Category Archives: Tip Motivasi

Siapa cepat, siapa lambat?

Dalam satu jungle tracking, terdapat 5 peserta dalam satu kumpulan.

Siapakah yang menentukan kelajuan keseluruhan kumpulan tersebut untuk sampai ke destinasi?

A. Adakah peserta yang paling kuat yang di depan sekali?

atau…

B. Adakah peserta yang paling lemah yang di belakang sekali?

Kemudian, jawab soalan ini…

Apakah pengajaran yang anda dapat di sini?

Mengagihkan kerja = pulangan berganda

Salah satu pakar motivasi favourite saya adalah Anthony Robbins. Kesemua bukunya telah saya baca. Namun, dalam salah satu temuramah bersamanya, soalan yang diajukan kepada Tony Robbins adalah- apakah satu kebolehan yang dipelajari yang paling banyak mengubahkan hidupnya.

Jawabnya adalah “Deligating work” (mengagihkan kerja)

Ketika saya belum mencapai sebarang kejayaan, saya sering terfikir bahawa saya perlu melakukan apa sahaja tugasan dengan sendiri. Bagi saya, sukar untuk memberi orang lain melakukan kerja yang saya lakukan, saya rasa “tidak puas” sekiranya memberi kerja kepada orang lain. Saya akan rasa takut, sekiranya beri kepada orang lain, kerja tidak mencapai standard yang saya inginkan.

Namun kini, saya dapati, dengan mengagihkan kerja-kerja yang kurang penting dan kurang nilai kepada orang lain, saya dapat memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting dan memberi nilai yang tinggi- yang orang lain tidak dapat lakukan.

Saya mendapati, pulangan yang saya terima adalah berkali-kali ganda berbanding dengan dahulu kala. Walaupun mungkin kerja yang diagihkan tidak mencapai standard yang saya inginkan, namun, perlu sedikit pengorbanan oleh kerana nilainya adalah tidak begitu tinggi, dan masa saya lebih baik dilaburkan kepada sesuatu yang bernilai tinggi.

Jawapan Anthony Robbins adalah tepat sekali- sekiranya anda berpeluang mengagihkan kerja kepada orang lain, anda patut lakukannya dan ini dapat melipatkali gandakan pulangan anda dengan memberi fokus kepada kerja-kerja yang bernilai tinggi buat diri anda!

Bukan semua berita baik apabila anda berjaya!

Salah satu program TV favourite saya ketika ini adalah Rockstar: Supernova. Sebuah rancangan reality TV mencari penyanyi rock untuk kumpulan Supernova yang dianggotai oleh veteran-veteran rockers- Tommy Lee (Motley Crue), Jason Newsted (Metallica) & Gilby Clarke (Guns n Roses). Saya suka sebab sejak dulu memang minat dengan mereka… rockers old-school la katakan!;)

Saya baru ingin mula menulis tip kejayaan hari ini, apabila Dave Navarro (host/rockers) memberi satu nasihat yang amat baik kepada peserta.

“If you succeed, you need to have a thick skin. You will be a living target. You will have a bulls-eye behind your back”

Betapa benar kata-kata itu yang datangnya dari seorang rockers yang berjaya. Ia akan apply kepada anda juga!

Adakah anda sanggup menghadapi perkara-perkara negatif yang akan datang bersama kejayaan?

Apabila seseorang itu berjaya, akan bertambah mereka yang memusuhi anda. Makin ramai yang akan dengki dengan pencapaian anda. Makin ramai yang akan melemparkan kata-kata yang tidak berasas kepada anda. Dan paling sering sekali adalah, makin ramai yang akan cuba menjatuhkan anda apabila anda sudah berjaya!

Nasihat yang sama terdapat di dalam buku klasik “Thick Face, Black Heart: The Asian Path to Thriving, Winning and Succeeding” oleh Chin Ning Chu yang mengatakan, untuk menjadi seorang yang berjaya, anda perlu sedia menerima perkara-perkara negatif ini. Dalam erti kata lain, sekiranya anda sanggup menghadapi orang-orang tidak suka anda, maka, anda akan pergi lebih jauh!

