Category Archives: Tip Perniagaan

Talk PERCUMA “Perniagaan Internet bersama IK” di Cititel, Midvalley 4hb June

BERITA TERKINI: Talk percuma hari KHAMIS 4hb dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!

Suka saya umumkan, first time saya akan kendalikan sesi percuma Pengenalan kepada perniagaan Internet di Cititel Hotel, Midvalley pada hari Khamis 4hb June ini.

  • 8.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)
  • 8.15pm Talk “Perniagaan Internet bersama IK”
  • 9.15pm Preview Workshop Jutawan Internet Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah
  • 9.30pm Sesi bonus: Autocard Privelege (Pemberian percuma kepada peserta WJI)
  • 9.45pm Sesi soal jawab
  • 10.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)
pengenalan-poster-jpg.jpg

Sesi pengenalan/preview ini adalah terbaik bagi anda yang belum memulakan perniagaan Internet atau ingin mempelajari bagaimana sebenarnya menjalankan perniagaan Internet. Semua dijemput hadir, ajak kawan, keluarga suami, isteri kerana, mana tahu, perniagaan Internet boleh menjadi sumber pendapatan anda di kala ekonomi tidak menentu.

  • Tajuk: Perniagaan Internet bersama IK
  • Tarikh: Khamis 4hb June 2009
  • Waktu: 8.00malam – 10.00malam
  • Tempat: Cititel Hotel, Midvalley

Di sesi percuma ini juga kami akan kendalikan sale produk RahsiaInternet.com dimana anda boleh jimat berpuluh-puluh ringgit produk perniagaan Internet RahsiaInternet.com serta, akan dijalankan preview Workshop Jutawan Internet. Bagi anda yang belum menghadiri Workshop Jutawan Internet, sesi ini adalah terbaik. Juga akan terdapat satu pakej workshop baru, khas bagi mereka yang kurang berkemampuan menyertai Workshop Jutawan Internet sebelum ini. Semuanya akan dikongsikan pada hari Khamis ini…Β 

*Nota supaya anda tidak keliru, apa yang saya jalankan adalah perniagaan Internet. Dan bukannya konsep MLM menggunakan Internet. Saya jalankan jual beli produk atau perkhidmatan melalui Internet, dan bukan konsep mencari downline seperti konsep perniagaan MLM. Perlu saya jelaskan ini sebab ada juga antara kita yang ingatkan saya buat MLM πŸ™‚ (Tak salah buat MLM cuma itu bukan perniagaan yang saya jalankan)

Oleh kerana sesi talk pengenalan kepada perniagan Internet ini adalah PERCUMA, tempat pula adalah terhad kepada 60 peserta terawal sahaja. Nak masuk lebh sikit maybe boleh, tapi kena berdiri kot? πŸ™‚

So, permintaan kami, hanyalah untuk anda daftar terlebih dahulu secara percuma

Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY

On top of that, kerana RahsiaInternet.com menghargai susah payah anda untuk datang mendengar talk percuma ini, 20 peserta terawal akan diberi sebuah buku perniagaan berharga RM25 secara percuma. Buku bercetak… bukan ebook.
Tapi, pastikan anda betul2 dapat datang. Sebab kalau tak dapat datang, baik beri tempat tersebut kepada mereka yang betul-betul berminat untuk mempelajari perniagaan Internet kan? πŸ™‚

ps: Sila tanda di kalender anda, dan datang awal!

BERITA TERKINI: Talk percuma hari KHAMIS 4hb dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!

Skil presentation dalam perniagaan

gates.jpgDalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit “talk” atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.

Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.

Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:

Start with a BANG!

Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.

Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.

Keep it short

Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more… dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.

Relate with them

Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien. Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat, pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.

Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.

Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah & university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking & presentation menjadi antara rutin karier saya πŸ™‚

By the way… pernah tak anda lihat komunikasi saya pada 2005? Klik di sini untuk melihat… memalukan! Untuk perbandingan… saya letakkan yang 2008 punya juga. Klip 2008 menggunakan 3 tip yang saya kongsikan di atas- start with a bang, keep it short & relate to them- enjoy! πŸ™‚

FREE TALK ASAS PERNIAGAAN INTERNET BERSAMA IK…

Hari Khamis 4hb ni, saya akan adakan free talk di Cititel, MidValley pada pukul 8.00 malam. Khas untuk anda ingin tahu mengenai perniagaan Internet. So, kalau anda free, and nak dengar talk saya mengenai asas perniagaan Internet untuk 1 jam, free je…

Juga, akan ada sedikit preview percuma workshop mini & workshop jutawan Internet. Also, for the first time, akan ada *sale* buku & produk RahsiaInternet.com. Up to 40% discount.

Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY

Tempat terhad kepada 60 orang sahaja, so booking awal-awal. 20 peserta yang terawal akan terima sebuah bukuΒ  bernilai RM25. Buku betul, bukan ebook πŸ™‚ Jumpa di sana!

Blues tak update blog

Urgh… saya tahu, sesiapa sahaja yang mempunyai blog, pastinya adakalanya mengalami blues tak update blog πŸ™‚

Berminggu-minggu (ada yang berbulan!) berlalu tanpa update blog. Sounds familiar?

Ada banyak sebab terjadinya blues tak update blog. Antaranya (yang selalu) sibuk, takde idea nak tulis apa, terlupa, menunda-nunda kan masa…

Tak kira, apa sahaja sebab, memang tak dinafikan, blog adala media yang selalu perlu di update. Nama pun BLOG berasal usul dari perkataan Web Log. Kiranya macam online diary…

Berikut beberapa tip bagi anda yang dah lama tak update blog, atau sering dilanda Blues tak update blog πŸ™‚

  1. Tentukan hari menulis blog. Seperti saya sendiri, memilih Isnin, Rabu & Jumaat sebagai “Hari mesti menulis”. Walaupun sesuatu idea saya dapat hari Selasa, saya tetap tulis hari Rabu. Kalau ada sesuatu nak dikongsikan hari Khamis, saya tulis juga hari Jumaat.Dengan cara ini, kita dapat disiplinkan diri untuk menulis secara konsisten.
  2. Buka fikiran dengan perasaan “ingin berkongsi”. Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?”Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.
  3. Bawa buku 555 ke mana sahaja. Ok… ok… saya tak lah bawak buku 555 yang kutip hutang tu. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam ipod atau handphone saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entry. Tunggu hari-hari yang ditetapkan (Point 1), baru tulis seluruh entry di blog.
  4. Of course, ni sebenarnya tak perlu saya sebut. Bina blog yang membawa topik kegemaran anda. Tip Satu Minit ini lebih kepada tip-tip perniagaan & motivasi… yang menjadi minat saya dari dulu lagi. Update blog ini menjadi hobby yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan.So, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog! Saya dah menulis di Tip Satu Minit ni sejak tahun 2006. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.

Mudah-mudahan dengan tip-tip di atas, kurang sikit kita bersama mengalami blues tak update blog πŸ™‚

Promosi perniagaan – The Rule of 5

Penahkah anda dengar tentang “Rule of 5”?

Kita semua tahu tentang 94% perniagaan (Internet dan juga bukan Internet) gagal kerana tidak melakukan promosi. Bagaimana kah kita hendak tauhu sama ada promosi kita mencukupi?

Di sini lah timbulnya “The Rule of 5”. ia mengatakan bahawa pada setiap masa, sekurang-kurangnya anda mempunyai 5 cara promosi yang bergerak serentak. Itu lah dia nya Rule of 5.

