Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?

By now, semua tau harga minyak naik. Malam tadi, saya lalu petrol station, dan lihat punyalah panjang orang ramai queue untuk memenuhi tangki minyak. Siapakah yang akan mengeluh dengan kenaikan harga minyak? Sudah pastinya mereka yang berpendapatan sederhana/rendah.

Harga minyak naik 40%, gaji tak pula naik 40% kan?

Adakah memenuhi tangki minyak will fix the problem? Semestinya tidak… katakan full tank kita RM100… queue lama-lama pun paling banyak pun, kita jimat RM40 je bila minyak kita habis dan isian seterusnya adalah RM140 pulak. Ia hanyalah quick fix atau penyelesaian sementara sahaja.

Then, apakah penyelesaian jangka panjang?

Di sinilah saya ingin menyebut kembali tip saya betul-betul 1 tahun lepas. June 2007, saya menulis:

Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah!

Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat!

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi!

Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?

Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat.

Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!

Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti!

Nampaknya keadaan ini semakin menjadi nyata. Inilah waktu terbaik untuk fikirkan tentang memulakan perniagaan…

Antara perniagaan yang boleh dimulakan oleh ramai antara kita adalah perniagaan Internet. Saya sering kata, kita menjalankan perniagaan Internet, bukan semestinya bermatlamatkan untuk jadi jutawan. Saya sendiri selalu mengaku, ia bukanlah perkara yang mudah untuk menjadi jutawan melalui apa perniagaan pun. Perlu banyak usaha! (tak mustahil)

Tetapi, memadai sekiranya perniagaan Internet kita boleh menjana pendapatan RM2,000-RM5,000 sebulan. Fikirkan keadaan ekonomi anda sekiranya boleh menjana extra pocket money 2-3 ribu sebulan. Tidakkah itu membantu anda & keluarga anda? pastinya harga minyak naik 40%, kita pun tak mengeluh 🙂

ps: Memulakan perniagaan Internet dari rumah tidak memerlukan modal yang tinggi. Saya tidak pasti mengapa ada antara kita melabur sehingga RM5,000-RM10,000 untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah. Memulakan perniagaan Internet kecil-kecilan dari rumah berkos kurang dari RM500 pun dah kautim (termasuk payment gateway). Dan itulah yang saya tunjukkan di Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

52 thoughts on “Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?

  1. Assalamualaikum,

    Memang kenaikan harga minyak kali ni sangat mengejutkan. Saya sendiri termenung sekejap memikirkan situasi ini.Namun saya tetap bersyukur sebab buat masa sekarang kami sekeluarga tak begitu merasai kenaikan ini sebab anak-anak masih kecil.

    Memikirkan 5-10 tahun akan datang, entah macam mana la pula situasinya. Dengan kenaikan minyak, pasti barang lain akan meningkat naik juga.

    Alhamdulillah sebab perniagaan sambilan yang saya mulakan sejak beberapa tahun yang lalu. Dan usaha itu semakin membuahkan hasil. Memang saya tak target untuk jadi jutawan, cukup sekadar menambah pendapatan untuk keperluan keluarga.

    Apa yang penting, sekarang ini kita mesti mendapatkan lebih nilai untuk setiap sen yang dibelanjakan. Dan menghargai setiap sen yag diperolehi dengan mengamalkan perbelanjaan secara bijak.

  2. Assalamualaikum ik..
    seronok sangat2 hari ni dapat jadi org pertama bagi comment..selalu nak,tapi tak dapat..heheheheh

    wah!!pasal harga minyak pun boleh jadi tips 1 minit…really great…

    nak cerita sket lah…malam tadi lepas sembahyang magrib, dalam pukul 8 lebih sikit lah, saya g isi minyak..tahu tak pukul berapa saya baru siap isi minyak??? pukul 11.47malam!!!!…saya punya lah geram, saya pun isi sampai penuh tank tu(selalu saya isi dalam rm30-40 je) tapi geram punya pasal….

    actually saya memang akan isi minyak malam/pagi sebelum g kuliah/ofis..tak kira lah harga naik ke tak…esok lusa kena isi jugak lagi…tak ada beza mana pun, isi malam tadi or later(duk beratur panjang pun banyak pakai minyak..macam ik cakap)..
    tapi semalam minyak memang kering gila, nak tak nak terpaksa lah saya g isi gak..
    siap matikan enjin kereta tengah jalan(takut tak sempat tb petrol pam)…heheheheheh…

    just nak share pengalaman gila saya…hehehehe

  3. bagi mereka yang mempunyai pendapatan tinggi, tidak terasa dengan kenaikan harga minyak (dan harga barang susulan harga minyak naik).

    kongsi pengalaman sikit, masa saya tinggal di UK (selama 6 tahun), saya memiliki kereta 2nd hand Honda mayat 🙂

    di sana, harga minyak amat-amat tinggi. Lebih kurang 4 kali ganda harga petrol Malaysia! (walaupun dah convert duit mereka yang sememangnya tinggi, harga masih lagi tinggi).

