Category Archives: Tip Perniagaan

kembangkan perniagaan

Tiba masa untuk kembangkan perniagaan…

Bila menjalankan perniagaan, akan sampai tahap dimana kita sendiri tak cukup tangan dan terlalu sibuk menguruskan perniagaan. Dari pagi ke petang. Petang ke malam, memang dah tak ada masa dah nak lakukan perkara lain oleh kerana tertumpu pada perniagaan.

tibamasa

Inilah tandanya dan waktunya untuk anda kembangkan perniagaan dan tambahkan pekerja atau pembantu.

Terutamanya untuk perniagaan kecil-kecilan, mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan terasa berat apabila kita sudah selalu mengendalikan perniagaan secara kecil-kecilan.

Untuk membantu anda membuat keputusan untuk mendapatkan pembantu atau menambahkan pekerja, fikirkan begini…

1. Rezeki bukan hanya milik kita sebagai usahawan. Rezeki juga milik orang lain- mungkin pembantu atau pekerja kita. Apabila kita memberi peluang pekerjaan, kita memberi rezeki kepada orang lain. Dan rezeki ini akan dipulangkan semula kepada kita dengan cara yang lain.

Fikirkan sebahagian tanggungjawab anda sebagai usahawan adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan membuka pintu rezeki untuk orang lain.

2. Apabila mempunyai pembantu atau pekerja, anda dapat membebaskan masa anda untuk memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting untuk menjana keuntungan. Kerja-kerja yang boleh diagihkan kepada orang lain, bebaskannya dari masa anda.

Minda usahawan anda adalah lebih baik memberi tumpuan kepada memikirkan teknik dan strategi mengembangkan lagi perniagaan dan menjana keuntungan yang lebih. Fikirkan pemasaran perniagaan juga oleh kerana kerja-kerja mencari strategi mengembangkan perniagaan adalah tanggungjawab anda dan bukan pembantu atau pekerja.

3. Pastinya matlamat untuk menjadi usahawan adalah untuk membebaskan masa anda dan tidak terikat pada kerja. Usahawan yang sebenar adalah apabila perniagaan bekerja untuk kita. Dan bukan kita yang bekerja untuk perniagaan.

Automasikan perniagaan supaya ia boleh berjalan tanpa anda terlibat secara langsung setiap masa. Fikirkan perbezaan usahawan burger di tepi jalan yang perlu mengusahakan gerai burgernya, berbanding dengan pemilik Mc Donalds yang mengagihkan operasi menjual burger kepada orang lain tanpa penglibatannya. Masa yang dapat dibebaskan.

Dalam perniagaan, ada waktunya anda perlu kembangkan lagi perniagaan anda dan mendapatkan pembantu atau pekerja tambahan. Adakalanya keputusan ini berat untuk dibuat bagi sesetengah usahawan baru, namun, fikirkan pulangan yang anda boleh dapat bukan sahaja dari segi pahala memberi rezeki dan keuntungan perniagaan, tetapi juga mendapat masa tambahan untuk diri anda dan keluarga!

Berminat untuk memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda? Sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bermula bulan hadapan. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

girls

 

pemberian rezeki

7 jenis pemberian untuk mendapat REZEKI

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Memberi akan memurahkan rezeki kita. Tidak semestinya beri wang, ada pelbagai pemberian yang boleh memurahkan rezeki kita setiap hari dan hanya memerlukan sedikit sahaja usaha.

7 beri

Berikut adalah 7 pemberian yang anda boleh berikan untuk murah rezeki!

1. Beri senyuman

Senyuman adalah sedekah. Senyuman bukan sahaja akan mengundnag senyuman balas dari orang lain, tetapi juga senyuman akan membuatkan hati dan diri kita tenang dan bersyukur dengan apa sahaja rezeki Allah swt.

2. Beri kata-kata yang baik

Beri semangat dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

“Allah swt memberi rahmat kepada orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan” Hadis Riwayat Ibnul Bubarak.

3. Beri sedekah kepada mereka yang memerlukan

Harta benda tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah. Malah, kita akan mendapat ganjaran yang lebih banyak lagi apabila membantu mereka yang memerlukan.

4. Beri makanan kepada haiwan

Beri sedekah bukan hanya pada manusia. Kepada haiwan juga adalah makhluk Allah swt yang dijadikan kerana bersebab. Kalau ketika kucing datang minta makanan di kedai, berilah sedikit. Keajaiban rezeki akan datang pada anda InshaaAllah.