Bukan hendak menakut-nakutkan anda untuk mencapai kejayaan, tetapi,lumrah hidup, ini yang akan berlaku– selain dari Dave Navarro dan buku Chin Ning Chu, pengalaman saya juga turut bersetuju dengan keadaan ini 🙂

Adakah anda sanggup? Apa yang anda akan lakukan sekiranya ini terjadi kepada anda? Mungkin juga, pengalaman anda sendiri telah membuktikan ini?

Quote of the day…

Hari ini, apa kata anda kongsikan quote kejayaan favourite anda.

Berpegang pada quote berbentuk positive memberi impak positive kepada diri anda. Ini adalah kerana quote yang anda pengang akan menjadi seperti janji anda dan alasan untuk mengikut apa yang dikatakan oleh quote itu.

Pakar motivasi popular Anthony Robbins juga turut mengetengahkan quote sebagai salah satu cara memotivasikan diri. Salah satu favourite quote saya adalah:

“Fight like hell, pain is temporary. Quiting last forever” – Lance Armstrong (Cancer survivor yang memenangi Tour d’France sebanyak 7 kali)

Berhati-hati, terdapat juga quote yang negative seperti “Money is the root of all evil!”

Juga, tidak semestinya anda berpegang kepada satu quote sahaja… seberapa banyak yang anda inginkan pun tak mengapa!

Ini satu lagi favourite quote saya:

“Failure is not an option!” -Ed Harris, Apollo 13 🙂

Quote boleh datang dari mana-mana… dari ahli falsafah, ahli sukan (seperti di atas), dalam filem (seperti contoh kedua saya), ataupun quote diri sendiri! Asalkan ia berbentuk positif dan boleh memotivasikan diri!

Bahasa Melayu pun boleh… favourite quote Melayu saya:

“Orang lain buat duit, kita buat alasan!” -Dr Fadzilah Kamsah

Apa kata hari ini anda tulis quote favourite anda!

Strategi Jutawan Internet Irfan Khairi

Ramai yang tanya saya apakah langkah pertama untuk menjadi jutawan internet?

Langkah pertama adalah untuk menetapkan matlamat menjadi jutawandi sini ada formula untuk mencapai apa jua matlamat anda…

Kemudian, bahagikan matlamat tersebut kepada unit yang lebih kecil.

Contoh, sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet adalah dalam masa 10 tahun, maka, ini bermaksud anda perlu mendapat keuntungan RM100,000 setiap tahun.

Ini bermaksud anda memerlukan RM8,333 setiap bulan.

Ini bermaksud anda memerukan keuntungan RM278 setiap hari.

Jadi, persoalannya adalah, bagaimana hendak memperolehi keuntungan RM278 sehari dari perniagaan internet anda? berapa banyak produk atau perkhidmatan anda perlu jual sehari untuk memperolehi RM278?

Dengan membahagi matlamat untuk memperolehi sejuta pertama anda kepada matlamat setiap hari, ia akan memberi gambaran dan sasaran yang lebih jelas.

Bukan sahaja untuk perniagaan internet, perniagaan bukan internet juga boleh menggunakan strategi ini.

Matlamat anda pula berapa tahun? Sehari, berapa keuntungan anda perlukan?

Bagaimana anda boleh maksimakan pulangan perniagaan Inetrnet anda? Sertai Workshop Jutawan Internet!

Formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda!

Sambungan daripada posting semalam mengenai goal setting…

Hari ini kita nak buat ulangkaji sediki (jadi, bukan Tip Satu Minit hari ini – posting panjang hari ini). Matlamat yang anda tetapkan semalam untuk dicapai sebelum tamat 2006 adalah amat baik. Sekarang, saya akan letakkan langkah-langkah yang anda perlu lakukan… sesetengah langkah sepatutnya dilakukan sebelum menetapkan matlamat lagi. Tapi, anda boleh check kembali.

Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah ini, itulah formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda yang saya sendiri gunakan setiap hari!

Ulangkaji ok… semua ni pernah keluar di Tip Satu Minit, cuma kali ini saya susunkan mengikut turutan untuk topik “Formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda!”.
Enjoy! Klik pada (more…) di bawah untuk sambungan.
Continue reading Formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda!

Irfan Khairi – film star?