    Bila saya pulang Malaysia 4 tahun lepas, dan bandingkan harga minyak, wow… teramat rendah! kini pun masih melihat harga minyak rendah oleh kerana pengalaman di UK.

    ianya bergantung pada perspektif mana kita lihat 🙂

    -IK

  4. kalau boleh melihat dari perspektif macam ik tak pe..saya pun nak melihat macam tu…semuanya rendah…
    ni harga minyak naik & loan PTPTN pun belum tentu kadar faedah dilupuskan..sok lusa entah apa lagi yang naik..jangan darah yang naik dah lah…heheheheheh

  5. Assalamua’laikum.

    Tidak dinafikan bagi mereka yg berpendapatan tinggi, kenaikan taraf hidup yg hampir 70%(petrol dan tarif elektrik) mungkin tidak berapa menjejaskan. Setuju ia lebih ‘impact’ pada golongan sederhana dan rendah.

    Perbandingan dgn negara maju dgn Malaysia yg separa maju agak kurang tepat. Jika kita bandingkan harga minyak dgn negara serantau memang kita murah lagi. Logiknya kita negara pengeluar. Thailand tidak, Singapura tidak, Indonesia sikit-sikit. Lihat Brunei, negara Islam dan pengeluar minyak dan rakyatnya menikmati sumber pemberian Allah dgn penuh keselesaan dan syukur. Allah yg memberi sumber galian dan dia juga berhak menariknya. Biasanya ia ditarik bila manusia lalai atau menyalahgunakan nikmat itu.

    Kebaikannya, ia menjadikan kita lebih menghargai setiap sen nilai keringat kita. Khusus kepada golongan rendah dan sederhana. Golongan mewah – mereka saja yang tahu. Setiap insan punya dugaan hidup. Kenaikan harga barangan menjadi ‘dugaan global’ rakyat Malaysia.

    Lebih kesepakatan dlm rumahtangga, tingkat usaha, itu pasti. Usaha, doa dan tawakkal pasti mengiringi tindakan kita. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan aman sentosa dan kita dapat terus menikmati hidup yang baik.

    Wassalam.

  6. kebanyakan orang atasan tidak merasa kenaikan barang dan minyak kerana bukan duit poket mereka yang keluar..mereka hanya tahu balik makan(orang sediakan guna elaun) dan masuk dan duduk dalam kereta(driver yg isi guna elaun)…gaji tak sentuh pun.

  7. Saya tahu mesti ada yang positif tentang kenaikan harga terutamanya “millionare thinking” sekali lagi saya tak terslah masuh blog…dah banyak baca yang negative sikit pagi mood saya kembali ceria ho..ho

    Salah satu cara nak menang “money game” kata T. Harv Eker”

    “I earn enough passive income to pay my desire lifestyle”

    Mungkin anda leh mula start melabur sekarang ni 😉

  8. memang panas sebenarnya perkara ni terutamanya rakyak bawahan lebih-lebih lagi yang miskin.

    yang lebih membimbangkan ni….harga barangan akan naik dengan mendadak…semua dah naik tp gaji tak naik….penyelesaian yang amat merumitkan

  9. Salam,

    Betul lah kata mereka…akan tiba satu masa, tiada lagi middle class people..yang ada hanya, RICH or POOR..

    Bertuah lah bagi mereka yang telah pun menikmati residual income tatkala ekonomi dunia sedang meruncing.

    Tapi, masih belum terlambat untuk mereka yang belum ada bisnes untuk start buat bisnes sekarang.

    Jadi kawan-kawan, pilihlah..
    nak jadi RICH atau POOR.

    -pilihan sentiasa di tangan kita-

    Ikhlas,
    MajlisImpian

  10. Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1,2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi.

    Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen.

    Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:

    1. Venezuela 12 cents

    2. Iran 40 cents

    3. Saudi Arabia 45 cents

    4. Libya 50 cents

    5. Swaziland 54 cents

    6. Qatar 73 cents

    7. Bahrain 81 cents

    8. Egypt 89 cents

    9. Kuwait 90 cents

    10. Seychelles 98 cents

    38. Malaysia $2.40

    45. United States $3.45

    Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela , Iran , Arab Saudi dan Libya . Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles punharganya amat murah.