5. Beri hadiah kepada orang tua

Gembirakan orang tua akan memurahkan rezeki kita. Tak semestinya barangan mahal, pemberian yang kecil juga akan menggembirakan mereka. Bak kata mat salleh, It’s the thought that counts.

6. Beri usaha yang tekun dalam kerja yang dilakukan

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun” Hadis Riwayat Abu Daud.

7. Beri pemberian surprise kepada Suami atau Isteri!

Gembirakan suami dan isteri sentiasa. Apa kata lakukan hari ini! Rezeki rumah tangga tiada ternilainya!

Yakinlah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah swt pada mereka yang mengusahakan rezeki itu.

[Pengumuman] Program 6 bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula tidak lama sahaja lagi. Hanya beberapa sahaja tempat tinggal. Dapatkan maklumat lanjut di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

girls

 

cara mendapat idea

3 Cara bagaimana mendapat IDEA HEBAT -Siri#05 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Sebagai usahawan, pastinya kita perlu menjadi kreatif dan inovatif. Usahawan yang berjaya seringkali mengeluarkan idea-idea yang hebat. Adakalanya simple dan mudah, namun ia tetap hebat. Untuk sesi #TanyaIKLive kali ini, saya kupaskan 3 cara bagaimana hendak mendapat idea yang hebat untuk perniagaan anda.

3caraidea

Siri kali ini menjawab soalan:

  1. Bagaimana hendak lakukan pemasaran/marketing yang HEBAT?
  2. Adakah nama perniagaan penting untuk BRANDING?
  3. Bagaimana hendak memilih nama perniagaan yang mudah MELEKAT di MINDA?
  4. Bagaimana hendak MAINTAIN semangat dalam perniagaan?
  5. Topik Utama: 3 Cara bagaimana mendapat IDEA HEBAT

Anda punyai idea perniagaan dan ingin menjadikannya kenyataan melalui Internet? Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru!

Tapi perlu pantas oleh kerana TEMPAT TERHAD dan kelas akan bermula dalam masa terdekat! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

terlewat mencapai kejayaan

Adakah terlewat untuk capai kejayaan perniagaan?

Mungkin umur anda sudah cecah 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun? bila tengok kembali, terasa terlewat pula untuk capai matlamat mulakan perniagaan.

Mana taknya, zaman ini, zaman Internet- hanya yang muda mudi sahaja yang pandai Internet. Bagi kita yang dah bergelar ibu-ibu atau bapa-bapa dan anak semakin membesar, kita rasa ianya tak sesuai pula untuk mulakan perniagaan. Walaupun satu ketika dulu berminat untuk mulakan perniagaan.

terlewat

Sekiranya anda fikirkan ia terlewat, fikirkan ini dahulu…

1. Ramai usahawan yang berjaya adalah pada lingkungan umur 30-an dan 40-an…

Bukan 20-an. Sememangnya terdapat kumpulan minoriti yang berjaya dalam perniagaan ketika muda, seperti saya sendiri mencapai matlamat RM1juta pada umur 25 tahun. Tetapi, ini hanyalah minoriti- kumpulan yang sangat kecil.

Lebih ramai lagi mencapai kejayaan perniagaan ketika 30-an, 40-an dan lebih. Bak kata, yang 5 series pun ada!

Anda pernah makan KFC? Pastinya pernah bukan. Colenel Saunders (pakcik berjanggut berpakaian putih tu) mencapai kejayaan perniagaan ketika berumur 70 tahun. Bila beliau bermula? Beliau bermula ketika 60 tahun. Jadi, apa lagi alasan kita?

2. Sebagai insan yang telah berpengalaman lama dalam hidup…

Tentunya anda lebih bijak dalam membuat keputusan perniagaan. Pengalaman jatuh bangun hidup, pengalaman bersama orang ramai, pengalaman mengambil keputusan, pengalaman network dan kenalan yang makin ramai, dan banyak lagi…

Kesemuanya ini akan memberi kelebihan pada diri anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kelebihan ini tidak dimiliki oleh muda-mudi dalam lingkungan umur belasan tahun atau 20-an. Jadikan kelebihan kematangan pengalaman ini sebagai kekuatan anda dalam memulakan perniagaan.

