Semalam agak menarik bagi saya- saya dijemput sebagai motivator untuk satu sesi program TV baru “Menjana Impian” terbitan TV9 yang akan disiarkan bulan hadapan. Ucapan tahniah saya kepada TV9 oleh kerana menghasilkan program yang berteraskan kejayaan & motivasi yang amat kurang di TV kini.
Menjana Impian adalah reality TV di mana 16 peserta muda (dari serata Malaysia termasuk luar bandar) di ambil untuk bertanding merebut biasiswa bernilai RM50,000. According to the producer Mr Jafni, program ni macam “The Scholar”, cuma the scholar test IQ, Menjana Impian test pada “soft skills” pelajar-pelajar.
Gambar kenangan: baju merah – peserta, baju orange – producer Bro Jafni, dua di belakang – host, baju biru – hero 🙂
Saya berpeluang bersama pelajar-pelajar (tinggal 8 sahaja tadi) selama 1 jam memberi beberapa tip (Tip Satu Jam… bukan satu minit 🙂 ) berkaitan dengan kejayaan dan perniagaan.
Antara soalan saya kepada pelajar-pelajar adalah…
“Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”
Soalan ini saya tujukan kepada pembaca tip satu minit juga. Klik pada comment, dan berikan pendapat. Esok saya akan berikan jawapan saya (dan pelajar) dan juga beberapa tip bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan pada usia yang muda!
Bagi mereka yang tidak pernah tinggalkan comment, atau dah lama tak tinggalkan comment, digalakkan turut serta supaya sama-sama dapat manfaat!
Seronok dapat jumpa anak2 muda yang bercita-cita tinggi! 🙂