    Persoalannya Kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia.

    Mudah!..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.

  11. Kesan kenaikan yang ketara ni saya kuathir akan menyebabkan harga barangan dan makanan naik mendadak..
    tu kesan yang kita tak dapat nak elakla..
    susah bagi mereka yang berpendapatan sederhana ebih2 lg yg rendahla..

  12. Cuba lihat isu ni secara positif.Ia akan memastikan rakyat lebih berjimat dan menggunakannya dengan lebih efektif.Ia juga boleh memberi tekanan kepada golongan miskin supaya lebih berusaha memajukan diri.Jangan hanya tau nak komplen aja.hihik

    Mungkin juga trafik jam semakin berkurangan selepas ini.hehe

  13. Salam!

    Setuju dgn ‘kita’ kat atas tu. Orang atasan hidup macam atas angin. Itu rezeki dunia mereka. Biar mereka nikmati. Pasti ada sebab mereka ditempat mereka sekarang.

    Yang miskin, jatuh fakirlah jawabnya. ‘Kefakiran akan mengundang kekufuran’. Kufur bukan keluar Islam. Maksudnya kadar jenayah akan meningkat. Mula dari mencuri, menyamun, berjudi, rasuah dan banyak lagilah…..Iman je yg dapat selamatkan kita dari semua tu.

    Wassalam dan Salam Tabah.

  14. Semua terasa dengan kenaikan harga petrol. lebih2 lagi yang berpendapatan rendah. Bajet dah lari.. tapi terfikir juga pada yang lebih tidak bernasib baik. Saya bersyukur di tahap sekarang ini. tapi perlu tingkatkan usaha untuk dapatkan pendapatan lebih.

    Taknak la berhutang sana sini. Asalkan dapat hantar duit ke kampung macam biasa.

    Saya amat tertarik dengan gaya IK menangani isu kenaikan harga petrol. Kita patut think positif selagi kenaikan harga itu wajar.
    Saya sedang merancang ingin memulakan perniagaan internet seperti IK juga..:)

  15. Asalamualaikum..

    Terima Kasih kepada irfan kerana telah menulis maklumat ini. Pada masa ini, kadar harga, minyak dan inflasi semakin meningkat dan saban tahun ianya akan meningkat. Perubahan ekonomi memberikan impak yang jelas kepada masyarakat untuk memperbaiki kedudukan ekonomi masing2 samada kerja yang makan gaji ataupun yang menjalankan perniagaan.Namun kita tidak dapat lari daripada perubahan ekonomi, apa yang penting bagi individu adalah meningkatkan pendapatan ekonominya. Saya ada sedikit info, jika pembaca tip 1 minit memerlukan penjimatan minyak sila lawati laman web ini http://www.sandakan-fuelsaver.com laman web ini dapat membantu anda untuk menjimatkan kereta anda. Oleh itu anda perlu melakukan tindakan sekarang untuk menjimatkan wang anda juga minyak anda.

    Sekian Terima Kasih

  16. salam,

    saya ada terbaca headline di akhbar “harga minyak naik” tapi belum sempat baca in details..
    anyone?

    adakah harga naik kerana negara jiran juga mengisi tangki minyak mereka disini? hmmm…

    juz doing some maths; mulakan intrnt biz RM500 plus workshop IK..dah seribu lebih, perit juga utk yg berpendapatan rendah..

  17. Dari idea yang cetek ini, kita patut mengorak langkah dari sekarang untuk masa-masa hadapan. Contoh, kita mulakan perniagaan kecil-kecilan baik online atau offline.

    2. Seperti kata IK bagi ibu-bapa yang bekerja bagi pandangan saya, kita patut berkorban demi masa depan anak-anak kita. Untuk jangka pendek sebagai contoh kita start melabur sedikit duit dari gaji dalam simpanan saham untuk 5 tahun yang akan datang. Untuk anak-anak yang sedang dewasa kita boleh training mereka dalam kepakaran seperti memasak, ketukangan dsb untuk mereka survive dimasa-masa akan datang.

    3. Memang lebih membimbangkan, harga barang akan turut naik dari bekalan asas hingga ke sektor pembinaan.

    4. Orang kaya tak kisah minyak naik ke barang naik ke, kerana mereka sudah bersedia dan bekerja keras dari dahulu.

    5. Solutionnya untuk cari duit lebih memang ada tapi orang kita tak nampak. Lebih suka sembang-sembang dikedai Kopi! Bila minyak naik, barulah menjerit “Minyak naik!”