3. Dunia sekarang dunia Internet dan Internet hanya untuk muda mudi sahaja yang pandai Internet?

Jawapannya adalah perlu belajar. Dulu anda tidak pandai membawa kereta. Tetapi, selepas belajar di kelas memandu perlahan-lahan anda akan tahu juga memandu kereta.

Sama juga dengan teknologi. Kalau tak pandai Facebook, Instragram, Google marketing, Email marketing dan sebagainya, tiada alasan untuk tidak belajar. Pastinya kini kematangan fikiran kita sudah tahu bahawa untuk berjaya, perlukan usaha dan ilmu.

Kejayaan perniagaan tidak mengira umur. Sekiranya itu matlamat kita untuk mulakan perniagaan, anda berhak memberi peluang ini kepada diri anda sendiri. Jangan lagi dilewat-lewatkan. Lagi kita tunggu, lagi kita akan rasa takut memulakan perniagaan dan tidak mulakan lagi.

Apa sahaja memerlukan ilmu dan usaha. Tidak kira umur, sememangnya kewajipan kita untuk terus mencari ilmu yang bermanfaat. Memulakan perniagaan juga adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru!

Di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, ramai antara pelajar-pelajar saya adalah antara lingkungan umur 30 hingga 50 tahun. Yang sudah pencen 50+ juga ada! Sungguh memberi inspirasi melihat ramai yang ingin belajar dan memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka dari pelbagai latar belakang dan umur.

Sekiranya anda juga ingin memulakan perniagaan dan mendalami selok belok cara perniagaan yang sebenar, sertai kami untuk pengambilan seterusnya yang akan bermula tidak lama sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 sekiranya ingin berbincang. Jumpa anda di sana!

black_ik

 

jangan ketinggalan

6 tip supaya TIDAK ditinggalkan dengan pesaing perniagaan

Internet berubah dengan pantas. Pada mulanya dulu, tiada pun Google, cuma Yahoo. Pada mulanya dulu, Amazon hanya menjual buku, kini menjual macam-macam. Pada mulanya dulu, sungguh perlahan untuk download gambar, kini streaming videos diberikan oleh YouTube. Pada mulanya dulu, pemilik perniagaan berinteraksi dengan blog, kini pemilik perniagaan boleh berinteraksi secara langsung/live/realtime broadcasting menggunakan Periscope, Google Hangout dan juga Facebook Live (Seperti mana saya lakukan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat jam 9 malam!)

Internet berubah.

Ianya berubah dengan pantas!

Hanya beberapa bulan lepas, kita tidak pernah dengar tentang Live broadcasting oleh pemilik perniagaan kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Tetapi, kini ianya wujud.

Walaupun perubahan platform Internet ini yang pantas ini memberi pelbagai kebaikan kepada pengguna Internet , namun, ia memberi satu kelemahan yang nyata dan dapat dilihat…

Usahawan sukar untuk up to date dan kejar perubahan yang pantas ini!

jangan tingga

Masih ramai usahawan tidak mempunyai blog. Masih ramai usahawan yang tidak tahu menggunakan Facebook secara efektif untuk mendapat pelanggan (ramai fikir mereka tahu tetapi tetap tak dapat pelanggan). Masih ramai usahawan tidak mengambil peluang Google+ yang merupakan peluang promosi yang ramai tidak perasan. Masih ramai usahawan yang tidak menggunakan pemasaran video. Apatah lagi yang menggunakan live broadcasting untuk perniagaan mereka- boleh dikira dengan jari sekarang ini.

Berikut adalah tip dan juga peringatan untuk usahawan masa kini, tidak kira menjalankan perniagaan online atau offline…

