Mengubahkan hobi menjadi perniagaan

Semalam, saya di jemput ke MHI TV3 untuk berkongsikan bagaimana anda boleh mengubahkan hobi anda menjadi perniagaan di Internet. Banyak idea dan contoh menjadikan hobi kepada perniagaan Internet, tetapi, tidak sempat saya berikan semalam oleh kerana waktu yang terhad. Oleh itu, saya mengambil peluang ini di sini untuk beri lebih banyak lagi contoh-contoh 😉

Bahagian 1:
Tip YouTube: Tekan PLAY, kemudian tekaun PAUSE. Tunggu sampai loading habis penuh, baru tekan PLAY balik 🙂

Bahagian 2:

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya pada saya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan secara sampingan?

Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!

Setiap kali saya sebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan bertanya, “Boleh ke?”

Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton- pastinya ramai peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips bermain badminton di Internet!

Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan idea perniagaan– anda berpengalaman dalam bidang seni memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet membolehkan ini dilakukan… hanya kepada mereka yang bijak dan cepat mengambil tindakan!

Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungio penerbit, dan beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula. Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen MLM yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya di Internet?

Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan, pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.

====================

Bagi yang berminat mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet, daripada rumah:

Sertai Workshop Jutawan Internet. Klik di sini

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

59 thoughts on “Mengubahkan hobi menjadi perniagaan

  1. saya sokong gak mengubah hobi kepada perniagaan tapi klo nak mulakan memang payah gak klo tdk tahu apa yg nak diniagakan apatah lagi tidak tahu membina website sendiri dan cara-cara dlm penggunaan teknologi…tk

  2. Saya bercadang nak buka busines membuat hantaran. Tapi, tak dak idea cam mana nak mula dan dan nak cari pembekal. Kalau sesiapa ada cadangan nak sumbang boleh lah. Thanks

  3. saya baru saja melangkah kealam pekerjaan dan mula terfikir untuk maju dalam bisness.
    saya teringin nk buka bisness sendiri…macamana nak start dan bisness apa yg sesuai utk saya yg baru setahun jagung ni…..minta nasihat dan binbingan???

  4. Ya, hobi adalah salah satu kesukaan dalam hidup. Jadi secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan positif kepada perniagaan internet. Apabila hati senang, secara tidak langsung, segala pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi seronok.

    Amir Azros

  5. sy amat minat membaca…n ingin mulakan bisness internet..ada tak cadangan bisness apa yg sesuai utk sy…

Leave a Reply

Your email address will not be published.