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.