All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Skema perancangan

“If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe!” ~Abraham Lincoln

“Before everything else, getting ready is the secret of success” ~ Henry Ford

“When schemes are laid in advance, it is surprising how often circumstances fit in with them” ~Sir William Olser

Berhenti seketika, anda sering membaca Tip Satu Minit, tetapi adakah anda melakukan perkara yang paling penting sekali dalam mencapai kejayaan?

skema.gifDi hadapan meja kerja saya ada sekeping kertas yang mengandungi segala perancangan saya tahun ini – berapa product baru yang akan dicipta, berapa kursus baru yang akan dijalankan, peluang perniagaan industri lain, pelan mengembangkan syarikat dan sebagainya.

Satu skema perancangan telah dirancangkan sejak awal lagi, dan setiap hari, saya akan berusaha mencapai segalanya.

Ambil sekeping kertas, dan sediakan skema perancangan anda untuk tahun ini. Siapa yang belum melakukan latihan ini, adalah dalam kerugian!

ps: Bagi mereka yang tidak tahu melakukan skema perancangan, ini adalah contoh gambarajah skema tersebut. Seperti flow chart sahaja.

Outsider’s Edge – kejayaan mereka yang tersisih

outsider.jpgSaya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

ps: Klik di sini sekiranya anda ingin menyertai Workshop Jutawan Internet.

Network berguna vs Network kurang berguna

Kita sedia tahu networking tu penting dalam perniagaan kan?

Lagi ramai kita kenali, lagi besar network kita… maka lagi besar peluang kita mendapatkan bantuan bila perlu dari segi network perniagaan.

Namun begitu, mentor saya pesan…

Irfan, network besar pun tak guna… apa yang penting adalah kualiti network kita

Sememangnya benar. Tak kira la kalau kita ni pandai berkawan, dan punyai ramai kawan, tetapi, tak semestinya ia adalah baik untuk perniagaan kita. Bak kata orang, kawan yang gelak ketawa mudah di cari. Tetapi kawan menangis susah (lebih kurang) 😉

Samalah juga dalam network perniagaan, dimana kebanyakan network kita, sebenarnya kurang berguna.

Kalau diikutkan undang-undang Pereto 80/20 rule, ini bermakna, kalau kita ada 10 kenalan dalam network perniagaan kita, sebenarnya 2 yang paling berguna sekali. Kalau kita ada 100 kenalan network perniagaan, maka, 20 network kita yang sangat-sangat berguna!

Oleh itu:

  1. Tambahkan lebih ramai networking dalam perniagaan anda. 100… 200… 300… kerana 80% daripadanya besar kemungkinan tidak dapat membantu kita. Hanya 20% yang berkualiti dan dapat sama-sama membangunkan perniagaan
  2. Kaji senarai network/kenalan perniagaan anda. Ambil kertas dan tulis nama mereka dan industri mereka. Bulatkan mereka yang anda rasakan dalam 20% yang dapat membantu anda. Senaraikan apa yang mungkin mereka boleh membantu anda dan anda boleh membantu mereka. Fikirkan win-win situation.
  3. Lakukan apa yang ANDA BOLEH BANTU MEREKA terlebih dahulu! Bukan tunggu, atau minta mereka bantu anda. Anda yang perlu ambil langkah pertama

Networking adalah strategi perniagaan. Apabila bercakap tentang strategi, perlu mempunyai planning. Dan planning yang terbaik adalah dengan anda duduk & tuliskannya di atas kertas supaya anda dapat bezakan antara network berguna & network kurang berguna…

ps: Jangan pula write-off atau abaikan network yang kurang berguna, kerana, mungkin secara direct mereka tak dapat memabntu anda… tetapi, network atau kenalan kepada mereka dapat membantu anda pula! Nama pun networking so, kena fikir 2-3 level 😉

Kalau tak buat… berdosa

Sedikit posting santai hari ni, nak kongsikan kisah saya & kenalan saya yang tak asing (bukan makhluk asing) Abang Abu. Kalau anda sering mengikuti blog ni, pastinya anda kenal dah dengan Abang Abu terutamanya yang menyertai konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan bulan lepas.


Saya & Abang Abu di Jom Heboh 2009

Saya & Abang Abu dah kenal lama dah…  hampir 3 tahun. Abang Abu juga adalah business partner saya di Singapura. Setiap kali berjumpa, pastinya kami kongsikan idea-idea perniagaan dan strategi perniagaan. Abang Abu memang saya respect sebab banyak idea-idea yang kreatif dihasilkannya seperti Simpan Challenge.