  1. Bill Gates pernah berkata “If your business is not on the Internet, your business will be out of business”! Merujuk kepada betapa pentingnya mereka yang mempunyai perniagaan offline, tetap perlu menggunakan platform online untuk mendapat lebih ramai prospek dan pelanggan.
  2. Oleh kerana perubahan platform dan teknologi adalah semakin pantas, tanggungjawab usahawan untuk belajar menggunakan platform dan teknologi dengan pantas. Perubahan Internet tidak akan menunggu kita. Kalau kita terlambat, maka, perniagaan kita juga akan kebelakang.
  3. Jangan hanya fokus kepada satu jenis platform promosi online sahaja. Gunakan kepelbagaian cara dan teknik promosi online. Mengharapkan satu cara promosi seperti Whatsapp dan Facebook atau Instagram adalah apa yang dilakukan oleh ramai. Tetapi apa akan terjadi sekiranya platform-platform ini berubah dan diluar kawalan kita. Seperti REACH FACEBOOK yang semakin kurang? Dan iklan Facebook yang semakin mahal? Dan Whatsapp mula akan kenakan bayaran?
  4. Ramai usahawan melakukan perkara yang mudah sahaja di Internet. Iaitu fokus kepada satu cara sahaja seperti Facebook atau Whatsapp. Tetapi, apabila mudah, lebih ramai pesaing akan melakukannya. Fikirkan cara-cara baru juga seperti video marketing, email marketing dan live broadcasting supaya kita lebih hadapan daripada pesaing yang semakin ramai. Cara untuk bersaing? Lakukan apa pesaing belum buat dan lakukannya dengan lebih efektif!
  5. Dulu-dulu, pesaingan tidak banyak. Namun, pengguna dan platform juga tidak banyak. Kini pesaingan semakin tinggi, tetapi pengguna dan platform juga semakin tinggi. Tidak kira bila anda mulakan perniagaan, pesaingan tetap ada. Namun peluang juga tetap ada bagi mereka yang melihat.
  6. Jika tidak ada masa dan masa semakin hari terasa makin terhad, waktu inilah perlu belajar dan gunakan automasi di Internet sepenuhnya. Perniagaan Internet dapat membantu usahawan melakukan automasi dan menjimatkan masa dan membebaskan masa usahawan untuk melakukan kerja-kerja lain. Dengan mempelajari teknik dan strategi automasi perniagaan menggunakan Internet, usahawan dapat menjana pendapatan berterusan melalui automasi.

Oleh kerana Internet bergerak dengan pantas, anda sebagai usahawan juga perlu pelajari teknik dan strategi yang efektif di Internet dengan pantas. Tiba masanya untuk berlari mencari ilmu dan bukan berjalan lagi kerana yang berjalan pun akan ketinggalan dengan perubahan teknologi pantas ini- seperti mana kita dapat lihat terjadi kini.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan Internet atau membawa perniagaan anda ke Internet dengan lebih efektif dan strategi, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia dan mendedahkan pelbagai teknik dan strategi kebanyakan platform-platform terkini di Internet.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. *Bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur juga boleh menyertai secara 100% online, klik di sini untuk maklumat lanjut.

girls

 

bangun dari kegagalan

Bagaimana caranya untuk bangun dari KEGAGALAN -Siri#04 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Siapa yang tidak pernah gagal, dikatakan mereka tidak pernah mencuba. Untuk mencapai kejayaan, pastinya kita akan bertemu dengan kegagalan.

Amat sukar menghadapi kegagalan namun perlu bangun semula dalam mengejar impian. Tetapi apakah caranya?

Soalan utama ini saya kupaskan dalam sesi rakaman #TanyaIKlive di bawah…

carabangun

Untuk siri #4 TanyaIK Live, saya menjawab soalan-soalan berikut:

  1. Komen IK tentang perniagaan berbentuk MLM?
  2. Cara terbaik menjual produk berbentuk affiliate
  3. Adakah bagus memulakan perniagaan dengan pinjaman wang?
  4. Soalan Utama: Bagaimana caranya untuk bangun dari KEGAGALAN

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru!

Tapi perlu pantas oleh kerana TEMPAT TERHAD! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

laman web blog facebook

Laman web, blog atau Facebook lebih efektif untuk perniagaan?

Sering soalan ini ditanya di siri webTV LIVE saya, #TanyaIKlive, di mana saya secara langsung/live menjawab soalan anda melalui Facebook. Sekiranya anda tidak pernah mengikuti #TanyaIKlive, ikutinya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat jam 9 malam sekiranya tiada aral melintang- lawati sahaja Facebook saya pada waktu tersebut!

Namun, saya ingin mengambil peluang ini untuk menjawab soalan cepu emas ini…

Laman web, blog atau Facebook lebih efektif untuk perniagaan?

lamanblogfb

Jawapannya adalah, kesemuanya adalah penting!

SEBAB #1. Kesilapan apabila kita hanya beri fokus kepada satu platform sahaja sama ada laman web ATAU blog ATAU Facebook.

Contohnya, apa yang jadi adalah, sekiranya sesuatu bertukar/berubah di Facebook di mana tiada kawalan kita (seperti REACH semakin menurun dan IKLAN semakin mahal atau NEWSFEED semakin pantas dan sesak dengan iklan orang lain), kita tidak boleh buat apa-apa sekiranya hanya kita menggunakan Facebook.

