Saya sudah menulis blog ini sejak 2006, tapi entah kenapa, for the past 3 years, saya pernah menulis kepentingan mempunyai logo perniagaan hanya sekali sahaja- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepas pandang…
Mungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalah asas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas, saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asas perniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaan kecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!
Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan… adakah anda mempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akan berkembang.
Logo adalah penting kerana ianya adalah antara “first contact” prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk “imej” atau “gambaran”, membolehkan perniagaan anda mudah diingati pelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.
Cuba fikirkan… ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpa mempunyai logo? … tiada bukan?
So, soalan utama…
ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?
ps: pasti anda perasan RahsiaInternet.com & Tip Satu Minit ni pun mempunyai logo!