Satu quote yang saya & Abang Abu amalkan adalah (saya punya favorite quote bila jumpa Abang Abu)…

Abang Abu… kalau kita tak buat- BERDOSA!

Haaa… apa maksud quote saya tu?

Setiap kali berjumpa Abang Abu kami akan bincang idea-idea baru, strategi perniagaan baru, kaedah terkini dan sebagainya dalam menjalankan perniagaan. Dan, tiap kali kalau ada idea yang kita dapat, saya akan kata “Kalau kita tak buat berdosa!”

Maka, lepas tu… pastinya apa yang dibincangkan akan di lakukan sehingga berjaya (atau gagal… janji buat kan?)!

You see, bagi saya, ilmu yang TIDAK DIAMALKAN adalah sia-sia sahaja. Dan perkara yang sia-sia adalah berdosa bukan?

Allah SWT amat murka pada mereka yang berbicara dan dalami ilmu, tetapi tidak mengamalkannya.

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan”. (As-Shaff:2-3)

So, itulah maksud saya & Abang Abu. Kalau kita punyai idea, kalau kita punyai ilmu, kalau kita punyai niat, kalau kita punyai matlamat, kalau kita punyai kehendak…. TETAPI, kita tak amalkan, tak lakukan dan tak meneruskan, maka….

KALAU KITA TAK BUAT… BERDOSA!

Dan kita termasuk saya yang banyak membaca blog ini, buku-buku ilmiah yang lain, atau sertai kursus dan majlis ilmu yang lain… kalau tak amalkan apa yang diajar, berdosa tak? 😉

Renung-renungkan & selamat beramal (pinjam dari guru saya Prof Izzi… kena lagukan sikit)

Kuasa “Tambah Kosong” – Fikir besar dalam perniagaan

Satu konsep yang ingin saya perkenalkan kepada anda, iaitu kuasa “Tambah Kosong”

Apa maksudnya?

Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?

Sebagai contoh:

  • Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
  • Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
  • Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000

Ok… itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa “Tambah Kosong” pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi…

  • Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
  • Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
  • Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!

Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!

Hebatkan kuasa “Tambah Kosong”? 🙂

Sanggup kah anda?

Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan– ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.

Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.

Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya “Anything else was secondary and an unnecessary distraction”

Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.

Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.

Ketika saya mengejar impian saya, saya cuma tidur 3-4 jam setiap hari!  🙂

Masalah “perfectionist” dalam perniagaan

Mungkin anda mengenali seorang yang “perfectionist”, iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.

Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.

perfect.jpg

Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey… sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan… sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang “perfectionist” sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect!

Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?

Semalam berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang diadakan di Berjaya Time Square Convention Center. Insyaallah nanti-nanti saya postkan gambar2 di sini… belum sempat dapatkannya lagi.

Antara speaker yang terlibat adalah saya, Azman Ching, Billi Lim, Chef Li dan Abang Abu. It was a great event dan banyak maklumat dan tips di kongsikan di konvensyen jutawan pertama ini.

Satu tip yang saya dapat dari Billi Lim, Failure Guru ingin saya kongsikan bersama. Ketika sesi soal jawab, beliau ditanya…

Bila nak tahu sama ada kita patut berhenti dari melakukan sesuatu akibat kegagalan demi kegagalan dilalui…

Jawapan Billi adalah (lebih kurang sebab saya x pandai ikut cara cakap Billi)

Lu aaa… kalau sudah gagal lor… salah siapa? salah lu lor…. kalau sudah cuba… benda yang sama… 5 kali, gagal gagal gagal… maksudnya, lu yang salah… lu tak belajar dari itu kesilapan lor. kalau lima kali sudah gagal… maksudnya, satu, lu tak belajar dari kesilapan. dua, mungkin keadaan buat lu gagal, dan ketiga, industri itu, bukan untuk lu…

so, cari industri lain lor… betul tak betul??? (trademark billi)

Dari fahaman saya, maksudnya, kalau anda dah cuba 5 kali dalam sesuatu industri, tetapi, tetap gagal… anda perlu salahkan diri sendiri dulu kerana, kegagalan ertinya tidak belajar dari kesilapan. Tetapi, sekiranya sudah habis ikhtiar, tetapi tetap gagal juga… ertinya, perniagaan yang anda lakukan, bukanlah yang sesuai untuk anda.

