Category Archives: Tip Perniagaan

Online seminar *terbaru* Irfan Khairi “Cara bersaing!” Khamis ini – percuma!

Dua pengumuman ingin saya sampaikan kepada anda…

Atas kejayaan mengendalikan sesi Online Seminar (Webinar) saya yang pertama beberapa minggu lepas serta menjalankan ulangan siaran, webinar siri 01 bertajuk “Nak jual Apa?”, ramai yang inginkan saya mengendalikan tajuk-tajuk baru pula!

Atas sokongan yang diterima, pada hari Khamis ini jam 9 malam secara “Live” online saya akan mengendalikan Webinar bersama Irfan Khairi “Live” siri 02 bertajuk “Cara bersaing!”. Yang akan mendedahkan kaedah bersaing supaya anda dapat menawan pesaing-pesaing dalam perniagaan anda!
Topik yang akan disampaikan:

  • Masih tak tahu hendak menjual apa di Internet?
  • Cara bersaing dengan efektif dan menewaskan pesaing anda?
  • Cara paling efektif promosikan perniagaan anda- Facebook, Blog atau Laman Web?
  • Maklumat lanjut Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April

Sekiranya anda ingin mengikuti online seminar ini secara “live” dari keselesaan rumah anda, ikuti link di bawah dan cetak/print maklumat yang diberikan. Jangan ketinggalan oleh kerana sesi online webinar ini adalah percuma dan sarat dengan maklumat yang boleh membantu perniagaan di Internet. Lawati:

http://instantteleseminar.com/?eventid=18033087
*Jangan lupa print maklumat di sini & letak di depan meja komputer anda! πŸ˜‰

Pengumuman kedua adalah mengenai sesi Prelude Revolusi Perniagaan Internet yang akan diadakan padaΒ  Sabtu 12hb Mac 2011, di Vistana Hotel Kuala Lumpur.

Sejak beberapa bulan lepas, saya telah mengendalikan road tour PERCUMA memeberi tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet. Alhamdulillah, sambutannya amat hebat dengan beribu peserta telah terlibat sama!

Namun, sesi road tour Prelude ini sudah hampir mencapai penghujungnya. Mungkin, sesi pada 12hb Mac ini adalah sesi terakhir yang dikendalikan, oleh kerana tempat untuk acara Revolusi Perniagaan Internet sudah hampir penuh. Sekiranya penuh, road tour akan dihentikan*.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet di acara PRELUDE Revolusi, jangan ketinggalan pada hari Sabtu 12hb di Vistana Hotel Kuala Lumpur! Maklumat lanjut di bawah.

-Irfan Khairi @ IK
Kuala Lumpur

ps: Sudahkah anda sertai saya di Facebook? sekiranya belum, “Like” FB page saya di sini. Saya memberi berbagai2 tip perniagaan, motivasi dan kewangan setiap hari!
pps: Anda terlepas sesi webinar pertama Siri 01 “Nak jual apa?” Sertai PRELUDE Revolsi Perniagaan Internet di bawah supaya tidak ketinggalan tips dan strategi yang disampaikan!

****************
PRELUDE Revolusi Perniagaan Internet (PERCUMA)
Sesi terakhir!*
bm_poster_for_email.jpg

Ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi, mempunyai 3 soalan utama, iaitu:

  1. Nak jual apa di Internet?
  2. Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
  3. Bagaimana nak promosikan perniagaan anda?

Sesi saya di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 12hb Mac, akan menjawab ketiga-tiga soalan di atas. Tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan secara part-time, atau anda sedang menjalankan perniagaan kini dan ingin mengembangkan keuntungan perniagaan anda melalui Internet, di sesi ini, akan membantu anda mencapai matlamat perniagaan Internet anda.

Oleh itu, anda dialu-alukan menghadiri sesi saya pada hari Sabtu depan!

PRELUDE REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET

Bersama Irfan Khairi
Tarikh: Sabtu 12hb Mac 2011
Kuala Lumpur
Vistana Hotel
10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Masuk: PERCUMA

Sekiranya anda ingin menghadiri sesi di atas, sila lakukan tempahan awal oleh kerana sesi-sesi ini adalah eksklusif kepada 100 penyertaan sahaja untuk memudahkan pembelajaran teknik-teknik perniagaan Internet yang disampaikan. Juga akan disampaikan maklumat mengenai acara gilang gemilang- Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 + tawaran istimewa bagi mereka yang hadir.

Sekiranya ingin hadir sesi di Vistana Hotel Kuala Lumpur, sila email sales@rahsiainternet.com dengan tajuk “PRELUDE KUALA LUMPUR 12 MAC” beserta maklumat-maklumat berikut:

Nama: ………………………..
No.HP: ………………………..
Alamat email: …………………………
Jumlah peserta: ………………………………

Kita jumpa di sana ya!