  18. Salam IK and semua,

    Part yang paling saya risau bila naiknya herga petrol ni ialah, mesti kos balik kampung pun naik 40% jugak…wah..kesian la parent kat kg, macam makin susah je nak balik selalu,jumpa anak cucu,saudara-mara.Sekarang pun dah RM400 untuk sekali balik KL-Perlis..Hmmm…. 🙁

    Kalau lah public transport kita terrrrr-sangat la effective, murah dan save masa,alangkah bahagianya hidup.Ini tidak , save duit sikit je, tapi masa terbuang sebab menuggu, padahal masa itu emas.Emas lagi mahal daripada tambang bas kan? 😉

    Sebenarnya, kenaikan harga minyak bukan menjejaskan harga barang je, tapi harga kekeluargaan, emosi, rohani dan banyak lagi secara tidak lahiriah…Adakah sesiapa yang sanggup mengaku bertanggungjawab?Semua menuding jari je…

    Sedih la..Harap2 saya pun dapat duduk UK macam IK, so boleh la merasa minyak sini macam murah je….hehe 😉

    Oleh itu, jom kita enjoy cari extra income dengan MIBO !! 🙂
    hanis_kamis@mibo.com.my
    haniskamis@gmail.com

  19. Salam!

    Terkesima dgn fakta dari ‘naz’. Ingatkan hanya fikiran saya saja yg rasa begitu. Kita kekadang terpaksa mengeluh kerana merasa bahang percaturan kuasa besar dunia. Bila nak naikkan harga, simpan stok dan sebaliknya juga. Namun itu tak boleh dikawal. Lain dengan faktor dalaman. Hasil mahsul negara for sure untuk penggunaan dan kebajikan rakyat. Nak bandingkan epal mesti dengan epal bukan dengan durian.(tentang dakwaan harga minyak kita murah).

    Macam mana pun terasa, tetap syukur kerana masih cukup. Alhamdulillah. Selalu renung ke dalam mata anak-anak dgn doa supaya keadaan mereka lebih baik lagi.

    Rasa lebih semangat nak menambah pendapatan. Yang sampingan dah jadi utama. Biar mata berpinar, biar jari berdarah dan kebas pinggang atau tidur tak cukup. Semua keranamu, ya Allah.

    Salam.

  20. dari dulu sy x penah sgt terasa dengan kenaikkan harga minyak. mb kerana walaupun sy perempuan sy lebih suka menunggang motosikal ke tempat kerja di KL ni.

    sy sudah biasa dengan keadaan pengangkutan awam yang tidak berapa bagus di penang(sll kena maki dengan pemandu bas yang nak bas penuh seperti tin sardin dan teksi pula yang tak der meter) so bila berhijrah ke KL rasa kenderaan awam disini sgt bagus terutama LRT,komuter dan seumpamanya.

    kalau setakat sorang sj naik kereta ke tempat kerja apa kata tukar kenderaan pula wlau pun setakat kapcai cabuk.

    kena ujan tu biasala…dah nama pun motosikal

  21. Saya mempunyai 4 anak lelaki, 9-2 thn,6 bln dulu bekerja dgn gaji 2000+, sejak kenaikan minyak dan toll saya berhenti kerja kerana kos bekerja (makan,pakai,maid, minyak n toll)tak boleh cover dgn gaji yg saya dapat, dan skrg minyak naik lagi 78sen, rasanya tindakan saya agak tepat jugak, so skrg kami hanya bergantung pada gaji suami sebyk 5k ++,namun begitu pada situasi skrg agak tertekan jugak……walaupun kami tidak tinggal di KL

  22. Saya ada baca blog yg saudara IK tulis tahun lepas.. Memang betul.. Tetapi bagi mereka serta saya sendiri,memang perit untuk ditelan apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan.. Apa pun kita perlu bersedia..

  23. Betul tu..
    perlu mencari pendapatan sampingan bagi memastikan hidup akan lebih selesa..
    harga minyak akan terus naik dan sara hidup terus meningkat.. namun hidup perlu diteruskan walau apa jua rintangan..

  24. Wadohh…. `hg minyak naik lagi!`

    Duk kat je lah nampaknya. Dan mulakan business internet#**!

  25. ketika keadaan harga yang kian meningkat adalah tidak bijak jika kita terus menerus merungut dan mengeluh…kerana ianya diluar kawalan dan kemampuan kita..