Contoh, pada satu waktu mungkin:

  1. Anda mengedarkan flyer
  2. Anda membuat pengiklanan di Internet
  3. Anda membuat free preview mengenai perkhidmatan anda
  4. Anda promosi melalui email (bukan spam!)
  5. Anda berjumpa prospek

Cukup lima… itulah The Rule of 5. Lima kaedah promosi dilakukan serentak. Di atas contoh sahaja… terpulang kepada anda kaedah apa yang anda gunakan.

Sekiranya anda melakukan perniagaan, dan lihat keuntungan tidak memberangsangkan… cermin kembali perniagaan anda. Adakah anda aplikasikan the Rule of 5? Kalau tidak… sendiri mau ingat! πŸ™‚

Juga ingat… the Rule of 5 adalah MINIMA. Kalau yang minima pun anda tidak lakukan… maka, jangan disalahkan perkara2 lain.

Salahkan diri anda sebagai pemilik perniagaan. πŸ™‚

Bagaimana memindah ke web hosting baru dari yang lama

Beberapa hari ni, IrfanKhairi.com melalui proses pemindahan ke web hosting lain- upgrade server. Alhamdulillah kini semua sudah settle.

Akibatnya, beberapa hari lepas:

  • Saya tak dapat update blog Tip Satu Minit ni.
  • Beberapa comment sehari dua lepas hilang
  • Tak dapat login ke akaun affiliate Mentor Jutawan

Sekarang dah OK, so IrfanKhairi.com akan berfungsi spt biasa…

Sedikit perkongsian maklumat untuk hari ni:

Kalau anda menjalankan perniagaan Internet, atau mempunyai blog atau laman web, ada kalanya anda perlu berpindah server. Server yang lebih baik untuk menampung kapasiti aktiviti laman web anda. Ini yang terjadi pada IrfanKhairi.com apabila webhosting lama (A) sudah tak larat nak menampung IrfanKhairi.com. So, saya berpindah ke webhosting (B) baru.

Berikut adalah proses berpindah webhosting untuk pengetahuan anda…

  1. Webhosting syarikat A akan menghubungi anda untuk beri tahu mereka dah tak dapat menampung kapasiti laman anda. So, anda perlu cari webhosting lain. Saya pun mendapatkan webhosting syarikat B.
  2. Sering kali webhosting syarikat B akan membantu dalam proses pemindahan. Kerana mereka dapat ‘business’ :). Anda juga boleh request perkhidmatan Web Host Migration ini.
  3. Syarikat B akan backup semua file dari syarikat A. Anda perlu beri username dan password anda kepada syarikat B. Mereka akan pindahkan semua file ke server baru (B).
  4. Take note, pemindahan file sahaja berlaku sehingga kini. Nama domain (IrfanKhairi.com) belum lagi pindah…
  5. Anda perlu pindahkan domain name (IrfanKhairi.com) supaya ditujukan ke webhosting B pula
  6. Untuk domain name pula, anda perlu mengubah NAMESERVER domain name dari A kepada B. Untuk mengubahkan nameserver, anda perlu login ke akaun domain name management anda (berbeza dengan akaun webhosting).
  7. Ubahkan nameserver kepada nameserver baru (di beri oleh syarikat B… kalau tak, anda perlu minta)

Beri beberapa masa… dan viola! Proses pemindahan pun selesai πŸ™‚

*Sebenarnya, langkah 2 & 3 di atas boleh dilakukan oleh anda sendiri. Melainkan, sekiranya anda mempunyai pelbagai script/program/database atau tak ada masa melakukannya, minta perkhidmatan “Web host migration” ini dari webhost baru anda. Sering kali percuma… adakalanya mereka charge.

