Category Archives: Tip Perniagaan

alasan

3 Alasan mereka yang tidak berjaya

Hendak beri alasan memang ada banyak. Tetapi, cara penyelesaian ada banyak juga. Masalahnya adalah apabila kita hanya dapat melihat alasan sahaja dan tidak melihat jalan penyelesaian.

Inilah petanda untuk menjadi seorang yang mudah gagal dan tidak berjaya.

Berbeza dengan orang yang berjaya, mereka akan melihat masalah sebagai peluang. Berikut adalah 3 alasan utama yang akan menggagalkan kita dari mencapai kejayaan…

1. Orang tu hebat. Kita bukan seperti dia…

Kadangkala kita akan lihat orang yang mencapai kejayaan dan rasakan kita tidak boleh capai kejayaan yang sama sepertinya. Alasannya adalah orang tu hebat tidak seperti kita. Oleh itu, kita langsung tidak mencuba mencapai kejayaan.

Sememangnya orang yang hebat kini, satu hari dulu tidak hebat mana. Kesemua kehebatan bermula dari asas. Untuk menjadi seorang jurugambar yang hebat, pastinya perlu pelajari asas dahulu. Bukan, terus menjadi hebat.

Oleh itu, jangan bandingkan pencapaian seseorang itu sekarang dengan keadaan anda sekarang. Membandingkan orang yang hebat sekarang dengan anda yang masih belum melalui pengalaman yang sama, pastinya perbandingan yang tidak adil.

Tanamkan dalam fikiran “Kalau dia boleh, pastinya aku pun boleh!”

3alasan

[PENGUMUMAN: Program separuh masa 6 bulan besama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat program atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan bermula sekarang! Tempat adalah terhad. Daftar hari ini! ]

2. Saya tak tahu lakukannya…

Kalau tak tahu, perlu ambil tahu. Untuk berjaya perlu ada ilmu. Jangan jadikan alasan “tak tahu” sebagai penghalang memulakan sesuatu dan mencapai kejayaan.

Memanglah kalau kita tak belajar, kita tidak akan dapat ilmu. Dan tanpa ilmu, apa sahaja yang dilakukan tidak akan menjadi. Kalau tak tahu, maka perlu ambil tahu.

Baca buku, baca atas talian, hadiri kursus atau seminar, banyak bertanya pada mereka yang berpengalaman untuk mencari ilmu dan ubahkan TIDAK TAHU menjadi TAHU.

Apa yang terbaiknya adalah, dengan lebih banyak ilmu, kita akan lebih menyukai sesuatu bidang tersebut bak kata, tak kenal maka tak cinta. Dan apabila kita cintakan sesuatu bidang itu, maka ia akan menjadikan kita lebih bersemangat dan motivasi untuk  lebih berjaya dalam bidang itu.

3. Saya tidak ada masa…

Semua orang mempunyai masa yang sama- 24 jam sehari. Mereka yang berjaya atau mereka yang gagal. Pengemis mempunyai 24jam sehari. CEO syarikat mempunyai 24jam sehari. Anda juga mempunyai 24jam sehari.

Ianya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan masa kita. Adakah benar-benar kita tiada masa? Tahukah anda sekiranya anda membaca buku selama 30 minit sehari, dalam masa 1 tahun, anda boleh menghabiskan lebih 20 buah buku?

Takkan tiada masa 30 minit untuk diluangkan sehari mendalami ilmu untuk mencapai kejayaan bukan? Atau adakah ianya hanya alasan semata-mata.

Adakah kita menghabiskan masa menonton TV? Atau surf Internet? atau keluar bersama kawan-kawan? Dan tidak melakukan seusatu yang membawa kita ke arah mencapai matalamat.

Pastinya masa memang ada. Bergantung kepada kita bagaimana kita mengurusnya.

Memang pelbagai alasan akan datang ke fikiran kita. Oleh kerana kita rasa selesa dengan keadaan semasa, alasan akan menjadi logik untuk diri kita. Untuk mencapai kejayaan, pastinya perlu ada perubahan. Alasan akan menghentikan kita dari melakukan sebarang perubahan!

*** Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan sering alasan menghalang anda, apa kata lakukan perubahan hari ini! Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, program separuh masa 6 bulan besama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat program atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan bermula sekarang! Tempat adalah terhad. Daftar hari ini!

rezeki perniagaan

7 tip tarik rezeki perniagaan

9/10 Rezeki datangnya dalam perniagaan. Tetapi tidak semua perniagaan berjaya. Tidak semua perniagaan juga diberkati. Mudahan dijauhkan dari kita sebagai usahawan.