    Apa yang patut dan perlu kita lakukan ketika ini, ialah berusaha untuk menyaingi kenaikan harga tersebut dengan meningkatkan punca pendapatan tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan taraf dan gaya hidup seperti sedia kala…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  26. Salam!

    Membaca komen ‘diey’ di atas membuat saya senyum sorang. Teringat kata-kata suami masa makan malam sambil nonton berita kenaikan harga tu. Katanya pada anak-anak,”nak beli satu motosikal untuk mak kamu”. Biar dua-dua ada motor masing-masing. Kereta pakai bila jalan ramai-ramai. Jimat kos. Tergelak saya. Apataknya skil motosikal dah berkarat. Lesen pun L aje.

    Tapi dua kali fikir, ada benarnya. Lepas ni kena polish balik skil yang berkarat tu. Mungkin juga ambil lesen penuh. Inilah TSUNAMI@NARGIS petrol di Malaysia.

    Wassalam.

  27. Salam,
    Bercakap pasal harga minyak ni, rata-rata rakyat Malaysia mengeluh. Yang baru nak bernafas dari berhutang akan terasa berat untuk membayarnya.
    Pengalaman saya semalam, walau saya orang Kluang, Johor, masalah jammed di atas jalan raya semasa kenaikan harga minyak semalam (5hb Jun 2008) amat memeritkan. Saya tidak berniat untuk mengisi minyak pada malam itu, tetapi turut sama seperti kebanyakkan orang yang sanggup menunggu mengisi minyak kenderaan masing-masing.
    Selamat wang kita itu hanya sekali. Sepatutnya kita jangan hanya menumpu pada masalah, tetapi kita patut sama-sama cari jalan keluar dari belenggu masalah. Apa caranya tentulah berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga.
    Wang ada dimana mana. Cuma kita tidak nampak sahaja wang yang bersembunyi dari pandangan mata.
    ok bye, jumpa lagi…

    http://www.glowglokal.com
    dayaglokal.blogspot.com

  28. Saya ada idea camana nak kurangkan overhead setiap bulan,:
    1.)Jangan beli suratkhabar. Baca kat internet je.
    2.)Servis kereta hanya setiap 12,000km jika kereta dah abis tempoh warranti. Sya tgk web proton uk servis interval bagi kereta proton di sana adalah 8,000 miles@12,800km, jadi kita disini kena tipu idup-idup servis setiap 5,000km untuk mengkayakan tauke pusat servis yg mmg terkenal kaki `paw` duit kita.
    3.)Berhenti melancong dlm negeri. Takde apa yg menarik sebenarnya. Buat abis petrol, tayar botak dan buang masa. Kalau balik kg lain cerita, dapat pahala jumpa ibubapa.
    4.)Jangan beli atau suka tukar kereta selalu. Paling banyak duit masuk longkang bila kita jual kereta lama yg masih boleh diguna.
    Orang yg corrupt tak rasa kenaikan harga petrol. Kita lihat di jalanraya KL byk kereta berenjin besar mcm bmw 750i, mercedes s500, cls 55 porsche cayenne 4.5. Mereka semua beli guna duit company terutamanya public listed co. Diorang kutip duit dari org ramai dgn cara issue public share lepas tu semua director pakat beli kereta baru. Petrol claim company. Bukan duit mereka, yg susah golongan makan gaji.

  29. Salam

    Irfan betul. 🙂 Dari perspektif mana kita melihat

    Betul ke perkara ini negatif semata…atau kita melihat ia sbg negatif..kenapa pula ada yg tak terkesan dgn hal ni? think2

    perspektif dan psikologi+experience adalah benda yg memacu pendapat ramai org..berkenaan isu ini.. 🙂

    just my 2cents

  30. harga minyak naik,pasti harga barangan lain pun naik jg..

    oleh yang demikian sy terpaksa menjadi lebih serius untuk mencari pendapatan sampingan melalui internet..

    insyaallah hujung bln ni sy ke seminar internet RBDDI..

    lepas dari 2..sy nak kumpul duit nak pergi kursus internet IK plak..sy nak belajar sesuai dari orang yg sy minat demi memperbaiki kehidupan sy 😉

    Tips utk berjimat hari ni ada 2:-

    1) simpan duit 10% dari hasil pendapatan setiap bulan,dgn membuka beberapa akaun bank. cuma 1 bank shj digunakan utk berbelanja.

