Teruja dengan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan untuk mengendalikan program saya sendiri di Radio24 mulai Khamis, 1hb November ini! Teruja sehingga tak terkata! Kini tinggal lebih kurang 48 jam sahaja sebelum program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” akan keudara buat pertama kalinya ๐Ÿ™‚


Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis

JUTAWAN! adalah talk show di mana saya akan menemuramah usahawan-usahawan jutawan yang berjaya dari pelbagai industri. Setiap episod/siri akan memaparkan seorang tokoh jemputan JUTAWAN!. Tidak seperti talk show yang lain, konsep talk show ini adalah berkisarkan pembangunan diri di mana teknik dan strategy kejayaan dan perniagaan akan didedahkan!

Apa yang membezakan mereka yang bergelar jutawan dan mereka yang mencapai kejayaan sederhana? Apakah mindset seorang jutawan? Bagaimana kita boleh aplikasikan strategi perniagaan dan pembangunan diri usahawan-usahawan jutawan ini? Dan macam-macam lagi persoalan menarik mengenai minda jutawan!

Semalam, saya di udara bersama Nizal Mohammad di Radio24 untuk preview program “JUTAWAN!”.

Harap maaf, oleh sebab terlalu sibuk, tak sempat saya post kan mesej untuk memberi tahu anda mengenai preview semalam yang berlangsung dari 9mlm hingga 12 mlm di radio24. Mungkin ramai yang terlepas!

Tetapi tak mengapa… kini, krew saya sedang menaip semula transkrip preview tersebut untuk bacaan anda. Apabila siap nanti, kami akan berikan PDF preview tersebut kepada anda… mungkin dalam format e-book percuma.

Apa yang menariknya ketika preview semalam, saya melakukan call-in jutawan Hartanah, tak lain-tak bukan, Azizi Ali untuk turut serta memberi pendapat tentang rancangan JUTAWAN.

ikdj.jpg

OK, special announcement, hari Khamis ini tetamu pertama JUTAWAN! bersama Irfan Khairi adalah seorang jutawan MLM. Seorang usahawan MLM yang berjaya meraih berjuta daripada MLM.

Hari Khamis ini, tak sabar saya hendak mencungkil dan mengorek rahsia seorang jutawan MLM dan motivator, Dato Dr Azman Chin!

Bagi mereka yang pernah menyertai MLM, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini untuk mengetahui bagaimana anda dapat melipat kali gandakan keuntungan perniagaan MLM anda.

Bagi mereka yang merancang untuk menyertai MLM, pastikan anda bersama saya untuk mengetahui apakah langkah pertama yang paling penting dalam menjayakan perniagaan MLM anda.

Bagi mereka yang tidak minat dengan MLM, pastikan anda juga bersama saya nanti oleh kerana ilmu yang disampaikan oleh Azman Chin nanti pasti akan memberi manfaat kepada anda untuk menyediakan anda berfikir seperti seorang jutawan- tanamkan minda jutawan dalam apa sahaja industri yang anda minat!

Berbagai-bagai soalan yang saya sediakan untuk memastikan Azman Chin membongkar segala rahsianya. Oleh kerana saya juga pernah melalui perjalanan mencapai jutawan, soalan-soalan saya pasti akan membuka minda anda tentang minda seorang jutawan ๐Ÿ™‚

Dan yang paling best sekali…

phone.jpgKami mengambil keputusan untuk membuka talian telefon untuk ANDA sendiri call in dan bertanya apa sahaja soalan pada ikon-ikon jutawan kelak. Ilham ini saya dapat dari Tip Satu Minit oleh kerana, ramai yang sering mengadu, tidak berpeluang untuk bersemukaย  atau berinteraksi dengan jutawan.

Kini, tiada lagi alasan untuk anda tidak berinteraksi dengan jutawan oleh kerana saya akan menerima call-in daripada anda. So, sama-sama kitaย LIVE on air ok?

So, keluarkan handphone anda sekarang, dan ambil nombor ini…

03-26927939

Save kan nombor ini dalam phone book anda oleh kerana nombor ini untuk anda mendapat akses kepada ikon jutawan pada hari Khamis ini (dan setiap Khamis akan datang). Dah save kan? Kalau belum, cepat-cepat savekan… dan tulis sebagai Irfan Khairi Radio24!