Perniagaan ikut-ikutan- orang jual X, kita pun jual X

Ingin saya celoteh sedikit mengenai apa yang dikenali sebagai “perniagaan ikut-ikutan”, atau perniagaan mengikut “trend”… orang jual X, kita pun jual X. Bukan menjual serbuk cuci jenama X… tetapi, gantikan ‘X’ tu dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan…

Contohnya, kita boleh lihat trend di Internet…

  • Ramai sahaja yang menjual ‘tudung’ di Internet. Tak salah, malah bagus pun jual tudung… disamping mencari rezeki, menggalakkan tutup aurat.
  • Bila lihat industri fotografi, banyaknya ‘wedding photographer’ di Internet. Berbagai harga yang disediakan… sampai ada kenalan profesional photographer saya mengadu makin susah nak cari makan.
  • Time musim perayaan, sudah tentunya trend menjual ‘kuih raya’ di Internet. Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan πŸ˜‰

Anyway, seperti saya kata, tak salah mengikut trend, atau mengikut perniagaan lain, dan menjadi perniagaan ikut-ikutan. Rezeki ada di mana-mana sahaja.

ikan.jpg
Dalam banyak-banyak ikan yang menarik ni, ikan mana yang anda tertarik?
Ikan yang berbeza bukan? πŸ˜‰

Cuma, dalam perniagaan, bila persaingan terlalu tinggi, maka makin susah untuk perniagaan kita mendapat keuntungan yang hebat. Keuntungan yang HEBAT ya saya sebut… nak dapat keuntungan yang biasa-biasa, memang boleh. Tetapi, dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang HEBAT.

Bila nak mulakan perniagaan, kita perlu sedikit kreativiti. Kreativiti dalam meminimakan pesaingan kita. Bila kurang pesaing, lagi mudah kita hendak mendapat keuntungan yang hebat. Sebagai contoh…

  • Kalau minat fesyen muslimah, tak semestinya menjual ‘tudung’ sahaja. Menjual ‘baju renang muslimah’ juga adalah fesyen muslimah.. dan mungkin persaingan adalah jauh lagi rendah dari menjual tudung.
  • Kalau bidang ‘wedding photography’ terlalu ramai pesaing, bidang forografi lain masih ada… product photography, family photography, baby photos… dan macam-macam lagi. semuanya permintaan tinggi juga.
  • Time-time raya, memang tak boleh lari dari kuih raya πŸ˜‰ Tetapi boleh sahaja jadi lebih kreatif seperti masih lagi menjual kuih raya yang di pakejkan dengan unik dan lebih cantik. Dan disasarkan kepada pasaran koprat sebagai high class ‘gift’. Menjadi kreatif, tak semestinya tukar produk ya… tukar sasaran pelanggan pun kreatif juga.

Jadi, dalam perniagaan, cuba cari kelainan…Β  sukar sekiranya terlalu ramai pesaing untuk mendapat keuntungan yang HEBAT. Cuba fikir kreatif dan jangan terlalu mengikut-ikut perniagaan lain.

Bila saya sendiri hendak mulakan sesuatu perniagaan, soalan pertama yang saya akan tanya pada diri sendiri adalah ‘how to make it different?’. Anda juga patut lakukan yang sama πŸ˜‰

ps: Join me di Revolusi Perniagaan InternetΒ dan ketahui teknik2 bagaimana hendak menjadikan perniagaan anda berbeza dan mendapat keuntungan yang HEBAT!Klik di sini.
pps: Kongsi artikel ini ya! πŸ˜‰

Prelude Revolusi Perniagaan Internet – Shah Alam, Seremban, KL & Ipoh

Sempena Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 ini, saya akan adakan “road tour” Prelude Revolusi di beberapa lokasi termasuk: Shah Alam, Seremban, Kuala Lumpur & Ipoh. Berikut adalah maklumat lanjut…

Sabtu 19hb Februari, Shah Alam, De Palma Hotel, 3.00pm – 5.30pm

Ahad 20hb Februari, Seremban, Klana Resort, 3.00pm – 5.30pm

Sabtu 26hb Februari, Kuala Lumpur, Vistana Hotel, 10.00am – 12.30pm

Ahad 27hb Februari, Ipoh, Heritage Hotel, 3.00pm – 5.30pm

Penyertaan untuk setiap lokasi adalah eksklusif kepada 100 penyertaan percuma sahaja. Bagi anda yang berada di lokasi-lokasi di atas, sila lakukan tempahan cepat sebelum tempat dipenuhi.

