Category Archives: Tip Perniagaan

Tip Satu Minit Network

Hari ni cuti from tip satu minit sebab ruang kali ini dibuka untuk pengunjung tip satu minit untuk network. Ye lah, ramai yang respond setiap hari di Tip Satu Minit. Ramai yang membaca tanpa respond… tetapi, tak ramai yang kenali antara satu sama lain.

Mana lah tahu, sedar, sedar salah satu di Tip Satu Minit ni, jiran kita sendiri… atau member sekolah lama, atau saudara sekandung 🙂

Kali ini kita network sesama kita untuk berkenalan. Networking memainkan peranan yang penting dalam perniagaan seperti yang tertulis di dalam CaraPromosi.com, rugi pula kalau kita di Tip Satu Minit ni tidak network bersama.

Yang sering bagi komen, saya tahu akan turut sertai sama. Cuma bagi yang sering membaca sahaja tu, apa kata kali ini anda tulis juga sedikit 🙂

Ok, saya akan mulakan… klik pada “Pendapat anda?”

Perniagaan berubah – perlu flexible!

Seringkali kejayaan sesuatu perniagaan datangnya bukan pada jenis perniagaan yang mula-mula diceburi. Perniagaan berubah, begitu juga dengan kejayaan.

Sebagai contoh, handphone yang popular ketika ini NOKIA, pada asalnya merupakan syarikat membuat kertas.

Sering kali juga kita dengar kisah kejayaan daripada mereka yang tidak menceburi sesuatu bidang itu ketika belajar. Diri saya sebagai contoh, pada asalnya mengambil jurusan Ekonomi & Finance (ITM)- tetapi, kejayaan yang dijumpa adalah dalam bidang Internet & motivasi (perniagaan).

Beri peluang untuk diri anda menjadi flexible. Ubah mengikut pengalaman.

Lagi-lagi mengenai harga :)

Meletakkan harga adalah topik yang jarang di sentuh. Jadi, kali ini, satu lagi tip mengenai meletakkan harga. 

Untuk anda mendapatkan gambaran mengenai harga, berikut adalah cara mark-up yang biasa dilakukan dalam sesebuah perniagaan.

Pengilang mark-up harganya pada 15% daripada kos

Pemborong mark-up harganya 20% daripada kos

Penjual mark-up harganya 40% daripada kos

Penjual meletakkan mark-up 40% oleh kerana mereka adalah yang paling hampir dengan pembeli dan memerlukan perkhidmatan yang lebih untuk memenangi pembeli.

ps: Nota di atas khas untuk barangan melalui pengilang, namun, mark-up bergantung kepada produk juga.

Perkhidmatan perlu diutamakan

Survey yang dilakukan di restoran-restoran menunjukkan bahawa, pelanggan memilih sesuatu restoran berdasarkan kriteria berikut (mengikut turutan):

  1. Perkhidmatan
  2. Kualiti makanan
  3. Harga

Agak menarik oleh kerana “perkhidmatan” menjadi pilihan utama, dan “harga” menjadi pilihan terakhir.

Pada zaman ini, perkhidmatan adalah amat penting dalam mencapai pulangan perniagaan yang tinggi dan bersaing dengan pesaing. Berikan keutamaan kepada perkhidmatan perniagaan anda.

Segan letak harga!

pricetag.jpgSatu masalah yang saya sering lihat di kalangan usahawan baru Malaysia adalah… segan letak harga 🙂

Contoh, bila bakal pelanggan tanya pada usahawan, harga untuk perkhidmatan, jawapannya “Takpe lah… sikit-sikit je. Berapa pun boleh…”. Apabila usahawan mempunyai produk baru untuk di jual, nak letak harga pun segan. Sehingga meletakkan harga pada paras yang minimum (lepas kos sahaja).

Adakah anda dikalangan mereka yang segan meletak harga apabila ditanya?

Soalan saya, agak-agaknya, kenapa begini? Kenapa masyarakat kita segan letak harga untuk produk & perkhidmatan kita? 🙂

Juga, macam mana nak hilangkan rasa segan silu tersebut oleh kerana segan letak harga sebenarnya akan memakan perniagaan sendiri.

Produk sama tetapi pasaran berbeza

Untuk memaksimakan jualan produk atau perkhidmatan anda. Fikirkan soalan ini.

Dengan produk atau perkhidmatan anda yang sedia ada, bolehkah anda bawa ke pasaran yang berbeza?

Contoh, sekiranya saya menjual eBook 101 CaraPromosi, pasaran sedia ada adalah usahawan Internet. Bolehkah produk yang sama dijual kepada agen insurans yang ingin mempromosikan perkhidmatan mereka bukan di Internet? Bolehkah produk yang sama di pasarkan di peringkat antarabangsa (apabila dialih bahasa)? Bolehkah produk yang sama di extract (pendekkan) untuk dijadikan free gift menarik lebih ramai pembeli?

Semua ini adalah contoh produk yang sama, pasaran berbeza. Ia merupakan satu strategi untuk memaksimakan pendapatan anda. Salah satu soalan yang paling utama saya sering tanya pada diri sendiri untuk mengembangkan perniagaan-perniagaan saya adalah:

“Bagaimana perniagaan ini dapat mengaut keuntungan dari pasaran yang berbeza?”