Ok, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini pukul 3pm-5pm di Radio24 gelombang 93.9FM.

Radio24 hanya didengari di Selangor sahaja melalui radio buat masa ini. Bagi mereka yang tidak dapat 93.9FM, masih lagi tiada alasan oleh kerana anda boleh mengikuti secara LIVE STREAMING di http://www.radio24.com.myย (saya cadangkan guna earphones supaya tiada maklumat penting terlepas!)

So, 3 perkara saya ingin ingatkan anda…

  1. Pastikan anda menyediakan buku nota dan pen untuk mencatit info-info penting yang disampaikan di “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”. Ini adalah syarat 101 Irfan Khairi dalam menuntut ilmu ๐Ÿ˜‰
  2. Pastikan anda call-in ketika siaran untuk bertanyakan soalan-soalan pada saya atau Jutawan MLM, Azman Chin! Nombor sudah save dalam phone? 03-26927939. Saya hendak lihat talian telefon di studio nanti berkelip-kelip dengan pembaca Tip Satu Minit yang tak sabar bertanyakan soalan!
  3. Ingat bahawa… Jejak sejuta ringgit bermula daripada motivasi satu impian! Dan ini adalah usaha saya mendekatkan lagi ikon-ikon jutawan negara kepada masyarakat umum untuk memberi inspirasi dan motivasi!

Kita berjumpa diย JUTAWAN! bersama saya, Irfan Khairi! Cayalah ๐Ÿ™‚


Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

53 thoughts on “Teruja dengan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

  1. x sabar rasanya nak dgr temubual Irfan bersama Dato Azman Chin pd Khamis nie… ๐Ÿ™‚

  2. tahniah irfan khairi

    malam kelmarin secara tak sengaja ketika memandu kereta saya tuned into 93.9Mhz dan terdengar Nizal dan Irfan tengah bercakap ON AIR dan Azizi Ali was on the phone.

    saya juga seperti Irfan ,dah beberapa kali saya ke udara di radio selangor fm (100.9mhz), perak fm, kelantan fm dan hari sabtu nanti 3hb di radio negeri fm (92.6mhz )

    insyaAllah khamis nanti selepas mendengar irfan di radio24 anda patut mendengar radio selangor fm 100.9mhz (http://rms.mmu.edu.my). Saya mempromosikan wellness/kesihatan kepada semua pendengar yg pentingkan kesihatan…

    Health is Wealth…

  3. sambungan…berkenaan promosi kesihatan di radio

    Rakan saya akan ke udara radio selangor FM 100.9Mhz Khamis esok 1hb November 2007 Jam 530ptg-6ptg

    dan

    saya sendiri akan ke udara di radio Negri FM 107.9 (kawasan negri sembilan) atau 92.6 (selatan selangor) pada 3hb November 2007 Sabtu ni jam 10.30 pagi -11.00 pagi

    Health is Wealth…

  4. Hebat…

    Syabar kpd saya tak akan lepaskan peluang ini dan juga akan war-warkan info ini kpd kenalan saya dan juga di blog saya.

    Syabas sekali lagi.

  5. saya pun teruja gak nak jadi jutawan tapi gak tahu….. saya x akan lepas peluang ini.
    syabas untuk irfan khairi

  6. Tahniah
    Moga-moga rancang tu nanti dapat membangkitkan lagi semangat kita untuk memertabatkan bangsa kita sebab sekarang ni tak ramai melayu yang bergelar jutawan…

    sya.smart2u.com

  7. Alhamdulillah…. terima kasih kpd Irfan dan semua yg terlibat… semoga kita semua mendapat manafaat… nampaknya kena dengar streaming gak la… saya pun harap ada rakaman… nanti boleh dengar berulang-kali… Terima kasih sekali lagi.

  8. Salam buat semua,

    Tahniah saya dahulukan buat Irfan, semoga ramai lagi akan menuruti jejak jutaan beliau, insyallah..

    Jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat Irfan kerana artikel, penulisan, ilmu yang dikongsi oleh beliau telah mengubah kedudukan pendapatan online saya. Beliau secara tidak langung adalah penyebab kepada perubahan website saya dari http://www.alphalipid.net/oldindex.htm kepada http://www.alphalipid.net

    Pesanan datang setiap hari, alhamdulillah…
    TERIMA KASIH SEKALI LAGI!!! IRFAN KHAIRI..