7tiprezeki

Untuk sentiasa memastikan 9/10 Rezeki perniagaan itu sentiasa diberkati, pastikan cara kita menarik rezeki itu juga adalah mengikut landasan yang betul InsyaAllah.

  1. Dalam mengejar keuntungan, jangan lupa kerugian juga tetap menanti di depan mata. Rezeki Allah swt telah ditentukan. Tetapi kita masih perlu berusaha.
  2. Berniagalah dengan amanah dan jangan sekali-kali cuba menipu dalam sukatan dan timbangan, barulah perniagaan itu kekal dan berkat.
  3. Perniagaan mendidik diri kita agar menjadi insan yang sabar, redha, tabah, jujur dan cekal. Dari sini, kita akan lebih bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang dilimpahkan.
  4. Rasuah merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia kerap berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam perniagaan. Jauhkan dari dosa besar ini.
  5. Sentiasa senyum pada pelanggan. Senyum umpama magnet rezeki untuk peniaga.
  6. Pastikan tempat berniaga sentiasa bersih. Sekiranya berniaga dari rumah pun sama juga, pastikan meja dan bilik sentiasa kemas dan teratur.
  7. Jangan sombong dalam mencari ilmu berniaga. Hormati ilmu tak kira tahap mana pun perniagaan kita.

***Ingin mencari rezeki melalui perniagaan online? Dapatkan maklumat lanjut Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di sini, bagaimana kami dapat membantu anda memulakan dan menjalankan perniagaan dari keselesaan rumah anda. Program oleh Pakar Perniagaan Inetrnet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

girls

kesilapan perniagaan internet

4 Kesilapan Usahawan dalam Perniagaan Internet

Ingin memulakan perniagaan Internet? Ianya tidak semudah yang sering digembar-gemburkan. Apa sahaja bidang yang inginkan kejayaan, memerlukan usaha. Kalau tiada usaha, tiada la duitnya. Ketika memulakan perniagaan Internet lebih 15 tahun lepas, saya sendiri juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam perniagaan saya. Maklumlah, masih setahun jagung dalam berniaga, apatah lagi di Internet. Kesilapan-kesilapan tersebut mengakibatkan saya hanya mendapat 3 pelanggan sahaja dalam jangka masa satu tahun.

Bak kata orang, kesilapan adalah guru terbaik. Apabila mempelajari cara dan teknik berniaga online yang betul, perlahan-lahan, hasilnya mula membuah daripada 3 pelanggan setahun, menjadi 3 pelanggan setiap hari… dan lebih daripada itu!

Melalui pengalaman saya mengajar topik perniagaan Ineternet sejak 2005 lagi, berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…

1.TIDAK MELAKUKAN PROMOSI.

96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya!

Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! 😉

2.HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI.

Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.

Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!

4kesilapan

[PENGUMUMAN: Sertai Program 6 bulan separuh masa bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Irfan Khairi dan pelajari teknik dan strategi memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan. Klik di sini untuk maklumat dan pendaftaran]

3.MELAKUKAN SPAMMING.

Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.

Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!

4.SERING KETINGGALAN

Internet merupakan medium yang sungguh cepat berubah. Mungkin selepas setahun dua, berbagai-bagai perubahan teknik, strategi dan juga platform telah berlaku. Sekiranya dulu, Friendster dan myspace adalah agak popular. Tetapi kini, Facebook dan Instagram yang mendominasi media sosial. Sekiranya dulu kita hanya melakukan promosi di laman web, kini promosi menggunakan YouTube juga sudah bermula.

Di Internet, sekiranya anda ketinggalan dengan perkembangan teknologi dan platform, anda juga akan ketinggalan dalam cara dan kaedah terbaru untuk mempromosikan perniagaan anda oleh kerana orang ramai akan sering mengikuti perkembangan terbaru.

Dalam memulakan apa sahaja usaha, termasuk memulakan perniagaan di Internet, pastinya kita akan melalui salah dan silap. Tugas kita adalah untuk memperbaiki diri kita dan keadaan dan menganggap pengalaman melakukan salah silap itu sebagai peluang mencari ilmu baru untuk memperbaiki.