Topik yang saya akan sampaikan:

  • Produk dan perkhidmatan paling laris dan terbaik untuk dijual pada tahun 2011!
  • 4 langkah bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah anda!
  • Kaedah mempromosikan perniagaan Internet anda secara murah dan paling efektif!

Juga akan disampaikan info mengenai Revolusi Perniagaan Internet.

Lagu tema Revolusi Perniagaan Internet

Sempena acara Revolusi Perniagaan Internet, dapatkan lagu tema acara ini- lagu berkonsep motivasi. Mudahan dapat memberi motivasi dan menaikkan semangat anda bila memerlukan!

bm_poster_for_email.jpg

Nadi ku degup kencang
Jiwa ku takkan goyang
Keringat kudrat membasahi
Semangat takkan mati

Andai ku jatuh tersungkur
Selagi di kandung tubuh
Akan ku bangun semula
Menggapai bintang

Ku berdoa
Pada Mu Tuhan
beri kekuatan
Tiada tandingan

Ku berdoa
Dengan nafas ku hela
Ku lihat cahaya
Dunia baru
Revolusi ku

Lagu & Lirik: IK
Nyanyian: Razzi Rahman
Performed by: Pagi band (facebook.com/pagifb)

ps: sekiranya anda free pada Khamis 27hb Jan 2011, jam 8.00 malam, akan diadakan sesi preview PERCUMA Revolusi Perniagaan Internet, di Cititel Hotel, Midvalley Kuala Lumpur (Tingkat 5). Di jemput hadir πŸ˜‰

Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet

Keratan dari Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet

Mengimbau langkah pertamanyamenceburi perniagaan, Irfan Khairi berkata, ia bermula sejak pengajiannya dalam bidang reka bentuk multimedia di Unioverti Staffordshire United Kingdom (UK) dengan berniaga secara kecil-kecilan. Selain itu beliau bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasaraya Kwik Save di UK untuk mengumpul wang bagi membeli buku dan menghadiri bengkel motivasi serta perniagaan di negara itu sepanjang 2 tahun pengajian.

rev_paper_ik.jpg

Jika mahu berniaga, tidak perlu tunggu hingga dapat sarjana pengurusan perniagaan baru hendak mulakan perniagaan, malah semasa pengajian boleh mula kumpul pengalaman dengan berniaga secara kecil-kecilan dikalangan rakan.

Ilmu perniagaan juga tidak kurang pentingnya, sebab itu saya bekerja sebagai tukang cuci selama 2 jam setiap hari dengan upah kira-kira RM7 mengikut kadar pertukaran wang sekitar 1997-1998 bagi membeli buku dan menghadiri bengkel. – katanya

Antara pendedahan yang memberi kesan terhadapnya menerusi pembacaan dan bengkel dihadiri diluar negara, Irfan Khairi berkata adalah prinsip Pereto Rule 80/20 yang berdasarkan strategi 80% hasil dan 20% usaha.

Prinsip itu, katanya, memberi penekanan mengenai jujur terhadap diri sendiri dengan melakukan perkara yang diminati serta pengurusan masa berkesan kerana jika tidak, apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu sesorang itu akan meluangkan lebih masa berusaha iaitu 80% dan hanya mendapat 20% hasil….

ps: Sekiranya anda ingin pelajari kaedah bagaimana membawa minat anda menjadi perniagaan di Internet, dan menggunakan tips dan strategi terkini dalam melipatgandakan pendapatan, sertai saya di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet bulan April nanti di KLCC Convention center, Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat lanjut.Β  Tempat semakin terhad.

Laptop RM1,000,000

Sambil-sambil kemas store rumah saya tadi, saya terjumpa dengan laptop lama saya ni. Saja nak kongsi dengan anda bahawa, inilah laptop saya ketika saya memperolehi RM1,000,000 pertama saya melalui perniagaan Internet ketika berumur 25 tahun πŸ˜‰

mylaptop1.jpg

Baru teringat kembali masa saya beli laptop ni, saya tak berapa mampu, so, beli secara bayaran ansuran dan perlu membayar balik setiap bulan untuk cover hutang laptop.Mungkin keputusan yang paling tepat sekali untuk beli laptop ni secara ansuran ketika itu. Kalau tak, takde lah saya jalankan perniagaan Internet kot!

Sungguh cepat masa berlalu, dari zaman laptop yang ada disk drive untuk floppy disk boleh muat 1.44mb, sehingga zaman ni, yang kita sering guna thumbdrive bergig-gig!

