Suka saya jemput pembaca blog ke sesi talk saya…
Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik
Tarikh: Sabtu, 27hb Februari 2010
Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur
Masa: 2.30 petang – 6.00 petang
Masuk: Percuma!
Mainkan klip YouTube di bawah untuk jemputan ringkas daripada saya 😉
Sesi talk ini ditaja oleh StormReaders2U dan saya akan memberi talk mengenai teknik dan strategi bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah dan mendapat pendapatan secara automatik sepanjang tahun.
Dengan teknologi Internet, memulakan perniagaan Internet dari rumah menjadi semakin mudah. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan boleh diautomasikan 100%!
Di sesi saya ini, saya akan dedahkan strategi yang saya sendiri telah gunakan selama 10 tahun bagaimana mendapat keuntungan secara automatik sepanjang tahun menggunakan Internet. Kaedah ini, sememangnya ramai usahawan Internet Malaysia terlepas pandang.
Oleh kerana majlis ini adalah percuma dan tempat adalah terhad kepada 200 penyertaan sahaja, diminta, untuk anda booking secara percuma untuk sesi ini. Untuk booking, mudah shj, just hantar email kepada sales@rahsiainternet.com dengan tajuk email “PERNIAGAAN AUTOMATIK” dan sertakan sekali:
- nama
- no phone
- berapa tempat ingin booking
So, sekiranya anda free pada Sabtu 27hb Februari depan, apa kata join us! Saya pasti, teknik dan kaedah yang saya sampaikan sememangnya amat efektif & powerful dan boleh diaplikasikan pada apa sahaja perniagaan yang dijalankan.
ps: Booking berdasarkan first come first serve sahaja ok… kalau dah penuh 200 penyertaan, tak dapat nak dibantu dah 😉 Juga minta kerja sama kalau rasanya tak dapat datang, jangan pula booking tempat. Nanti merugikan peserta lain pulak… 😉
Dengan teknologi Internet, memulakan perniagaan Internet dari rumah menjadi semakin mudah. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan boleh diautomasikan 100%!
“If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe!” ~Abraham Lincoln
Di hadapan meja kerja saya ada sekeping kertas yang mengandungi segala perancangan saya tahun ini – berapa product baru yang akan dicipta, berapa kursus baru yang akan dijalankan, peluang perniagaan industri lain, pelan mengembangkan syarikat dan sebagainya.
Saya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!
