Monthly Archives: February 2007

Teknik mendampingi mereka yang hebat!

Ramai yang tertarik dengan topik semalam, jadi saya lanjutkan lagi hari ini.

Ada yang bertanya, bagaimana hendak mendampingi mereka yang hebat? Perlu jadi hebat juga kemudian baru boleh dampingi mereka yang hebat?

Tidak sama sekali…

dato.jpgBeberapa hari lepas saya berpeluang bersama ahli perniagaan & multi-millionaire, Dato’ Ghazali. Sememangnya, Dato’ Ghazali lebih hebat dari saya sebagai seorang tycoon Melayu yang disegani dan beliau juga sering menasihat perdana menteri (Tun & Pak Lah) dalam hal ehwal ekonomi.

Bila bersamanya, dapat berbual selama hampir 2 jam one-on-one sehingga 12 tengah malam!. Dalam ketika itu, terlalu banyak yang saya pelajari- sambil bersembang saya menulis nota dalam buku nota. Macam reporter pula jadinya 🙂

Mendampingi mereka yang hebat, walaupun dalam sedikit masa, macam-macam yang boleh dipelajar- sekiranya kita membenarkan diri kita pelajari dari perbincangan. Ramai yang bersembang, tetapi tidak mendapat apa-apa yang manfaat. Saya sebaliknya, mendapat 3 muka surat nota bertulis!

Jangan malu menulis nota depan mereka yang hebat oleh kerana kalau tak tulis, anda akan lupa segala points penting.

Dalam masa hampir 2 jam itu, berbagai-bagai informasi & pengalaman saya perolehi. Mungkin bertahun-tahun saya dapat menjimat masa mencari ilmu tersebut sendiri. Sudah pastinya, selepas berbincang, berbagai-bagai idea saya mula implementasikan untuk melipatkali gandakan pendapatan!

Jadi, bagaimana saya melakukannya?

Jawapannya adalah… KOMUNIKASI EFEKTIF! Cara anda berkomunikasi akan menggambarkan personaliti anda. Pelajari cara komunikasi yang efektif untuk anda mendampingi mereka yang hebat. Komunikasi, bukan sekadar bercakap sahaja, tetapi, komunikasi termasuk juga ekspresi & persembahan (apa yang kita pakai).

Saya mendalami ilmu komunikasi untuk menambahkan lagi network saya, mendampingi mereka yang hebat supaya dapat memperluaskan perniagaan. Asal usul saya, seorang yang pendiam/pemalu… kini masih lagi! 🙂 tetapi, dengan ilmu komunikasi efektif yang betul, kita dapat mendampingi sesiapa sahaja untuk meluaskan lagi jaringan kenalan kita sehingga ke mereka yang hebat-hebat belaka!

logonizalbig.gifUntuk mempelajari Komunikasi Efektif, saya menjemput anda ke Program Nizal Talk! kelolaan Nizal Mohammad (personaliti TV3). Nizal adalah mentor saya dalam bidang komunikasi dan modul yang di ajarnya kepada saya secara peribadi, telah dijadikan program 1 hari untuk manfaat anda bersama.

Komuniaksi efektif amat penting. Secara peribadi, saya melihat mengapa perniagaan bumiputera gagal serta ramai bumiputera menganggur, adalah kelemahan dalam komunikasi efektif.

Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…

Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat, anda juga akan menjadi hebat. Sekiranya anda merasakan diri anda tidak maju, mungkin juga ia kerana bulatan kenalan yang anda sering sertai tidak membawa anda kehadapan.

Dalam erti kata lain, kenalan yang anda sering bersama, tidak mempunyai visi dan matlamat seperti anda. Oleh itu, anda sendiri tidak dapat sama-sama majukan diri.

85% kejayaan bergantung kepada mereka disekeliling anda. Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat, mempunyai visi dan matlamat. Anda juga akan turut dimotivasikan untuk ke depan.

Beberapa hari lalu, amat berterima kasih kerana dapat bersama beberapa pemuda hebat Malaysia. Antaranya, Yusry KRU, Dr Fazley & Ashraf Sinclair.