Moga dapat membantu πŸ™‚

Logo perniagaan yang memberi kesan emosi

Berikut adalah antara tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:

  • Walaupun ramai memahami logo mempunyai “simbol” sering kali, logo berbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh, Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon… perlu saya teruskan?
  • Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan oleh pesaing anda.
  • Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logo anda dikecilkan
  • Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten di bahan-bahan promosi perniagaan anda
  • Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logo berteraskan tiga segi tidak efektif πŸ™‚

Kita perlu faham bahawa, logo, bukan sekadar imej sahaja. Logo yang efektif adalah apabila ia berjaya dikaitkan dengan jenama perniagaan, dan memberi kesan “emosi” kepada target market pengguna apabila melihat logo tersebut. Apabila mempunyai kesan “emosi”, pastinya logo tersebut lebih diingati.

Contoh, tip logo saya lepas, terdapat beberapa logo yang memberi kesan emosi yang negatif. Seperti Carlsberg, Playboy dan Coca-Cola. Walaupun negatif (bagi masyarakat kita), bagi target market mereka, ia menjadi sesuatu yang sering diingati.

Fikirkan pula logo yang memberi kesan positif dari logo-logo seperti Mercedes, Harley Davidson dan juga Intel. Pastinya logo yang memberi kesan (tak kira positif atau negatif) akan sering diingati.

Bottom line, logo yang memberi kesan emosi pada perniagaan adalah logo yang berjaya! πŸ™‚

Logo perniagaan anda… ada ke takde?

Saya sudah menulis blog ini sejak 2006, tapi entah kenapa, for the past 3 years, saya pernah menulis kepentingan mempunyai logo perniagaan hanya sekali sahaja- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepas pandang…

logos1.gifMungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalah asas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas, saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asas perniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaan kecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!

Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan… adakah anda mempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akan berkembang.

Logo adalah penting kerana ianya adalah antara “first contact” prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk “imej” atau “gambaran”, membolehkan perniagaan anda mudah diingati pelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.

Cuba fikirkan… ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpa mempunyai logo? … tiada bukan?

So, soalan utama…

ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?

ps: pasti anda perasan RahsiaInternet.com & Tip Satu Minit ni pun mempunyai logo!

Perniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?

Anda jenis penjual (salesperson) yang mana?

Di sini ada maklumat yang interesting. Dalam perniagaan, setiap orang mempunyai keselesaan yang berbeza. Tidak semua boleh menjual produk, tidak semua boleh menjual perkhidmatan, dan tidak semua boleh menjual informasi.

Di manakah tahap keselesaan anda?

Dengan menjawab ini, anda boleh menentukan perniagaan jenis apa yang paling ideal untuk anda.

  • Adakah anda jenis selesa menjual produk? Contoh seperti menjual produk kesihatan, handphone, laptop, rumah, kereta, makanan, minuman dan sebagainya?
  • Adakah anda jenis selesa menjual perkhidmatan? Contoh seperti perkhidmatan kewangan, konsultan, alih bahasa, design, insurans, takaful dan sebagainya?
  • Adakah anda selesa menjual informasi? Contoh seperti buku, seminar, ebook, manual, report, program, workshop, dan sebagainya?

Sekiranya, anda sudah lama mencuba perniagaan, tetapi masih belum berjaya, kemungkinannya adalah, apa yang anda jual adalah bukan dalam kategori perniagaan keselesaan anda.

Sekiranya selama ini anda menjual produk, apa kata anda cuba menjual perkhidmatan. Sekiranya selama ini anda menjual perkhidmatan tetapi tidak berjaya, apa kata anda cuba menjual informasi.

Selalu saya lihat seorang penjual (salesperson) yang hebat menjual produk, tetapi, apabila diberi perkhidmatan, dirinya tidak dapat membuat jualan yang baik. Sama juga seorang penjual perkhidmatan yang hebat, tetapi apabila diberinya produk kepadanya, dirinya langsung tidak dapat membuat jualan.

Fikirkan ini. Persoalan ini bukan menjurus kepada “kebolehan” atau “skill” seseorang itu… tetapi, lebih kepada “keselesaan”- yang lebih kepada jiwa dan hati seseorang itu.

