Hari ini saya menjadi personality astro!
Pagi tadi berlangsungnya pelancaran sebuah saluran baru di astro, iaitu AWANI. Sebuah saluran yang khas untuk berita, informasi dan isu semasa yang akan bermula siaran pada hari Khamis 6hb September ini. Astro AWANI: “Gerbang Dunia Kita”
Astro membuka saluran baru dan memberi peluang saya mengendalikan satu segmen tip-tip kewangan peribadi melalui rancangan “WW – Wacana Wanita” yang di hostkan oleh Dang Suria. Saya sebagai host diberi slot khas setiap minggu yang diberi nama…
…”WW- Bersama Dr Irfan Khairi”. Konsep segmen saya adalah seperti album motivasi pertama saya, “Wang & Anda”. (bukan Tip Satu Minit seperti anda menyangka!)

Personality-personality Astro Awani
Majlis pelancaran berlangsung pagi tadi pukul 11 pagi di Palace of Golden Horses. Berikut, adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk pembaca Tip Satu Minit. Sekiranya ingin maklumat lanjut, insyaallah malam ini di berita Astro, akan terdapat liputan.
Susulan daripada mesej saya semalam…
Coverage akan dilakukan oleh media
Sudah pasti, liputan meluas akan dibuat oleh media! Astro melancarkan saluran baru.
Mungkin satu lagi berita baik untuk usahawan-usahawan Internet ![]()
Seperti saya kata, tiada kena mengena secara langsung dengan industri Internet, tetapi, dengan saya di dalam industri media, sedikit sebanyak dapat mempromosikan perniagaan Internet yang sebenar secara tidak langsung (bukan skim-skim cepat kaya online!). Mana tahu, lepas ini usahawan Internet lain akan menyusuli? 🙂
Salah satu matlamat saya tercapai!
Salah satu matlamat saya tahun ini adalah mengendalikan segmen saya sendiri! (sebenarnya rancangan TV, tetapi, segmen TV is a good start!)

Personality-personality Astro Awani
Dengan “WW- Bersama Irfan Khairi”, saya berpeluang berkongsikan tip-tip kewangan peribadi dan psikologi kewangan. Dalam kata lain, “Wang & Anda”


Bulan ini saya menjadi cover majalah perniagaan Apprentice– edisi merdeka! Best jadi cover majalah ni untuk publisiti, yang tak bestnya adalah masa time nak beli majalah di kedai mamak, nanti mamak tu jeling-jeling saya 🙂

Hari ini saya dijemput sebagai tetamu undangan sebuah program TV baru untuk Astro- Wacana Wanita. Yea!
Tersenyum saya teringat ketika menjadi tetamu di Usik-Usik Chef Wan tahun lepas, saya juga turut rasa nervous dan gelisah- sampai nampak di muka!. Sehingga Siti Nurhaliza di backstage yang menasihatkan saya untuk “relax sikit & bertenang”.
Semalam berlangsungnya Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2007 di Singapura dianjurkan meja Ekoniaga Berita Harian bersama SSA Consulting Group dan ditaja oleh Maybank. Full house! 700 peserta menyertai dan sidang kali ini menerima penyertaan yang paling ramai berbanding sebelum ini.
Mengapa yang kaya menjadi makin kaya, dan miskin menjadi miskin?