Kali ini kita klik-klik laman web seorang lagi peserta Workshop Jutawan Internet yang berjaya, Che Mohd Raif @ Bro Phone yang menjual informasi di Internet. Bukan lagi rahsia bahawa informasi adalah produk yang amat lumayan pendapatannya sekiranya dilakukan dengan betul. Seperti mana keuntungan yang diraih oleh Bro Phone kita, mengajar kaedah memperbaiki handphone, melebihi RM20,000 sebulan! Tahniah diucapkan…
Tujuan ruangan klik-klik adalah untuk…
- Untuk mendedahkan lagi kewujudan laman-laman web tempatan yang berjaya menarik pelanggan
- Untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam maksud PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar supaya orang ramai tidak keliru dengan skim buat duit di Internet
- Untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam memulakan perniagaan Internet diri anda sendiri
Berikut adalah temubual klik-klik bersama Che Mohd Arif… mudahan dapat memberi inspirasi dan juga ilmu bagi anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan Internet.

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
phonesolution2u adalah laman web yang menawarkan maklumat tentang teknik-teknik membaikpulih telefon bimbit melalui Video CD yang memudahkan sesiapa sahaja mempelajarinya.Pada masa sekarang kami mengeluarkan VCD asas membaiki telefon bimbit yang mana 70% kerosakan lazimnya dibaiki dengan cara yang kami kongsikan ini.
Tahukan anda semua kos untuk membaiki telefon bimbit yang kerosakan berpunca dari ‘ribbon (kabel)’ boleh mencecah ratusan ringgit padahal kos alat gantinya sekitar RM15 sahaja dan perkara ini bukan sukar untuk dilakukan sendiri.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Saya melakukannya pada pertengahan tahun 2008. Tetapi saya rasa perlu mempealajarinya dari pakar yang tepat. Setelah mengetahui workshop IK diadakan di KB pada bulan mac 2009 saya terus mendaftar. Dari workshop tersebut banyak perkara baru yang saya pelajari dari perkongsian IK dan saya meneruskan bisnes on line ini dengan lebih serius lagi.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Kalau bisnes off line pelanggan saya cuma dari kawasan sekitar sahaja tapi bisnes online tanpa had sempadan dan beroperasi 24jam.
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Saya mengiklankan bisnes ini dalam akhabar-akhbar tempatan serta meletakan banner di web-web yang popular serta melantik agen pemasaran diseluruh negara bagi memudahkan sesiapa sahaja mendapatkan produk Vcd ini.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Yang paling penting kita menguasai ilmu dalam bisnes yang kita ceburi kemudian lakukan dengan bersungguh-sungguh dan perlu ada kesabaran kerana pelbagai rintangan dan dugaan akan kita tempuhi untuk mencapai sesuatu kejayaan. Semua insan yang berjaya akan melalui perkara ini. Just do it!!
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Saya akan menerbitkan Vcd membaiki telefon bimbit secara berperingkat dari pengatahuan asas hingga ke tahap kemahiran yang tinggi. Kerana dari pengalaman saya selama 7 tahun dalam bisnes ini pontesinya begitu besar. Insyallah saya akan menyediakan segala perkara yang berkaitan bisnes telekomukasi dalam laman web saya di masa kan datang.
ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, jangan melengahkan masa lagi, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk maklumat lanjut 🙂 Hanya beberapa tempat sahaja kosong.