Perniagaan Internet ASAS: 4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet

Setiap hari Rabu dalam jam 8.30am, saya bersama Astro Awani dalam program Awani Pagi menyampaikan maklumat mengenai perniagaan Internet. Kalau anda termiss, insyaallah saya akan uploadkan siri-siri perniagaan Internet saya di YouTube untuk tatapan anda πŸ™‚

Ok, hari ni back to basic balik. Ada antara kita masih tak faham lagi konsep asas perniagaan Internet, jadi dalam siri01 ini, saya kongsikan 4 langkah memulakan perniagaan Internet. Bagi anda yang ingin mengetahui konsep asa perniagaan Internet, pasti klip ini dapat membantu πŸ™‚

4 Langkah tersebut adalah:

Langkah #1: Produk atau perkhidmatan

Apakah produk atau perkhidmatan yang anda ingin jualkan di Internet? Dalam perniagaan, pastinya perlu ada pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang ringgit…

Langkah #2: Laman Web

Di Internet, laman web adalah kedai anda. Kalau perniagaan bukan Internet, anda perlu mempunyai tapak untuk menjual produk atau perkhidmatan. Di Internet, anda masih memerlukan tapak untuk menjual produk/perkhidmatan anda. Tapak di Internet berbentuk laman web…

Langkah #3: Terima bayaran

Laman web anda perlu boleh menerima bayaran. Sama ada menggunakan kad kredit, bank in dan cek.

Langkah #4: Promosi

Perniagaan Internet pastinya gagal tanpa promosi yang betul. promosi adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan perniagaan Internet

BagiΒ yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan Internet, boleh sertai. Lawati http://www.rahsiainternet.comΒ untuk keterangan lanjut.

Menambahkan keuntungan #3: Mengurangkan kos

Cara seterusnya untuk menambahkan keuntungan, adalah dengan mengurangkan kos- jimatkan kos. Dalam perniagaan, tentunya terdapat kos mengendalikan perniagaan. Boleh tak kita kurangkan beberapa kos tersebut?

cutcost.jpg

Cut cost to increase profit!

Matlamat pertama adalah untuk kurangkan kos pada 10% sahaja. Dengan mengurangkan kos 10%, boleh dikatakan keuntungan pula yang bertambah 10%.

Apa yang penting adalah untuk anda jejak semua wang keluar dalam perniagaan anda- senaraikan segalanya dan lakukan pantauan terperinci di mana anda boleh kurangkan kos-kos tertentu. Antaranya mungkin…

  1. Dapatkan supplier lain yang boleh memberi pada harga yang lebih rendah (pastikan kualiti tidak terganggu)
  2. Runding untuk mendapatkan lebih banyak stok pada harga diskaun
  3. Ubah daripada menyewa, kepada membeli aset
  4. Bayar sales team komisyen atas pencapaian (daripada bayar gaji tinggi untuk menggalakkan lebih jualan)
  5. Jimat pada overhead asas seperti elektrik, air, gas, etc…
  6. Guna semula apa yang boleh diguna semula (contoh, print atas kertas kedua-dua belah)
  7. Gunakan email daripada menghantar surat melalui pos
  8. Pelajari teknik-teknik mengurangkan kos petrol kereta
  9. Mencari ruang pejabat yang lebih murah
  10. Boleh tak pekerja anda kerja dari rumah? Jimatkan kos sewa ruang pejabat

Dan banyak lagi…

Sekiranya anda lihat senarai di atas (atau senarai anda sendiri), dan hanya mengurangkan 1% untuk setaip kos yang disebutkan, itu pun sudah dapat mengurangkan kos sebanyak 10%, dan menambahkan keuntungan 10%!

Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit πŸ™‚

IKLAN:

Workshop Jutawan Internet akan dijalankan dalam waktu terdekat. Sekiranya anda berminat,Β layari http://www.rahsiainternet.com/workshopΒ untuk maklumat & pendaftaran.