Bak kata Mat Salleh, don’t put all eggs in one basket. Kalau satu tak menjadi, nanti perniagaan anda akan terhenti dan mendapat kesannya. Gunakan ketiga-tiga platform ini.

SEBAB #2. Laman web, blog dan Facebook mempunyai tugas dan fungsi yang berbeza.

Oleh itu, ketiga-tiga ini diperlukan untuk mendapat pulangan terbaik di Internet.

LAMAN WEB, fungsinya adalah untuk menjelaskan, memberitahu dan menjual produk anda.

BLOG pula fungsinya adalah untuk membawa laman web kita di hadapan enjin pencari seperti Google (Teknik yang amat penting!) serta meningkatkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai terhadap perniagaan kita- seperti mana anda membaca blog saya ini.

Manakala FACEBOOK pula adalah untuk membina jenama dan hubungan antara followers dan perniagaan anda- seperti mana saya menggalakkan interaksi di #TanyaIKlive dan update Facebook saya setiap hari!

SEBAB #3. Apa yang mudah akan dilakukan oleh semua orang/semua pesaing.

Facebook adalah mudah. Semua pesaing akan menggunakan Facebook. Maka, pesaingan menjadi semakin sengit di Facebook. Memiliki laman web dan blog perlu sedikit lagi usaha, yang mana ramai tidak mahu lakukan.

Anda yang membaca blog saya kini pastinya tahu bahawa untuk berjaya, tiada jalan singkat/pintas dan perlu usaha tambahan bukan? Sekiranya anda mempunyai laman web dan blog, maka, anda mempunyai usaha dan strategi lebih daripada ramai antara pesaing anda yang hanya bergantung kepada Facebook sahaja. Oleh itu, laburkan usaha tersebut untuk menjayakan perniagaan anda!

Sekiranya anda ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan anda di Internet, suka ingin jemput anda untuk turut sertai bersama saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di mana saya akan membantu anda selama 6 bulan (separuh masa) dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda secara lebih efektif dan optimum.

Antaranya, saya akan tunjukkan kepada and acara terbaik menggunakan laman web, blog dan Facebook (serta cara membina laman web dan blog anda sendiri!)

Pengambilan terbaru di buka dan tempat semakin terhad. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi 03-77292277 bercakap dengan Cik Jay.

PS: Bagi anda berjauhan dari Kuala Lumpur juga boleh mengikuti program ini secara 100% online. Klik di sini.

ontable

 

nama perniagaan

5 cara terbaik menamakan perniagaan Internet anda!

Menamakan perniagaan Internet anda adalah penting untuk perniagaan oleh kerana ia adalah hubungan pertama antara perniagaan anda dan bakal pelaggan. Nama yang terbaik akan dapat:

  1. Membina jenama perniagaan
  2. Dapat membezakan perniagaan anda dan pesaing
  3. Memudahkan perniagaan anda sentiasa diingati

5nama

Pagi tadi, di KLfm (97.2fm) saya telah kongsikan 5 tip dalam memberi domain name (.com) terbaik untuk perniagaan Internet anda. Sekiranya and aterlepas, jangan risau, berikut adalah tip-tipnya…

1. Pastikan nama yang dipilih tidak melanggar hak cipta milik perniagaan lain.

Domain name tidak boleh sama atau seakan-akan sama dengan pesaing lain bukan sahaja untuk mengelakkan kekeliruan, tetapi juga mengelakkan tindakan undang-undang di masa hadapan. Lakukan penyelidikan atas nama yang anda pilih untuk melihat sama ada terdapat perniagaan pesaingan yang menggunakan hakcipta yang sama ataupun tidak.

2. Pilih domain name yang pendek.

Lebih pendek, lebih bagus oleh kerana nama yang pendek lebih mudah untuk diingati. Nama yang pendek juga memberi kemudahan untuk bakal pelanggan menaip ke dalam web browser dan juga melalui mobile oleh kerana pengguna yang akan melayari perniagaan online anda melalui telefon pintar adalah sangat tinggi kini. Permudahkan mereka.

3. Pastikan domain name yang dipilih boleh dieja dengan mudah.

Dalam erti kata lain, terbaiknya adalah apabila kita menyebut domain name perniagaan, pendengar terus dapat mengejanya. Adakalanya domain name yang mengandungi angka, dash, dan ejaan yang tidak tepat seperti “-shoppe” juga akan menyukarkan.