Walaupun saya telah kongsikan 4 kesilapan dalam menjalankan perniagaan Internet, namun, kesilapan utama seseorang itu sebenarnya adalah kesilapan dalam tidak mencuba apa sahaja idea dan usaha!

*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Program bersama jutawan Internet, Irfan Khairi. Sertai sekarang sebelum ia dipenuhi- klik untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini untuk tempahan tempat.

bersabar

3 sebab dan 3 tahun bersabar dalam perniagaan!

Dalam perihal kewangan, banyak memerlukan kesabaran. Apabila tiada duit, perlu bersabar dalam menguruskan kewangan. Apabila hendak buat duit melalui perniagaan, perlu bersabar dalam mengusahakan keuntungan. Apabila melaburkan duit pula, perlu bersabar dalam menunggu pulangannya.

Kekayaan tidak datang dengan mendadak seperti mana orang sebutkan “Durian runtuh” hanya datang sekali sekala sahaja. Mengharapkan durian runtuh sahaja pastinya merupakan strategi kewangan yang salah. Strategi yang sebetulnya, memerlukan kesabaran.

Apa tidaknya. Ramai yang tidak sabar dalam menjana pendapatan akhirnya akan terjerumus dalam skim-skim cepat kaya yang hanya merugikan. Apabila nafsu ingin menjadi kaya mengaburi fikiran, wang pelaburan yang mungkin beratus atau beribu dipertaruhkan untuk cepat kaya.

bersabar

[PENGUMUMAN: Semakin ramai usahawan Internet telah di lahirkan melalui Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama jutawan Internet, Irfan Khairi. Ketahui bagaimana anda juga boleh mulakan perniagaan Internet anda sendiri di www.OpenEdu.com.my. Klik di sini sekarang!]

Sudah biasa kita dengar keluhan mereka yang tertipu dengan skim-skim sebegini. Walaupun pelbagai kes di laporkan di dada akhbar, dan juga sering dengar kisah pelaburan yang lesap dek orang yang tidak bertanggungjawab, namun semakin hari, semakin banyak lagi kes-kes tersebut berlaku. Seperti orang ramai tidak serik dengan gejala ini.

Siapa yang tidak mahu cepat kaya sekiranya diberi peluang. Namun, peluang sebegitu tidak akan datang tanpa usaha yang keras dan kesabaran. Menjana pendapatan memerlukan pengetahuan dalam berniaga atau melabur. Pengetahuan dalam strategi perniagaan dan juga melabur juga memerlukan masa untuk dikumpulkan- pastinya memerlukan kesabaran juga dalam menimba ilmu.

Apabila memulakan perniagaan, ianya mengambil masa juga dalam mengimplementasikan ilmu yang telah dipelajari. Memang benar kebanyakan perniagaan menemui kegagalan. Tetapi, sering kali kegagalan dalam perniagaan tidak dikira dengan tepat. Apa yang saya maksudkan adalah, tidak memberi masa untuk sesuatu perniagaan tersebut berkembang.

  1. Dalam tahun pertama perniagaan, pastinya keuntungan tidak banyak dapat dikumpulkan. Selalunya mengalami kerugian. Ini adalah kerana pada tahun pertama perniagaan adalah tahun untuk usahawan tersebut belajar dari pengalamannya sebagai usahawan baru.
  2. Masuk tahun kedua pula, tiba masanya untuk usahawan mengimplemetasikan apa yang dipelajari dari tahun pertama. Segaka kesilapan atau masalah yang dihadapi pada tahun pertama adalah pengajaran untuk di perbaiki pada tahun seterusnya. Ketika inilah keuntungan mula dapat dilihat dengan lebih baik.
  3. Tahun ketiga adalah tahun menjana keuntungan selepas mengimplementasikan lebih banyak teknik dan strategi pada tahun kedua.

Ya, semestinya benar bahawa ia mengambil bertahun-tahun pengalaman dalam bidang perniagaan untuk berjaya. Tanpa kesabaran, pastinya pada tahun pertama lagi usahawan sudah mengaku kalah oleh kerana tidak melihat keuntungan yang di impikan.

Oleh itu, bersabarlah bila berniaga!