    2)RM10 dan RM50,dilipatkan dan diselitkan di dalam dompet agar tdk kelihatan. yg nampak cuma RM1 dan RM5 shj. jd mata melihat duit sikit,ia dapat mengawal nafsu utk berbelanja lbh.

  31. suka saya lihat rata-rata memikir positif keadaan harga minyak naik ini- tahniah 🙂

    walaupun saya akui, kenaikan harga minyak tidak effect saya sangat, tetapi, bukan bermakna saya tidak faham keluhan orang ramai.

    ada juga beberapa perspektif boleh kita lihat:

    1: kenaikan harga minyak dan barang akan menjadikan kita lebih competetive (berdaya saing). kalau nak lihat contoh jauh, negara2 barat yang harga minyak jauh lebih tinggi menjadikan rakyat lebih competetive. negara2 sana digelar 1st world countries.

    Malaysia sendiri kini sedang keluar dalam gelaran 3rd world country (underdeveloped).

    kalau nak tengok contoh dekat, kita boleh lihat Singapura, dimana pada pengalaman saya, rakyat Melayu Singapura terpaksa menjadi competetive untuk bersaing dengan rakyat lain.

    2: bila memerlukan pendapatan tambahan, di situlah mula kita akan memikirkan perniagaan sambilan. Semua tahu 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Mungkin ini satu petanda untuk kita fikirkan dan jalankan sunah tersebut.

    3: harga minyak naik (dan harga susulan lain) mengajar kita lebih berjimat cermat dan lebih mengambil berat soal pengurusan wang. Pengurusan wang adalah agak lemah di Malaysia. sering saya jumpa mereka-mereka yang berumur 30-an… 40-an langsung tidak mempunyai wang simpanan! bukan sebab gaji rendah, tetapi, cara berbelanja yang tidak terkawal.

    Hanya 3 idea simple sahaja untuk kita lihat dari “perspektif lain”. perlu saya tekankan, blog ini bukan blog politik… ada banyak blog / forum lain yang boleh berbincang politik  😉

    walaupun ramai kurang setuju dengan isu kenaikan harga ini, tetapi, apabila terjadi, kita perlu fikirkan cara penyelesaian (kewangan dan emosi) untuk diri kita sendiri dan keluarga kita.

    saya lebih suka pelawat berfikir perspektif positif setiap kali masuk tip satu minit. ada ok? 😉

    -IK

    ps: kereta 2nd hand saya Honda mayat tu, is honda model lama yang rupa macam kereta mayat. tu yang orang panggil honda mayat 😉

  32. Assalamualaikum….
    thanks ik…

    isu minyak ni memang buat ramai sgt org tertekan…saya ada bc 1 blog tu..

    suaminya kerja ulang alik jarak jauh,coz ister tgh belajar..jd bl isu mnyak timbul,isteri dia smpai kene berhenti belajar sebab nak kurangkan kos sara hidup..

    bila baca tu, kesian pun ada sedih pun ada…tapi bila pikir2 balik, tak kan tak ada langsung penyelesaian lain selain dari berhenti belajar…sayang sangt kan…

    ni baru minyak kete naik…lepas ni letrik,minyak masak & mcam2 lagi lah naik…
    agaknya sampai anak pun kene berhenti sekolah kot,duk umah pondok(tak payah pakai letrik),masak sayur rebus(tak payah pakai minyak)…Nauzubillahhiminzali’…Mintak dijauhkan..

    tapi maca kelakar pun ada..ni 1st time pakai kereta, bila jadi macam ni saya sampai senyum sorang2…hehehehehe

    **ok lah tu honda mayat, ada gak honda depannya…jangan org tertukar panggil kete mayat dah lah…heheheheh

  33. Salam,

    Kenaikan harga minyak mendorong kita untuk berjimat cermat dan lebih ‘kreatif’ berfikir untuk mencari pendapatan tambahan. Jangan mengeluh dengan kenaikan harga minyak…setiap masalah ada penyelesaiannya..