4peeps.jpg
Saya, Dr. Fazley, Yusry KRU & Ashraf Sinclair

Yusry KRU young & successful. Director kepada KRU Berhad yang mempunyai turnover RM40juta. Baru-baru ini Cicak-man mendapat >RM 5juta. Very creative and well read. Vision & passionnya memang memberikan inspirasi.  Yusry juga kini sering memberi talk mengenai Computer Graphics/Animation di serata Malaysia. Kelakar & down to earth Yusry ni sebenarnya.

Dr Fazley, ramai yang tidak tahu selain menyanyi, berlakon & motivator AF, Fazley juga usahawan berjaya. Director of Putra World Trade Center, mempunyai sebuah syarikat pembinaan tak lupa juga kolejnya (Fazley College) sendiri. Matlamatnya adalah untuk membina Universiti di bawah namanya sendiri khas untuk mereka yang tidak mampu melanjutkan pelajaran. Very noble, and Fazley has my 100% support!

Juga, Fazley akan memulakan perniagaan Internet dibawah syarikatnya menjual kosmetik halal & sebuah produk baru untuk menajamkan minda. Bahagian ini, saya minta komuniti Internet Malaysia untuk memberi sokongan oleh kerana menggalakkan lebih banyak perniagaan Internet bertaraf antarabangsa di Malaysia. Ini akan menambahan lagi keyakinan masyarakat Malaysia dalam perniagaan Internet. So, kita support Dr. Fazley.

Congrats to Fazley mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Inai pun belum hilang merahnya 🙂

Ashraf Sinclair, selain menjadi host & pelakon (Gol & Gincu), very charismatic and hebat bahagian appearance & imej. Sering diundang menjadi speaker mengenai imej dan pembawaan diri di Malaysia dan juga di luar negara. Ashraf juga dalam perancangan memulakan perniagaan Internet. Keyakinan diri pada Ashraf, memang susah ditandingi. Jangan lupa, keyakinan diri adalah faktor #1 dalam kejayaan!

Dapat bersama mereka bertukar fikiran memotivasikan diri saya sendiri. Berbagai idea perniagaan baru saya dapat dengan hanya bersembang dengan mereka.

Insyaallah bulan ini saya akan ke studio rakaman KRU untuk menjalankan rakaman produk terbaru. Takkan saya menyanyi kut? 🙂

Perancangan Academy Ecommerce (ingat tak saya pernah sebut tahun lepas), semakin jelas dengan melihat idea2 Dr Fazley oleh kerana Fazley juga memiliki kolej antarabangsa sendiri!

Imej saya juga boleh diperbaiki dengan bantuan Ashraf!

Fikir sejenak. Adakah kenalan disekeliling kita tidak menggerakkan kita ke hadapan? Bukan bermaksud untuk tinggalkan kenalan kini (semestinya bukan!), tetapi untuk anda menambah kenalan lain untuk membuka minda anda sendiri.

Beranikan diri keluar dari bulatan kenalan anda dan bina bulatan kenalan yang baru sebagai tambahan. Jangan lupa 85% kejayaan anda bergantung kepada mereka disekeliling anda.

Sebagai latihan, apa kata minggu ini anda dapatkan kenalan baru yang mempunyai misi & visi seperti anda!

ps: Workshop Jutawan Internet, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop

Lagi-lagi mengenai harga :)

Meletakkan harga adalah topik yang jarang di sentuh. Jadi, kali ini, satu lagi tip mengenai meletakkan harga. 

Untuk anda mendapatkan gambaran mengenai harga, berikut adalah cara mark-up yang biasa dilakukan dalam sesebuah perniagaan.

Pengilang mark-up harganya pada 15% daripada kos

Pemborong mark-up harganya 20% daripada kos

Penjual mark-up harganya 40% daripada kos

Penjual meletakkan mark-up 40% oleh kerana mereka adalah yang paling hampir dengan pembeli dan memerlukan perkhidmatan yang lebih untuk memenangi pembeli.

ps: Nota di atas khas untuk barangan melalui pengilang, namun, mark-up bergantung kepada produk juga.