*** Lagi cepat anda bertindak, lebih cepat anda dapat mulakan perniagaan Internet anda yang pertama. Jangan lengahkan masa lagi untuk memulakan perniagaan Internet atau membawa perniagaan anda ke Internet. Teknik dan strategi yang betul akan menentukan kejayaan perniagaan anda. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, dapat membantu dan membimbing anda selama 6 bulan dalam memulakan perniagaan dan menjana pendapatan anda melalui Internet. Kilik di sini atau hubungi 03-77292277 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

takut duit

Ada juga yang takut pada WANG dan DUIT. Anda bagaimana?

TAKUT TAK CUKUP DUIT…
Hari ini ramai yang takut pada duit. Ramai yang takut pada keadaan “tidak cukup duit”. Apa yang terjadi adalah apabila kita tidak mengawal wang, tetapi sebaliknya wang yang mengawal kita. Perasaan ini akan hadir pada bila-bila masa sahaja dan akan mengakibatkan tekanan yang hebat pada diri dan keluarga. Segala perbelanjaan masa hadapan di hadap dengan perasaan rasa takut tidak cukup untuk selesaikannya.

Keadaan ini juga mengakibatkan seseorang itu tidak fokus dalam menangani kerja harian oleh kerana masalah takut tidak cukup yang melanda dalam fikiran seharian. Mudahan dijauhkan dari kita semua.

TAKUT BANYAK DUIT PUN ADA…
Selain dari itu, tak kurang juga yang takut “tak tahu nak buat apa dengan duit banyak”. Mereka dalah golongan yang sering mengsabotaj diri sendiri kerana perasaan takut menjadi kaya. Sememangnya ada golongan ini. Perasaan takut seperti, takut wang akan mengubahkan mereka menjadi orang yang tamak dan sombong. Ataupun takut dengan wang berlebihan, nanti apa pula tanggapan orang lain kepada kita.

Perasaan takut ini pula akan menghalang kita berusaha lebih dan mencari rezeki lebih. Ia secara perlahan-lahan menghentikan diri kita sendiri dari mencapai potensi diri kita yang lebih hebat.

takutduit

[PENGUMUMAN: Sertai Program 6 bulan separuh masa bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Irfan Khairi dan pelajari teknik dan strategi memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan. Klik di sini untuk maklumat dan pendaftaran]

BAGAIMANA PULA DENGAN TAKUT NAK FAHAM DUIT…
Golongan “yang tidak faham dengan duit” juga takut pada wang. Mereka pula sering memberi orang lain menguruskan kewangan sendiri kerana tidak faham selok belok kewangan. Tidak mengapa sekiranya mereka yang menguruskan adalah mereka yang cekap dalam kewangan dan boleh dipercayai. Tetapi sering terdengar kisah yang menguruskan wang adalah tidak cekap dan tidak boleh dipercayai membuatkan diri sendiri yang bermasalahkan wang.

Nasihat saya, anda sendiri perlu memahami wang, dan selok beloknya. Walaupun perlu memberi orang lain yang menguruskannya, tetapi, tanggungjawab kewangan adalah pada diri sendiri dan perlu tahu segalanya yang berkenaan dengan wang kita.

TAKUT PULA NAK BERBINCANG DUIT…
Bagaimana pula dengan mereka yang takut “berbincang mengenai wang”? Pastinya ramai yang sebegini. Dari dulu sehingga kini, bagi sesetengah orang, bercakap mengenai duit adalah perkara yang dilarang. Mudah sahaja mengenali mereka ini, iaitu mereka yang mempunyai rasa bersalah setiap kali isu wang dibincangkan. Bagaikan tidak selesa bercakap mengenai wang.

Ianya amat sukar untuk mengawal keadaan kewangan diri dan keluarga sekiranya isu wang tidak dibangkitkan dan dibincangkan bersama. Dengan pelbagai informasi kewangan di Internet dan buku-buku, sememangnya terdapat banyak maklumat kewangan untuk membantu diri dan keluarga dalam segala perbincangan kewangan.

Perasaan takut pada wang, sama ada takut tidak cukup wang, takut wang berlebihan, tidak faham kewangan atau takut berbincang mengenai wang adalah perasaan emosi yang amat kuat.

Kita harus menguasai perasaan ini supaya dapat mengawal kewangan kita sebelum wang mengawal diri kita dan keluarga. Perasaan emosi ini juga banyak mengakibatkan keputusan kewangan yang salah dan menambahkan lagi masalah kewangan sesiapa sahaja.

Segala keputusan kewangan yang dilakukan adalah keputusan hidup oleh kerana wang memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian. Sememangnya betul kata orang, “wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang!”. Mudahan dijauhkan segala perasaan takut pada objek yang bernama DUIT.