    Salah satunya melalui perniagaan internet. Saya & suami mengenali perniagaan internet dari buku Rahsia Jutawan-jutawan Internet terbongkar…dan seterusnya kami terus membeli ebook2 yang berkaitan perniagaan internet…dan lahirlah website kami http://www.impianwanita.com

    En irfan….terima kasih….kerana membuka peluang…

  34. salam IK
    Lama juga saya tak ke ruangan sdra, agak terkekang kebelakangan ini.
    Isu minyak naik harga akan mengisi ruang perbincangan rakyat Malaysia sekurang2nya dlm tempoh 2-3 minggu ini. Sebaik shj minyak naik, barang2 asas akan turut naik harga, ianya amat logik. Tiada apa yg boleh bergerak tanpa petrol.
    Kerajaan minta kita ubah cara hidup dsb, ianya memang mudah utk diluahkan tetapi utk dilaksana ini memerlukan kekuatan. Jika yg berpendapatan rendah dan cukup2 makan, bagaimana bisa utk diubah lagi cara hidup.
    Meskipun begitu, saya amat percaya, kita mampu mengubahnya..
    tk

  35. IK dan semua rakan-rakan,
    saya tidak setuju kita membandingkan harga minyak dengan harga minyak di United Kingdom (UK). Kerana pendapatan perkapita kita adalah lebih kurang satu pertiga pendapatan perkapita di UK. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK.

    Kita adalah negara pengeksport minyak mentah, jadi harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti

    UAE RM1.19 seliter,
    Mesir RM1.03 seliter,
    Kuwait RM0.67 seliter,
    Saudi Arabia RM0.38 seliter,
    Nigeria RM0.32 seliter,
    Venezuela RM0.16 seliter.

    Dan kita tak boleh bandingkan harga dengan Singapura, Thailand dan Indonesia kerana mereka bukan negara pengeksport minyak.

    Jadi kenaikan ini memang membebankan.

  36. saya pun tak setuju bandingkan harga minyak sini dengan UK (juga negara2 lain). saya sekadar kongsi “perspektif” saya sahaja kerana pernah merasa tekanan minyak harga tinggi di sana selama 6 tahun. bukan “perspektif” orang lain 😉

    saya rasa ramai di sini mengaku kenaikan minyak sememangnya membebankan. saya juga tak setuju (maklumlah, siapa setuju kalau terpaksa keluarkan duit lebih right?). tetapi, ramai di sini lebih suka mencari penyelesaian untuk diri dan keluarga daripada fokus kepada masalah  🙂

    -ik

  37. Cepat-cepatlah mulakan langkah awal atasi harga minyak, mula mula minyak, lepas ni, harga-harga lain juga akan naik, tunggu shj la… hanya yang berILMU dan berIMAN sahaja yang akan terselamat… percayalah..

    oleh itu kita MESTI ada perningaan internet sekarang, saya juga telah memulakannya… sila ke :

    http://www.belajarbahasaarab.com

    dan pada keadaan seperti ini juga anda MESTI memulakan pelaburan, sila ke :

    http://www.unitamanah.com

    Salam kejayaan penuh senyuman…

  38. Salam!

    Isu ni memang takkan pupus. Ni hakikat kehidupan di dunia ni. Semua ada harganya. Ekkonomi juga mengatakan ada ‘kos melepas’. Maksudnya, jika nak sesuatu mesti lepaskan sesuatu. Dalam hal ni kenalah apply konsep tu. Kena betul-brtul buat keputusan atas apa sebenarnya yg kita inginkan.

    Setuju dgn IK, lebih baik cari penyelesaian menurut ‘perspektif’ masing-masing dari terus mengeluh. Harga dah pun naik. Keluhlah macam mana pun, takkan ia akan turun. Islam mengajar kita supaya redha, sabar dan tabah. Itu jadikan kita berlapang dada dan taklah dahi asyik berkerut. Supaya tak cepat tua.

    Wassalam.

  39. itu tepat…kalau masalah kenaikan harga minyak adalah satu masalah kpd anda dan keluarga..jadi next step adalah cari penyelesaian utk famili anda..

    meletakkan fokus pada hage minyak tu…takkan menyebabkan hage minyak turun balik 70sen kan 🙂

    jadi, mcm biase..selalu solve solve solve, jika ia adalah sejenis masalah..

    tp yg paling baiknya…pastinya ramai org akan lebih berdaya saing..di masa depan..kesan dari perkara ini pada hari ini..