4. Gunakan .com atau .com.my oleh kerana kedua domain name ini adalah yang paling popular dan mudah untuk diingati.

Sememangnya terdapat domain name lain seperti .net, .org, .my dan sebagainya, namun domain name .com dan .com.my lebih mudah diingati oleh kerana menjadi pilihan utama.

5. TIP Bonus…

Sebaiknya apabila kita menyebut domain name perniagaan, orang akan tahu apakah perniagaan yang kita lakukan. Dapatkan domain name yang dapat membantu dalam promosi perniagaan juga setiap kali ianya disebut.

Mudahan 5 tip menamakan perniagaan anda di atas damap memberi idea kepada anda dalam memilih nama perniagaan Internet pertama anda!

Sekiranya anda bercadang untuk memulakan perniagaan Internet dan tidak tahu di mana hendak bermula, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program ini akan membantu anda dari A-Z bersama bimbingan setiap masa untuk menjayakan perniagaan pertama anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

Program ini boleh diikuti bersemuka (di Kuala Lumpur) atau secara online tidak kira di mana sahaja anda berada.

girls

 

langkah jutawan

3 Langkah Menjadi Jutawan -Siri#03 [Rakaman Tanya IK LIVE!]

Live broadcasting kini menjadi trend! InshaaAllah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat jam 9.00 malam, saya akan kendalikan sesi #TanyaIK[LIVE] di Facebook saya sekiranya tiada aral melintang (tak janji ya). Ada yang bertanyakan saya juga bagaimana sekiranya ingin kendalikan live broadcasting. Soalan ini juga terjawab di bawah…

3langkahjutawan


Untuk siri #3 TanyaIK Live, saya menjawab soalan-soalan berikut:

1. Cara terbaik pelancaran produk
2. Tip dalam penulisan
3. Cara mengurangkan kos perniagaan online
4. Apa bezanya FB Mention dan Periscope
5. Soalan Utama: 3 Langkah untuk menjadi Jutawan

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial! Tapi perlu pantas oleh kerana TEMPAT TERHAD! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

murah rezeki

Top 10 Tip Murah Rezeki dari Facebook saya

Sejak tahun lepas lagi, saya suka kongsikan tip murah rezeki melalui Facebook. Cara untuk memurahkan rezeki ada pelbagai. Namun, berikut adalah top 10 tip yang disampaikan dan mendapat likes serta share paling tinggi- namun tidak mengikut turutan).

top10murahrezeki

Mudahan kita semua mendapat manfaat…

1. Selalu berhubung dan melawat ibu bapa/orang tua. Sedekahkan al Fatihah sentiasa pada mereka stak kira masih hidup atau telah meninggal dunia.

2. Rezeki rumah tangga bermula dengan pasangan suami isteri. Suami isteri bahagia, maka rezeki akan datang mencurah selalu. Suami isteri sering bergaduh, rezeki pun susah untuk datang.

3. Beri makanan kepada kucing (dan juga haiwan lain). Amalkan kalau lihat kucing terbiar dan dalam keadaan tak cukup makan, cepat-cepat singgah 7-11 atau kedai berhampiran untuk sedekahkan makanan.

4. Dalam keadaan kesempitan rezeki, minta kepada Allah swt selalu, dan bukan minta-minta pada orang. Allah swt akan menyediakan rezeki yang segera. (Hadis Diriwayatkan At-Tirmizi)

5. Pastikan rezeki yang kita dapat itu berkat. Kerana rezeki yang tidak berkat, tak kira banyak mana pun tidak akan rasa cukup di hati. Rezeki yang berkat Allah swt akan cukupkan dan memberi lebih lagi.

6. Jangan terkejar-kejar duniawi oleh kerana ia tak akan habis. Kejar akhirat dan dunia akan ikut sama.

7. Syukur dengan apa sahaja yang kita miliki walaupun sedikit. Perasaan bersyukur itu akan mencukupkan kita dan akan dibukakan lagi pintu rezeki yang pelbagai.

8. Beristighfar selalu dan Allah swt akan keluarkan kita dari sebarang kesempitan dan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

9. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.

10. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi. Kalau kita beri RM10, mana tahu nanti kita akan dapat semula RM100 InshaaAllah!

PS: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini dibuka. Bagi anda yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet atau membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi, klik di sini untuk maklumat lanjut- program ini boleh diikuti secara bersemuka atau 100% online! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.