*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Program bersama jutawan Internet, Irfan Khairi. Sertai sekarang sebelum ia dipenuhi- klik untuk maklumat lanjut.

murah rezeki hubungan

8 tip murah rezeki dalam hubungan…

Rezeki itu luas dan luas caranya juga untuk menarik dan mmebuka pintu rezeki, termasuk juga dengan cara menjaga hubungan sesama manusia dan keluarga. Berikut adalah 8 tip murah rezeki dengan cara menjaga hubungan sesama kita…

murahrezekihubungan

  1. Senyum itu sedekah. Murahkan diri dengan senyuman sentiasa dan rezeki pun akan murah.
  2. Gembirakan kanak-kanak.
  3. Mendirikan masjid bagi mereka yang masih bujang. Jangan ditunda-tunda kerana Allah swt akan memberi rezeki rumah tangga pula!
  4. Bagi yang sudah berkahwin, jaga hati sesama suami dan isteri selalu. Sayang menyayangi sekeluarga, rezeki pun akan sayang pada kita!
  5. Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
  6. Bagi suami, isteri, sentiasa bersyukur dengan pasangan hidup sedia ada. Tidak kira apa sahaja kekurangan masing-masing.
  7. Layan semua orang dengan penuh hormat tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Tidak kira juga pangkat, darjat, atau di mana sahaja kedudukan kita berada.
  8. Gembirakan orang yang berada dalam duka atau sedih.

Jangan lupa tekan SHARE supaya hubungan sesama keluarga dan kenalan anda juga dapat dimurahkan rezeki!

*** Bagi anda yang menjalankan perniagaan dan ingin tahu teknik dan strategi menjadikan perniagaan anda POPULAR, sertai Seminar Perniagaan Popular bersama saya. Perniagaan yang popular akan sentiasa menjadi pilihan pengguna!

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, gunakan kaedah promosi yang 100% percuma dan efektif dalam membantu perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

boxing lessons

Apa perlawanan Floyd Mayweather lawan Manny Pacquiao mengajar kita tentang perniagaan…

Peminat sukan tinju pasti tidak melepaskan untuk menyaksikan perlawanan tinju antara dua ahli tinju hebat, Floyd Mayweather dari USA berlawan dengan Manny Pacquiao dari Filipina. Saya sendiri inginkan Manny Pacquiao menang, tetapi apakan daya! Keputusan juri memilih Mayweather pula.

Namun, bukan soal menang atau kalah yang saya nak bincangkan di sini. Pastinya sukan tinju bukanlah bidang saya. Tetapi, satu pengajaran yang membuatkan saya ingin menyampaikan kepada anda mengenai perniagaan (bidang saya!) melalui perlawanan ini.

boxing lesons

[PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula dalam beberapa hari sahaja lagi  dan tempat semakin terhad! Klik di sini sekarang.]

Bagi yang menonton perlawanan ini, pastinya tahu cara perlawanan Manny Pacquiao dan menonton sehingga akhir tahu caranya yang sering menyerang tanpa henti untuk 12 pusingan tersebut. Walaupun menyerang bertubi-tubi, tetap juga kalah diakhirnya atas keputusan hakim- bukan knockout.

Selepas perlawanan, pihak TV menemubual Manny Pacquaio dan bertanyakan soalan cepu emas atas kekalahannya:

Mengapa awak tidak menambahkan lagi serangan awak setiap pusingan? Serangan awak tidak cukup dan mungkin itu yang membuatkan anda kalah?

Jawab Manny Pacquaio pula…

Saya sangka saya menang. Saya cuba sedaya upaya untuk menyerang. Tetapi lawan saya (Floyd Mayweather) selalu bergerak. Dan bila bergerak, amat sukar untuk saya menyerang.

Itulah jawapannya yang memberi makna  kepada perniagaan juga. Dalam perniagaan, tidak semestinya kita serang sahaja pesaing kita. Dalam perniagaan, sebaiknya untuk sentiasa bergerak dan berubah.

Perniagaan yang sentiasa bergerak dan berubah dengan teknik baru, strategi baru, cara dan kaedah baru, pastinya sukar untuk ditumpaskan oleh pesaing.