    ramai org kdg2 tk suka kalau di sarankan berfikiran positif..apa kata, kita cuba melihat sesuatu perkara dari byk perspektif..dari banyak sudut… 😀

    again..2cents of mine :p

  40. sbb itula islam nak hidup kita hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini…

    hidup kena sentiasa berusaha
    tp kebanyakkan kita suka berada di zon selesa

    kalau skrg jd kerani kena target dan keluarkan modal sedikit untuk sambung belajar atau buat bisnes apa2 yang akan memastikan anda bukan lagi pada tahap yg sm untuk 5 tahun lagi . sbb lima tahun lagi atau 10 tahun lagi harga minyak dan lain2 pasti akan terus meningkat, meningkat dan meningkat.
    (sekadar memberi contoh pekerjaan kerani, maksud sebenar ialah jangan statik.hidup perlu ada perubahan dari tahun ke tahun seiring tuntutan hidup. selagi masih sihat tidak ada apa yang perlu dibimbangkan sgt cuma lebihkan usaha)

    so bila harga minyak naik sdgkan kejer dan gj masih pada thap lebih kurang sama tentu la beban kan sedangkan tanggungjawab semakin bertambah dan zon selesa tu dah jadi x berapa selesa

    to adilla tq coz tertarik dengan komen sy. apapun kena berhati2 dijalan raya…

  41. Salam. Kawan2.

    2nd post untuk forum “Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?”. My opinion, kalau kita tak dapat merubah keadaan, kita sebagai netter, kita cuba merubah diri sendiri, kalau ada tanah sikit-sikit keliling rumah, boleh lah bercucuk tanam seperti tanam sayur-sayur, tanam cendawan ke, tanam pisang, dapatlah hasilnya…kalau duduk kat flet, atau rumah teres kita cari pilihan lain…seperti ambil upah menjahit baju, langsir, gubah bunga, buat repair komputer rosak bergantung kepada kemahiran yang kita ada, kemudian kita online kan.

  42. Salam,
    Saya teringat antara salah satu matlamat IK mengajar masyarakat tentang bisnes internet sebab mahukan salah seorang ibubapa bekerja secara SOHO. secara tk langsung boleh memantau perkembangan anak2 dirumah.

    kenapa tidak? dengan pendapatan RM3-5k tk perlu jem ke tempat kerja, isi minyak mahal ke, upah mengasuh dll. Ada hikmahnya kenaikan harga ni, memberi tekanan positif supaya kita merubah cara hidup.

    Jom MIBO sebagai salah satu residual income dengan komisen yg sgt tinggi. Saya sendiri merekrut agen utk bekerja, bukankah itu smart work? Bg yg tinggal di utara, boleh sms saya bagi maklumat lanjut. leana 012-4218904.

  43. huhu..pelajar yang bergantung dgn loan pun dah mula susut poket pasnih..nak tak nak, kena usaha gak cari duit poket lebih..kesian pada yang miskin dan tidak mampu. bila minyak naik, semua akan naik. bukan semua orang senang.

  44. payment gateway dengan harga rm5,000 dan sehingga 10 ribu? memang teruk aaa kalo balun dengan harga mahal2 sedangkan ia boleh dimulakan dengan modal yang rendah… tambah2 lagi kalo minyak semakin meningkat saban hari…

  45. Memanglah hanya perlukan zero ringgit untuk mulakan perniaagan dari rumah atau buat duit dari internet.

    Masalahnya, orang kita sekarang nak duit cepat. Quick money. Sebab tu ramai yang terjebak dengan skim2 yg ntah apa ntah dan juka pelaburan. Kalau tanya diorang, mostly nak join program atau company yang leh bagi return dalam 1-2 bulan sahaja. Tapi bila tak dapat, mula la diorang give up.

    So, kepada yg baru nak bermula. Think twice. Niat dari awal kene betul..

  46. hmm nak tanye pendapat…. kalau semua keluarga mempunyai perniagaan sendiri…. macam mana pula dari segi “money circulation” pusing2 gitu je ke ??

    sampai la satu tahap… keadaan seimbang..maksudnya everybody rich ??

  47. hahaha! dlm situasi harga minyak naik, IK sempat melawak pasal keta honda mayat dia…

    bagus! tak perlu stres.

    sit back, relax & go with the flow ; )

  48. “hmm nak tanye pendapat!. kalau semua keluarga mempunyai perniagaan sendiri!. macam mana pula dari segi â€money circulation” pusing2 gitu je ke ??

    sampai la satu tahap! keadaan seimbang..maksudnya everybody rich ?? ”

    kalau ikut logik akal, takkan berjaya setiap orang dalam sesuatu komuniti itu untuk membina perniagaan sendiri…
    bukan semua orang dianugerahkan kelebihan / diberikan peluang untuk menerima & menimba ilmu yang kita dapat sekarang ni..
    Tapi to be positive… internet is global, market kita bukan untuk Malaysia sahaja… (refer IK untuk full explaination).. dan dalam berniaga, bukan setiap orang meniagakan produk yang sama… serta jangan gentar dengan persaingan sihat..

Leave a Reply

Your email address will not be published.