Pengumuman: Cara Promosi Versi 1.1 (baru)

Kepada pembeli Cara Promosi ingin umumkan versi baru 1.1 telah pun siap dan sedia untuk download.

ebookimage2.gifGuna maklumat seperti di email yang anda terima ketika membeli. Download di tempat sama, guna username dan password sama. Cuma, anda perlu UNREGISTER versi 1.0 terlebih dahulu (klik pada huruf R ebook lama) sebelum register versi 1.1.

Hari ini kami akan emailkan instructions update 1.1

Update 1.1: Cara-cara promosi di susun menjadi semakin kemas menurut kos. Juga, terdapat rating (bintang) cara yang mana kami syorkan. Beberapa kesilapan juga telah dibetulkan.

Bagi yang belum membeli, dapatkan CaraPromosi.com oleh kerana matlamat Cara Promosi adalah akan sentiasa update menjadi semakin kemas, semakin banyak info dan menjadi “the ultimate promotion guide” untuk usahawan Internet tempatan. Dapatkan sebelum promosi FREE upgrade di tarik balik.

Imej yang anda tonjolkan

Imej apa yang anda tunjukkan?

Imej adalah penting dalam perniagaan oleh kerana bak kata Nizal (www.nizaltalk.com), there’s only one time for you to make the first impression. Imej akan membezakan anda dengan orang lain. Adakah anda menonjolkan imej yang diingini?

Dalam perniagaan/koprat, anda perlu menonjokan imej yang penuh dengan keyakinan. Bayangkan setiap kali anda melihat Donald Trump di kaca TV, seringkali memakai suit bertali leher. Memberi imej kekuatannya dalam perniagaan.

Lihat pula bilionaire Richard Branson, walaupun tycoon perniagaan, tidak seperti Donald Trump, memakai pakaian yang tidak formal, tetapi kemas dan smart. Memberi imej down to earth dan keseronokan. Perniagaan tidak semestinya suit & bertali leher! Imej saya lebih kepada Richard Branson daripada Donald Trump 🙂

Fikirkan mengenai imej anda tonjolkan melalui perniagaan anda. Jangan fikir perniagaan kecil & perniagaan Internet tidak perlu mempunyai imej!

Apabila anda telah mengetahui imej yang anda ingin tonjokan, gunakannya dalam perniagaan anda. Imej anda akan memberi jenama kepada perniagaan anda.

Siapa tahu imej apa yang saya sering gunakan? 🙂

Sambutan CaraPromosi.com

ebookimage1.gifTerima kasih atas sokongan yang diberikan. Sambutan CaraPromosi.com memang hebat!

Bagi mereka yang telah order semalam, anda akan terima ebook tersebut hari ini. Jadi, check email anda untuk mendapatkannya. Juga, kalau tak dapat, please check “bulk folder” anda, mana la tahu, tersesat ke situ.

Sekiranya sehingga petang tak dapat juga, email info@rahsiainternet.com

Bagi mereka yang belum membeli, cepat sebelum lewat oleh kerana malam ini tepat jam 12.00 malam, harga pelancaran tamat! Dapatkan ebook 101 Cara Promosi di www.CaraPromosi.com

Esok kita start semula Tip-Satu-Minit. Ada beberapa berita/update saya ingin sampaikan tetapi belum sempat lagi oleh kerana Minggu Memulakan Perniagaan internet 🙂

Ebook 101 Cara Promosi dilancarkan!

ebookimage.gifEbook 101 Cara Promosi kini boleh didapati di www.CaraPromosi.com

Beberapa maklumat tambahan:

  • Buat masa ini, kami offer free update untuk ebook 101 Cara Promosi yang akan datang. Oleh kerana ebook ini masih baru, akan terdapat beberapa pembaharuan/update untuk memperbaiki. Segala update dalam masa terdekat dan juga pada bila-bila masa sahaja akan diberi secara percuma buat pembeli-pembeli awal.
  • Kami menggunakan perisian membina eBook baru (bukan PDF) kerana ingin mencuba perisian tersebut. Perisian ini membolehkan username dan password diberi kepada individu dan mengelakkan piracy. Namun, ianya mengambil masa 24 jam selepas membuat bayaran untuk pemprosesan.
  • Ebook ini mengandungi 101 cara promosi dan tip-tip memaksimakan pulangan promosi. Ianya hanya untuk usahawan Internet yang benar-benar serius mengembangkan perniagaan Internet mereka. Ianya tidak sesuai bagi mereka yang inginkan jalan mudah memperolehi pendapatan di Internet!
  • Oh ya… tiada lagi testimonial. Jadi, pelanggan awal boleh memberi testimonial dan yang bersesuaian akan diletakkan di laman web www.CaraPromosi.com (bersamaan URL laman anda). Memberi testimonial juga adalah salah satu cara promosi laman web anda!

Dapatkan cara promosi pada hari ini di www.CaraPromosi.com

Harga? Rujuk laman web… terdapat harga diskaun pelancaran untuk masa 2 hari ini sahaja.

Terima kasih atas sokongan anda. Tetapi lebih pentingnya, sama-sama dapat menyaksikan proses membina perniagaan Internet di Minggu Memulakan Perniagaan Internet untuk anda sendiri mempelajari cara memulakan sebuah perniagaan Internet 🙂 Klik sini untuk rujukan.