Kini ramai usahawan yang mengeluh tentang sukarnya menjalankan perniagaan dikalangan pesaingan yang semakin hari semakin ramai. Tetapi, tanya pada diri sendiri, adakah kita hanya menggunakan cara, dan kaedah sama sahaja? Sekiranya ya, ertinya kita tidak cukup “bergerak” untuk menyukarkan pesaing mengalahkan kita.

Perniagaan yang bergerak sukar untuk dikalahkan!

***Sekiranya anda ingin mengubah dan “mengerakkan” perniagaan anda supaya dapat bersaing dan “menang” pula dalam arena perniagaan, pelajari kaedah dan strategi Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial terbaru supaya anda sering dihadapan pesaing anda dengan teknik dan strategi terkini.

Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula dalam beberapa hari sahaja lagi dan tempat semakin terhad! Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran supaya anda pula boleh mengubahkan cara perniagaan anda.

tnw

6 Tips Perniagaan Internet Dari Amsterdam!

Pada minggu lepas, saya ke Amsterdam untuk menghadiri persidangan Internet dan Media Sosial terbesar di Eropah. Zaman kini berubah, dan perniagaan kini banyak beralih ke Internet untuk mengaut pasaran yang lebih besar dan lebih murah.

tnw

Kitaran teknik, dan strategi pantas berubah di Internet dan sekiranya tidak diikuti, perniagaan akan ketinggalan ke belakang. Berikut adalah 6 tips trend perniagaan Internet dan media sosial yang perlu usahawan memberi fokus…

  1. Pemasaran video menjadi semakin penting. Kini, di Facebook sahaja 4 bilion video ditonton dalam masa sehari! Pemasaran video yang betul akan memberi keyakinan dan kredibiliti kepada perniagaan. Perniagaan yang tidak menggunakannya akan ketinggalan!
  2. Pemasaran mobile jangan dilupakan. Kini, lebih ramai pengguna Internet melayari Internet menggunakan mobile. Secara purata, lebih 70% yang sedang membaca tulisan saya ini menggunakan telefon pintar atau tablet. Betul tak? Oleh itu, usahawan perlu mengambil berat pemasaran mobile kini.
  3. Teknik pemasaran yang lebih inovasi perlu dilakukan. Sehari kita terdedah kepada lebih 3,000 iklan. Pesaing pula semakin ramai. Bagi perniagaan yang telah lama di pasaran, mungkin kini melihat keuntungan berkurangan oleh kerana pesaing yang semakin ramai. Jawapannya, teknik promosi yang lebih inovatif perlu dilakukan supaya orang ramai akan perasan iklan kita dikalangan 3,000 iklan setiap hari!
  4. Idea perniagaan yang lebih inovatif. Bukan sahaja pemasaran yang inovatif, tetapi idea perniagaan juga perlu inovatif untuk memenuhi pelbagai permintaan. Memulakan perniagaan yang sama sahaja seperti orang lain, hanya menambahkan pesaingan. Cari kelainan dengan menjadi lebih berani dan inovatif.
  5. Pentingkan jenama perniagaan. Terutamanya di Malaysia, penjenamaan bukanlah topik yang popular. Oleh sebab itu, banyak perniagaan yang tidak mementingkan jenama akan tenggelam dek pesaingan yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang pelanggan akan ingat? Mereka akan ingat perniagaan yang mempunyai jenama.
  6. Berniaga dengan lebih bijak. Terdapat pelbagai perisisan/apps yang membolehkan automasi perniagaan. Masa kini semakin terhad dan usahawan semakin sibuk. Dengan mengetahui perisian dan apps yang boleh membantu usahawan menjimatkan berjam-jam masa setiap hari dengan melakukan automasi perniagaan, mereka yang bekerja bijak akan sentiasa dihadapan pesaing yang melakukan kerja-kerja berniaga secara manual yang membazir masa.

InsyaAllah beberapa hari lagi saya akan ke Doha, Qatar pula atas jemputan menghadiri persidangan bersama Al Jazeera  sebagai deligasi Malaysia dan mudahan akan updatekan di sini 6 lagi tip perniagaan dari Doha pula! 😉

*** Bagi usahawan dan bakal usahawan yang ingin sentiasa dihadapan pesaing, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru yang akan bermula sejurus selepas saya pulang dari Qatar.  Topik-topik di atas juga akan di jelaskan dengan lebih mendalam supaya anda sentiasa mempunyai daya saingan yang hebat berbanding pesaing anda.