  9. Hi semua. ๐Ÿ™‚

    Sifu, saya amat-amat excited untuk mengikuti program Jejak Jutawan ni. apatah lagi, saudara Dato’ Azman Ching (juga Sifu saya) adalah manusia unggul pertama yang dijemput. saya banyak membaca buku-bukunya, membuatkan saya amat ternanti-nanti untuk lebih belajar daripadanya.

    tambahan pula, saya yang duduk di Kota Bharu, boleh mengikutinya secara online. pasti, saya takkan lepaskan peluang ini !

    tahniah Sifu !!! ๐Ÿ˜€

  10. xcited gak nk dgr sok. hopfuly dpat follow awal tp cam x smpat je. klas abis 3 lbih. huhu…
    nk knal Datoรขโ‚ฌโ„ข Azman Ching tu.
    x tau sape
    doc, ltak la gmabr die…

    p/s: jual_DCL, ejen dcl ke?

  11. Hai, saya doakan anda semua selamat sampai ke puncak jaya.
    Sebenarnya memang saya nanti2kan peluang ini. Pastinya ia takkan terlepas begitu sahaja.

    Pegang perinsip ini :

    KALAU ORANG BOLEH… KENAPA KITA SERING KATA TAK BOLEH… TEPUK DADA TANYA AKAL. HENDAK SERIBU DAYA, TAK NDAK SERIBU ALASAN…
    FIKIRKAN LAH… RENUNGKAN LAH…

  12. syabasss.. IrfanKhairi.. jangan terlalu excited sampai lupa pulak pesanan sifu..
    kalu nak belajar SEDIAKAN BUKU@KERTAS & PEN.TQ

  13. Saya sngat bminat nak dgr tp masaalah dia adalah masa. Time tu tgh keje kat ofis xde plak server. Saya jauh di pulau Borneo. Tp apa2 pun tahniah buat kerana akan mengendalikan segmen tu nanti.

  14. Satu cara yang baik untuk merapatkan dgn
    peminat dan dapat tip2 yang membakar semangat
    ingin berjaya,kerja keras dll.

    Tahniah ,
    Orang JB dapat dengar tak? Teringin nak dengar
    lah… ada sesiapa yg dengar tu kat jb berilah
    no gelombang ya.

    T Q

  15. I MEMANG TERUJA NAK MENDENGR TEMURAMAH NI, TAPI WAKTU KERJA, RASNYA TAK DAPT KOT,

    Harap tak melepas peluang ni

  16. Tahniah buat Irfan.. Anda memang hebat. Peluang bersama Azman Ching tidak harus dilepaskan.

    Nani pernah beberapa kali sertai Kursus Motivasi yang dibuat oleh Azman Ching.Ilmu dan pengalaman beliau sesuatu yang luar biasa. Dan Nani masih belajar mengikut jejaknya untuk lebih berusaha dan berjaya

    Dengar..jangan tak dengar..RUGI !!

  17. Azman Ching nie Pengurus Agensi Intan Jutawan CNI, selain pakar unggul motivasi..

    Nani banyak baca buku yang beliau hasilkan.. Beliau berkongsi berdasarkan pengalaman yang beliau lalui..

    If nak face to face dengan dia, joinlah CNI.

    amiraniyahya@yahoo.com

  18. Saya tengah mendengar talkshow ini di dalam kereta saya. Dan sambil tu comment di blog ini. Azman Chin dan Irfan Khairi memang membakar semangat kita terutama motivasi yg diberikan oleh tokoh CNI, Azman Chin. Kepada MLM marketers, this is the talk that you should listen to.

    Malam nanti saya akan update blog saya dengan tips dari talk show ini. Sekarang tengah stop sekejap untuk berita bahasa inggeris. Teruskan bersaman Juatawan di Radio24, 93.9FM.

  19. saya tak tau bina laman web dan tak mahir, tiada juga modal begitu juga masa. masih adakah ruang untuk berpeluang mempelajari dari irfan dan insyallah berjaya

  20. Buat saudara shafiq (No.39)TAHNIAH dengan minat anda.. Idea akan datang bila kita selalu berciter n berkongsi kehebatan sesuatu produk.