Jadi, 5 kali boleh dikatakan sebagai tanda untuk anda usaha sedaya upaya, belajar dari kesilapan, tambahkan ilmu seberapa banyak yang mungkin… TETAPI, sekiranya GAGAL juga…

Maka, industri/perniagaan yang anda lakukan itu bukanlah untuk anda. So, apa kata anda cuba perniagaan/industri lain…

* Harapnya betul la terjemahan saya apa yang Billi cakap 😉

Anyway, Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan was great. Dapat saya berjumpa dengan dua mentor saya yang dah lama tak jumpa, Billi Lim & Chef Li!

ps: saya nak tekan kan… kalau gagal, dan kita tak belajar dari kegagalan dan tak cari ilmu untuk menjayakan kegagalan tersebut, ianya adalah 100% salah kita!

pps: bergurau je ya Billi. Saya & Billi memang suka bergurau… kalau anda pernah dengar ceramahnya, pasti tau Billi ni memang kelakar…

“Magic Moment” dalam perniagaan

Lakukan sedikit MAGIC!… bukan maksudnya anda sebagai usahawan perlu membuat magic seperti David Blane atau Chris Angel atau Cyril… tetapi, anda tetap boleh melakukan satu magic kepada pelanggan anda dengan melakukan suatu “magic moment”

Apakah itu Magic Moment?

Menurut pakar perniagaan Jay Abraham, Magic Moment adalah satu keadaan atau lebih tepat lagi, satu PENGALAMAN yang dialami oleh pelanggan anda yang mereka tidak akan lupakan untuk jangka waktu yang panjang. Silap-silap, sampai bila-bila takkan lupakan.

Saya permudahkan dengan contoh dibawah…

Anda makan di restoran, ambik nasik, pilih lauk, ayam… sayur… ikan… kuah kari… dan lakukan pembayaran. On the way nak berjalan ke meja anda, anda terhilang balance, and terjatuh (salah anda sendiri… bukan sebab lantai licin atau terlanggar kucing). Habis nasi dan lauk pauk anda jatuh ke lantai. Adoi!

Tetapi, pemilik kedai itu, datang kepada anda dan bawakan kepada anda nasi, ayam, sayur, ikan & kuah kari yang baru dan suruh anda makan je. On the house!

Apakah perasaan anda? (selain daripada malu kena pandang pelanggan lain anda yang tersungkur 😉 ). Pastinya satu pengalaman yang baik yang diberikan oleh pemilik restoran tu bukan? Itulah dia nya pemilik tersebut menciptakan satu “Magic Moment”

Menciptakan “Magic Moment” bukan suatu yang boleh dipelajari daripada buku teks perniagaan atau universiti sekali pun, tetapi, ianya lebih kepada EQ (Emotional Intelligence). Selami diri pelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.

Lepas ini, kalau anda nak makan, anda pergi mana? Sudah tentu restoran itu lagi bukan?

Iklankan informasi dalam perniagaan

Zaman sekarang terlalu banyak iklan diluar sana. Kebanyakan masanya manusia dah tak lut dengan iklan. Dalam sehari secara average, kita terdedah kepada lebih 500 iklan. Tetapi kita tak pernah perasan kan?

Pernah saya travel dari KL ke KLIA, sepanjang highway nak menghala KLIA tu, saya kira lebih dari 100 papan tanda iklan (billboards). Kalau tak kira, for sure saya tak perasan punya sampai seratus lebih papan tanda… (takde kerja kira billboard)

getfit.jpg
Contoh iklan yang kurang efektif

Anyway, tip saya hari ini adalah iklan adalah amat penting zaman ini. Tetapi dengan terlalu banyaknya iklan di luar sana, orang ramai pasti sukar untuk perasan iklan yang kita lakukan.

Oleh itu, zaman sekarang, iklan boleh dikatakan sebagai kurang efektif. Zaman ini, adalah zaman informasi. Untuk menarik minat orang ramai, kita berikan informasi.

Ini kerana, manusia masih lagi lut dengan informasi.

fatb.jpg
Iklan yang lebih efektif berbentuk informasi!

Dalam iklan yang kita lakukan, muatkan informasi-informasi menarik seperti masalah yang produk kita selesaikan, jaminan produk kita, testimonial pelanggan, manfaat produk kita kepada orang ramai.

Zaman ini, informations sells. Oleh itu, bukan ikan semata-mata iklan. Tetapi, iklankan informasi perniagaan kita 😉