Jangan nak mimpi la film star! jadi host kira ok la lagi 🙂

Hari ini saya menjalankan shooting untuk satu program TV motivasi & perniagaan (gambar) – kali ini menjadi host untuk beberapa rancangan. Program apa? Tunggu!. 🙂

Berbeza sedikit dengan peranan ketika menjadi motivator jemputan “Menjana Impian” TV9 (By the way, menjana Impian sudah bermula di TV9)

Seperti selalu, saya amat berbesar hati apabila menerima sebarang jemputan dan diberi peluang berbagai pihak untuk sampaikan mesej-mesej pembangunan diri & perniagaan melalui media. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak!

Ingin berkongsi tip hari ini, iaitu menulis matlamat (lagi!). Salah satu matlamat bertulis saya untuk tahun ini adalah untuk menjadi host rancangan TV. Alhamdulillah, tercapai hari ini.

Ramai yang masih lagi ragu-ragu dengan menulis matlamat. Apa tidaknya, kajian mengatakan 98% orang dewasa TIDAK menulis matlamat. 3 sebab utama mengapa seseorang tidak menetapkan matlamat menurut kajian:

1. Tidak tahu cara menetapkan matlamat kerana tidak pernah didedahkan.

2. Tidak percaya MENULIS matlamat memberi faedah. Kebanyakan kata mereka “fikir” sahaja matlamat dan tidak menulis.

3. Takut menetapkan & menulis matlamat oleh kerana takut tidak akan dicapai.

Salah satu cara efektif menetapkan matlamat di panggil “Public declaration”. Ia bermaksud, mengumumkan pada orang ramai.

Public declaration dalam matlamat adalah amat efektif. Salah satu public declaration saya adalah tahun lepas di dalam majalah Maskulin (keluaran Julai) yang mengatakan matlamat saya adalah menjadi ikon perniagaan Internet di Malaysia. Insyaallah, kini sudah tercapai!

Apa kata kita buat satu latihan secara real-time. Macam Reality TV la ni!

Apa kata, anda klik pada “comment”, dan tulis 5 matlamat anda yang anda ingin capai sebelum berakhirnya 2006. Kira, matlamat jangka pendek (4 bulan sahaja).

Nanti hujung tahun, kita tengok, efektif atau tidak menulis matlamat secara Public declaration- semua orang di Internet boleh melihat matlamat anda!.
Harapnya sesiapa yang serius sahaja menulis. Kalau tak serius, matlamat tidak akan tercapai. Have fun & good luck!

Burger mana lagi sedap?

Hari ini saya ada soalan penting untuk anda. Bukan main-main punya soalan ini 🙂 tetapi ada pengajaran yang amat hebat!

Soalan cepu emas untuk anda jawab…

Burger mana lagi sedap; burger McDonald’s atau burger yang di gerai tepi jalan? 🙂

OK. Soalan ni mudah sahaja… sebab rata-rata ramai akan kata burger gerai kat tepi jalan lagi sedap kan?

Soalan sebenarnya adalah…

Mengapa McDonald’s lebih berjaya walaupun burgernnya kurang sedap berbanding burger gerai? (walaupun McDonald’s bermula dengan gerai juga)

Silap-silap burger yang anda buat sendiri lagi sedap dari McDonald’s kan?

Konsep penting ni, esok saya akan jawab. Sebelum tu…

Menulis matlamat… menulis lagi!

Semua tahu saya sering tekankan untuk anda tulis matlamat anda. Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut. Sudahkah anda menulis matlamat anda? Saya pasti sudah 🙂

Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda.

Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Agaknya bila kali terakhir anda tulis semula matlamat anda? 🙂

Apa yang anda fikirkan?

Ralph Waldo Emerson menulis “Seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkan pada kebanyakan masa”. Apa yang anda fikirkan kebanyakan masa?

Mereka yang berjaya memikirkan kejayaan, memikirkan matlamat dan cara mencapai matlamat tersebut dan memikirkan pulangan yang akan diterima sekiranya matlamat tercapai.

Berhenti sebentar dan tanya pada diri sendiri. Pada hari ini, apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Mulai sekarang, fikirkan kejayaan dan matlamat anda pada kebanyakan masa. Penuhi hari-hari anda dengan apa yang anda inginkan di dalam fikiran. Anda akan menjadi apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Selamat bercuti!