    Bila kita suka citer hindustan, pasti kita akan citer dgn kengkawan pasal artis bollywood.

    Nani n ourr-groups sentiasa berkongsi idea baru dan kami suka sangat utk kongsi citer esp. about OURR_CNI.

    Peluang datang dalam hidup, jgn lepaskan..
    U can contact amiraniyahya@yahoo.com

  21. Syabas Irfan, saya amat menghargai usaha yang telah diambil ini.. walaupun dalam masa yang sama ia juga mempromosikan siapa dan perniagaan apa yang diperjuangkan oleh selama ini..:) sambil menyelam sambil minum air, tak begitu ? ๐Ÿ™‚

    Apapun adalah menjadi suatu hakikat, Perkara yang baik dan benar, tidak siapa yang boleh menutup atau menghalangnya kelahirannya:) Apapun, saya juga ingin mengikut jejak mereka yang berjaya, apatah lagi jika ia seorang jutawan…:) syabas!!

  22. dah lama masuk skim cepat kayap,tapi tak kaya-kaya….bila gamaknya….kerja siangmalam…takde rezki lagi kott….kena dengar tip irfankahiri jugak lee

  23. Saya nak tanya, macam mana bagi saya seorang student juga mahu mengikuti program ini? Adakah terdapat apa-apa syarat untuk student?

  24. setinggi2 syabas saya ucapkan buat

    rase x sangka saya dpt post comment ini dlm blog my no 1 idol..
    ape pun saya HAPPY dgn perkembangan terbaru dari ini..
    rase truja nak dgr ON AIR khamis ni dgn pelbagai tips n idea yang pastinya membantu student yg bercita-cita tinggi seperti saya…hehe
    c’ya this thursday only on Radio24 93.9FM

  25. assalamualaikum abg..sebenarnya sudah lama saya ingin mengikuti program yang abg anjurkan itu tapi saya selalau sahaja sibuk..ok..kesempatan ini saya ingin bertanya kepada abg bagaimana mau join n bagaimana mau berjaya dalam bidang yang abang ceburi sekarang ini…?dan berapakah kos wang yang d perlukan untuk memulakan perniagaan abg?

  26. Hi Irfan,
    Saya selalu dengar bicarawara Jutawan bersama Irfan. Recently yang best tentang owner Karangkraf yang dahulu permulaannya yang sangat susah. Setelah belasan & puluhan tahun baru wujud sebuah empayar perniagaan yang besar. Btw, Irfan tak cari yang jutawan yang muda2 ke yang buat perkara yang “niche”. Saya nak cadangkan Saiful Nang, he’s the founder of CandidSyndrome International. Tapi dia dalam service line, lagi best pasal service dia cuma wedding photography sahaja tapi dia dah jadi milionnaire. Saya baca blog dia, dia gagal dalam 2 business sebelum tu, dan 3 tahun lepas dia start buat wedding fotografi sehinggalah sekarang dia dah ada cawangan sampai ke London & Brunei. Yang ni saya interested nak dengar, pasal saya orang muda, nak jugak dapat inspirasi dari jutawan2 muda macam Saiful Nang. Saiful Nang ni baru 28 tahun and got paid 25k per day untuk fees dia. Lifestyle dia yang sangat kita suka, travelling, good family man & kereta BMW dia yg orang umur 40-an pun masih berangan nak dapat dan yang paling menarik, dia ni anak orang miskin sangat. Cerita Irfan dah hafal kita baca kat buku, ni kita cadangkan jer nak dengar cite yang pelik sikit. Panjang pulak saya celoteh, jumpa lagi di bicarawara jutawan nanti. You’re the best Irfan!

  27. Ahhh…Linda, I 2nd your motion. Saiful Nang 2 tahun lepas pernah ambil gambar I kat Dublin. What a small world finally ada orang cadangkan jugak kan. Special lah kali ni, Jutawan dari arena yang tidak disangka-sangka. Mana sangka kan Wedding Photographer boleh jadi Jutawan.

    Irfan I dah baca ni http://www.candidsyndrome.com/forum/viewtopic.php?t=17&start=0

    kat forum dia. Ada sampai part 8 rasanya citer dia sampai dia boleh hit million

Leave a Reply

Your email address will not be published.