Beberapa tahun yang lalu, saya tidak percaya bahawa terdapatnya satu skill dimana sekiranya anda mahir menggunakannya, ia akan mengubahkan hidup anda. Namun, skill ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh orang ramai…
Public Speaking Skill!
Ya- sekiranya anda mahir pengucapan awam (public speaking), ianya akan mengubahkan hidup anda. Public speaking adalah antara skill yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Bill Gates, Donald Trump, Richard Branson, Warren Buffet… dan yang lain-lain mahir dengan public speaking.
Beberapa tahun lalu, saya amat takut dengan public speaking. Sehinggakan saya tidak percaya bahawa public speaking boleh membantu dalam kejayaan. Hingga tiba masanya saya memaksa diri memahirkan diri dengan public speaking, keyakinan saya berubah dan kejayaan pun berganda!
Sekiranya anda tanya sesiapa sahaja kenalan saya ketika di sekolah rendah, sekolah menengah, ITM hingga universiti, semua ketika itu tidak akan sangka bahawa public speaking kini menjadi sebahagain hidup saya. Sekiranya saya yang dulunya pendiam dan pemalu pun boleh lakukannya, saya yakin anda juga boleh.
Kini pun masih pendiam dan pemalu 🙂
ps: Public speaking bukan sahaja untuk berceramah, tetapi sebagai skill komunikasi bersama teman pejabat, pelanggan, majikan, di dalam meeting, negotiating, dan apa jua keadaan berkomunikasi dengan orang ramai yang kita kenal atau tidak dikenali.