Apa sahaja keputusan kita hari ini, akan mengubah keadaan kita 5… 10 tahun akan datang. So, lakukan keputusan yang tepat untuk diri anda!

ps: Di Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April 2011, saya akan kongsikan tip, strategi dan pengalaman saya 11 tahun menjalankan perniagaan melalui Internet dari rumah πŸ˜‰ Sekiranya ingin sertai, klik di sini…

Tawaran perniagaan yang hebat

satu babak dalam salah satu filem all time favourite saya- The Godfather dialog berbunyi…

“Give him an offer he can’t resist”

Walaupun dalam filem tersebut merupakan dialog antara mafia, tetapi, dialog itu boleh menjadi satu petua yang hebat dalam perniagaan!

Dalam perniagaan, untuk menarik pelanggan, kita juga perlu memberi offer (tawaran) yang sukar untuk resist (ditolak). Fikirkan nilai yang terbaik untuk pelanggan anda sehingga sukar untuk mereka katakan “tidak”.

Contoh:

  • Tawaran 10% atau 20% diskaun mungkin sudah biasa kita dengar. Jadi, mudah untuk kita tolak tawaran tersebut. Tetapi sekiranya tawaran 60% atau 70% diskaun, semestinya sukar untuk di tolak oleh pelanggan!
  • Beli satu dapat satu percuma, mungkin sering sudah kita dengar. Tetapi apakata lakukan beli 1 dapat 2 percuma!

Baru baru ini, saya ternampak di kedai kasut tawaran “offer you can’t resist” ini.

offerhebat.jpg

Beli 1 kasut, dan dapat satu lagi kasut dengan harga hanya 50sen!

Fikirkan tawaran terhebat yang boleh diberikan untuk menarik pelanggan! Lagi hebat tawaran tersebut, lagi ramai pelanggan anda akan dapat.

ps: Jangan lupa sertai Revolusi Perniagaan Internet April 2011 ini, sementara pada harga early-bird. Harga asal akan dikenakan tidak lama lagi! Lawati http://www.irfankhairilive.com

5 tip kewangan dari facebook saya – IK ;)

Alhamdulillah, tak lama lagi- Insya-Allah bulan depan, akan diterbitkan buku terbaru saya, iaitu “Nota Jutawan: Nota Kewangan” dari Telaga Biru Sdn Bhd. Sususlan dari siri Nota Jutawan – Nota Motivasi dan juga Nota Perniagaan. Tak sabar rasanya oleh kerana plan saya adalah untuk keluarkan 1 buku 1 tahun sejak 2006 alhamdulillah masih on track- selagi boleh menulis! πŸ˜‰ Kalau masuk buku terbaru ni, dah 6 buku saya di pasaran… i like πŸ˜‰

Anyway, di Facebook juga saya kongsikan tip-tip kewangan dari masa ke semasa, bagi mereka yang belum join FB saya, do join now! Bagi yang dah sertai, jangan lupa untuk “Share” tip-tip ni… πŸ˜‰

Berikut adalah antara tip-kewangan terbaru dari FB saya. Mudahan dapat memberi manfaat…

Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang ‘kaya’ hidup gini

Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga

Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%… atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga πŸ˜‰

Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! πŸ˜‰

Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!

ps: Sekiranya ingin perbaiki kewangan anda melalui memulakan perniagaan sambilan di Internet, sertai saya di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet, April 2hb & 3hb 2011 di KLCC Convention Center. Klik di sini untuk maklumat lanjut!

Terima kasih Radio24 sebagai Radio Rasmi “Revolusi Perniagaan Internet”

Special thanks to Radio24 93.9fm sebagai rakan media dan stesen radio rasmi acara gilang gemilang saya “Irfan Khairi ‘Live’: Revolusi Perniagaan Internet” yang akan diadakan pada April 2011! Terima kasih atas kepercayaan, keyakinan dan juga sokongan yang diberikan to all my friends at Radio24.

Saya bersama Radio24 sudah lama juga… sejak awal 2008 lagi dengan rancangan saya “Jutawan bersama Irfan Khairi” sehingga lah kini dengan slot saya “Irfan on Air”. Mulai 2011 juga, Irfan on Air akan keudara prime-time pada jam 5.30pm setiap Jumaat… so, sambil2 tersangkut dalam jam, tune in to Radio24 93.9fm ok. Dan bagi diluar Lembah Kelang, boleh dengar secara streaming di www.radio24.com.my

Thanks to Radio24, dan bagi anda yang berminat untuk menyertai Revolusi Perniagaan Internet, boleh dapatkan maklumat lanjut di www.irfankhairilive.com.

radio24i_tq.jpg
Klik pada poster untuk maklumat lanjut & siri email percuma
“Cara Memulakan Perniagaan Internet dalam masa 14 hari” FOC πŸ˜‰

Formula mencapai matlamat 2011 anda

Formula mencapai matlamat 2011 anda
oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1:Β  Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub! anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai! anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri! oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja! berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa juaΒ  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri!

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!