Pengambilan terbaru bermula pada tidak lama sahaja lagi dan teknik dan strategi terkini perniagaan Internet dan media sosial akan dikongsikan bersama peserta selama 9 bulan dengan bantuan dan bimbingan. Sekiranya anda beminat, dapatkan maklumat lanjut di sini atau hubungi Cik Jay di talian 03-77292277 sekarang. Tempat semakin terhad dan sentiasa akan penuh!

3batchUsahawan dan bakal usahawan, klik pada gambar di atas untuk sertai!

asas jenama

3 asas membina jenama perniagaan

Membina jenama adalah amat penting di zaman ini yang terlalu banyak persaingan perniagaan. Sehari kita terdedah kepada lebih 2,000 iklan-iklan perniagaan. Tanpa membina jenama, pastinya perniagaan kita akan tenggelam!
Membina jenama adalah amat penting dalam perniagaan, dan sebagai permulaan, berikut adalah asas-asas membina jenama…

asasjenama

  1. Nama perniagaan Pastikan nama perniagaan kita mudah disebut, mudah di eja dan mudah diingat! Seringkali, nama yang complex atau complicated mudah dilupakan oleh orang ramai. Fikirkan nama-nama jenama hebat di dunia, dan anda akan dapat lihat betapa mudahnya bahasa/nama digunakan untuk memudahkan nama perniagaan kita masuk ke fikiran pengguna.
  2. Logo & Warna perniagaan Manusia bersifat visual. Oleh itu, visual juga memainkan peranan penting untuk sesebuah perniagaan seperti logo dan warna. Bila kita fikirkan sesuatu jenama, apa yang kita ingat adalah imej perniagaan tersebut seperti tulisan senget Air Asia di atas warna merah, logo Apple pada produk apple seperti iPhone, dan juga lambang arca M warna emas untuk McDonalds.
  3. Slogan Dengan terlalu banyak perniagaan, ianya semakin sukar untuk prospek kita ingat pada fungsi dan keistemewaan perniagaan kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai slogan pendek yang padat untuk memberi makna kepada jenama kita.

Namun begitu, menjenama perniagaan kita bukan setakat visual seperti di atas. Ada banyak lagi perlu difahami mengenai jenama terutamanya bagaimana kesan emosi sesuatu perniagaan itu boleh menarik lebih ramai pelanggan melalui pembinaan jenama- secara psikologi

Satu kelemahan perniagaan kecil-kecilan adalah kurangnya maklumat bagaimana hendak membina jenama.

Cara terbaik dalam membina jenama adalah di langkah awal. Sebelum memulakan perniagaan anda (atau di tahap awal perniagaan anda sekiranya belum memikirkan jenama), fikirkan bagaimana anda perlu membina jenama perniagaan bermula dengan asas di atas.

Namun, membina jenama bukan sahaja pada logo, warna dan slogan, kerana ada banyak lagi faktor yang dapat membina jenama perniagaan anda. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan membantu anda membina jenama perniagaan anda bermula tahap awal. Dalam dunia perniagaan pesaingan tinggi ini, pastinya penjenamaan adalah amat penting dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut bagaimana kami dapat membantu anda dalam memulakan jenama perniagaan anda di Internet atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 melalui Program Intensif separuh masa kami.

3batch

formula perniagaan

Perniagaan yang paling menguntungkan?

Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.

Jadi, persoalannya, sekiranya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?

Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN. Kerana dengan dua elemen ini, dua pihak akan untung – KITA dan PELANGGAN akan untung.

fromulaperniagaan

[PENGUMUMAN: Sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut]

MINAT

Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.

Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.

Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.

Bila melakukan sesuatu yang kita minat, kita yang UNTUNG!

PERMINTAAN

MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.

Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?

Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.

Bila berniaga sesuatu yang mempunyai permintaan, pelanggan yang UNTUNG!

Oleh itu, formula perniagaan yang menguntungkan adalah adalah;

MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Pastikan anda memiliki kedua-duanya kerana keuntungan bukan sahaja pada wang ringgit. Tetatpi juga dengan kepuasan hati berniaga kerana minat dalam memenuhi permintaan pelanggan.

*** Dapatkan bantuan dan bimbingan memulakan perniagaan Internet selama 6 bulan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Ramai yang telah berjaya memulakan dan mengembangkan Internet bersama kami. Klik di sini untuk maklumat program terlaris ini bersama jutawan Internet, Irfan Khairi!